Friday, September 25, 2015

Sri Aman 4D3N: jerubu langit kelabu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
25-09-2015


Plan untuk ke Sarawak sudah dihajat lama. Bertahun juga menyimpan hasrat hendak melihat negeri di sebelah timur sana. Mengenali Kak Ros bertahun-tahun juga membuka peluang untuk saya menjejak kaki ke Sarawak walaupun musim jerubu sedang melanda. Tetapi tiket dah booked sebelum puasa lagi.

Kami terbang dengan penerbangan AA pada sebelah pagi 17 September. Mula-mula risau juga kerana ada berita tentang beberapa jadual flight dibatal dan ditunda. Alhamdulillah kami selamat mendarat jam 2:00 pm. (Masa adalah sama tapi peredaran waktu adalah sejam awal dari Semenanjung - Zuhur sekitar 12:30 pm)



Perjalanan dari bandar Kuching menuju kampung Kak Ros di Sri Aman akan mengambil masa kira-kira 3 jam. Lebuhraya hanya 2 lorong (seperti hiway lama kita) dan sedikit berbelok. Terpaksa berhati-hati dengan lori tangki minyak, lori-lori construction dan juga lori balak. Aduhai...jerubu dan hujan renyai juga sedikit mengganggu. Kami dijemput oleh adik bongsu Kak Ros.


Di pertengahan jalan kami singgah di sebuah pekan kecil. Pekan Lachau. Pasar tamunya sudah hampir berakhir tapi untuk mencari sayur dan sedikit lauk malam tidaklah mengecewakan.




Tidak banyak beza dengan pasar yang biasa kita pergi. Hanya bahan jualannya yang banyak berbeza. Di sini paling banyak adalah sayur kampung dan hasil tani penduduk tempatan.



Kebanyakan hasil tempatan adalah ikan salai, ikan masin, beras dari padi bukit (padi huma), sayur kampung dan lain-lain yang hampir semuanya saya tak pernah tengok.


Telur Ikan Buntal yang dijeruk-asinkan. Saya tak pernah tengok pun seumur hidup saya. Menarik sekali dengan pengalaman pertama sebegini.



Ini adalah obor-obor. Lembik seperti agar-agar. Masa terhad untuk saya nak temuramah sana sini. Tidak tahu obor-obor ni dibuat apa. Dijual dalam bekas basah sebegitu seolah-olah jeruk juga. Tak berani nak beli.


Yang seperti tomato ni paling best. Ianya sejenis buah sayur yang dijadikan ulam makan bersama nasi, kata Kak Ros. Buah Engkalak. Popular di sini. Sebakul sebegitu RM2.

Melihat keseluruhan pasar ini, bagi saya ianya agak mahal kerana hampir tiada sayur yang dijual semurah RM1. Semuanya bermula dengan RM2. Juga ada barangan kraftangan seperti bakul anyaman dari plastik, nipah dan sebagainya yang saya lihat jauh lebih mahal dari yang dijual di KL.

Hampir semua penduduk pekan Lachau ini ialah Iban. Jadi saya dinasihatkan tidak membeli sebarang jualan makanan di gerai situ. Memang banyak jualan makanan seperti kuih-muih, goreng pisang panas, cucuk-cucuk (hotdog, fishball etc..) dan macam-macam lagi. Tidak dijamin halal.


Menjelang senja barulah kami tiba di daerah Sri Aman dan akan terus ke kampung halaman Kak Ros iaitu Kampung Hulu.


Ini buah Engkalak yang sudah dibersihkan. Ianya dimakan mentah dengan menggaul dengan garam halus dan terus hidang. Ada biji di dalamnya seperti biji nangka (buang jangan makan lak, kang tumbuh pucuk engkalak dalam perut)


Pertama kali mencuba makan buah ini, saya mengaku saya suka. Ianya lembut liat, lemak sedikit kelat. Garam yang digaul membangkitkan rasa lemak. Menu dinner kami malam itu sangat simple. Sayur manis direbus dengan cili.


Juga ada ikan sardin bakar dan ayam bakar penyet yang dibeli siap oleh tuan rumah. Puas sungguh makan malam itu.

Cuma... kerana perut saya pertama kali menerima Buah Engkalak, sepanjang malam itu meragam padahal makan 4 biji jer. Aduhai... nak jadi orang Sarawak kunun. Hahahahaha!

Next entri: masuk kandang kambing.



 ~...melihat sengih HISYAM petang itu, SERI BULAN sudah dapat membaca hajat hati sahabat sejatinya itu samada mahu kopi-pekat-melekat atau mungkin mahukan Sambal Bilis Tempe Garing atau barangkali hendak mengajak menjadi peneman ke tebing Sungai Menghijau Lumut mencari ilham...~



Friday, September 18, 2015

Walimatulurus lelaki bernama HISYAM...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
18-09-2015


Hahahaha tajuk macam gempar.

Memang saya hendak menulis dan merakam kenangan tentang majlis resepsi seorang yang saya kenal. HISYAM.

Sejak pulang dari Jepun selepas belajar dan menetap di sana bekerja dengan sebuah syarikat Jepun selama kira-kira 10 tahun, jarang saya bertemu Hisyam ni.

Kemudian ibubapanya memaklum bahawa Hisyam akan berkahwin. Pasangannya anak sulung, orang KL yang menetap di Rawang.

Lalu pada tarikh 12 September lalu hampir semua ahli keluarga sebelah MyToklaki hadir di hari resepsi Hisyam di Dewan GMI, Bandar Baru Bangi.

Hisyam ialah cucu pertama mertua saya dan merupakan anak sulung MyAbangIpar.


Majlis sebegini, mana-mana orang pun akan mengambil peluang berkumpul dan bertemu bermesra.


Selfie ramai-ramai sentiasa menjadi agenda meriah sesama kami. Dulu saya tak suka sekarang ni jika famili sebelah ini ada majlis dan ada kayu monopod tuh, saya mesti join..!





Saya sentiasa suka majlis kahwin. Bukan sahaja kerana meriahnya, tapi kerana dapat jumpa ramai orang. Ramai saudara-mara dan kawan-kawan. Macam-macam kisah keluar. Berita perkembangan dikhabarkan. Beberapa kisah gembira dikongsi. Bukankah itu sepatutnya sebuah keluarga berfungsi selain menghormati dan berkasih sayang?

Kadang-kadang saya tidak faham ada salah faham dan prasangka buruk terhadap ahli keluarga sendiri sehingga menutup rasa kasih dan hormat. Malah hubungan dengan orang luar pula dilihat dan dirasa lebih baik dan indah.

Semakin hujung tahun dan ada 2 lagi cuti semester sekolah, ada beberapa lagi sesi majlis kahwin yang saya bakal hadir juga bakal terlibat. Siapa pun mereka, bila saya diajak terlibat saya amat hargai dan sedaya upaya membantu sepertimana diri saya yang sedia ada.

Saya masih bercuti dan tulisan ini ditulis dalam percutian. Jauh dari liputan Kuala Lumpur.



 ~...bukanlah SERI BULAN tidak sedar akan resah HISYAM tidak diajak menginap sejak Mak Unggal ke baruh tetapi SERI BULAN masih berdendam tentang kes ucapannya "Aishiteru" tidak mendapat balasan harapan dari HISYAM...~




Thursday, September 17, 2015

Diuji tanpa diduga. Diuji setelah diduga. Menduga akan diuji.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
17-09-2015


Saya bersiaran dari luar daerah. Jauh dari liputan kawasan Kuala Lumpur.

Semalam cuti Hari Malaysia. Dan sebelumnya cuti sekolah ditutup kerana jerubu melebihi paras paling tidak sihat. Saya sedang bercuti. Inilah sedikit peluang untuk saya menulis sedikit di blog setelah banyak masa saya tertumpu kepada priority lain dalam kehidupan.


Sekadar simpan rekod. Saya terlibat dalam sesi fotografi khas untuk buku program dan terbitan khas sempena ulangtahun ke 30 company tempat saya kija. Sejak sebulan lalu hampir semua department terlibat dalam persiapan sambutan yang diberi nama Gala Nite 30th yang bakal berlangsung pada 19 September, Sabtu mendatang bertempat di Hotel Majestic KL. Dikhabarkan majlis makan malam khas ini sangat grand. Sejauh mana...saya belum tahu.

Menghargai pekerja adalah perkara biasa di tempat saya. Harus saya berani puji, cara penghargaan itu walau mungkin tidak berbeza dengan syarikat lain tetapi sentiasa menjadi sesuatu yang manis bagi saya secara peribadi sebagai seorang pekerja biasa.

Di bahagian saya, sejak saya mula, saya sudah menyaksikan 3 kes yang hampir sama.

Pertama, kawan sekerja yang pernah terpaksa bercuti 6 bulan berjuang dengan kanser ovari.

Kemudian seorang lagi juga dibedah membuang ketumbuhan di dada.

Terbaru seorang lagi, dikhuatiri ketumbuhan di dahi yang dibimbangi menyerang otak.

Mengadu sakit kepala berulang ulang sejak puasa lalu akhirnya dia hampir pengsan di tempat kerja. Pemeriksaan pakar di Tropicana Hospital mengesahkan ada sesuatu di dahi. Bakal dibedah juga minggu hadapan.

Dugaan sebegini membuatkan kami turut merasai bahawa sakit dan musibah itu wajar dikongsi dan semangat harus diberi. (Rawatan ditanggung sepenuhnya oleh insuran yang dibiayai syarikat).


Setiap kita berbeza corak ujian. Ada orang tidak berharta tapi anak-anak ramai dan berjaya. Ada orang sangat kaya tiada masalah kehidupan tetapi pewaris kekayaan tidak dimiliki.

Ada orang mempunyai keluarga besar tetapi adikberadik sering berselisih faham, cemburu iri hati dan buruk sangka. Lalu rajuk berpanjangan.

Dan ketika-ketika tertentu kita merasa seperti orang luar itu lebih memahami kita dan lebih menyayangi kita berbanding darah daging sendiri.

Diduga keadaan sebegitu, ada orang mengambil jalan membeku dan membawa diri bersama rajuk tidak terpujuk. Walau kesal, siapa kita hendak mengubah sangkaan orang.

Saya sedang bercuti. Kerana saya rasa cuti itu perlu.




 ~...Mak Unggal sudah pulang dari baruh sendirian dengan membawa berita Pak Unggal singgah di rumah bini mudanya pula barang sehari dua, membuatkan HISYAM serbasalah untuk pulang ke rumah kerana kelak telinga harus ditadah bila kesal diluah, dan SERI BULAN akan menyindirnya tidak ikhlas menjadi pendengar...~




Tuesday, September 15, 2015

Uncle Bob sudah tiada...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selasa
15-09-2015


Saya sudah membaca dan melihat saat Uncle Bob jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital termasuklah beberapa minggu di ICU kerana koma di beberapa status ringkas ahli keluarga dan juga di wall isterinya Puan Hajjah Noraini yang lebih kami kenali sebagai Kak Nanie or Auntie Nanie. Rakan blogger yang aktif menulis sejak pencen, rakan blogger yang kami kenali bertahun lama.

Setiap kali ada gathering blogger dan depa sempat hadir, pasti pasangan ini menjadi tumpuan kerana ramah mesranya depa dan sifat penyayang dan pengasih, seperti kami semua anak beranak. Uncle Bob walaupun bukan blogger tetapi sangat sporting, memahami dan mesra berkawan-kawan.

Sepanjang Uncle Bob sakit, saya langsung tidak sempat melawat. Kesibukan kerja dan bersulam ketika itu bulan puasa... saya hanya membaca. Kemudian Uncle Bob pula dipindahkan dari satu hospital ke hospital lain. Dan Syawal lalu mereka berhari raya di hospital.

Kemudian apabila beliau stabil akhirnya gembira membaca Uncle Bob boleh balik ke rumah dan melalui rawatan susulan dan fisioterapi di rumah.

Sehinggalah, pada petang Jumaat 28 Ogos lalu, saya dikhabarkan Uncle Bob meninggal di rumahnya. Selamat disemadikan pada hari yang sama di Batu Caves.

Dua hari selepas itu saya menziarah Kak Nanie di rumahnya. Beliau nampak tenang walaupun masih sedih. Masih ada ketawa bersama kami walaupun ada airmata bergenang.


Menceritakan pengalaman menjaga Uncle semasa hayatnya di hospital dan saat akhir di rumah.


Blogger Kakcik Seroja dan Mak Chaq Putrajaya (Azilah) yang turut bersama menziarah.


Meski berasa sangat kehilangan, semoga terus tabah dan redha.


Saya sempat snap katil arwah yang memang ditempatkan di ruang hadapan rumah.


Blogger AtukBaik dan MamaWana turut hadir. Semangat kawan-kawan amat diperlukan saat sebegini. Saya tahu. Cuba memahami walau tidak sama dengan bahu yang memikul.

Beberapa hari lalu juga kita menerima khabar sedih tentang tragedi kren tumbang di Mekah. Ramai terkorban dan 5 antaranya jemaah Malaysia. Terpilih olehNya untuk disemadikan di tanah suci.

Semoga mereka yang telah pergi terdahulu sentiasa dirahmati olehNya.

Dan... apa yang kita lihat dan pandang or baca... menjadi teladan, keinsafan juga kesyukuran.

Selamat bercuti esok.

Jangan buat pasal. Kerana kita tidak mahu membaca kes tragedi lagi.




 ~...HISYAM ditinggal sendirian kerana Pak Unggal dan Mak Unggal ke baruh barang seminggu lalu dia ternanti-nanti adakah Pak Utih akan mempelawa dia menginap di Teratak Nyatuh dan dapatlah peluang untuk dia menyakat SERI BULAN atau merengek pura-pura kepingin masak lemak ikan puyu bersama ubi kayu...~




Friday, September 11, 2015

Lagi kisah bersama keluarga blogger...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
11-09-2015


Ini pun satu lagi kisah saya bersama keluarga blogger.

Sebagai seorang blogger yang sudah tua dan sudah berkeluarga, banyak aktiviti bersama keluarga turut menjemput rakan blogger. Sudah kenal lama, sudah kenal semua ahli keluarga lalu hubungan kami sangat mesra dan saling menghormati. Kata anak-anak saya, "Mak ni banyak kawan laaa...". Hahahaha

Saya menerima jemputan ke majlis kesyukuran dan aqiqah cucu sulung blogger AtukBaik bertempat di rumah beliau di Taman Permata pada 22 Ogos lalu.


Walaupun kami tiba agak lewat yakni melepasi waktu makan tengahari, tetapi majlis masih meriah dan masih ramai saudara mara yang berada di majlis.



Dah lama takda baby, wahhh seronoknya dapat jumpa dapat pegang dapat kelek baby yang comel wangi nih.


Blogger Roshidayu dan suami yang datang selepas kami pulang.


Tahniah buat blogger AtukBaik dan isteri Kak Aisyah @ NenekBaik sebab dah ada cucu. Terimakasih kerana mengundang kami. Rasa macam nak pinjam jer baby tu bawak balik...!





 ~...menyimpan berlapis rahsia dan melipat sendiri rasa sedih berlapik duka tidaklah semudah yang disangka tetapi HISYAM pernah kata, jika selama ini engkau pernah menjadi tabah dan kental kerana menyimpan segudang radang, kenapa hari ini tidak menambah berat pada kesabaranmu, SERI BULAN...~




Thursday, September 10, 2015

Gathering Blogger Nasi Arab di Musolla Ehsan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
09-09-2015


Plan untuk gathering sesama blogger atas tajuk “Gathering Nasi Arab di Musolla Ehsan’ dirancang lama. Rasanya sejak Syawal lagi. (dan saya menulis tentangnya juga begitu lewat sekali)

Memandangkan tiada program gathering Raya secara rasmi dan besar-besaran seperti sebelumnya, program kecil ini dilihat sama penting.

Tidak semua dapat meluangkan masa. Juga tidak semua dapat menyesuaikan diri dengan suasana seperti ini.

Seperti biasa, lokasi paling best adalah di Musolla Ehsan, kediaman rasmi Dato’ Abdullah al-Hadi dan Datin Aishah di Bandar Baru Bangi. Lokasi paling popular. Dato’ dan Datin sendiri amat menyenangi kunjungan demi kunjungan dari kami samada secara rasmi atau sekadar singgah menziarah.


Nasi Arab dibeli khas dari restoren Arab popular di Cyberjaya, Restoren Saba. Saya sendiri dah lama tak makan Nasi Arab. Peluang sebegini sukar diulang.



Antara blogger yang hadir ialah Kakcik Seroja dan suami yang sporting Abang Mus, Ayah Zain yang datang dari Melaka bersama isteri dan anak, Acu Darling, Ida Mahmud, Bunga Mawar, Roshidayu sekeluarga, Makchaq yang datang dari Putrajaya... dan saya sendiri. Sori Berlori tak sempat nak cari link blog depa satu satu. Tak dan, kata orang Kedah.


Walau jarang kami dapat berkumpul lepak petang sebegini, tetapi suasana harmoni dan mesra itu tetap sama seperti dulu. Aduhai... seronoknya sekali sekala jumpa sambil makan sakan-sakan (yang sakan-sakan tu rasanya, saya jerrr...) dan bersembang mesra.

Kebetulan Dato’ bakal berwalimatul urus tidak lama lagi, dan tarikh tersebut bertindih dengan tarikh saya akan berada di luar kawasan. Tidak memungkinkan saya hadir jadi peluang hadir bersantai Nasi Arab ini sebagai ganti diri. Semoga majlis berjalan lancar dan meriah.

Terimakasih berjuta kali buat semua yang terlibat terutama sekali Tuan Puan rumah Musolla Ehsan yang sangat prihatin dan penyayang. Semoga budi baik dan keikhlasan akan mendapat ganjaran dariNYA.

Sekali sekala saya terasa seperti sudah tidak layak bergelar blogger lagi, sebab terlalu singkat masa untuk saya menulis jauh sekali hendak membalas komen dan kunjungan ke rumah blogger lain. Maafkan saya.

Alasan saya, tidak perlu difahami pun.




 ~...sehingga hari ini, hanya HISYAM yang masih mampu memahami SERI BULANnya...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails