Friday, January 2, 2015

...dan 2015 pun bermula

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
02-01-2015


2015 pun bermula. Saya merasa tidak perlu mengulangi sekian banyak ucapan-ucapan dan harapan yang lazim kita baca setiap kali tiba tahun baru. Juga tidak mahu menulis lagi dan lagi tentang azam itu ini yang bagi setengah orang sangat penting. Secara peribadi, saya hanya mahu mensyukuri apa yang saya lalui, apa yang saya miliki hari ini... juga sama seperti orang lain tentang harapan masa hadapan. Mengekalkan momentum yang sedia ada atau jika boleh naik laju lagi.

Siapalah kita untuk begitu yakin tentang  impian dan kehendak kita yang baik-baik dan indah belaka? Kehidupan tidak pernah sama sepanjang masa juga tidak selalunya pahit sentiasa. Saya tahu saya mesti terus kuatkan hati dan kentalkan jiwa dan semangat saya. Seperti budak baru habis belajar dan sedang bersemangat nak kerja..!

2015 juga bakal memperlihatkan beberapa peningkatan. 4 orang anak saya sudah bekerja (yang biasa-biasa saja). Hanya Alia dan Chak saja yang masih bersekolah. Chak sudah naik menengah tahun ini. Dah tak jadi budak sekolah rendah dah. Alahai...

Tayang-tayang:


Antara beberapa gambar yang saya pilih untuk tayangan awal sebelum saya menulis secara penuh tentang percutian saya ke Safari Indonesia bulan lalu.


...juga berada di ladang teh di Puncak.


Juga naik ke Gunung Tangkuban Parahu. Kali ini dengan cara yang berbeza.

Kita jumpa di entri seterusnya.

Terimakasih kerana masih setia mengikuti "yang ingin kukongsi".


 ~...seperti menghitung hari yang tidak terbilang dek jari, SERI BULAN merasa sudah begitu lama kota metropolitan itu mereka tinggalkan tetapi HISYAM bagai sudah berakar umbi di Kampung Separuh Desa jangan-jangan hendak beranak pinak pula di sini bagai sudah tidak mahu ke mana lagi...~




11 comments:

  1. tak sabar nak tunggu entry cuti2 akak ni

    ReplyDelete
  2. tahun baru. azam baru. mmg sinonim..

    insya allah, dgn momentun tahun baru yg ada nih diharap kekal sampai bila-bila~

    ;)

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru :)
    kita suka view dekat tangkuban parahu. cantik sangat :)

    ReplyDelete
  4. Salam AA,
    begitu juga disini Peranchis, rata-ratanya orang Peranchis mendahului dengan ucapan "sehat sejahtera" semata sebagai pokok ucapannya kepada semua karena harapan untuk yang selainnya terasa hampa pudar dek petunjuk ekonomi-nya semakin tenggelam oleh janji-janji kosong yang berbunyi nyaring... demikian tiada siapa yang peduli lagi, enggan mengharap yang tidak mungkin terjadi!
    Gimanapun, apa sahaja ujian & dugaan hidup yang sedang menimpa kita, sedarilah dengan memperbaiki diri yang punya sebuah hati sanubari yang semestinya senantiasa dibersihi dahulu bagi menerima sekecil rahmat yang berupa sekecil rezeki, kegembiraan atau kejayaan dengan seikhlasnya sambil bersyukur Alhamdulillah, dimana kita sering lupa untuk berbuat demikian (hanya kepada kejadian yang besar baru kita bersyukur) dan hentikanlah bersifat bongkak sombong, takabur dan bermegah-megah hebat mengangkat diri sendiri yang serentak bermuka-muka didalam kejahilan lantas mempersendakan Agama Allah dengan keimanan nan palsu..!
    Ramai berhujah itu semua bukanlah satu dendaan atau balasan dariNya bagi menolak keatas KebesaranNya, demikian rasa bersalah yang bersalut dengan dosa tidak menghantui diri bagi menutup kekufuran takdzib yakni (pendustaan) terhadap diri memasing... walhal aurat fizikal ditutupi namun aurat akhlak dan hawa nafsu yang membuak-buak itu yang diamalkan bagi mengangkat taraf hidupnya untuk ditunjuk-tunjuk sebagai satu kebanggaan dan kepuasan !

    Dari jauh kak Ratna ikuti pelbagai ragam hidup manusia yang sekarang ini semakin rakus dan tamak dengan kemajuan yang bukan-bukan sampai berpaling lebih kepada barangan seperti harta dunia sama sekali dengan pangkat & kedudukan dari keluhuran nurani... iya, harta benda dan kejayaan itu harus diperolehi dengan seadanya dimana untuk "berlebihan" boleh sahaja akan tetapi didalam amalan yang seimbang dengan pendapatan memasing...
    Jangan kita nanti diterbalikkan secara ganas... maka itu insafi lah dan sedari lah senantiasa sebelum terlewat karena isi langit, laut, angin, dan bumi semakin bergelora..?

    Salam Tahun Baru buat AA & keluarga, semoga pembukaan tahun ini seterusnya memberi kebenaran dariNya Subhanahu Wa Ta'ala, amin.
    Salam mesra.

    ReplyDelete
  5. saya pn sama kak, xpernah azam baru...cuma meneruskan kehidupan yg seterusnya diiringi doa2 agar 2015 menjanjikan sesuatu yg lebih baik....
    bestnya g cuti2 indon.....teringin nk p lagi ke tangkuban parahu...tapi cuma xtahan dgn gangguan peniaganya yg suka mendesak....

    ReplyDelete
  6. Safari dan Tangkuban Parahu rasa nak pergi lagi seronok sangat.

    ReplyDelete
  7. Berangan-angan nak ke Bandung dengan family tapi bila pesawat AA dari Surabaya tu hilang rasa macam was-was pulak...tunggu reda kejap dulu.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails