Friday, December 18, 2015

Girls Day Out — siri-siri yang harus disimpan kenangan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
18-12-2015


Selain dari koleksi gambar dan cerita percutian, saya juga suka simpan gambar-gambar kenangan bersama anak-anak dara saya dalam siri yang saya sebut Girls Day Out.

Sejak anak-anak saya dah besar-besar — dalam ertikata depa dah macam kawan geng sekepala saya — kami selalu keluar bersama-sama. Sejak zaman skulah pun depa tak berapa rajin nak kuar dengan kawan-kawan malah kalu nak tengok wayang pun sayalah biasanya jadi tukang bawak dan bodyguard walaupun depa dah kerja.



Ini lawatan pertama kami ke IKEA Cheras yang baru dibuka. Pada hari pertama pembukaannya dikhabarkan orang bersesak jadi kami menunggu beberapa hari kemudian. Ikea Cheras di Jalan Cochrane hanya 5 minit dari rumah saya. Malah dari bulatan Kg Pandan tu saja dah boleh nampak bumbung dan sigboard besar Ikea.

Tak beli pun sekadar survey saja. Orang ramai tapi tidak bersesak. Hanya mesin automatik bayar parking yang berjela orang beratur. Mujur kami bayar di kaunter bayar barang. 3 jam pertama adalah free.

Agenda paling popular selain wayang dan jimba-jimba kat mall ialah jalan-jalan cari makan.

Last week kebetulan my anak sulung, Dak Amoi balik cuti Keputeraan Sultan Selangor, so kami Girls Day Out lagi. Kali ini Shah Alam Seksyen 7.


Dah lama tak makan di Pak Li’s Kopitiam. Sejak Dak Amoi dah habis skulah kat area situ, kami jarang pegi area Shah Alam.


Saya memilih Kuey Teow Goreng. Sebenarnya tak tau nak pilih apa, sebab di Pak Li’s ni semua sedap-sedap!


Antara menu popular ialah Nasi Ayam. Dak Amoi memilih Nasi Ayam Lemon.


Chak dan Alia masing-masing memilih Chicken Chop. Pun menu popular di Pak Li’s.


Selpiaq baq hang...!



Dessert diorder awal tetapi diminta hantar selepas makan. Ramai tahu, dessert paling top di sini ialah cendolnya.

Selain itu, Snowy Mango. Macam ABC.





Kemudian berpusing-pusing sekitar Seksyen 2 melihat-lihat kawasan skulah Dak Amoi belajar dulu.

Walau dulu agak kerap ke sini belum pernah sekalipun saya masuk Jakel Mall di situ. Takut pun ada sebab mahal.

Kali ini kami singgah. Kerana cuti umum agaknya, Jakel Mall agak lapang. Bestnya meronda dan memilih selain dari staf Jakel yang sangat sabar membantu. Depa macam consultant pulak. Bestnyaa...




Warna blue black agak susah nak cari tapi akhirnya dapat juga.

Phiewww kesat peluh...!




 ~...setiap hari minggu memang ada pekan sehari di hadapan balai raya dn warga Kampung Separuh Desa berduyun keluar berniaga dan tidak kurang sengaja membuang waktu dengan alasan melihat kain tetapi sebenarnya berharap HISYAM akan datang bergandingan dengan SERI BULAN mencari sate burung kuang...~




11 comments:

  1. mak dara pun dah macam anak dara jugak. hihihi.

    hai kakak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai GB.

      Bila berada dalam grup depa, automatik kita terikut jadi budak. Hahaha

      Delete
  2. Assalam kak azie, sihat hendaknya. Seronoknya girl day out ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Azimah...

      seronok bila sekali sekala jer. Kalu selalu dia jadi tak seronok. Parah poket. Hahaha

      Delete
  3. Wah... kain lace...

    macam akan ada 'acara besar' ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kain lace ditaja kawan Dak Amoi. Dia jadi grup bridesmaid kawannya nak kahwin bulan depan. Gitu kekdahnya Kakcik...

      Delete
  4. wah best nya...... saya tak pegi lagi ikea cheras. dah banyak kali ajak wife tapi dia ckp biar dulu, sebab sekarang mungkin orang tengah ramai lagi. bila dah kurang sket baru syiok nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tunggu lama skit sebab barang pun banyak diborong. Kami pun banyak tak dapat beli sebab out of stok. Especially barang2 dapur yg comel comel cute.

      Nanti lama skit baru banyak stok agaknya. And jangan lupa bayar parking di kaunter sbb mesin automatik bayar parking di situ saya nampak cuma 1. Berlengkar orang beratur.

      Delete
  5. boleh la nanti kita pergi ke tempat tu, kelihatan enak..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails