السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
23-08-2015
Saya tak plan nak tulis entri tentang kes wallet ni, cukup sekadar di FB dengan 2 status. Tapi sebagai penjelasan lebih jelas, saya akan tulis kisah sebenar.
Anak saya IKA, terjumpa wallet lelaki dalam perjalanan pergi kerja. Dalam teksi, ternampak pun masa dah nak turun dari teksi. Somewhere at Jalan Telawi, Bangsar. Jumaat lalu.
Secara spontan saja, dia terus ambil dan bawa ke opis. Terpaksa buka untuk cari info pemilik wallet. Malangnya memang tiada nombor yang boleh diyakini nombor sesiapa. Ada beberapa kad penting, termasuk 2 keping kad kredit, lesen memandu, MyKad, kad debit dan beberapa kad lain termasuk kad keahlian beliau sebagai pelanggan insurans AIA.
Kerana IKA tidak langsung dapat mencari nama pemilik tersebut di akaun Facebook, dia lalu call bank. Pihak bank of course tidak akan beri maklumat sulit, so IKA tinggalkan no hp dia supaya pihak bank mungkin boleh hubungi semula. (Sampai ke sudah memang takda)
Malam itu, saya call Khidmat Pelanggan syarikat insurans AIA dan tiada nombor yang dapat diberi melainkan alamat email. Memang betul, pemilik wallet ada akaun yang masih aktif di AIA. Terimakasih kepada staf Customer Service AIA yang bekerjasama.
Saya terus email pada malam itu juga dengan meninggalkan no telefon saya untuk dihubungi semula oleh Mr Lee.
Dari kad insurans juga, saya tahu Mr Lee bekerja di syarikat telekomunikasi besar di Gardens, MidValley (Bangsar). Saya call beberapa kali tetapi tak berjawab. Ok, Sabtu dan Ahad off day.
Lalu kami mengambil keputusan untuk:
1. mencari Mr Lee di tempat kerjanya, atau...
2. menyerahkan terus wallet tersebut kepada balai berdekatan.
Ada banyak kad. Lesen memandu. Kad isi minyak. Kad sosial yang lain. Duit tu saya tak pasti berapa. Tak rajin nak kira pun.
Jadi pada Isnin berikut, saya dan IKA decided akan singgah di Gardens mencari Mr Lee. Kebetulan, Gardens MidValley tidak asing bagi kami, sebab Ika pernah kena jaga cawangan kerja di sana beberapa bulan dan saya selalu jemput dia di sana. Lalu hampir setiap selok Gardens tu kami tahu. (Saya juga call syarikat yang sama di cawangan KLCC, dan dimaklumkan cawangan Gardens beroperasi setiap hari even Sabtu Ahad sehingga 10:00 malam. Laaaa kalu tahu Sabtu lagi dah bleh pi hantar)
And, petang Senin itu juga sekitar jam 6:00pm Mr Lee call saya. Akhirnya.
Kami teruskan juga niat singgah di Gardens malam itu untuk serah sendiri ke tangan Mr Lee. Bagi saya itu lebih melegakan.
Walaupun saya yakin dia mesti sudah buat report sejak hari kejadian lagi tetapi selagi kami masih simpan wallet dia, selagi itu saya rasa tak selesa dan tak tenang. Barang berharga milik orang dalam rumah kita, kita rasa apa?
Alhamdulillah mudah saja nak cari tempat kerja dia.
Mr Lee: “Thank you very much. I appreciate it.’
Walaupun saya minta dia semak dan periksa walletnya untuk kepastian, saya kagum Mr Lee langsung tak buka. Sekurang-kurangnya tidak di depan kami. Mungkin tidak mahu kami berasa diragui.
Dia menghargai usaha kecil kami pun dah cukup baik. (Rewardnya, selepas itu kami shopping sakan. Opss! bukan dapat bayaran tau, kami reward diri sendiri dengan duit sendiri)
Apapun saya sangat-sangat lega bila dapat selesaikan perkara ini. Pemiliknya sudah mendapat hak miliknya walaupun dia sudah menyekat semua aktiviti kad pentingnya. Saya pun berharap begitu.
Siapa pun dia, apapun bangsa dan agamanya, hak dia tetap hak dia. Bukan saya nak kata kami ni jujur benar, baik benar tetapi kita pun tahu, kita tidak berhak atas hak milik orang lain.
Terimakasih atas kerjasama mereka yang membantu juga memberikan pendapat dan pandangan yang baik.
~...SERI BULAN pernah beberapa kali tertinggal kunci rumah sejak menetap di kota metro lagi dan HISYAM sering menjadi tempat mengadu walaupun tidak dijadikan tukang pecah pintu, malahan pernah juga dia bersenda, seandai mereka akan tinggal serumah dia akan sengaja membiarkan SERI BULAN tidur di buaian sampai ke pagi...~
Alhamdulillah.
ReplyDeleteBuat baik itu tidak merugikan...
Alhamdulillah.
ReplyDeleteBuat baik itu tidak merugikan...
Syukur.. semuanya dipermudahkan
ReplyDeletejom join giveaway blog ika :)
ReplyDeletehttp://www.nooratikahramli.com/2015/12/giveaway-pocket-calendar-new-year-2016.html
Buat baik Allah balas berganda2.
ReplyDeletealhamdulillah..buat baik dibalas baik kan..mudah-mudahan.
ReplyDeleteMoga Allah merahmati akak sekeluarga
ReplyDeleteAlhamdulillah.. pasti dapat ganjaran besar dari Allah swt. Kalau bukan sekarang mungkin akan datang. Kalau bukan kat diri kita, mungkin kat anak cucu kita.. in sha Allah
ReplyDeleteInsya Allah ... setiap kebaikan itu ada ganjarannya. Ganjaran pertama ... hati jadi tenang.
ReplyDeletebila memudahkan urusan orang lain, nanti urusan kita juga akan dipermudahkan
ReplyDeletePernah macam tu...tapi makcik bagi polis, tetiba empunya hubungi makcik, katanya kat polis pun dah tak ada....hmmm
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Alhamdulila kak.tahniah utk akak n ank..
ReplyDeleteTahniah Azieazah kerana berlaku jujur. Setiap kejujuran itu pasti akan dibalas didalam pelbagai bentuk.
ReplyDeletebagus ni.. terbaek kak..
ReplyDeletesemoga kebaikan nya di balas oleh allah swt amin..
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah azie..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Bertuah Mr. Lee kerana walletnya dijumpai org yg bertggjwb spt Pn. Azie.. Hanya Allah dpt membalasnya.. Buat baik dibalas baik, inshaaAllah..
ReplyDelete