Showing posts with label komedi. Show all posts
Showing posts with label komedi. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

MLM 2013: Maharaja yang sukar digugat...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
10-02-2014

Berakhir sudah. Rakyat Malaysia tahu siapa juaranya. RM500,000 sudah dimiliki. Rezeki melimpah hasil usaha keras, latihan, bakat dan kreativiti.

Saya agak puas hati dengan hampir semua persembahan finalist. Malah sejak awal saya dah jangka keputusan di mana akhirnya jangkaan saya tepat sekali dengan keputusan.

Wpun ramai yang mahu Shiro or Bocey menjadi juara, saya tetap kata Sepahtu masih ‘kuat’ berada di atas untuk mengungguli. Mereka masih kuat untuk ‘dijatuhkan’. Nama yang teguh, masih bersih dengan rekod yang masih cemerlang, membolehkan peminat (yang depa sebut sebagai Sepahturious yang luar biasa) terus menyokong mereka. Tahniah...!


Nabil lebih nak meluahkan perasaan dan penghargaan. Content lawaknya cuma mungkin 50% saja.


SHIRO. Dah jadi style, bila segmen bebas di final, peserta akan repeat watak dalam lawak yang paling hit sepanjang pertandingan.


BOCEY: saya kagum dengan usaha sungguh-sungguh kumpulan ini. Memang depa layak ke final.



Segmen ke-2 SHIRO. Saya paling suka part nyanyi lagu lama tu. Ajak nyanyi lagu Ahmad Jais, Setahun Budi Segunung Intan, sebab tu lagu paberet yang menjadi ring-tone hp saya sekian lama...!


Dak ABAM yang comey ni, bila dia beliak beliak mata, adoi laaa... lawak!

Ohh... saya terlupa snap Sepahtu dan Jambu. Takpa, ramai orang lain pasti upload gambar depa malam itu.

Dunia lawak sudah mula diterima dan diiktiraf. Terkini, sudah ada realiti program, Skool of Lawak. Apa sahaja cara, apa saja konsep selagi berunsur lawak semakin menjadi ikutan dan wajar diberi perhatian.

Kenapa saya suka lawak?

Masa saya mula kerja dulu (1990), seorang staf, one Indian man pernah kata pada saya, “You’re very good joker!”

Then saya pun sedar saya suka lawak, suka merapu. Saya happy bila orang lain happy.

Tapi jangan suruh saya masuk Maharaja Lawak. Kompom tv pecah!





 ~...sejak minggu lepas lagi, SERI BULAN sudah dapat mengesan suatu perkara sudah berlaku bilamana Mak Utih bercakap rendah kepada HISYAM di bawah pokok cermai yang rendang dan bila dia mendekat cerita sudah berubah menjadi kisah Pak Pandir jatuh dalam parit!...~




Friday, January 24, 2014

MLM 2013: JAMBU, tolong la keluar...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
24-01-2014

Punyalah sibuk sampai tak sempat nak update apapun. Kalut sampai meja penuh dengan kertas macam semak samun. Sehinggakan kawan 'jahat' saya ajak lunch pun saya tolak mentah-mentah. Cewahhh padan muka dia!

Oh ya... setiap Jumaat ada MLM. Promosi giler-giler sehinggakan jumlah penonton dah cecah lebih 1 juta orang. Memang buat duit betul pelawak negara kita hari ini. Usaha banyak pihak menghasilkan suatu program yang menjadi fenomena di mana, bukan saja industri hiburan meriah malah, secara peribadi saya suka sebab saya boleh release tension.

Orang yang suka gelak besar macam saya akan suka pada sesuatu yang boleh dia gelak besar tanpa peduli airmata keluar ke tidak. Tidak peduli perut lapar ke tidak. Tidak peduli dah menanak ke belum. Sanggup tunggu.

Mujur la program live tu kul 10:00 malam. Kalu start kul 7:00 malam macam drama sebutan ramai di TV tuuuttt... tuh? Hmmm.. ramai la agaknya lengah solat maghrib!

Setiap minggu kami sekeluarga (repeat, sekeluarga) sangat suka nak tunggu MLM 2013 (sebenarnya sejak ianya bermula 2011 lagi). Gelak sampai bergegar satu badan. Tinggal tak boleh guling jer... kang urat berselirat.

Minggu ke minggu, melihat satu demi satu pasukan bertanding disingkir... lalu kini tinggal the best among the best. Dan sudah bermula episod jelajah program live di merata tempat. Bermula di Bandar Utama minggu dulu (sampai Dak AMOI kuar opis jem giler depan tempat kija dia)... dan minggu ini (malam ni la) akan bersiaran dari Sg Petani, Kedah.

Seperti biasa, kami lebih banyak menyokong (tak pernah undi sms pun), kumpulan SHIRO, SepahTu dan Nabil.


Konsisten. Mengambil Rahim sebagai ahli untuk musim ini, memberikan banyak impak. Memang SepahTu akan kurang berkesan jika hanya berdua.


Sapa kata Rahim tak kelakar? Dia ada bakat okey!


One man show. Nabil ada up and down dia. Tapi kesungguhan dia, beserta 'nama' yang sudah terpahat, menyebabkan dia sukar digugat. Harap dia pun berjaya ke final, dapat tempat ke-tiga pun takpa lah!


BOCEY, kumpulan yang menjadi saingan sengit kepada lain pasukan. Minggu ke minggu depa semakin best dan menghiburkan. Walaupun isu fizikal juga menjadi bahan (Si Abam tu la) tetap content lawak depa pun tetap menghiburkan. Saya pernah gelak terbahak masa minggu bebas, Abam jadi anak jin (macam filem Ahmad Albab tuh).... Weyyy saya pernah terfikir nak nyanyi 'ding ding ding ding!"...? hahahaha!

Itu koleksi pic saya snap sendiri pada 2 minggu lepas. Saya terlupa nak snap SHIRO.

Juri: Luna Maya sangat kelakar dan comel. Dato Yusuf Haslam selalu bagi komen yang sama tiap minggu. Heeeee.... Nora Danish: asyik la bagi komen kesian.

Dan sehingga hari ini, JAMBU semakin merudum. Kurang fokus. Lawak merapu dah tak syok nak tengok.

Peminat JAMBU semua, sori to say. Saya harap malam ini JAMBU keluar!




 ~...SERI BULAN pernah kena sergah konon ada jin di rumbun buluh lalu dia tidak pernah ada keberanian untuk berjalan sorang di denai laluan melainkan HISYAM menjadi pengiring dan Mak Utih menjadi pengapit yang sering ...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails