Saturday, October 22, 2011

Gathering Blogger 23 Oktober: senarai VIPs...

Assalamualaikum
Sabtuday
22-10-2011


Copy paste dari updating di blog KAKCIK SEROJA, host Gathering Blogger pada 23hb Oktober, bermula jam 2 petang:

Bujal X = spaghetti
Azian = kek coklat kukus
Marina Monroe = sambal daging dan nasi impit/nasi lemak
AzeedA = roti jala imported punya
Ati Masrif = kek belang dan kek oren
Dato’ LF = 50 bekas puding karamel
Akuzle = cheesetart
GadisBunga = kek tiramisu @ kek batik @ nasi ambeng
Ida Nyanyisunyi = mee rebus
Wani si Ibu Muda = makanan kanak-kanak
HanisAzla = pasta goreng
CIKINTO MyAnakMenakan = Puding Karamel

Tuan Rumah katanya nak masak Rendang Ayam + Nasi Himpit
Tukang cerita ini = Apron dan towel Good Morning!
hikhikhik...!

*****

Hmmmm..... (urut dagu jap).

Nampak gaya macam AA tak perlu masak apa-apa eh? hahahahaha datang jadi tukang hidang dan makan saja.. Makan dan makan...!

Best! Best!

Pastu sambut tetamu lepas sorang, sorang. Sembang gelak, minum makan, gebang gelak!

Sila semak kamera masing-masing. Charge bateri penuh-penuh dan memory card dikosongkan!

hahahahaha...! macam la ada masa nak snap.


Jika nampak ini esok, tahulah AA sudah sampey....!


~...jika HISYAM dan SERI BULAN hadir bersama sambil berkait jari, jangan sesiapa memandang curiga, jangan cuba menghala kamera, jangan cuba menemuduga...~









FITRAH lelaki memang begitu lah...

Assalamualaikum
Dah Sabtuday
22-10-2011



Ni pehal update blog pepagi buta nih?

Sebab tak boleh tidor. Tadi dahaga. Buat Kopi Ais, guna 14-in-1 Kopi Mahkota Dewa. Lemak berkrim. Tabiat di luar kebiasaan.

Kopi/Nescafe ni biasanya aku amik pagi saja, sebelum start enjin di tempat kerja. Pastu tak boleh lagi, nanti berjaga malam. Dah banyak kali kena.



Dan kali ini betullah. Berjaga. Klipok klipok mata!

Sempat tengok ulangan MELODI.

Nak gelak pun ada.

Dia kata ke dia... dia tu kata ke dia balik! Masing-masing buat statement. Artis di negara kita macam tu la. Kebanyakannya, bukan ada bakat sangat pun. Berlakun tak ler hebat mana, tapi kalu bab kontroversi peribadi, amboiii... 4,5 hari suratkhabar tulih.

Elehhh yang ko tu pegi melancong pakai baju Tshirt lengan pendek, pakai skarf topi jer, pastu gelak sengih posing baeeekkk punya tayang rambut, pastu nak marah orang ambik gambar? Pastu melenting! Gambar pun tengah posing baekk punya senyum, bukannya snap candid! Kat luar negara boleh buka? Kat dalam negara sendiri jaga imej? Jangan hipokrit lah...!

alahai... lu fikir lah sendiri.

Takkan la nak salah ke jantan tuh 100%? Dah nama pun lelaki. Depa ni pantang dapat peluang. Bila ada orang minat, orang bagi perhatian, saham konon tinggi la. Dah FITRAH lelaki begitu (wpun bukan semua). So, ko nak marah ke jantan tuh? Buang karan jerrrr..

Alahai...



~...HISYAM pernah memberi amaran, sungai yang jernih tidak semestinya boleh nampak riak wajah sendiri, jambatan yang lebar belum tentu kaki tidak tergelincir jatuh tetapi SERI BULAN terasa seperti ada orang menolak dari belakang...~



Friday, October 21, 2011

Cerita Merapu Seorang Tua, Bila Dilanda Tekanan...

Assalamualaikum
JumAAt, malam
21-10-2011


Sedikit stress. Tertekan.

Hampir 2 minggu membantu “factory” siapkan lebih 64 ribu borang secara manual. Jadi Minah Kilang — yang menurut mereka belum ada orang dari studio yang sanggup buat volunteer macam aku buat. (What?!)

Sepanjang lebih 2 minggu juga, aku terpaksa tukar dress-code. Tshirt and jeans paling sesuai. No baju kurung! Panas kerana factory takdak ekon! Dan kipas bukan boleh dipasang selalu, nanti semua borang terbang melayang macam wau!

Yang lebih penting adalah, itu suatu pengalaman baru (untuk orang “vintage” macam aku!). Belajar sesuatu perkara yang agak terlewat. Bertahun dalam bidang ini, baru kini aku diberi peluang melibatkan diri. Dulu, jangan harap sebab masing-masing sudah ada expert. Dulu, jaga bahagian sendiri saja, sehinggakan untuk backup job pun ada staf yang dikhaskan. Untuk print job pun ada orang buatkan.

Cerita hari ini:

Ada job urgent yang perlu disiapkan mengikut “tarikh mati” yang sangat dekat. Biasalah, hujung tahun. Annual Report tak pernah singkat masa. Sejak bertahun-tahun lamanya, kalu kena tugasan seperti Annual Report atau Persediaan Bajet/Belanjawan, memang sampai ke malam ler mengadap... Nasib kuli.

Job atas nama orang lain, tapi aku yang membantu memulun sakan macam assignment sendiri — ayat riak perasan bagus, kata kawan jahat aku!

Hakikatnya, aku pelik.
Pelik kerana job yang sebegitu mudah, boleh menjadi isu rungutan berjam-jam sampai bermasam muka dengan Manager. Begitulah kalu tak biasa diasak dengan tekanan kerja yang ketat dan tidak biasa dengan tugasan beribu-ribu pages. Sedangkan aku pernah berhadapan dengan tugasan journal yang berdisiplin ketat — even hilang satu fullstop pun dikira sebagai error! Jadi setakat nak handle Annual Report dengan masa yg diberi 2 minggu, bagi aku adalah sangat kacang! > lagi ayat perasan bagus.

Balik tadi dah ler lewat. Air pula takda. Seluruh taman kontang air, kerana ada paip besar kononnya pecah.

Selamat tak payah masak. Tapau Mee Rebus, tapi masin plak.

Aku tak suka tekanan, tak suka tensionkan diri. Lalu cara paling best adalah makan. Jadi jangan heran saya jadi sebesarrrRRR ini!


Nasi Lemak, sarapan. Bukan buat sendiri, tapi bekas bawa sendiri dari rumah. Isi dari kedai!



~...SERI BULAN: “Saya tidak tahu akan bagaimana keadaan saya tanpa awak! Awak sentiasa tahu yang terbaik untuk saya.”
HISYAM: “Apa yang terbaik untuk awak, adalah kemanisan hidup bagi saya.”...~








Gathering Blogger 23 Oktober: Perkembangan terkini...

Assalamualaikum
Khamis
20-10-2011


Di blog KAKCIK SEROJA ada beberapa perkembangan TERKINI berkaitan Gathering Blogger yang bakal berlangsung secara santai nanti, 23 Oktober bertempat di rumah beliau.

Terimakasih KAKCIK SEROJA.


Tempahan Tart Nenas untuk perayaan Deepavali dan bloggers sudah sampai malam tadi.


****

Gara-gara layoq di blog, Kari Kepala Ikan gunakan Pes Raub:

...sudah ada yang order nak cuba.

Sapa lagi nak cuba, sila email.

Atau kalu nak ambik semasa Gathering nanti juga boleh.
RM9.00 saiz besar — seperiuk utk 7,8 orang makan
RM5.00 saiz sederhana — 3,4 orang makan

Apapun, diharapkan Gathering Blogger yang dirancang akan berjalan lancar. Terimakasih banyak atas sokongan anda semua....! Jangan tak mai plak, nanti AZIEAZAH makan Mee Kari Kakcik Seroja sampai 4,5 mangkuk!


~...HISYAM sudah pulang disambut ceria oleh seluruh warga Teratak Nyatuh, sedih pula kerana SERI BULAN yang teruja tahap Gaban tiba-tiba harus berada di dapur seharian dan hanya pandangan mata bertaut di ambang pintu memberi debar dalam debar...~








Wednesday, October 19, 2011

Terputuslah hubungan...

Sebelum menerima berita kematian, malam itu memang aku tak boleh tidor.

Malam itu juga, aku bersembang dgn sorang kawan baik yang kenal seluruh ahli keluarga aku.

Dia bertanyakan khabar My Abah Mertua.

Beberapa jam kemudian, berita kematian diterima.

Lalu terputuslah seluruh hubungan dengan insan-insan yang disayangi, kecuali....




*Terimakasih atas ucapan dan doa.









Abah sudah tiada...

...gerak ke Segamat.

My Abah Mertua meninggal dunia...










Tuesday, October 18, 2011

Dalam dedar ada debar, bukan bawah gebar...

Assalamualaikum
Thalatha, petang
18-10-2011


Pasai pa kebelakangan ni aku selalu demam malam? Bila malam jer, mula dedar.

Batuk dak ilang lagi, selsema plak dah nak mai.

Sudahnya, sepanjang minggu (masuk 2 minggu lebih) aku memang tidak dibenarkan masuk ke Lantai Pengurusan. Especially kerana My Big Boss ada sebelah pagi. Takut jangkit. Okey lahhhh...

Kata orang nak baik batuk, makan eksrim. Betul ka? Ada yang serasi, ada yang makin teruk.

Aku pun cuba nak amik risiko. Memang la aku tak takut.


Fruit-Land, lunch hari tu.


Apa nama menu ni? Alaaa... Spagheti Chicken Black Pepper kot. Lupa plak dah.


Eskrim “Corn” sampai semangkuk. Habis tetap habis!


Wokeh, aku kena hadir mesorat penting malam ni. Hujan plak tuh...

Ada ker yang nak belanja aku Roti Sardin Garing malam nih?



~...serasa tidak sabar menanti pulangnya dia, kali ini SERI BULAN pula dengan muka tak malunya bercampur nekad, menghantar sms di malam pekat yang hanya sepatah, “Aishiteru!” walaupun dia sedar kelak HISYAM akan memulang balik sms dulu yang yang berbunyi, “But I’m not!”...~









KakiNovel: Kenapa Mesti Rama-Rama?

Assalamualaikum
Senin, malam
17-10-2011


Peminat novel sekalian, pernah dengar nama syarikat penerbitan ini? KakiNovel. Perasan tak apa yang menjadi identiti KakiNovel?

Yeahh... setiap cover novel terbitannya mesti ada gambar rama-rama. Betul tak? Kenapa mesti rama-rama eh? Agaknya untuk dijadikan identiti tersendiri kot...


Salah satu contoh cover novel terbitan KakiNovel.
*lupa tahun terbitan, dah lama kot. Pinjam orang punya.

Tetap ada rama-rama di situ. Aku suka warna merahnya. Tapi ceritanya tidaklah begitu mengujakan untuk dicadangkan. Lebih kurang macam drama yang kita biasa tengok saja.


Untuk koleksi peribadi.


Novel MAID ini pula memang sungguh best sebab ada part kelakar. Aku suka sebab boleh release tension. Baca 2,3 minit pastu gelak sampai keras perut! hahahahaha...

Cuma novel MAID ini hanya diceritakan dari satu perspektif sahaja (can I use that word?). Maksud aku ianya diceritakan dari sudut seorang “aku” sahaja.

Jarang ada novel yang menggunakan “aku” sebagai pencerita dalam keseluruhan novel. Mungkin tidak ramai yang suka. Ianya tidak salah, tapi ianya akan dilihat dari satu/seorang sudut sahaja. Apa yang ada dalam hati/fikiran orang lain tidak dapat dijelaskan dengan sepenuhnya.

Tapi novel MAID ni tetap best! Aku tetap nak rekmen. Buku setebal itu, aku habiskan hanya 2 hari saja di ofis >> tak keja ker Azie tu? jangan tanya...

Sebelum ini aku pernah baca 3 novel bersiri yang menggunakan “aku” juga tapi diceritakan secara bergilir antara tiga watak utama. Lalu tiga sudut dapat dihayati. > abaikan statement ni jika tidak faham.


Selingan:


Sengaja nak masukkan gambar budak ni makan sambil kesat mulut dengan baju. Bagussss....!

Peminat setia ayam goreng paha yang disebutnya “ayam pemegang”. Kebetulan baju dia sama lak dengan cover novel, so itulah sebabnya.


*aku pernah berjumpa dgn tokey KakiNovel ini En Rizal (kalu tak silap), semasa pelancaran novel Bahang Selatan dulu. Masih muda belia.



~...walaupun HISYAM tiada di depan mata, SERI BULAN tetap terasa seperti lelaki itu di mana-mana sehinggga bila mencedok air di perigi bagai ternampak wajah tenang itu di riak air sedang berdendang lagu inang bersama seseorang...~




Monday, October 17, 2011

Azieazah menang GA buat pertama kali...

Assalamualaikum
Senin, petang
17-10-2011


Dah lupa ntah bila aku mengomen di entri beliau. Maklum banyak sangat blog yang aku buka setiap hari dan komen.

Memang terlupa. Padahal ada nampak Kak INA KL ni update blog. Tapi tak tertengok pula masa entri pengumuman pemenang. Result keluar hari Sabtu, aku missed entri tu.

Sampai dia komen di entri aku tengahari tadi:


Agaknya sebab tunggu aku tak email details pada dia kot. Aku dah balik kerja baru buka blog kat rumah.

Sori berlori ya Kak INA, terlupa pasal GA tu.

Terimakasih Kak INA!



~...ternyata SERI BULAN tidak cukup berani untuk tidor di sekolah sendirian, bukan hanya kerana bulan di celah nipah nanti akan kelihatan seram, tetapi juga bimbang nyamuk yang akan menjadi geram...~







Macaron Purple...

Assalamualaikum
Senin
17-10-2011


Lately, sana-sini orang sudah ramai bercerita tentang macaron.

A macaron (French pronunciation) is a sweet confectionery made with egg whites, icing sugar, granulated sugar, almond powder or ground almond, and food coloring. The macaron is commonly filled with buttercream or jam filling sandwiched between two cookies. Its name is derived from an Italian word “maccarone” or “maccherone”.

Sebenarnya aku bukan peminat makanan manis. Kuih raya pun pilih-pilih saja. But, kali ini macaron kena try la.


Kawan sekerja beli dari sebuah kedai di KLCC.

10 pcs = RM30. Jika beli 1 pc berharga RM3.90. Beli banyak jimat sedikit, tapi makannya cuma boleh seketul dua sahaja. Manis!


Pilihan tetap PURPLE, blueberry. Nampak blend plak warna tu bila disnap bersama keyboard putih! *kotornya keyboard aku!


Walaupun cantik dan enak, aku cuma bleh makan seketul. Sebab manis dan lemak berkrim. Agak susah untuk menjadi snak paberet.

Harus dipuji, macaron memang cantik menawan. Ianya sekeluarga dengan kek. Peminat kek mesti suka.


*ALL BLACKS menang 20 berbalas 6 dengan Australia petang semalam di World Cup Rugby 2011. Yessss....! Pegi final!



~...HISYAM harus berada di luar daerah beberapa hari lalu SERI BULAN diamarankan agar pulang mengajar berteman terutama ketika melintasi kedai kopi nan sebuah itu, tetapi SERI BULAN lebih rela tidur di sekolah berteman nyamuk sambil merenung bulan di celahan daun nipah...~


Sunday, October 16, 2011

Rutin Ahad yang sedap...!

Assalamualaikum
Ahad, cuti la kan?
16-10-2011


Pagi: ke Pasar Pudu. Rutin biasa.

Beli: ikan, sayur-mayur. Keli wajib beli. Minggu ni skip ayam.

Suasana: hingar-bingar, becak lebih dari biasa. Orang padat. Makin ramai orang Vietnam sekarang.

Sekilas pandang: Bawang besar ada tawaran baik, 1 karung (4 kg) cuma RM5. Okey capai sekarung. Ada orang tukang kendong.

Keli di kedai Brother YOP tu dah habih. Dia capai dari tokey belakang. 1 kg sudah, RM5 jer.

Cari ikan masin buat stok. Abang tu jual, tak murah tak mahal. Yang penting ikan masinnya bersih.

Beli santan ready. Nanti nak masak terus.

Cakoi 5 ketul RM2. Alas perut rakyat di rumah sementara tunggu tukang masak siap menanak.

Daun pandan secekak, tiga kupang. Huhhh... kalu kat kampung dulu, tarik sampai serumpun!

On the way balik: singgah farmasi buat free blood test.
Result aku:
Systolic: 116 (MyTOKLAKI punya 136)
Diastolic: 78
Pulse: 78

Dikira sangat cemerlang tuh, kan?

Nak buat ujian gula kencing manis, silap tak posa. Tak breakfast lagi tapi tadi beli dan minum Soya Bean di pasar. So tak leh buat.

Singgah kedai Anas Roti Canai. Beli kuah dhal RM1, nak buat cicah Cakoi. Skang pakcik jual cakoi tu tak jual dengan kuah manis pandan tu lagi sejak gula naik harga.

Di rumah:
Masak Nasik Lemak terus buat untuk lunch. Goreng keli, goreng ikan masin. Sambal Tumis Bilis. Telur Rebus. Terlupa beli kacang tanah. Abaikan.

Air: Teh O Ais 1 jag besar. Makan berhidang anak beranak.

Kesimpulan: Sedap teramat Nasi Lemak itu!

Gambar: Tiada.


Ini gambar bila ntah...?


~...katanya, Nasi Lemak Buah Bidara, tapi bila ditanya mana satu buah bidaranya, langsung tak terjawap dan bila diminta masak Nasi Lemaknya, terus tak terdalih lalu HISYAM merasa SERI BULAN belum cukup penasarannya...~







Novelis Ma Lee Chuswan: Aku rasa tertipu sendiri...!

Assalamualaikum
Sabtuday, malam
15-10-2011


Aku dah lama tahu nama novelis ini. Sejak sebelum menjadi Promoter Pesta Buku booth Creative Enterprise lagi aku dah pernah dengar nama ini cuma tak begitu mengikuti perkembangan beliau.

Sepanjang berada di booth tersebut, sepanjang itu juga aku kerap mendengar ramai peminat novel akan bertanya tentang novelis ini, tentang karya terbaru beliau atau karya-karya beliau yang terdahulu.


Antara karya beliau ialah Gelora, Selamat Tinggal Sayang (I have this title), Permata Hati, Lamaran Kedua...

Minggu lepas ternampak novel Gelora ini di MPH. Rak kategori “best seller”. Yeah, beli.

Rupanya novel ini telah pun diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd (kini dikenali sebagai Alaf21) pada tahun 1996.

Cover lama. Pic Google


Ini yang terbaru, snap sendiri punya.
(terbitan baru oleh KakiNovel)


Aku search di Google, belum terjumpa mana-mana article yang menulis tentang beliau. Kebanyakannya menulis tentang novel beliau. Ya, kita kan baca karya mereka.

Cuma, kali ini aku memang nak cari apa-apa artikel tentang diri penulis ini, kerana aku merasa malu dengan diri sendiri. Macam “tertipu sendiri” (bukan ada orang tipu pun) kerana selama ini dok sangka Ma Lee Chuswan ni seorang LELAKI! Rasa macam pernah dengar orang sebut dia ni lelaki. Adehhh!


Rupanya POMPUAN. Itupun selepas aku dah habis baca novel GELORA ini, dan baru ternampak biodata di page belakang. Hehehehe... Di situ memang lah tak tulis jantina, tapi kalu tengok gambar, memanglah seorang wanita, kan?

Secara ringkasnya, novel GELORA masih mengekalkan cara penulisan tahun 1996 (diulang cetak sahaja), dan sudah tentu kita tidak boleh mengharapkan gaya canggih seperti tahun 2011 ini. Faham maksud aku?




~...entah gelora mana yang datang dalam jiwa lelakinya, belum sempat HISYAM mengenalpasti punca segala, SERI BULAN sudah meroyan marah macam orang tersepak tunggul hanya semata-mata HISYAM terpegang tangannya ketika turun tangga...~









Saturday, October 15, 2011

Kerabu Mangga: Rupanya aku salah resipi...

Assalamualaikum
Petang Sabtuday
15-10-2011



Baru balik dari Seremban, menghantar order Tart Nenas kepada blogger ACIK ERNA. Dan beliau juga dalam rangka program meronda dan makan-makan dengan anak yang baru lepas hadapi PMR, ke ICEROOM. Enjoy yaaa...! and terimakasih atas sokongan and enjoy the Tarts too!

Cerita lain.

Mangga masak kuning-kuning yang dibeli di Sg Besar sudah langsai dalam masa 2 hari. Aku cuma merasa sehiris dua, takut batuk bertambah teruk.



Mangga yang disedekahkan orang-orang, sedara-mara di Sg Besar, ada yang sudah masak, separa masak dan belum masak.

Kerana sejak Senin hingga sepanjang minggu, aku sibuk lalu hasrat nak buat Kerabu Mangga dengan mangga muda memang tak kesampaian.


Ini Kerabu Mangga yang aku buat semasa Ramadhan lalu. Pada aku dah okey, sebenarnya taklah sedap mana pun.

Aku ambik yang basic jer. Ada cili padi, bawang besar, udang kering, kantan dan kacang tanah tumbuk kasar. Garam gula secukup rasa. Cukup dah untuk kami meratah satu tepawer besar!

Tapi masa berimpun ramai ritu, ada sorang kakak yang handal buat Kerabu Mangga sehingga tiap kali kenduri pun dia mesti “diwajibkan” buat sampai sebesen! Aku risik resipi. Rupanya mudah sahaja. Dia gunakan ikan bilis (digoreng/sangai tanpa minyak), blend, campur bahan asas lain. Yang utama mesti ada Kantan, katanya.

Oh aku harus cuba. Kerana resipi Kerabu Mangga aku hanya boleh dijamah oleh rakyat dalam rumah sahaja. Kalu bawa keluar, gerenti kena gelak! Salah resipi! Selama ni perasan sedap dahh... hahahahaha! > gelak malu



Tapi ntah bila nak buatnya, mangga yang ada tu dah separa masak dahhh...



~...belajar di kelas memasak tidak sama kena marah di dapur kayu Mak Utih, kena jentik tangan kerana tidak dapat menahan selera kepingin Sambal Tempoyak juga tidak terasa, tapi malu kerana tidak kenal Ulam Madu Tiga, buatkan SERI BULAN rasa nak sorok muka di bawah atang dapur...~










FM dah nak sekotak...

Assalamualaikum


Entri selingan sebagai memenuhi kuota, bahawa setiap FM yang diberi sebagai cenderahati harus disimpan gambar di sini sebagai kenangan.


FM dari Vietnam, hadiah dari A.F. kawan AMOI yang bercuti ke sana minggu lalu.


FM Melbourne, dari seorang kawan, MARIAM JAMILAH yang juga bercuti, bulan lalu.


********

Bila ada sedikit tekanan, terapi paling best adalah makan!

Pasembor Spesel, beberapa hari lalu.
Kedai Pasembor Utara, Kg Baru. Imej kerusi kuning!




~...tuan kedai kopi satu-satunya di Kampung Separuh Desa itu, akhirnya memahami walau SERI BULAN bukan peminat air kopinya tetapi bila HISYAM berada di situ, dia rela menahan kelat di tekak dan pahit di lidah demi secawan Kopi Mahkota Dewa...~









Friday, October 14, 2011

Untungnya Azie tu, dapat suami muda???

Assalamualaikum
Jumaat, malam
14-10-2011


Pernah beberapa kali AA tulis, dalam famili AA dikira sangat berbeza berbanding dengan adik beradik lain. Maksudnya kami memang sedarah kandung, tapi saya sedikit lain. Antaranya, saya membesarrrRRR bagai johan... menjadi anak perempuan paling besarrRRRR... (di samping gelak besarrrRR), juga merupakan anak perempuan paling tidak cerah atau dalam kata lain, saya memang gelap hirang.

Jadi, sebab itulah terjadinya komen pada insiden Ahad lalu. Dalam rombongan meminang Ahad lalu, beberapa orang sedara sebelah ipar-duai, biras-lamai tentulah jarang sekali bertemu AA, apalagi MyTOKLAKI.

Ketika berduyun kami berimpun, salah seorang boleh TERsangkakan MyAdik Bongsu tu adalah my husband. Kebetulan memang Ahad lalu, MyTOKLAKI memang tak ikut sama.

Kemudian bila diperkenalkan, barulah kakak tu tahu yang kami adalah adik beradik. Yang kelakar, dia boleh lak citer dan mengaku, sebelum tu dok kata, “Mudanya laki dia...”.

Hak! Hak! Hak! Hak! Hak!


*****

Balik dari Sg Besar, kami tiba di KL kira-kira jam 9 malam, lalu singgah dinner di Satay Station Kg Pandan.


Satay Station sudah ada mug sendiri. Sebelum ini dalam gelas biasa saja. Bagus!



Selain satay, kami juga makan Mee Rebus. Memang marvelous!

Lagipun hanya Satay dan Mee Rebus sahaja menu yang ada di situ. Tetapi bila membaca entri UNCLE SHAHRIR yang ini, tidak lama lagi akan ada menu baru di Satay Station iaitu Sup Keting!


Macam laki bini? Uishhhh...!


*MyTOKLAKI older 5 tahun dari saya!



~...HISYAM terasa seperti hendak membanting diri di atas lantai di serambi Teratak Nyatuh bila smsnya yang sepatah berbunyi “Aishiteru” dibalas oleh SERI BULAN dengan ayat memedihkan hati; “But I’m not!”...~









Gathering Blogger 23 Oktober: Jika berhasrat...

Assalamualaikum
JumAAt
Petang, 14-10-2011


Gathering Blogger yang dirancangkan sejak beberapa minggu lalu, akan menjelang pada minggu mendatang. Maklumat lanjut, klik gambar Burung Hantu kat sebelah tuuu... >>>>>>>

Suka AA nak tanya, ada sesiapa yang berhajat, berhasrat untuk menempah/order Tart Nenas dari saya?

Kerana minggu ini stok untuk perayaan Deepavali sudah masuk, maka AA nak order sekali untuk sesiapa yang berhajat, dan boleh dapat semasa di Gathering Blogger nanti.


Sesapa yang tahu nombor Henpon Cap Itik saya, sila sms. Atau email atau inbox di FB saja.


Terimakasih atas sokongan.



*bagi yang nak test rasa dulu, pun boleh. Akan dihidangkan nanti secara percuma, tapi tentulah AA akan kira berapa ketul masuk mulut dia, kan? hahahahahahaha!


Sesi tayang-tayang:

Lunch hari apa ntah. Delifrance



~...sungguh besar hasrat di hati SERI BULAN agar HISYAM muncul menunjuk muka ketika dia bersendirian mengadap pemuda-pemuda kampung yang sering bersidai di gerai dengan siulan sumbang, terasa seperti hendak menyimbah kopi Mahkota Dewa di atas kepala...~





















Menginang bukan meminang: Bila anak Banjar bertanya soalan di Sungai Besar...

Assalamualaikum
Khamis malam Jemaat
13-10-2011


Dalam Facebook, selain ada secret group family sebelah AA dan juga family sebelah MyTOKLAKI, AA juga menjadi ahli satu lagi secret group sebelah arwah nenek (emak MyBonda). Salah seorang sepupu yang create.

Memang meriah group kami ni. Kaum kerabat para sepupu yang menjadi ahli group pun ramai.



Jadi ketika ke Sg. Besar lalu singgah di salah sebuah rumah Mak Menakan (Angah ASMAH) Ahad lalu, berjumpa lah kami dengan beberapa orang sepupu dan bersembang lah kami kerana ada yang pertama kali berjumpa. Selama ni dok jumpa dalam FB jer.

Kami pun bertanya, “Kinang tu apa?” Sebab selama ini kami dok sangka “Kinang” tu nama lain bagi Nenek.

hahahahahaha!

My sepupu kuarkan satu barang. Dia kata, “Inilah kinang.” Laaaaa... kinang tu rupanya benda, bukannya nama orang.



Benda yang menjadi warisan tapi tiada siapa pun yang mewarisinya untuk menginang. Sekadar disimpan sebagai kenangan dan bahan sejarah keluarga semata.


Tak sangka, kunjungan kami tempohari dapat menghuraikan serba sedikit salah-silah keturunan keluarga MyBONDA dan mengimbas kembali pelbagai cerita tentang arwah Nenek. Itu kalu duduk lama, pasti lagi banyak cerita yang dapat diperbualkan dan dituliskan.


Sebenarnya, Nenek memang tidak tinggal dengan MyBONDA (di kampung kami di Tg Piandang). Nenek memang menetap di Tg Karang. Jarang kami berjumpa dengan nenek kerana nenek menetap dengan anak-anaknya yang lain. Lalu tidak banyak kenangan kami dengan nenek. Yang aku ingat semasa Nenek pergi Mekah dengan MyBONDA dan arwah AYAH, naik kapal berbulan-bulan lamanya. Masa dia balik, kami jemput di pelabuhan.

Masa tu macam-macam nenek beli. Gelas kecil, gelang Mekah yang belit-belit warna hitam tuh, celak Mekah, buahan kering....

Dan sudah tentu aku masih ingat pasal tepak sirih dan gobeknya dalam bakul khas yang diusung ke mana saja dia pegi. Dia memang sudah tua pun masa tu. Sebab itu dia menggunakan gobek untuk menghancurkan sireh, gambir dll — proses ini dipanggil “menginang”.



Cantik sungguh bekas menginang arwah Nenek ni. Ukiran di bekas tembaga ini sungguh unik. Lepas ini kalu sepupu aku polish, pasti lebih cantik bekas sireh ni.




Bila kami semakin lama berbual dan bertukar-tukar cerita di dalam grup Nenek Kinang, banyak kisah lama terhurai berkaitan asal usul keluarga. MyBONDA memang dilahirkan di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kerana merantau mengikut arwah Ayah, maka kampung halaman sudah lama ditinggalkan walaupun masih ada beberapa orang saudara di sana.

Usaha untuk menjejak mana-mana saudara sepupu atau cucu yang lain akan diteruskan. Kita tentulah tidak mahu, bagai dikata orang berlanggar bahu pun tak kenal itu saudara sendiri.

Ini yang AA kata, kunjungan sehari tapi sungguh bermakna!



...meski ramai tidak tahu asal-usul HISYAM dari keluarga yang disebut “mampu pakai cincin berlian”, SERI BULAN tetap menjaga kejap rahsia kerana memberi peluang jika ada yang “hanya ada cincin tembaga” berani masuk bertanya atau mengendeng buat menantu...~









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails