Showing posts with label throwback. Show all posts
Showing posts with label throwback. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

Blogger selatan dan utara bertemu di tengah kota...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
18-08-2015


Kisah ni dah lama. Saya dok sangka saya dah tulis dan upload. Rupanya belum.

Sebelum puasa lalu, saya menerima undangan ke majlis walimatulurus adik kepada seorang blogger tersohor di selatan. Majlis berlangsung di KL, Shah Alam. Intekma Resort (berhampiran UiTM Shah Alam).


Majlis moden bercampur tradisional. Berlangsung di tepi kolam Intekma Resort. Lihat pelamin di ujung sana.




Pengantin lelaki adalah warga Jerman. Pengantin perempuan adalah adik kepada blogger RUHAYU Citarasa Rinduan. Blogger terkenal di kalangan para blogger. Blogger yang gigih menguasahakan kedai makannya Citarasa Rinduan di Felda Sayong, KulaiJaya, Johor.


Sebenarnya saya dah kenal lama dengan Ayu ni. Sudah bertahun, tapi kami belum pernah berjumpa pun.

Kali ini ada rezeki pula kami berjumpa buat pertama kalinya di KL.


Kebetulan blogger ABAH ZINO juga mendapat undangan yang sama. Lalu kami semeja malam itu.



Hidangan utama kami malam itu ialah kambing golek. Majlis eksklusif yang hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja, jadi majlis nampak teratur dan tersusun.


Selain nyanyian solo dan iringan gitar (unplugged) juga ada persembahan tarian tradisional oleh pelajar UiTM.

Akhirnya dapat juga saya bertemu dengan Ayu setelah sekian lama kami masing-masing menyimpan hasrat untuk bersua muka.

Terimakasih tidak terhingga kepada Ayu dan seluruh ahli keluarganya atas jemputan dan layanan.

Apapun saya masih menyimpan hasrat untuk ke Kulaijaya. Singgah berziarah ke kedai makan Citarasa Rinduan yang terkenal di sana. Entah bila.





 ~...asal usul bukan menjadi topik bual yang digemari oleh HISYAM yang sedia dimaklumi sejak dulu oleh SERI BULAN tetapi itulah juga rupanya yang menjadi rahsia yang sering dirisik ramai warga Kampung Separuh Desa lalu akhirnya Mak Utih dipesan untuk tidak membuka info dan Pak Utih disaran mereka cerita..~




Tuesday, August 4, 2015

Syawal: selepas 30 tahun...rupanya masih ada yang bujang teruna...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-08-2015


Beraya di kampung tahun ini, selain membuat Rumah Terbuka yang sentiasa meriah pada Syawal ke-3, juga istimewa tahun ini kerana saya terlibat dalam program Reunion sekolah menengah saya. Yang diadakan pada Syawal ke-4.

Memang zaman sekarang, reunion sekolah sudah menjadi fenomena. Mana-mana ceruk pun kita akan lihat reunion menjadi agenda, terutama musim Raya.

Kami mencapai sepakat sejak sebelum puasa lagi. Saya antara bekas pelajar yang dilantik menjadi Urusetia reunion yang memikul beberapa tanggungjawab bagi memastikan program akan berjalan dengan baik, lancar dan mendapat sambutan.

Walaupun bukan mudah hendak mengumpulkan sekian ramai rakan-rakan pelajar yang bersekolah menengah sejak 1980-1984, tetapi teknologi sangat membantu. Whatsapp menjadi medan paling popular dan disenangi. Dari kawan kepada kawan. Lalu mesej disampaikan dari mulut ke mulut.


Antara beberapa siri mesorat di luar medan whatsapp yang saya hadiri. Ternyata komitmen setiap Urusetia yang dilantik walaupun tidak bergaji wajar dipuji.


Buku Aturcara yang saya usahakan sendiri. Mujur sempat saya design dan hantar cetak walaupun dalam kesibukan kerja dan bulan puasa.


Duit Raya untuk anak-anak tetamu juga disediakan. Selaku Ketua bahagian sambutan, beberapa AJK di bawah saya memberikan kerjasama yang memuaskan dan saya amat berterimakasih dan menghargai usaha dan tenaga mereka.


Sehari sebelum program majlis. Sekolah menengah saya yang sudah 30 tahun saya tinggalkan. Begitu banyak perubahan yang saya lihat. Secara kebetulan baju saya sama warna dengan tembok pagar sekolah. Saya dan beberapa orang Urusetia datang menyediakan dewan. Lama sungguh tidak menjejak kaki ke sekolah ini. Sejak meninggalkannya pada tahun 1984 saya tidak pernah sekalipun datang. Masa berlalu pantas membawa saya merantau dan jauh tercampak dari kampung halaman...





Atas usaha gigih beberapa orang rakan Urusetia yang tinggal di kampung dan berdekatan kampung, kami berjaya mendapat dewan sekolah lama saya untuk dijadikan lokasi majlis. Kerjasama dan keizinan Puan Pengetua SMK Raja Lope Nor Rashid, Tanjong Piandang iaitu Puan Hajjah Halimah Said (yang rupanya kawan baik dan pernah serumah dengan MyKakYang) sangat kami hargai dan menggembirakan kami semua.


Dan hari yang dinanti pun tiba. Dengan kehadiran Puan Pengetua sendiri, beberapa orang mantan guru kami 30 tahun lalu, dan kira-kira 140 orang tetamu - bekas rakan sekolah Batch 1967 bersama keluarga - majlis menjadi sangat meriah dan bermakna.

Saya dilantik sebagai pengacara majlis untuk sepanjang program, jadi tidak banyak gambar yang dapat saya snap sebagai koleksi peribadi. Jurugambar khas telah dilantik bagi merakam segala pergerakan dan suasana hari itu.


Semua gambar rasmi akan dijadikan majalah khas dan sedang dalam pembikinan. Jadi saya hanya gunakan gambar-gambar dari kamera kawan-kawan yang termuat dalam whatsapp grup.




Ada acara karaoke santai lagu raya, cabutan nombor bertuah, duit raya untuk anak-anak, pelancaran Dana Surau (kami berjaya kumpulkan lebih RM6,000++ untuk binaan surau baru sekolah). Sumbangan hamper dan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah juga sangat banyak dan seronok melihat ramai rakan-rakan yang bertuah membawa pulang hadiah pada petang itu.



Ada sebahagian mereka hanya sempat bersama saya sehingga Form 3 sahaja (kemudian menyambung aliran sains di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang) tetapi mesranya kami bagaikan pernah bersama bertahun-tahun.



Sebahagian besar mereka memang masih saya ingat dan sentiasa terkenang. Walau masing-masing berada di merata tempat dengan pelbagai corak kehidupan, kerjaya dan kejayaan, tiada yang dapat menafikan rasa rindu persahabatan zaman sekolah. Sama-sama melalui suka duka zaman belajar selama 5 tahun.

Walaupun masih ada seorang dua masih bujang belum berjodoh (bujang terlajak ler tuh, kan?), rata-rata yang hadir bersama keluarga ternyata lebih memeriahkan lagi majlis dan memberikan suasana lebih telus dan harmoni. Hanya saya yang sedikit ralat tidak dapat bertegur sapa beramah mesra kerana sibuk di pentas mengelola itu dan ini.


Hanya gambar menjadi kenangan abadi.




 ~...bukanlah SERI BULAN atau HISYAM sekalipun tidak mempunyai kawan lain selain sesama mereka, tetapi HISYAM sering tidak dapat menahan rasa sangsi dan cemburu hati apabila bukan sedikit yang ingin menghimpit SERI BULAN bagaikan bulan tidak lagi dipagar bintang dan SERI BULAN terlebih-lebih lagi rasa cemburu-cemberutnya apabila HISYAM itu terlalu ramai peminatnya...~




Friday, August 8, 2014

Beraya di Kampung Saya #04: ‘throwback’ baju-baju lama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
08-08-2014


Bila dah ramai berimpun di rumah asal, seronok berlonggok ramai-ramai borak citer macam-macam.

And, kebetulan MyKakYang, keluarkan 5 buntil besar baju-baju lama kami yang dulu dia simpan di stor rumah dia (sebab rumah asal ni terpaksa dikosongkan).

Wahhh seronoknya membongkar semula baju-baju lama — yang sebenarnya berpusing-pusing semula. Dari anak kakak kepada anak saya, dari baju saya ke anak buah saya... then berpusing balik ke rumah orang itu, ke rumah orang ni... sehinggalah banyak yang sudah tidak dipakai lagi. Samada dah tak muat, tak sesuai, dah lusuh dan out-of-fashion.


Pilih makcik, jangan tak pilih...!



Tudung pink tu ntah sapa ler punya, masih cantik dah boleh dipakai lagi.



MyAnakMenakan said, “Ini baru real throwback!” Sebab baju zaman anak dara saya pun masih ada lagi!”

Yup baju kurung hijau tu baju saya semasa Tingkatan 5. (Ada gambar saya berbaju tu, tapi tak bertudung plak). Hehehehe kecik jer kan?

Takda sapa pun nak warisi baju tu. Dah out-of-date. Tapi percayalah... fabrik dulu-dulu sangat tahan lama tak mudah reput walaupun zaman dulu kain-kain sebegitu sangat murah.

Semua kain tu MyKakYang dah basuh bersih. Kami mengasingkan mana yang lengkap sepasang dengan kainnya, juga mengasingkan antara blaus dan baju kurung dan baju Melayu.

Untuk menghantar ke rumah anak-anak yatim pun agak jauh dari kawasan kampung saya. Mungkin harus dihantar ke masjid untuk dipilih oleh sesiapa yang datang.

Di KL pun, rata-rata rumah anak-anak yatim agak kurang gemar untuk menerima baju-baju lama, kan? Kebanyakan pengjaga rumah tersebut lebih selesa menerima sumbangan dalam bentuk lain seperti wang ringgit dan makanan. Baju lama sudah tak sesuai untuk disumbangkan ke rumah mereka, sehingga pernah suatu ketika dulu saya dengar, “Rumah anak yatim bukan tempat longgok barang lama.”


Ini suasana dalam bilik anak-anak dara saya, masa operasi meringankan rumah. Beberapa hari lepas Raya. Maklum sebelum Raya tak sempat langsung nak beroperasi.

Ada beberapa beg besar baju-baju lama yang masih baik tapi dah tak muat dipakai. Hmmm... kat mana saya nak ‘buang’?

Ada cadangan tempat?






 ~....walau sudah lama, walau sudah berusia hubungan itu tapi hati tetap merasa baru merasa terharu andai SERI BULAN berjauhan dari HISYAMnya...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails