Wednesday, January 11, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa: Angsa di Lau, Bila Petang Mesti Dihalau...

Assalamualaikum
Rabu
11-01-2011
*scheduled post





Lumrah orang kampung mesti nak bela ayam itik, sekor dua lembu atau kambing or kerbau. Pelanduk ada?

Samada buat makan sendiri atau sekadar buat peneman meriuhkan kampung. Ayam jantan menjadi alarm setiap pagi. Natural!

Lalu jangan marah bila orang-orang tua bila diajak ke bandar, cepat saja nak balik ke kampung semula, dengan alasan rindukan ayam itik, lembu kambing dan kerbau angsa...!

Dulu kami pun ada bela ayam, itik dan angsa. Cuma tidak banyak kenangan aku dengan angsa, kecuali kami lama juga membela itik. Bermula dari anak itik yang banyak sampai beratus ekor (kebanyakannya kaler kuning) sehingga berkurangan dari jumlah sebenar kerana di makan ular... [Kenapa bila besar, kaler kuning tu ilang? Telur tu disuntik pewarna ker sebelum ditetaskan?]

Pepagi terbongkok-bongkok memijak tanah becak separuh berair kerana separuh darat separuh parit, mengutip telor itik. Bila banyak boleh jual untuk tambah belanja dapor! Kalu musim raya, buat bahulu atau telur masin. Digoreng jarang sekali, kerana telor itik hanyir.

Di Ketereh hari tu, terperanjat lagi kerana di bawah rumah ada reban angsa. Lima ekor kalu tak silap. Setiap setengah jam, kadang-kadang setiap 1 jam, angsa ini akan berbunyi riuh beberapa minit seperti menegur sesuatu. Irama bunyi nyaring ini disebut “orkestra angsa” oleh CIK BINTANG. Hehehehe. Malam pertama memang susah nak tidor, tapi lama-kelamaan, telinga pun dah lali..



Buka pintu dapur rumah ANYSS terus nampak kehijauan ini.
Bila hujan, suasananya sungguh menarik dan unggul sekali.



Geram kat angsa nih! Setiap kali kita pegi dekat, dia mesti nak melalak...!





Telur angsa dieram secara moden sebegini. Lampu yang dipasang itu sebenarnya automatik, akan terpadam sendiri bila mencapai haba yang dikehendaki dan on sendiri mengikut keperluan suhu. Wahhh... kagum aku!


Cuma sehingga hari ini, aku tidak tahu samada Itik Nila dan Angsa itu adalah haiwan yang sama! Yang aku tahu, kedua-dua haiwan tu suka kejar orang!

*ada ker yang tak tahu apa makna “lau” tu? LAU = reban ayam atau reban itik.



Aku suka nak repeat lagi sekali gambar ini. Pelantar kayu, walau nampak macam kusam uzur tetapi sebenarnya pelantar ini memberikan suatu gambaran kenangan yang orang lain tidak mungkin faham. Masa aku nak menulis tentang kenangan itu di blog dulu, jenoh aku cari di Google gambar pelantar, tetapi tiada suatu pun yang menepati bayangan aku, kecuali GAMBAR ini (sekarang baru jumpa)!


Aku teringat masa seusia 12 tahun, di rumah arwah MAKLONG aku selalu duduk di pelantar sebegini, mengangkat air ke rumahnya, juga memasak di dapur kayunya... dan pernah beberapa kali berteman seorang lelaki yang pernah kata dia hanya nak kahwin dengan aku — aku malu nak masukkan link entri tentang lelaki itu di sini, kerana lelaki itu sampai sekarang belum berkahwin!




~...belum sempat mencapai batok di tepi tangga, belum tertanggal selipar di kaki Mak Utih sudah berleter macam bertih, Pak Utih sudah masam macam termamah belimbing buluh kerana SERI BULAN pulang dengan lumpur di betis, HISYAM menghantar dengan lengan bercalar lalu kedua orang tua di ambin itu memandang penuh curiga...~













Tuesday, January 10, 2012

Pasar malam juga tempat gossip, betul?

Assalamualaikum
Thalatha
10-01-2012



Emosi terganggu sejak pagi. Bukan besar punya hal pun. Kecik. Remeh-sememeh jer. Tapi dah fitrah pompuan. Skit-skit nak terasa.

Kawan usik sikit pun nak sentap, padahal kawan tu cakap dalam fon saja. Mujur tak nampak muka. Kalu idak, tak pasal-pasal kena ejek sebab aku dah kembang mata.

Tadi tertembung sorang kawan lama di pasar malam. Sebenarnya dah bertembung dah, selisih sambil senyum and, “hai..”

Pastu aku jalan ikut haluan aku. Mengelak.

Patah balik, dah tak leh ngelak. Kantoi gak. Ok la borak sepatah dua. Tapi lembut lak hati tak sampai, bila dia mula sebut, “kau tau tak... si polan...”

Bab yang paling aku ngelak. Kadang-kadang terfikir gak nak jawab dengan ayat-ayat sarcastic, sinis tapi... sengihhh...

“Oh ya ka?”

Kisah laki orang tu... kisah orang nii... akhir sekali masuk bab laki dia sama! huh!

Balik aku menyesal sepanjang jalan!


Tayang-tayang:

Lunch. Pengubat tekanan. Makan sorang tak kongsi!


Tayang lagi:

Goreng Cempedak Ahad lalu.




~...semalam semasa menurun cerun sedikit curam, HISYAM bagai terlupa SERI BULAN di belakang bagai terkial menggapai tangan lalu bila dia menoleh sekilas, gadis pujaan hatinya sudah terlayang dengan rambut mengerbang tanpa sempat dia membayang, kedua mereka tergolek seiring tawa ejek sesama mereka...~







Monday, January 9, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa: Dapur Kayu

Assalamualaikum
Senin
09-01-2012
*scheduled post


Dulu, kami memang hanya berumah kayu. Langsung tiada simen kecuali tapak tiang rumah.


Masa mengubah kehidupan dan resam orang dulu, perubahan bentuk rumah selaras dengan gaya hidup yang lebih baik, berlangsung bertahun-tahun.

Aku melalui banyak fasa perubahan rumah sebelum kami akhirnya tinggal di rumah kampung yang luas besar dan 2 tingkat! Arwah AYAH dulu, sangat menjaga rumah yang menjadi harta pusaka hari ini.

Masa kecik, MyBONDA memang latih kami semua guna dapur kayu. Bahan kayu api adalah ranting pelepah nyor, tempurung kelapa kering (dijemur), sabut kelapa yang mesti dijemur juga — berasap bila bakar boleh halau nyamuk, dll kayu kering, papan kecik, daun kelapa kering...

Hari ini mana lagi nak tengok dapur kayu, ada abu, ada atang...

Tapi aku jumpa dapur kayu juga — selepas lebih 30 tahun! — di rumah ANYSS. Walaupun dapur kayu ini katanya jarang sekali digunakan, kerana mereka gunakan dapur gas, dapur kayu ini tetap masih berfungsi sekali sekala terutama untuk memasak lama seperti merebus tulang... (rumah ANYSS wpun rumah kampung tapi moden, ada shower air panas lagik!)




Pertama kali melihat, terkejut tak sangka dapat melihat lagi dapur kayu sebegini. Masa tu terharu dan sebak pun ada. Terus teringat zaman kecik dan zaman anak dara dulu. Bagai terbau di hidung, bau arang dapur kayu... bau tempurung dan sabut dibakar... enak sungguh masak nasi guna dapur kayu.


Kenangan mengusik jiwa!


Perubahan dan kemajuan hari ini masih tidak mampu membunuh nostalgia dalam ingatan seorang aku....!



~...bila Pak Utih tidak langsung membenarkan HISYAM mengikutnya mencari kayu api di pinggir hutan dara, SERI BULAN sudah tersengih mengerti akan sebab dan alasan kerana Mak Utih pernah menyebut tidak mungkin HISYAM boleh mengenal mana akar hendak ditarik, mana kayu hendak ditakik dan mana pucuk hendak dijolok...~










Sunday, January 8, 2012

Letih...

Assalamualaikum
Ahad
08-01-2012



Baru balik.

Letih...!



Cerita lanjut nanti saja.

*Situasi sekarang: Nak goreng cempedak!



~...setiap senja bagai melihat halimunan malam, terlayang angan-angan merenung bebayang HISYAM yang pulang-balik di laman Teratak Nyatuh, lalu bila Mak Utih menegur Maghrib sudah penghujung, SERI BULAN tersedar beduk sudah lama berakhir...~







Nasi Lemak Buah Ketereh...

Assalamualaikum
Ahad
08-01-2012

Salam hari minggu!

Pagi ni, Nasi Lemak Masak Sendiri untuk anak-anak, juga untuk dikirim sedikit kepada kengkawan ber-mini-gathering sarapan pagi ini nun di BBB. Sori Berlori tak dapat join, kerana harus berada di luar kawasan pagi ini.

KAKCIK, tolong bawakkan eh?

Dengan ucapan, “Kenang daku dalam doamu.” > macam ucapan tahun 70-an! hahahaha


Kenangan di Ketereh:


Aku baru tahu “ketereh @ tere” tu rupanya buah gajus! uishhh naifnya aku!

Selamat berhujung minggu kengkawan!



~...HISYAM sudah bersedia di tepi Sungai Menghijau Lumut, menanti SERI BULAN untuk menjelajah baruh dengan pesanan jangan memakai kebaya dan batik lepas, nanti banyak mata tidak lepas, banyak tangan tidak terbatas...~









Saturday, January 7, 2012

Bosan Dalam Rajuk...!

Assalamualaikum
Sabtuday
07-01-2012


Kebosanan menunggu ruang pejabat yang kosong tapi tidak lengang. Tugasan masih belum selesai.

On radio layan Sinar FM.

Kat luar cuaca panas terik, nak selak bidai pun takut. Takut cair > perasan

Haruslah balik lewat skit hari ini, sebab nak tunggu lembayung lembut sikit sinarannya. Pastu nak pegi pasar malam, cover rasa bersalah sebab hari ini memang tak nak masak. Hilang mood.

Kadang-kadang kita rela menerima pandangan dan pendapat orang lain, especially dari orang-orang terdekat atau teman rapat yang dipercayai. Malangnya, kita juga selalu tidak setuju dengan pandangan orang kerana begitu kuat keyakinan pada keputusan diri sendiri.

Lalu dibimbangi pula keputusan itu menimbulkan balah dan pertentangan. Pertentangan itu akan memberikan jurang. Ahhh benci...! Kenapa mesti ada pertentangan bila kita sudah sehati sejiwa, sepakat dalam banyak perkara tetapi tidak kali ini?

Kenapa tidak memberikan kata semangat walaupun aku memang orang yang bersemangat selalu, dalam banyak perkara terutama makan!


Aku terbeli buku novel ni sampai dua!

Ungu: warna bangsawan di Eropah tetapi di Indonesia, UNGU dikatakan warna balu, warna duka.

Ungu bagi aku adalah warna kecemerlangan dan kegemilangan!




~...walau setiap surat bawah tempurung di hujung ampaian tidak pernah berwarna selain merah jambu, HISYAM tahu isinya sudah memuatkan segala isihatinya yang juga jambu, bukan seperti ekor tupai di julai jambu, SERI BULAN jauh lebih mengerti mata bersinar tupai itu menggambarkan isi hatinya setiap kali menyingkap tempurung itu...~








Bersosial Cara Aku, Gigih Cara Aku ...

Assalamualaikum
Sabtuday
07-01-2012



Semalam aku bermesorat di luar KL. Hari tu ada orang tanya, keja apa mesorat malam-malam? Yang pasti bukan MLM. Tidak langsung, tapi kerja luar yang tidak rasmi tetapi perlukan komitment yang gigih juga.

Sebenarnya Ahad ini ada program untuk breakfast dengan blogger dan aku mendapat jemputan. Malangnya, aku tidak upaya sertai kerana mengambil kira sepanjang minggu sejak balik dari Kelantan hari tu, aku terlalu sibuk. Dan melihat Ahad nanti adalah hari yang wajar berada di rumah. Budak-budak dah start skulah, jadi ada banyak rutin terpaksa dijaga semula setelah bercuti hampir 2 bulan, kan?

Tapi,
aku terpaksa menarik balik alasan aku itu. Aduhh Sori Berlori la. Nampaknya Ahad nanti aku tetap juga tidak dapat berada di rumah sepenuhnya.

Sabtu hari ini aku terpaksa bekerja di luar KL juga, sehingga petang. Banyak temujanji yang harus dipenuhi. Rakan-rakan sepasukan masing-masing ada komitment lain lalu aku terpaksa mengawal temujanji sehingga petang.




Dan Ahad, masih ada kerja lanjutan yang harus dibuat.

Sibuk yang cuba dikawal, tapi sebenarnya, selagi badan larat (perasan muda), aku ingin terus gigih bekerja, terus cuba untuk menjadi pekerja yang baik, menjaga komitment sendiri agar setiap orang yang terlibat berpuas hati dan suka bekerjasama dengan aku...

Kerana aku bekerja untuk membantu orang lain itu sebenarnya membantu diri sendiri.

Tentulah aku berharap akan ada beberapa perubahan menjelang tahun 2012 ini nanti. Setidak-tidak ada sesuatu (atau lebih) yang dapat dibuktikan kepada diri sendiri, atau mungkin juga kepada orang lain.

Serik rasanya menjadi insan yang hina, insan yang jauh darjat dari kawan-kawan lain, malu bila dikatakan orang sengkek, dan terhina bila menjadi orang yang tidak mampu.

Memujuk diri, aku sebenarnya mampu bekerja kuat dan mampu menjadi orang gigih. Malah masih mampu gelak ketawa bahagia dalam aliran sosial bersama kawan-kawan blogger lain walaupun tidak perlu menjadi rapat. Mesra dan jujur adalah kunci terbaik.


Memang dah lama aku tak join kengkawan merebut Juara Longkang! Rindu...!



~...pertama kali bertentang mata dengan JALAL membuatkan SERI BULAN rasa nak pitam demam tetapi bila HISYAM bagai bersedia hendak menjual Silat Pulut Tanak Tak Masak, dia yakin sahabatnya itu akan menjadi pelindung terbaik walaupun bukan itu alasan terbaik...~










Friday, January 6, 2012

Nuffnang Cheque untuk Drama Sebabak Laki Bini...

Assalamualaikum
JumAAt
06-01-2012


Sebenarnya sejak mula tahun baru 2012, tiada langsung masa free. Kesibukan yang sudah dijangka. Sori Berlori, lately banyak entri di blog kengkawan tak sempat nak kejar. Akan cuba diulang nanti bila ada kesempatan.

Tanpa kengkawan blogger dan pembaca yang sudi, mana mungkin cek Nuffnang ini sampai ke rumah tadi.


Jumlah mungkin tak banyak bagi setengah orang, tapi bagi aku cukup menggembirakan...!


Hadiah lain, FM khas dari Thailand, dari blogger ANYSS yang semasa kita Gathering di rumah Dato’ LF tempohari, beliau berada di Bangkok.


Tayang-tayang lunch:

Tako Chicken Cheese. Sebenarnya aku tak berapa minat Tako ni.
Sekali sekala, which is 2,3 bulan sekali tu ok la.



Situasi lain yang ingin dikongsi:


Bini: sifatnya pantang pepagi buta kalut nak pi kerja, disuruh cari barang.

Toklaki: bila baju kerja yang terpampang depan mata tak berkenan, paksa bini cari yang lain, la la tu jugok. Selongkar lemari abih!

Toklaki: sejak menikah puluhan tahun, dia memang suka pakai bedak berbanding perfume (deodorant wajib, tu pun bini paksa).

So pagi tadi bedak habis (yang benaq nya dah 3,4 hari habis).

Toklaki: “Bedak habis, bila nak beli ni? Asyik lupa jer...” > ayat rungutan bersulam lagu dan lawak SY dan Kak E di Sinar FM.

Bini: “I lupa la...”

Toklaki: “Lupa, lupa. Ingat apa?” > bini dah mahir tu nada ayat menyakat.

Bini: “Ingat pakwe.” > selamba menjawab konon berani nak kena sekeh (atau paling-paling dia cium aku!)

Toklaki: “I pun selalu ingat makwe!” Amik ko! jawapan dia macam nak bagitau telinga dia ada kuar asap! Bedak punya pasal!

Drama sebabak tu tamat begitu saja. Kerana si laki dan si bini masing-masing mahir dan faham, pakwe dan makwe tu merujuk diri masing-masing!


*Relate balik dengan Nuffnang cheque di atas, aku rasa nak belanja MyTOKLAKI makan Sate! ok tak? Ok la kan, walaupun dia tak tau pun amender Nuffnang tuh. Hehehehehe!




~...melihat tangga ambin Teratak Nyatuh yang semakin berlumut, tangkai batok di serambi juga bagai licin tidak terusap, HISYAM sedar SERI BULAN bagai merajuk boikot memeruk jiwa menjeruk rasa di dalam bilik kerana HISYAM endah tak endah sejak balik dari merantau dari hutan dara mungkin sudah diikat asmara puteri bunian...~









Blogger EELOBOR ~ Wakaf Che Yeh...

Assalamualaikum
JumAAt
06-01-2012


Dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu ke Ketereh, kami berhenti di pertengahan jalan semata-mata nak snap mercu tanda Wakaf Che Yeh yang semakin popular menjadi pusat kunjungan jika kita ke Kelantan. Tempat shopping! Kalu pegi malam nanti, harus tak nampak, so snap waktu siang.

Hari yang sama, tapi tudung bertukar. Cenderahati dari blogger ARIZAKIAH. Terus pakai melaram!

Masa snap snap ni, ada keta yang lalu-lalang siap hon pada kami. Hehehehe orang Kelate memang peramah eh?

Selepas maghrib kami berkunjung ke rumah blogger EELOBOR yang kebetulan juga pulang ke kampung halaman di Pintu Geng, tidak jauh dari Wakaf Che Yeh.



Abaikan seluar aku yang basah, kerana ujan sejak senja hingga ke tengah malam. Kami pergi juga ke rumah EELOBOR (dijemput di pertengahan jalan) kerana kesempatan begini mungkin tidak berulang di lain kali.


EELOBOR sekeluarga. Terimakasih menerima kunjungan kami.
(aku tak sepatutnya posing macam tuh.. uish)


Besar sungguh rasa hati kami, disambut mesra oleh Mamanya, dan anak isteri. Siap jamu Bihun Goreng yang enak masih panas dan Sata. Teh O sedap, kebetulan kami tiba dalam ujan.

Kemudian menyambung nak berkawad kaki di Wakaf Che Yeh. Tempat ni lebih kurang macam Uptown di KL. Meriah menjelang tengah hingga ke awal pagi. Tapi kami tak larat lah nak meronda di tengah malam, lagipun aku nak balik KL esok pagi, jadi nak tidor awal la konon.



Pertama kali tengok Buah Bidara. Adik beradik epal/lai rupanya. Manis macam epal gak. Tekstur sedikit kasar. Kami bercakap-cakap, apa kaitan Buah Bidara sebegini yang sering disebut dalam bidalan “Nasi Lemak Buah Bidara” itu.... hmmm?



Buah mata kucing tu memang terbaik lahhh...!


Kaftan moden berlabuci dan berlukis corak yang tidak sama dengan yang lainnya. Harga? Boleh tahan. RM200 ke atas.



Lebih kurang di pasar malam KL juga...


Buat kenangan saja.


Polka dot cotton menjadi trend masa kini. Bukan main suka lagi “gewe” tu bila kami snap!


Baju tidor untuk CHAK.

Walaupun cuaca mendung dan ujan lebih banyak turun dari berhenti, kami tetap enjoy berjalan sana berjalan sini. Bagi aku memang lah percutian ini sangat singkat, tetapi masa kami begitu padat dan dipenuhi dengan agenda jalan-jalan.

Terimakasih tidak terhingga buat ANYSS sekeluarga dan CHE BINTANG yang menjadi peneman. Ada banyak kisah lucu yang kami kongsi dan bebas pula kami bergelak gelak dalam cuti yang penuh kenangan. Percutian yang sungguh berbeza dan bermakna kerana aku tidak menginap di hotel mewah tetapi di sebuah rumah kampung yang menarik dan menyentuh perasaan... Sungguh lain dan berbeza sekali!

Hanya dua orang sahaja blogger yang sempat ditemui di sana. Blogger WANI dj HOTfm Kelantan tidak sempat dibuat temujanji, kerana aku bimbang mengganggu lagipun masa sangat singkat. Tak terkejar nak susun semua agenda. Lagipun 2hb Jan, merupakan hari pertama DJ Wani (disana dipanggil DJ SHAZ) memulakan tugas di konti.

Apapun, sebaik sahaja aku balik KL, DJ WANI call untuk aku memuatkan ucapan dan sedikit pengalaman berada di Kelantan. Rakaman terpaksa dibuat dua kali. Sapa yang dapat dengar? Hehehehe.. orang KL masuk sora di radio Kelantan.




~...kerana inginkan sesuatu yang unik lagi klasik, SERI BULAN tidak pernah berfikir dua kali untuk menjadi peneman dan pendorong utama kepada HISYAM, menjadi pemastautin tetap Kampung Separuh Desa, walau tahu nanti dia pasti harus belajar membasuh kain dengan tangan, memerun api dan memanggang arang...~









Masjid Kg Laut: Binaan Tidak Berpaku...

Assalamualaikum
JumAAt
06-01-2012


Salam JumAAt.

Kami memang memasukkan agenda lawatan ke Masjid Kampung Laut dalam agenda jalan-jalan kami. Ia terletak di pertengahan jalan pulang kami dari Kota Bharu ke rumah ANYSS di Ketereh. ANYSS juga telah menulis entri tentang Masjid ini minggu lepas: Masjid Kampung Laut


Info copy paste dari sana:

Masjid Kampung Laut terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Universiti Malaya,
kampus cawangan Kelantan, iaitu 20 km dari pusat bandar Kota Bharu.
Usia masjid Kampung Laut ini dipercayai melebihi 300 tahun
turut dikaitkan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi
Ia diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini dan
antara masjid paling “bersejarah” di Asia Tenggara,
seangkatan dengan masjid Nat Tanjung dan masjid Wadi Hussin di Thailand,
Masjid Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).


Struktur asal hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat
diperbuat daripada daun rumbia dengan keluasannya hanya 400 kaki persegi sahaja
akhir abad ke-19, diperbesarkan
untuk bilik sembahyang tambahan, peran, serambi, dan menara
20 batang tiang dibina menyangga binaan tambahan
yang guna teknik ‘Tebuk-Pasak’ yang amat unik, tanpa sepucuk paku sekalipun
Atap daun rumbia kemudiannya digantikan dengan atap genting.




Masjid ini asalnya berada di lokasi Kampung Laut, di tebing sungai,
sering dilanda oleh banjir seperti banjir besar di Kelantan pada tahun 1926
arwah Tok Ayah dan Wa selalu cerita pasal “Bah Air Merah” ni
banjir yang teruk pada tahun 1966 telah menghanyutkan sebahagian masjid itu,
Persatuan Sejarah Malaysia mencadangkan untuk pindahkan masjid ini
Pada tahun 1968, masjid itu dibuka dan dipasang semula di tempat yang ada sekarang.




Mimbar, snap dari tingkap rendah yang terbuka.

Kami berpeluang bersolat (jamak) di sini. Cuaca redup dan suasana sekeliling memberikan suatu perasaan sepi dan syahdu yang berbeza. Berjalan berkeliling meninjau sebanyak sudut yang boleh, sungguh memuaskan hati.



Suasana persekitaran begitu sejuk dingin dan sunyi walaupun masjid ini terletak di tepi jalan besar.

Suatu lawatan yang berbeza.




~...setiap kali ada majlis di surau dan Pak Imam mempelawa, HISYAM tidak menunggu gesaan atau ulangan jemputan kerana keterujaan merasai dingin nyaman surau kampung serta enak lazat masakan kampung menyebabkan dia terlalai melihat kesibukan SERI BULAN di sudut wakaf...~








Thursday, January 5, 2012

Bazaar Tok Guru: Sendat Sampai Bumbung!

Assalamualaikum
Khamis malam JumAAt
05-01-2012


Selesai lunch di Restoren Cikgu, agenda lawatan diteruskan.

Kerana kami tidak terikat dengan jadual orang, masa diurus sendiri sahaja, maka kami bebas hendak singgah mana pun, berapa lama pun.


Sebuah hotel yang masih dalam pembinaan.



Mungkin ramai tak tahu, di Kota Bharu (mungkin di seluruh Kelantan), setiap papan tanda pejabat atau premis perniagaan (iklan) mesti ada tulisan Jawi bersama. Selaras dengan Kota Bharu Bandaraya Islam. Bagus kan? Jika tak mahir Jawi, tulis Rumi dapat memberikan maksud.

Agenda seterusnya shopping di Bazaar Tok Guru. Tempat membeli-belah yang baru dibuka. Bazaar ni seperti aked di Jalan Tunku Abdul Rahman, KL. Penuh dengan pelbagai jenis seribu satu macam jenis pakaian, kain-kain ela... dll. Makanan saja yang tidak kelihatan. Tingkat atas kami tak naik, kecuali ANYSS yang bersolat di surau tingkat 2.


Sekali pandang macam kompleks Tanah Abang di Jakarta, kan?


Kena pandai tawar menawar.


Hasil buruan, sendat sampai bumbung! Bonet dah penuh tuh.



~...JALIL masih menaruh dendam rupanya, lalu bila dia sebenarnya lebih pengecut dari penakut, anak dara Pak Imam diangkat menjadi sekutu...~









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails