Friday, February 4, 2011

Analogi Rumput dan Kasih Sayang...

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.

Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.



Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihNya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

*sumber: CALUK CORNER



~...walau pernah berjanji untuk menjadi SEJIWA selamanya, pernah juga tergugat segala yang tersemat, apabila begitu ramai gadis di Kampung Separuh Desa yang berhasrat untuk berdampingan dengan HISYAM (jadi Damping Malam baru tauuu...!), sehingga berkali juga SERI BULAN harus memberikan peringatan agar tidak sekalipun cuba untuk mencurangi...!~








Tart Nenas: PERHATIAN...!

Salam.
Jumaat 04-02-2011, pagi.


Perhatian.

Ada sesiapa lagi yang ingin order Tart Nenas Sepanjang Tahun dari AA?

Sila nyatakan di dalam komen di bawah, atau emailkan: azieazah_07@yahoo.com

atau mesej di FB: azie azah

untuk memudahkan urusan tempahan, dan cara menghantar.

Harap-harap tidaklah jauh dari kawasan KL, mungkin boleh berjumpa di mana-mana stesen LRT/Putra yang mudah kepada kedua-dua pihak, penghantar dan penerima.

Untuk makluman; bagi penghantaran kali pertama (customer baru) AA tidak akan kenakan kos penghantaran (orang cakap duit minyak), tetapi untuk yg seterusnya, sedikit charge akan dikenakan (maximum pun RM5 jerrrr). AA selalu galakkan tempahan biarlah lebih, at least 5 pek (biasanya kawan2 memang akan order 10 pek ke atas), supaya jimat masa dan kos, biar berbaloi.

Bagi yang ada inisiatif untuk collect sendiri di tempat-tempat yang agak hampir dgn AA, memang TIADA charge tambahan. Kalu setakat nak jumpa di JUSCO Maluri, or Tesco Ampang, saya tak akan kira kos penghantaran. Berlebih kurang sahaja.

Malah 2,3 orang pelanggan dari Perak, AA kirim kepada anak buah yang balik ke sana. Kebetulan pula pelanggan tinggal di Parit Buntar. Untuk EJA, jika ndak kena tunggu my Anak Buah balik ke sana nanti.

Kiriman pos pernah 2,3 kali juga AA buat, tetapi tak berapa nak suka sebab wpun ditulis di luar kotak “makanan” tetap juga ada retak dan sopek (wpun tidak hancur) so, tak syoklah penerima mendapat Tart yang sudah tidak begitu sempurna. (Bayaran pos ditanggung pembeli)

Untuk minggu ini sudah ada tempahan yang masuk, so jika masih ada lagi yang ingin menempah bolehlah AA sekalikan mengambil nanti.


*Tart Nenas ini bukan AA yang buat, tapi seorang kenalan (usahawan) dan AA menjadi ejen sejak 2 tahun yang lalu lagi...


Sekian, info hari ini. Terimakasih.










Thursday, February 3, 2011

Bila Aku Jadi Jutawan, Ada yang Menangis Tersedu...

Salam.
03-02-2011, tengahari.


Aktiviti hari ini.

Budak-budak ajak main indoor game yang ini. Jika dulu Monopoly sekarang Jutaria. Sejak dulu memang aku langsung tak pandai main benda ni.

Kalu Scrabble ker, Dam Ulau ker pandai ler jugak.

Tapi kerana si kecik CHAK mengendeng sambey cebik-cebik muka ajak “paksa” main, terpaksa ler belajor.

Mula-mula memang takda orang nak main dengan dia, sebab semua orang sibuk dengan kerja sekolah masing-masing.




Si AMOI layan jugak seround.

Pastu takda geng dah.

Penyudahnya, aku yang kena. CHAK janji dia akan ajar aku cemana nak main dan tentulah aku dengan terpaksanya belajarrrr. Arggghhh!

Akhirnya, main juga seround. Yang best sebab aku menang banyak ribu. Jutaan ribu tauu. CHAK kalah teruk sampai berhutang dengan aku RM13K lebih. hahahahaha! Tu blem kira hutang dengan banker lagik. Hikhikhik! dia nangisssss...!

Seronok juga main tu rupanya, siap bleh beli airport, Penang Bridge, tapak Sepang dan buat rumah dan hotel, sewakan tapak mahal giler! — belum kira lagi main tersekat-sekat sebab ada pemain yang 3 kali ulang alik ke toilet sebab “ceri beri”. Hakhakhakhak!

Hari ini itu je lah aktiviti bebudak termasuk Mak Tarzan. Enjoy!



~...pernah suatu ketika HISYAM begitu handal menyusun kata di papan silangkata, tetapi bila SERI BULAN yang mendapat jawapan pada sebuah puzzle, masing-masing malu sendiri kerana ayatnya adalah “I missed U”...~







Cintanya Kian Membara: DR ZILA ada “gift-to-give”...

Salam.
03-02-2911
Hari Tahun Baru Cina.



Blogger Dr RODZILA (Dr. ZILA) sudah agak lama mula menganjurkan Contest “Gift-To-Give” ini, malah aku sudah pun buat drafnya, malah sudah merangka buku apa yang akan dipertaruhkan. Tetapi kerana ada saja hal dan kesibukan, terbengkalai sekejap hasrat meneruskan contest. Sekarang baru berpeluang.

Cara menyertai : (AA copy dari blog dia)
1. anda mestilah seorang yang suka membaca (tidak semestinya follower saya)
2. emailkan/komen(kat sini)/buat entri kat blog(bg link kt sini jugak)
-->gambar buku, serta ulasan..dan sebab yang MEMAKSA saya membeli dan membaca buku tersebut!!!
3. BUKU apa yang anda suka atau berminat tapi belum memilikinya..
4.GENRE adalah BEBAS
5. Tarikh tutup : 28 Februari 2011

anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan...
pemenang dikira apabila SAYA TELAH MEMBELI BUKU YANG ANDA TELAH CADANGKAN..


HADIAH:
1.PEMENANG AKAN menerima BUKU PILIHAN ANDA ( seperti yang anda sertakan) -
2.hadiah saguhati...saya akan beri majalah atau buku yang murah sedikit...(ayat yang agak kedeks)
3.tiada sponsor ok!

SEKIRANYA PENYERTAAN MENGGALAKKAN...
KEMPEN MEMBACA INI AKAN DITERUSKAN SETIAP BULAN!!!

*******

Aku ada banyak koleksi novel — banyak mengikut perkiraan sendiri, banyak kerana almari buku sudah menjadi kecil dan tidak muat lagi.


Tapi ada orang mesti ada lebih banyak kan? Aku sendiri tidak tahu novel mana yang sepatutnya diceritakan di sini. Kerana mengikut selera, yang melekat di jiwa adalah novel-novel lama, dan yang paling melekat adalah tulisan novelis Sdr ABDUL TALIB HASSAN. Rasanya semua buku beliau aku ada.

Novel yang agak baru yang ingin dicadangkan kepada DR ZILA adalah karya DIYA ELORA. Ini adalah karya terkini (2009), tetapi aku tidak pasti yang lebih terbaru dari beliau.

Cintanya Kian Membara dengan ketebalan 644 pages (memang agak tebal bagi yang tidak suka novel tebal), tetapi ceritanya memang menyentuh perasaan. Kisah seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya Yang Mulia Engku Rajhan. Nataliya merupakan gadis kesayangan kepada Engku Sofiah, ibunda Engku Rajhan (kiranya depa ni kahwin sepupu laaarrr).

Kerana budi pekerti Nataliya, Engku Sofiah sangat ingin mengambilnya menjadi menantu, dan menjodohkannya dengan Engku Rajhan (yang ketika itu belajar di luar negeri). Dan perkahwinan terlaksana juga. Nataliya, dengan sifatnya yang merendah diri dan baik budi, menerima dengan hati terbuka kerana tidak mahu melawan (dengan didorong oleh ibunya pula), juga kerana dia sendiri amat menyukai Engku Rajhan sejak mereka kecil lagi. Walaupun Engku Rajhan tidak pernah mengetahuinya tetapi dia berharap Engku Rajhan akan menerimanya sebagai isteri dengan ikhlas.

Malangnya selesai sahaja hari pernikahan, malam pertama Engku Rajhan membuat perjanjian akan menerimanya Nataliya dengan berpura-pura di hadapan keluarga, dan mereka bercerai dengan persetujuan bersama walaupun Nataliya sangat kecewa, tidak rela dan tidak jelas akan sebab perceraian tersebut. Dan berlakunlah mereka (seksa tuuuu).

Masa yang begitu panjang berlalu sungguh membuatkan Nataliya akhirnya menyimpan dendam terhadap suaminya sendiri. Apatah lagi terpaksa bekerja di bawah suatu bumbung dengan Engku Rajhan, menjadi orang suruhan suami sendiri, malah melihat pula suami berpoya-poya dengan perempuan lain.

Kekuatan hati dan kesabaran sahajalah yang menjadi tunjang kepada seorang wanita bernama Nataliya ini.

Sehinggalah pada suatu saat, beliau dikhabarkan Engku Rajhan sudah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya. Dan beliau meminta Nataliya melupakannya.

Namun ada seseorang yang menyimpan kuat sebuah rahsia, dan ketika melihat Nataliya yang merindui suaminya sehingga menutup hati kepada lelaki lain, sesuatu harus dilakukan untuk kebahagiaan wanita itu walaupun pengakhirannya adalah juga sebuah derita.

Apakah yang tersembunyi? Kenapakah Engku Rajhan begitu membenci Nataliya sehingga sanggup menceraikan isterinya di malam pertama?

Sedangkan semasa dia berada di luar negara, hanya Nataliya sahaja yang mengisi ruang ingatan, malah hanya gadis itu yang sangat dia impikan?

Kenapakah tetap ada perkahwinan kali kedua antara mereka?



Biasanya, kami para petugas (part time promoter) memang dihadiahkan satu novel oleh novelis yang keluarkan novel baru. Tetapi kerana ketika novel Cintanya Kian Membara ini berada di Pesta Buku, tiada berbaki malah naskhah contoh (yang tidak berbalut plastik) pun dibeli orang wpun dilarang. Malah pernah terjadi, beberapa orang pembaca (peminat novel) yang biasa dgn aku, sanggup tunggu beberapa jam kerana lori yang membawa stok novel tersebut lewat sampai. Sanggup booking dan bila kotak sampai terus habis dalam masa yang tak sampai 10 minit! Memang ini pengalaman AA sendiri yang sungguh menyeronokkan. Sebab itulah DIYA ELORA senyum sepanjang pesta.

Kerana AA tidak berjaya mendapat buku ini, seorang kenalan yang datang membeli 2 naskhah sekali dan satu diberikan kepada AA sebagai hadiah. Terimakasih Z.


......aku harap DR ZILA akan membeli novel ini, dan pasti akan menangis juga seperti mana Kak Azie pernah menangis 2,3 kali sepanjang menghayati novel ini.

...bersama novelis DIYA ELORA semasa bertugas di Pesta Buku 2009, PWTC 17-26 April 2009 booth CESB.

Buat teman-teman blogger yang lain, jika berminat dengan novel, juga boleh membuat suatu entri tentang suatu novel yang paling berkesan di hati, moga-moga penganjur contest ini terbuka hati membeli, dan anda menang hadiahhh....!

*Buku pilihan Kak AA (jika menang): novel terkini novelis Ramlee Awang Murshid. cewaahhhhh







Wednesday, February 2, 2011

Selepas Ini, Kenangan Itu Cuba Dibuang...

Salam.
02-02-2011, Rabu pagi.


Yeahhh... AA buat header baru. Kasi upgrade skit, dari seliper menjadi sandal. Yang tidak berubah tentulah warna. Remain, PURPLE!

Selama ini memang AA tak pernah lagi ler beli mana-mana header, (TAK MAMPU punn...) so belasah jer buat sendirik. Sebab memang nakkan yang simple; harap-harap juga tidak berat. Guna Photoshop jer.

Di sini, sengaja nak simpan beberapa kenangan header yang pernah AA buat.

Yang ini semasa musim Syawal dulu...





Selepas ini mungkin kenangan-kenangan ITU akan cuba dibuang dari ingatan.


Juga nak jawab beberapa komen dari entri sebelum ini yang masih tertinggal. Forward bawak masuk di sini. Hehehehe


Zaitun said...
Dah sampai Kajang kenalah pekena satay pula.
February 1, 2011 10:17 PM
KAK ZAI, kami pegi tengahari, macam tak sesuai lak. Kalu sebelah petang or malam, harus lah kot.

siti murni said...
Nasib baik dah malam..kalau tengahari tadi tengok entri nih..mesti telan air liur je la...ekeke....

psst...tak dapat tengok HISYAM, dapat tengok bumbung rumah HISYAM pun jadi lah..!!hihi
February 1, 2011 10:27 PM
SITI, itu dah macam orang angau dah tuuu.. hahahaha (pssstttt.. peminat HISYAM kah?)

azzey said...
Akak bl dtg kajang? dh x jauh metro point ngan office saya tu....:)
February 1, 2011 10:29 PM
AZZEY, laaa ya ka? Kak Azie ni memang susah skit nak mintak no hp orang. Tu yang tak penah contact sesapa tu..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...
kak azie dok area kajang ker?lama x pg ,Metro kajang...ade perubahan x?dulu time bljar selalu pg beli brg kat sana..rindu la plak..
February 1, 2011 10:30 PM
MARDHATILLAH: Kak Azie duduk Pandan Jaya. Jarang juga masuk Metro Kajang tu. Susah nak kata berubah atau tidak. Yang pasti meriah la. Mungkin sebab dekat nak Raya Cina ni.

ejaescobart said...
wah! sioknye leh sopingg!!! jeles nye..

lawa la kasut raya kak Azie...nak pinjam bleh? ;)
February 1, 2011 10:59 PM
EJA: Shopping mender nyerrr.. Anak beli barang skolah dia jer.
Kasut raya Kak Azie, cuma seliper. Nak kasi pinjam boleh, tapi saiz sama tak? Ahaaa.. Kak Azie saiz 9 tauuu! hahahaha

sayangsayangibu said...
sate kajang tak makan ke kak?
February 1, 2011 11:13 PM
SYA: Kalu nak ikutkan, agak jemu dah dgn Sate Kajang ni. Jika diberi pilihan, Kak Azie lebih suka nak makan Lontong. :) uishh Jawa kah aku?

Eri-chan said...
zaman kat UKM selalu pergi czip lee tu...

cool blog? pergh mahu tryla..
February 1, 2011 11:14 PM
ERI-CHAN: Kak Azie rasa, kiosk ni macam baru buka la. Dulu, setahun dulu takder pun. Kak Azie perasan kiosk ni baru jer muncul. GF, dekat dengan Giant.

cemomoi said...
amboi lama tak naik plaza metro, susah carik parking tu
February 1, 2011 11:41 PM
CEMOMOI: Benar, situ memang selalu jem, parking memang seksa.

Kalamhati said...
salam akak..

huhu ni kira tempat kenangan ni..dulu time blaja slalu pegi ziplee..sbb selalu lepak umah member kt cheras..kira umah keluarga angkat sy la..
February 2, 2011 12:21 AM
KALAMHATI: Salam. Kak Azie hanya masuk time nak buka sekolah atau nak cari barang anak-anak. Lagipun kat dalam tu takda tempat nak duduk. Penat lah kalu lama-lama.

pak long said...
salam...
memang cool blog sedap...
suka perasa strawbery..
February 2, 2011 12:26 AM
Salam PAKLONG. Ohhh dah biasa minum yerrr. Saya lain kali nak try yang perisa Durian plak.

somuffins said...
AA
Macam berjanji plak kita minum air itew :-) tapi I minum smlm, hehe.

Psst.. lawa kasut?
February 2, 2011 12:58 AM
SOM: Kasut lawa utk orang lawa, supaya dapat menjadi LAWAK.. hahahahaha!

anyss said...
Salam,
Huih! awatnya tak habaQ...leh sembang2 sementara depa dok pilih. Mmmmmmm saya pun x penah rasa air COOL tu hu h u hu baru ari ni tau ;)
Memetik Anggur di Tasik Beris
February 2, 2011 12:59 AM
ANYSS: Salam. Bawak anak ni payah la nak buat janji dengan kengkawan. Tuju pi tang tu, beli dan terus balik. Kita kalu jumpa nanti borak tak hengat... :)

sissyira said...
salam malam rabu =)
ingatkan akak buat review blog tadi..heheh
February 2, 2011 1:10 AM
SYIRA: Salam. Nak buat review tak berapa nak pandai lagi...:)

sahromnasrudin said...
assalamualaikum..
sedapnya air tue..kat tempat sy takde pun huhuhuhh
February 2, 2011 9:03 AM
SAHROM: Salam. Buat sendirik ler jawabnyerrrr.. hahahahaha

Kakzakie said...
dulu mana ada coll blog ini. Sejak sethaun dua ini tetiba ada pulak minuman macam ni ye. Sedap jugak.....
February 2, 2011 9:09 AM
KAKZAKIE: Salam. Pada hemat saya, tiada beza pun dengan mana-mana Ice Blended yang pernah kita minum even di pasar malam tu pun. Yang menariknya kerana ianya ada jenama yang unik dan kiosknya sungguh berwarna-warni. Harganya mahal sedikit. Dalam RM2.50-RM3.80...

nursalamah said...
cantiknya sandal purple!
kak azie punya? beli di mana?
February 2, 2011 9:21 AM
NURSALAMAH: Cantik. Kerana purplenya. Tidak. Cilok dari Google. hahahaha

cikceriacorner said...
akak cziplee kat bangsar ada...best gak..heheh

eh..lupa plak..akak tinggal area mana?heheh
February 2, 2011 10:21 AM
CIKCERIA: Benar. Selain Kajang, CZIPLEE memang ada lagi cawangan. Bangsar salah satu. Kak Azie duk Pandan Jaya, sayanggggg.



~...walau bertahun pernah menjadi penghuni Kampung Separuh Desa, bila dianggap orang luar hingga bila-bila, SERI BULAN merasa terhina lalu tatkala HISYAM mengajak mencari dataran lain untuk berbakti, tidak ingin mereka mengenang kenangan lalu yang sangat pahit...~







Tuesday, February 1, 2011

COOL BLOG yang bukan blog...

Salam
Selasa 01-02-2011, petang.


Aku memang dah janji nak bawa IKA pegi beli barang-barang design dia sebab dia ada banyak kerja sekolah yang dibawa balik.

Kerana cuti kali ini agak panjang, bukan sahaja dia, Si AMOI yang tak pernah-pernah bawak balik kerja sekolah, kali ini pun bawak balik kerja sekolah. Masing-masing cari port utk siapkan kerja sekolah masing-masing.

Kerana sudah begitu lama (bertahun juga tidak mengukur jalan di KL, sehingga tak tahu mana kedai yang bagus menjual barang keperluaan IKA, kecuali Mydin) lalu kami ke Kajang sahaja. Kerana aku lebih biasa dengan Kajang, agak mahir di sana dan biasanya bila dulu ada program dgn Yayasan, memang aku kadang2 singgah di bandar Kajang beli barang.

Dan pusat jualan stationary CZIPLEE adalah tempat paling sesuai (sebelah Metro Kajang).

Lama tunggu dia pilih-pilih dan pilih...

Cari mounting board.

Letih dah Mak Tarzan ni, yang benornya kaki dah lengoh. Makin tua aku nih. Last-last dia naik tingkat atas, aku tunggu bawah jerrr..

Kemudian masuk meronda Metro Kajang, semata-mata nak beli air sedap. Memang aku selalu beli air ini.



Satu kiosk yang jual pelbagai perisa air; COOL BLOG. Sedappp...! Ice-blended atau biasa, atau yogurt.. samada dicampur “pearl” atau kosong.


...my choice: Plum with “pearl”. IKA pilih Strawberi plain.


Sedut kena pelan-pelan kalu tidak dia “tangkap kepala”!. Pening tauuu...!



~...meski baru saja menerima surat bawah tempurung di hujung ampaian, masih juga SERI BULAN ingin sekali melihat kelibat HISYAM di laman Teratak Nyatuh, samada sengaja menghantar cangkul atau ingin belajar silat...~







Hari Wilayah 2011: Orang Selangor Jangan Jelez...

Salam
Selasa, 01-02-2011


Hari ini adalah hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan (KL) dan Labuan. Acara setiap tahun yang disambut pada tarikh 1 Februari, dan tahun ini jatuh pada hari Selasa, begitu hampir dengan sambutan Tahun Baru Cina.


Sebenarnya majlis sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi tahun 2011 telah diadakan pada 29 Januari 2011, lalu, pada jam 7.30 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pelbagai acara menarik seperti perarakan dari 92 kontinjen turut diadakan.

Kerana pada 29 Januari tersebut aku bekerja, jadi suasana sambutan tidak dapat dihayati sepenuhnya, samada di lokasi atau di tv. Tapi yang terdengar sejak pagi itu, jalan-jalan memang banyak ditutup.

Dan malam itu semasa kami keluar ke Bukit Jalil (majlis pertunangan) memang jalan sesak. Pasti ada acara hingga ke malam. Konsert barangkali...

Selama kira-kira 25 tahun AA menjadi pemastautin tetap Kuala Lumpur, belum pernah sekali pun menghadiri atau lihat sendiri sambutan Hari Wilayah. Lihat di tv memadai... But one day, jika masih kuat menempuh sesak orang ramai, harus juga nak cuba pergi lihat sendiri.

Apapun Selamat Bercuti semua warga Kuala Lumpur. Kalu nak keluar shopping inilah masanya.

...dan kita kasi jelezzzzz sama orang Selangor! hahahahaha.



UPDATE: Moga tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat teman blogger FA*ATIP, semoga sejahtera berbahagia dan murah rezeki, selamanya...

... semoga terus menjadi teman blogger yang menceriakan kami semuaaaa...!








Monday, January 31, 2011

SYAIR SI PARA-PARA ajak bersenda...

Salam.
Isnin 31-01-2011, tengah malam.

Balik dengan kekenyangan. Ada majlis sambutan ulang tahun kelahiran seorang kenalan di kawasan kejiranan. AA pergi sebagai memeriahkan majlis, sambil menolong apa yang patut.


Sila jamu mata. Pulut Kuning tu memang sedap....!

Sempat merempit sekejap, dan terjumpa ada taq dari blogger SI PARA-PARA. Aduhaiiii... eden tak sangko, eden pun kono jugak!

Adeh lahhh...

Ntah apa ler nama si blogger SI PARA-PARA ini. Tapi terimakasih kerana sudi TAQ Kak AA.

Meh nak cuba jawab.



Apa benda penting dalam hidup korang?
Jika bukan benda; Keluarga. Keluarga. Keluarga.
Benda; telefon bimbit.

Benda terakhir yang korang beli gune duit korang?
Latest, petang tadi beli Goreng Pisang RM3.

Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Akak dah kahwin dikkkk...

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Every single days...!

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Forever ever ever, insyaAllah.

Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
Di rumah, di bilik... heh heh heh

Novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Tak ingat lah, novel terakhir pun dapat cenderahati masa di Pesta Buku.

Apakah nama penuh korang?
Ni pehal nak tau nama penuh plak ni. Polis ker. Meh tunjuk kad kuasa dulu... hehehe

Apa nama penuh kuceng korang?
Sehingga hari ini belum lagi terbuka hati nak bela kucing.

Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Sama jer, tapi kalu nak kira, lebih rapat dengan arwah AYAH.

Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
Abdul Talib Hassan, seorang novelis.

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Baju biasa guna mesin, baju kerja ya.. basuh tangan. Tangan sendirik.

Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
Makkah (selain itu teringin nak pegi Switzerland)

Pilih salah satu, peluk atau cium?
AA mahir kedua-duanya sekali. Hahahahaha!

Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
1) beliau blogger yang unik
2) beliau menulis begitu santai
3) seorang yang humble

Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
Telefon bimbit, handbag, kasut, koleksi novel, koleksi jamtangan.

Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Lately, suka lagu MENYESAL by Sixth Sense. Juga suka lagu KNIFE by Rockwell (ni lagu lama)

Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
Tak suka nak sebut, tak suka nak sambut.

Rakan Blogger yang korang nak tag:
Berapa orang mau? Ada ramai blogger tauuuu... hehehe


Terimakasih ya SI PARA PARA. Harap berpuas hati.







Kenapa Baru Kini Aku Sedar, Dia Memang Hebat...

Salam
Isnin 31-01-2011 malam



Dulu kami sering berjumpa bila ada xtvt santai sesama ramai lagi kawan-kawan sekepala yang suka bergurau dan biasanya agenda pertemuan terlaksana bila ada gathering makan-makan. Walau makan semeja, kadang-kadang kongsi air, tidak menjamin kita boleh percaya apa yang kita bualkan, tidak juga boleh menelan segala kata puji kerana hari ini, (bagi AA secara peribadi) tidak lagi mahu percaya sesiapa apabila melibatkan kepentingan bisnes orang lain. Kerana bila ada orang begitu taksub dan terlalu menjaga perniagaan sehingga hati dan perasaan insan-insan sekeliling yg disebut kawan pun tidak lagi penting, malah tidak teragak-agak pula untuk memperlekeh malah menghina reputasi kawan. Terimakasih atas pengalaman dan pengajaran ini.

Sukar sungguh untuk meyakinkan orang tentang keikhlasan kita, kan? Sukar juga untuk kita menduga bahawa kemesraan yang kita tunjukkan dan kita lihat sebenarnya kemudian menjadi sebuah dendam terhimpun ibarat lahar yang membeku, bila tiba saat panas ianya meletus dan meletup sehingga membakar perasaan. Perasaan aku, khasnya.

Lalu sebuah kesilapan telah membunuh sebuah kemesraan dan terlalu malu pula aku untuk mengakui sebuah persahabatan yang pernah terjalin. Malu atas dasar sedar diri dan kini menyedari rupanya aku tidaklah sehebat dia untuk berdiri sebagai kawan jauh sekali sebagai sahabat, malu untuk menyertai kerana terlalu jauh dan kecil diri untuk seganding mereka yang sejak dulu ku akui hebat, tetapi rupanya jauh lebih hebat dari pandangan mata kasar aku sebelum ini.

Alhamdulilah.. Alhamdulilah terimakasih ya Allah, membuka mataku melihat lebih jauh ke dalam dirinya dan sungguh aku terlupa untuk mengaguminya. Rasa kagum yang dahulu belum cukup rupanya, dan hari ini kehebatan itu sungguh menakjubkan aku. Kenapa aku lupa dan terleka untuk memandang sebelum ini?

Semoga aku belum terlambat untuk menarik diri lebih jauh, mengelak diri supaya tidak menjadi kudis atau kuman kepada kehidupan orang lain, apatah lagi menjadi musuh atau pengkhianat kepada perniagaan orang lain. Hidup bukan untuk dikesali tetapi sesuatu yang terjadi teramat aku kesali sekali. Aku memang tidak pernah hebat, (my profile said “nothing special”) tetapi itu bukan bermakna aku boleh pula diperlekeh, dicemar reputasi (yang tidak seberapa), dihina sebagai penipu dan lebih malang lagi dichop pula sebagai orang yang berhasad dengki. Alangkah rendah sekali label yang diberi dan disemat di hatinya kepada aku.

Sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh seorang aku, setidak-tidak terhadap dia. Atas sebab apa? Atas tujuan apa? Untuk kepentingan apa? Bukankah kami begitu berbeza? Tidak termampu pun aku untuk menyamai dirinya yang serba ada, serba hebat, serba menakjubkan. Terlalu jauh jika hendak dibandingkan pun. Lalu untuk mencari sebarang kelemahannya pun aku tidak mampu, bagaimana pula hendak menjadikannya umpan sebuah hasad dengki? Hanya dia yang tahu, tetapi aku tidak ingin tahu.

Usah bertanya apa-apa tentang tulisan ini, kerana tiada siapa pun akan mendapat tahu tentangnya dari mulut aku. Tidak dari aku. Tetapi sekiranya kerusi meja sofa kereta atau apa saja, boleh mendengar dan bersuara kembali, itu adalah di luar kawalan aku. Siapa kita yang mampu untuk menutup mulut orang dari bercakap dan membuat andaian? Sesungguhnya aku memang TIDAK MAMPU. Tidak perlulah diulangi dalam bentuk apa pun, aku sedia tahu.

Kesilapan paling besar aku terhadapnya adalah kerana aku terlalu mudah untuk bergelak ketawa, terlalu mudah untuk bergurau sehingga terlupa gurauan seorang pelawak ini rupanya menjadi senjata yang menikam aku kembali. Bijak sungguh orang memanipulasikan sebuah kata-kata. Dan kesedaran lain juga ada, gelak tawa dan gurauan bukan mudah pula diterima begitu sahaja. Tentulah kesilapan lain yang muncul adalah, aku TERSILAP menilai orang, dengan menyangka mengenali lebih 3,4 tahun adalah cukup untuk diterima dan “dikenali” tetapi rupanya tidak sama sekali. Aku tidak lagi “dikenali”...

Selepas ini aku tidak terkilan untuk terus tidak dikenalinya kerana “padan muka” aku, kesilapan aku sendiri yang tidak berhati-hati menjaga hati orang. Orang yang harus dikagumi kerana kehebatannya yang tersendiri, kerana kami begitu jauh berbeza dan dia seharusnya menjadi orang yang patut disanjungi. Bukankah orang yang berada-ada itu biasanya disanjung tinggi? juga ingin disanjungi? amat suka disanjungi?

Terimakasih kerana selama ini SUDI mengenali aku, pernah menganggap aku sebagai kawan, pernah memberi makan aku (dan anak-anak aku) di rumah besar tersergam indahnya itu (mohon dihalalkan semuanya), terimakasih juga kerana pernah bersedekah kepada aku, pernah juga belanja makan, pernah juga beri cenderahati, pernah juga mendoakan kesejahteraan di hari ulangtahun, terimakasih juga kerana pernah sama bergelak, bertepuk tampar, pernah menjadi penyokong dalam beberapa hal... Aduhhh banyak sekali jasanya terhadap aku bagai tak terbilang dengan jari. Dia memang baik hati, pemurah dan dihormati.

Dan terlalu sedikit yang kuberikan kepada dia. Terlalu sedikit... Dan aku harap itu mudah untuk dilupakan. Dan aku harap amat berharap untuk terus dilupakan.

Moga Tuhan merahmatinya, memberikan kesejahteraan kepadanya dan keluarga serta memberikan kemakmuran ke atas apa jua yang dilakukan.

Sesungguhnya aku tidak berjaya mengelak untuk merasa terhina dan terluka.



~...bila sebuah pengkhianatan terancang berjaya menembusi sebuah kekebalan, SERI BULAN tahu yang kecewa adalah HISYAM dan yang merana adalah dirinya sendiri...








Ayam Kampung dan Cabonara: Kenyang Sampai Malam...

Salam
Isnin 31-01-2011 petang


Hasrat untuk merempit di laman kengkawan blogger agak tersekat-sekat. Antara mood yang melonjak tetapi merudum tiba-tiba.

Kemudian seharian ada urusan di luar merangkap jumpa kawan ralit bergebang sebab lama tak jumpa. Tentulah agenda disertai makan, makan dan makan...



Dah lama tak pekena Ayam Kampung. Dulu kalu dengan geng AP.com selalu juga kami melepak pekena Ayam Kampung di TPCA, Kg Baru. Yang ini kami try kat R&R Awan Besar. Dulu jika kami singgah situ, selalu pekena Sate Samuri di situ, sekarang Restoren Ayam Kampung beroperasi (take over lot McD di situ), dan sungguh popular sampai nak tunggu meja kosong pun kena berdiri beberapa minit.

Kemudian menguruskan beberapa urusan rasmi — maklum kontraktor berjaya ini memang ada saja urusannya, tetapi dia selalu suka bila aku meluangkan masa (yang terhad) untuk menemani dia ke tempat-tempat urusannya.

Dan habuannya, dia belanja aku makan Spagheti Chicken Cabonara di Penang Street.



Lebih sedap dari Cabonara di Pizza “jahhat”.
Air Lime Plum yang masam manisssss...!

Nanti AA merempit lagi, sebab sekejap lagi kul 9, nak hadir ke majlis makan-makan di rumah kenalan di kawasan rumah. Aduhai.. makan lagi lah nampaknya.



~...bila emosi menguasai perasaan, SERI BULAN teresak-esak mengongoi di pangkal pohon cermai sehingga HISYAM tidak tahu hendak memujuk selain dari berjalan keliling pokok tanpa sedar, lalu pening sendiri mujur di poket seluar ada ubat sakit kepala...~







Episod Bertunang: Pelbagai Cerita dengan Pelbagai Rasa...

Salam
Isnin: 31-01-2011


Ada beberapa lagi gambar sekitar majlis pertunangan yang AA nak masukkan bukan tujuan menunjuk tetapi gambar-gambar biasa kami anak-beranak berkumpul. Bukan gambar nak tunjuk gelang atau sofa bersulam emas atau nak tunjuk pasu bunga sebesar budak tadika..!

Ada pelbagai rasa bila kita berkumpul, bila kita berjumpa dan tentulah rasa itu tidak pernah sama bila kita berjumpa dengan orang luar, or kengkawan. Biar mesra macamana pun, rasa itu tidak pernah sama. Bersama ahli keluarga, rasa itu sangat dekat, sangat indah dan tulus.

Masih ingat, dulu masa aku masih sekolah bila ada majlis di Rumah BONDA, tak pernah sikit orang yang datang. Maklum kampung, lagipun kedua orang tua memang agak dikenali (arwah AYAH orang kuat masjid, PIBG sekolah lagi, tukang masak kenduri lagi)... lalu bila majlis yang biasanya dia sebut “kecil” biasanya penuh rumah (yang 2 tingkat). So bayangkan ramainya.. dan yang disebut “besar” pula adalah bila ada 2,3 khemah dipasang di luar rumah.

Dan rata-rata majlis kenduri kahwin tidak banyak beza dulu dan sekarang dari segi jumlah jemputan. Cuma majlis pertunangan di kampung boleh dikatakan kurang 5,6 jiran akan tahu, dan sedara mara paling tidak yg paling hampir “wajib” dijemput. Sekarang, majis pertunangan agak simple dan lebih “tertutup” malah ada yang buat majlis bertunang@sarung cincin pada hari pernikahan, beberapa jam sebelum. Ada beberapa sebablah, antaranya nak jimat masa dan kos....

Dulu kat kampung, aku ingat lagi... jiran-jiran yang kreatif dan murah hati mesti buat kurang-kurang 1 hantaran (1 dulang) utk bagi pada keluarga yang nak bertunang. Kalu yang bertunang tu perempuan tak kisah sangat kalu banyak dan berlebih, (adat kita memang perempuan lebih dari lelaki dan mesti dalam jumlah yang ganjil e.g. 5 berbalas 7, or 7 berbalas 9 and vice versa). Bila jiran or sedara datang bawa 1 dulang hantaran yang siap digubah or kuih yang dihias cantik sebagai sedekah, wajib tau tuan rumah ambil dan jadikan sebagai salah satu hantaran juga. JIKA TIDAK nanti si pemberi akan kecil hati, dan menjadi tanggungjawab tuan rumah meletakkan gubahan itu bersama gubahan lain.

Sekarang esp. di bandar, majlis bertunang lebih ringkas dan lebih fokus pada yang penting, meminang, sarung cincin dan akad janji. Malah tuan rumah tempah segala hantaran dari kedai-kedai gubahan saja. Nak jimat buat sendiri diam-diam. Bergantung mana suka.







Dari komen-komen di entri sebelum ini, ada yang puji tentang wall dan hiasan di rumah tersebut. Bukan rumah AA ok, itu rumah anak buah; CIKINTO (adik kepada yang bertunang) di Bukit Jalil. Sebenarnya hiasan dinding itu dia dan suaminya buat sendiri, beli cat dan cat sendiri, malah frame gambar kahwin pun spray sendiri. Design direka oleh seorang rakan (lulusan UiTM Shah Alam) dan perbincangan hanya melalui FB dan mms sahaja. Kata orang kalu dah tangan kreatif, cerita dalam fon pun dah leh lukis sendiri. Ada kisah CIKINTO dan hubbynya “make over” rumah dalam blog beliau.


****

Pagi ini hujan masih bersambung. Rasa macam dah berhenti subuh tadi, tapi sekarang dah kul 8 lebih, kembali menitis. Dan baju yang semalam 2 round dimesin tak dapat kering dengan sempurna... Arghhh. Mujur AA dah cuti, keja jaga kain baju jer lah jawabnya.

Bagi yang masih bertugas, selamat bekerja dengan tekunnya. hehehehe...



~...setiap kali hujan menitis menimpa daun getah, HISYAM hanya mampu memandang batang getah yang basah, tidak upaya membantu menoreh walau langsung tidak boleh tetapi tetap juga SERI BULAN menghulur bekal Pulut Tanak dan Ikan Masin lalu duduk bergebang sampai petang di bangsal kecil beratap nipah...~






Sunday, January 30, 2011

Majlis Bertunang yang Simple...

Salam.
30-01-2011
Ahad yang ujan dingin seharian.

Lepak dari pagi sampai petang, walaupun hasrat di hati teringin sangat kalu dapat main ujan kat luar tu. Bila dah ujan mendung dingin, apalagi nyaman jerrrr, mood pun best sangat untuk berdiam dalam rumah memanjakan badan. Sejukkkkk.

Dan aku dapat peluang untuk tidur siang tadi. Rasa nikmat sangat... Tapi terlelap di depan tv, sambil sayup-sayup telinga dengar suara dari tv, tak dapatlah nak khusyuk.. (uik?)

Sehinggalah tiba-tiba hp yang berada di atas perut (memang tabiat, bila tidor hp suka letak atas perut), ada call masuk dari Pulau Pinang. Hehehehehe...

“Buat apa semalam sampai..... bla bla bla....”
“Anak buah saya bertunang malam tadi... dan, bla bla bla...”

Seronok dan terus segar mata kami berbual tentang beberapa isu.

***

Seharian ini petang baru aku berpeluang masuk merempit, sebab harus berbagi masa kepada anak dara yang berdua itu nak guna komputer.

Ini kisahnya semalam.

Anak buah AA selamat bertunang petang semalam, dalam majlis yang serba ringkas tetapi lancar dan sempurna. Tiada acara yang gilang gemilang pun, tetapi kami berhimpun penuh meriah. Walaupun tidak semua saudara dapat hadir kerana jauh, tetapi kami yang dekat tentulah tidak melepaskan berpeluang untuk hadir memeriahkan majlis.

Tahniah kepada NORAINI ~ SUHAIMIN. Majlis pertunangan berjalan lancar dan peminangan diterima dengan selamat dan penuh hati terbuka.


AA terpaksa menyorok badan di belakang (bukan sahaja kerana besarrrRRR) kerana pakai baju yang lain dari yang lain — maklum orang dapur... :)



Sepupu berhimpun...! Borak macam tak cukup siang.


My sister. The eldest sister... Bakal dapat menantu yang kedua.


Bila “penglipur lara” membuka cerita, semua jadi ternganga... Hahahaha!


Yang paling best, bila selesai sahaja majlis (selepas Asar), kami Mak Buah dan Anak-anak Buah berborak pot pet chit chat berjam-jam sehingga Maghrib kemudian bersambung lagi sehingga malam.

Bila tiba masa Kakak aku nak berangkat balik ke Perak, barulah bersurai dan kami terus balik dan tiba di rumah kira-kira jam 11 malam, sungguh penat. Penat makan dan penat bergelak sebenarnya.

Anak-anak buah aku memang ramai dah besar-besar dan ada yang sudah berkahwin. Jadi antara kami memang mesra dan macam kengkawan. Best jer dapat bergelak sakan, sebab kami jarang dapat berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Bila ada majlis baru dapat berhimpun. Masa tu la nak bertepuk tampar dan bergelak sampai bergegar tv...!

hahahahaha! and guess who is the one yang gelak paling kuat?

Tak yah teka, bukan dapat hadiah pun. Ngeh! Ngeh! Ngeh!



~...pernah suatu ketika di majlis meraikan pasangan yang menjadi kenalan mereka berdua, SERI BULAN dan HISYAM “dipaksa” merenjis mawar tetapi kerana gementar dalam geram HISYAM tersimbah beras kunyit ke kaki Mak Andam...~









Saturday, January 29, 2011

Sabtu yang Tidak Cute...

Sabtu punya story.
Tak ler cute mana pun story nyer.

Nak gelak pun ada > takper bior AA gelak sensorang.

Kan ritu dah janji takmo beli apa-apa di gerai mamak (yang separuh pekak itu).

So, kengkonon nak boikot ler. Pagi tadi beli air kat kedai lain (Sebenornya jarang beli air luar, sebab buat sendirik kat tempat kerja. Minggu ni, stock Nescafe dah habis lupa nak beli).

AA jalan kaki beli kat gerai lain, harus juga melintasi gerai mamak tersebut. Kekdahnyer (ini word memang tiru dari blogger SOM/FA*ATIP/AKAK), bior ler mamak tu tengok betapa pelanggan dia yang seorang ini, yang selalu beli air dengan dia, tetiba tapau air dari gerai lain, dan lalu depan dia dengan penuh lemah gemalai.... siap sedut-sedut air tu bila sampai depan dia. Hahahahaha! macam bebudak ler pulak!

Dan ehhh.. betullah, mamak tu nampak. Sayu jer pandangan mata dia. Sedih ler tuh? Sorrrrryyyy...! Biorkan dia rindu pada pelanggan dia sorang ni.

Btw, dia tak rugi mana pun setakat sebungkus Nescafe Ais! Silap-silap dia akan kata, “mau majuk ka, mau lari ka.. saya tarak rugi jugak!”

Takper, AA saja seronok nak sakat mamak tu. Ehhh majuk pada yang sayang, kan?

Adakah aku sayang mamak itu? Ohhhh tidaaaaakkkk! Lariiiiiiii kuat-kuat!


Kenapa lah aku tak bleh berhenti “menagih” Nescafe?
Yang pelik tu, cuma sekali jer sehari, tak bleh lebey...
*nampak Bintang Palace kat belakang?



*UPDATED: Kerana entri ini dikata sebagai LAWAK, so AA nak hantar sebagai penyertaan “Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia.” anjuran blogger ANYSS. Belum tutup lagi kan? Sebenarnya memang takda idea, tapi tiba-tiba jer terfikir entri ini boleh juga dibuat bahan bertanding. Sebagai sokongan, menang tempat pertama pun jaaaadiii laaarrr...! Hahahahaha!




~...setiap kali SERI BULAN menjamah Air Jernih warisan Banjar, HISYAM sentiasa tidak berganjak dengan Air Tarik kemahiran Mamak Kaya, bila tersilap pelayan Myanmar ditarik telinga...~







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails