السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
05-12-2014
Melihat tajuk di atas, adalah subjektif bila kita mengaitkan antara ‘faham’ dan ‘alami’.
Saya ingin menarik perhatian tentang berapa ramai pasangan yang sudah berkahwin (terutama yang sudah lama, more than 3 years...) tetapi belum dikurnikan zuriat. Ini isu biasa. Isu yang dah selalu orang sebut.
Cumanya, saya nak sebut, sekalipun tidak dikurniakan anak itu bukan bermakna kita tidak boleh menjadi ibubapa yang baik. Ada sebab dan alasan serta hikmah yang tersembunyi, kan?
Ok. Saya ada ketika takut nak bidas orang-orang yang belum ada anak (dan secara lojik akal kita, memang tak akan beranak la sebab umur dah lewat), sebab ini isu sensitif. Sentap pulak nanti.
Namun, ada segelintir depa ni, cakap bukan main pandai. Ajar orang itu ini. Smash puak-puak kita yang ada anak ni. Seolah-olah kita ni bukan ibubapa yang baik, tak pandai didik anak dan sebagainya. Jadi ibu dulu baru berani cakap.
Contoh, ada spesis orang ni, sedap bercakap, “Eleh... anak demam sikit pun nak cuti!” Heyyy... kita tak tahu anak orang tu kalu demam sikit pun, meragamnya macam-macam. Ada jenis anak yang hyperactive kala sihat tapi bila demam menolak makan sampai badan lembik. So, ibu kena cuti juga.
Ada yang berani sindir, “Eleh... kalu setakat anak kerja itu pun nak demand... bla bla...” Heii... anak orang tak akan sama dengan anak orang yang lain pula.
Ada yang berani pulak cakap, “Kalu saya, saya tak bagi anak saya pegi belajar sana...” Heiii... ada anak dulu baru faham cemana nak handle emosi anak. Cemana nak bertolak ansur dengan karenah anak remaja... dan sebagainya.
Depa yang takda anak ni selalu bagi alasan, depa faham. But... faham dengan mengalami sendiri tak sama. Tetap tak sama. Saya kadang-kadang rimas dengan puak yang begini. Seolah-olah depa terlalu yakin, kalu depa itu boleh jadi ibubapa yang baik dan sempurna. Rasa dulu baru tahu sukar-senangnya.
Moral of story: saya tak gemar kongsi kisah anak-anak dan family dengan segelintir orang sebegini. Depa tak faham. Malahan ada yang tak tahu, saya ada anak 6 orang yang cantik-cantik kacak dan hebat. Hebat di mata saya!
Tayang-tayang:
Subway Breakfast set. Jarang beli tapi tetap puas.
Yang penting kita kena berusaha untuk jadi terbaik dari masa ke masa dan tidak pernah putus berdoa.
~...begitu juga ramai warga Kampung Separuh Desa masih tidak tahu dari mana usulnya HISYAM itu, tetapi tidak kurang juga yang terpegun bila tahu bahawa lelaki itu pernah menetap di negara empat musim dan bertemu SERI BULAN buat pertama kalinya semasa percutian indah di kaki bukit sebuah daerah asing yang tiada siapa mengenali...~
Iya... hanya kita yang tahu apa yang kita rasa dan alami...
ReplyDeleteSalam,semasa jadi guru saya lihat berbagai ragam ibubapa.Tak semua ambil tindakan yang sama utk satu keadaan...ada yg relaks,ada yang ghoplah dan bermacam2 lagi.Apa apa pun salute pada ibubapa yang ambil berat ttg anak anak tapi bukan keterlaluan.
ReplyDeletesalam kak.. betul la tuh.. kita yg mengalami tak sama ngan org memandang.. harap henti2 la banyak bunyi.. baik berzikir lg berfaedah... kannn
ReplyDeletesemoga saya dikurniakan anak nanti...amin :)
ReplyDeleteMemanf dah dapat anak baru tahu. Dulu jaga anak buah je takle rasa macam jadi ibu sebenar
ReplyDeleteSalam AA,
ReplyDeletememberi buah pandangan tanpa mengalaminya sudah lumrah kepada barang siapa yang tahunya berceramah secara hebat kalah orang beranak ramai walhal setakat dengan melihat & mendengar lantas terus mengaku cukup memahami seolah dialah pakar hidup yang bertauliah... dan ramai juga yang beranak pinak bermegah-megah hebat bahawa dialah seorang ibu yang kebal dalam menghadapi segala halangan yang mampu ditangkisi dengan jayanya... ragam-ragam sifat yang merimaskan !
Bagi kak Ratna, kalu mahu berkongsi apa sahaja boleh aja dengan tahap yang sederhana, tapi pendirian seseorang itu cukup berbeda diantara satu sama lainnya, demikian sebolehnya banyak mendengar dan meneliti dahulu dari memberi buah pandangan yang melulu seakan mahu berlumba-lumba yang mana boleh menaikkan rasa loya bagi yang tidak berkenan keatas penjelasan yang berbau sindiran, malangnya banyak yang mengaku "amat memahami walhal masih tidak mengalaminya lagi" atau "amat memahami karena sudah mengalaminya tapi banyak alasan dan hujah tersebut ditambah masin dan serbuk perasanya" gimana ya !
Hal anak-anak kak Ratna tidak ketengahkan sebagai topik yang terpenting pabila berbual mesra karena pertandingan cerita begitu ganas... kebanyakkan dari mereka cepat mengaku dialah ibu mithali ataupun yang belum lagi punya anak boleh pula meminjam cerita dari pengalaman anak-anak kakak atau abangnya, lagi-lagi bagi mereka anak campuran seperti anak-anak kak Ratna mereka kurang heran (katanya), maka itu amalkan low-profile !!! enggan termasuk didalam golongan orang 'hebat-hebat' yang isinya kosong !
Saya punya tiga anaknya, seorang lanang putera nan kacak lagi perkasa dan dua raden dari kayangan, Alhamdulillah... semoga hasrat doa dari kami sebagai pelindung mereka bagi dunia dan akhirat tersemat senantiasa ke akhir hidupnya, Amin... ( mohon maaf, sekiranya kenyataan ini berbau riya', Astaghfirullah).
Salam mesra.
Oh Kak Ratna... saya sentiasa menanti-nanti komen Kak Ratna yang saya anggap seperti seorang ibu yg penuh nasihat berhemah bersantun. Terimakasih tidak terhingga Kak...
DeleteBetul....dulu ingat bila anak besaq lega lah kita...... Mai masalah cara besaq pulak...anak2 tetap kecik walau dah besaq
ReplyDeleteSaya punya empat anak lelaki yang handsome belaka (pada pandangan kami disebabkan rasa syukur dengan anugerahnya walaupun orang lain pandang tak handsome langsung pun ha hahhaa)... kurniaan Allah kepada kami... bila keliling usik nape tak boleh dapat pompuan ke, tak pandai buat anak perempuan ke (kurang ajar punya molot yang cakap gi ni... mencik saya tau)... ini jawapan saya... syukur alhamdulillah Allah kurniakan kami anak yang sihat... in shaa Allah. Anak-anak kami memang handsome sebab punya pelbagai perangai yang terpaksa ditangani dengan pelbagai pendekatan... yang sudah tentunya perlukan kesabaran!
ReplyDeleteInsya Allah....entri yang sangat berguna untuk saya. Kini saya masih di peringkat awal. malah beberapa tahun lagi anak saya juga akan menginjak ke usia remaja. saya suka membaca entri sebegini untuk menceduk pengalaman orang lain untuk panduan kami sebagai ibu-bapa muda (walhal dah tua....sebab kahwin lewat punya pasal, kira kategori ibu-bapa muda la sebab anak masih kecik.... hahahaha)
ReplyDeletesaya setuju kak, ada betulnya benda ni
ReplyDeletemacam saya lebih suka berdiam, tak berminat berentap dengan orang begini
bila terasa diri sendiri hebat dalam pelbagai perkara,
maka sukar untuk orang mengajar dia
abah saya selalu kata, jangan dengar pendapat orang yang hanya ada dua ketul anak
tapi dengar orang yang ada lebih dari sepuluh orang anak =)
betul tu....anak kita anak kita jugak..kita jer yang faham perasaan anak sendiri.....
ReplyDelete