Thursday, February 25, 2010

Rai meraikan...

Esok kita bercuti umum lagi. Sambutan Maulidur Rasul. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari sambutan ini.


InsyaAllah, aku akan hadir di Majlis Maulidur Rasul di Sri Sabah bersama Anak-anak Yatim dan penduduk setempat. Ada beberapa program yang telah dirancang sehingga tengahari termasuk selawat dan ceramah. Pasti sepanjang hari esok, di mana-mana pun akan penuh dengan acara sambutan ini.

Aku copy dari Google sebab aku suka pic ni. Comel jer tengok anak-anak ni...

Rasanya di hari-hari lain juga kemudian nanti, akan ada juga sambutan, tidak semestinya pada esok saja, kan?

Aku pernah berkesempatan menghadiri sambutan di surau di tempat aku. Kami berarak sekeliling taman, (dalam pada tu, ada pula kumpulan berarak paling kemas paling segak dipilih menerima hadiah khas) dan memeriahkan surau Al-Falah dengan pelbagai program. Memang besttt..

Tahun lepas aku juga hadir di majlis sama di Sri Sabah (hadir atas komitmen). Best juga sebab ada sekali budak-budak khatam quran.

Sama-samalah kita menghayati semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Menyusuri teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula pembangunan semula satu peradaban. Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa, perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.



Sebelah petang esok, mungkin akan memenuhi jemputan hi-tea di rumah seorang kawan. Semalam aku dah beli bahan-bahan nak masak puding untuk dibawa bersama.

Terimakasih kerana mengundang.







~...ada program gathering bloggers yang besarrrrrrRRRR akan diadakan pada 6 Mac akan datang, organised by MAZIDUL, BRO HAZREY and frens. Hmmm... rasa macam 6hb tu diari aku penuh. Wuaaa!...~




15 comments:

  1. banyak program & jemputan akak...:-) kalau dah dpt jemputan tu kena la penuhi..ok ape, tak la kebosanan kat umah je. sama la saya, 6 mac tu banyak je program, semua nye kt kl...aduhai...

    ReplyDelete
  2. harap bukan sekadar meraikan sahaja

    ReplyDelete
  3. Azie..

    Riviera Apartment tu dekatttt je dengan rumah kakcik tau.. meh le singgah. :)

    ReplyDelete
  4. AZRUL > Salam.


    CALUK > Ko tak cuti ker?

    ReplyDelete
  5. SITI > jemputan bukan sahaja datang dari kengkawan, tapi jemputan kerana kerja-kerja luar. Sedaya upaya cuba memenuhi undangan.


    MAMAI > terimakasih berpesan-pesan. Ya, harap tidak sekadar meraikan sahaja...

    ReplyDelete
  6. KAK CIK > alaa lupa plak nak bagitau. Minggu sebelum pi Johor ritu, hp ada problem virus. So Azie terpaksa format dan malang sekali banyak contact no yang tak dapt diselamatkan, termasuk no tel Kak CIK..

    kalu free, nanti buat miss call yerrr... Nak save semula...:)
    Taman tu memang tahu, tapi tak leh nak janji ler Kak Cik.

    ReplyDelete
  7. Salam Maulidur Rasul buat Kak Azie sekeluarga..

    Esok zureen pun ingat nak join anak2 dengan aktiviti di masjid (ada kawan yg nak bernasyid dengarnya..)

    ReplyDelete
  8. ZUREEN > Salam.

    Semoga gembira menemani anak2 dgn program yang bermanfaat itu...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Azie...

    Salam Maulidur Rasul.. teringat masa zaman sekolah dulu, selepas habis berarak pasti kami dijamukan dengan nasi dalam dulang... rindunya saat tu..hehe

    ReplyDelete
  10. Salam NIDA > bila berada jauh di perantauan, semua kenangan pasti sentiasa ingin diulang..

    Zaman sekolah dulu biasanya kalu sambutan Maulud ni ada nasyid, ceramah dan bacaan Quran.

    ReplyDelete
  11. Azie..

    kat header blog kakcik tu kan ada no telefon kakcik? :)

    ReplyDelete
  12. KAKCIK > termakasih. Dah save dah..:)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails