Thursday, August 25, 2011

Ramadhan 24th: “BULLeh tak aku nak jadi budak-budak balik?”

Assalamualaikum
Rabu
Ramadhan 24th



Secara tradisinya, dalam keluarga kami, sesiapa yang dah bekerja dah tak boleh dapat Duit Raya. Yang masih belajar tak kira dah besar bagak mana pun, tetap diberi Duit Raya.

Seronok kan jadi budak-budak?

Kumpul duit raya dari rumah ke rumah, padahal tak kenal pun kecuali makpak jer yang saling mengenal.

MYBONDA dulu, bila bebudak datang beraya pepagi kat rumah, dia selalu tanya, “Hang ni anak sapa?” Maklum, dia tak kenal sangat...

Biasanya budak-budak ni dia kasi 2 kupang saja (20 sen). Dia isi banyak-banyak duit syiling dalam gelas comel (cawan Mekah kami panggil, sebab dia beli kat Mekah).

Bila keluarga berkembang ramai cucu-cucu, maka bila Raya jer semua berbaris depan TOKWAN (My arwah AYAH), salam tadah tangan dapat Duit Raya. Masa tu suasana memang riuh rendah dan meriah sungguh! — perasaan kehilangan momen sebegini sangat sakit!

Sekarang semua Duit Raya takda syiling dah, kan? Kalu ada pun, mungkin kat kampung-kampung jer kot. Tu pun jarang. Semuanya guna sampul raya dan paling koman pun singgit!


My BOSS (walaupun bukan Melayu) yang uruskan. Kami hanya tukar saja, tak perlu pegi ke bank pun!



Sampul pun dari bank yang sama. Untuk anak-anak buah di kampung sebelah AA dulu. Semua siap sticker nama masing-masing, saja nak bagi depa happy. CIKINTO, nama mu teratas!

Untuk anak-anak buah sebelah MyTOKLAKI, tunggu sampul raya lain. Dah takda sampul dah. Tunggu bank mana plak nak kasi free. Yang design sendiri ritu, tak sempat nak edit so lupakan saja.

Untuk MyBONDA, kakak-kakak dan adik-adik kena tunggu sampul hat spesel skit. Baru syiok layan...

Seronok tengok bebudak bila berkumpul, masing-masing kira Duit Raya yang depa dapat. Amboiii berlawan sapa dapat banyak.

Jangan beli mercun atau bunga api tau! Sapa ada akaun bank, masuk jer dalam bank. Sosak-sosak OMAK bleh guna. hahahahahahaha....!





~...Kata HISYAM suatu waktu dulu selepas lama terpisah dek cuti Raya, “Rindu la,” lalu dijawab SERI BULAN dalam kenaifan yang disengajakan, “Rindukan apa?” lantas si HISYAM terkedu kerana terperangkap dengan soalan manja itu...~









23 comments:

  1. KAK...........
    kalaulah diputar masa dahulu..
    memang nak sangat.. raya dari rumah ke rumah,..
    selalu dapat seposen pun dah memadai.. heheheh..

    PS: agak2 ayu dapat tak duit raya dr kak tahun nie?? hahahah

    ReplyDelete
  2. time kira duit raya paling seronok...lepas tu pakat2 g beli mercun..Tapi skrang ni siap pesan ngan anak2..jng beli mercun..

    p/s..betulkan...sosak2 nnti, emak boleh pnjam duit raya tu..hihihi

    ReplyDelete
  3. Azie..
    kalau akak dapat jadi kanak2 semula..
    akak nak duduk baik2 dengan mak dan mak sedara..
    salin resepi raya depa...
    lepas tu belajar buat step by step sampai pandai...
    lepas tu bila dah besar, raya..buat sendiri...

    ReplyDelete
  4. AYU:
    Kalu masa diputar, AYU datang Kak Azie eh? Kak Azie nanti soh MAK Kak Azie kasi AYU dua posen jer.. hahahaha



    MULUT PAYAU:
    Sekarang ni mercun susah dah nak dapat. Kalu ada pun, beli kat pasar gelap tu.
    Bunga api ok kan?

    ReplyDelete
  5. AKAK:
    hehehehe... saya pun nanti belajar dengan Akak pulak. Pastu kalu dah masing-masing pandai, kita buat bisnes eh Kak? (^_^)

    ReplyDelete
  6. Teringat peristiwa di kampung pada satu masa. Waktu tu, ada syiling RM1. Kakcik isi dalam sampul. Datanglah budak2 kampung (yang tak kenal pun entah anak siapa), pastinya mereka bukan nak makan minum sangat. Bila dihulur sampul tu, dia orang belek2 tanpa membuka dan berkata 'heh! dua kupang je ....' Hehehe....

    ReplyDelete
  7. Air apa tu? Jagung ngan keladi ke?

    Bagi Ate, dari kecik sampai besar (dan tua)tak banyak bezanya raya... masih dapat duit raya ;). Keluarga kami kira siapa yg belum kawin dpt duit raya (maklumlah ada darah keturunan putri hang li po.. hehehe).
    Masa kecik2 dulu kami org Johor, yg pompuan dan bebudak tak pergi solat masjid solat aidil fitri. Bila duduk KL baru pegi dan sekarang ada 'anak2' baru rasa seronok meraikan aidil fitri solat di masjid bersama anak2 (siap sessi photography di masjid).

    ReplyDelete
  8. kak azie...
    hahahaa...itulah yg paling mahal kat dunia tak leh jual beli...putaran masa...

    sekarang pun syok juga...bila keluar sampul raya je muka budak2 semua dah berseri2 kita tumpang gembira...

    ReplyDelete
  9. Yelah kak dulu2 dpt duit syiling byk2 sampai berat saku tapi hasilnya tak sebanyak mano pun borat jo yg lobih!!

    ReplyDelete
  10. en. abah pun camtu le
    setiap sampul raya ada nama, senang ckit nanti...hehehehe

    ReplyDelete
  11. la ni kalo tukar duit raya beratus2 hinggit.. paling minimum satu sampul kena 2 inggit..kat ganu, kalo bagi singgit kira ok lagi..

    ReplyDelete
  12. seronoknya jadi budak kecik
    ermmm dah umr camni tengok anak anak kecik je lah yg gembira dapat duit raya

    ReplyDelete
  13. Aslmkm Azie.
    Kak G dulu tak p banyak rumah sangat ... tak tahu kenapa tak minat sangat duit raya dari rumah2 tu. Yang minat tu ialah duit raya Sultan Kedah! :)
    [Info: Pada Hari Raya Sultan & kerabat datang menziarahi Makam Di Raja dekat rumah di kampung. Baginda beri duit raya lebih sikit - duit baru lagi!:)]

    Jom kita maksimakan usaha beribadah di hari-hari akhir Ramadhan tahun ni. Insya Allah, diberkati.

    ReplyDelete
  14. seringgit sekarang dah takde nilai, di "jebihnya" muka

    ReplyDelete
  15. yeye...dapat duit raya...namaku teratas bermaksud aku dapat terbanyakkah? hehehehe

    thanks auntieAA :) mwah2

    ReplyDelete
  16. CIKINTO tu mengada. Surprise laaarrr...!

    ReplyDelete
  17. KAKCIK:
    Budak-budak sekarang ni, ada tu sangat melampau, kan? Alahai.



    Kak ATE:
    Yup, air Jagung dan Keladi. Ada kawan berniaga yang sedekah.
    Saya pun masa kecik2 memang tak pegi solat Aidilfitri. Mak kita tak kasi. :)

    ReplyDelete
  18. JUNAINA:
    Betul. Bila kita bersedekah pada budak-budak dan anak buah pada hari Raya, sebenarnya kita menggembirakan mereka.



    Ct NOARIZAH:
    Benar, duit syiling tu buat berat poket saja, kan?



    MAMASYAZA:
    Anak buah Kak Azie ni ramai, kena kira takut ada yang tertinggal lak.

    ReplyDelete
  19. ANAA:
    Betul, sekali tukar duit raya paling cekai pun seratus. Kalu anak buah ramai, lagi banyak nak kena tukar not baru.



    SYA:
    Takpa, kalu anak kecik kita dapat, kita pun share ler sekali. hahahaha

    ReplyDelete
  20. DrFAUZIAH:
    Salam Kak G.
    Seronoknya dapat beraya dan dapat duit raya dari Sultan Kedah. Mesti banyak tu, kan?
    Terimakasih berpesan-pesan



    EELOBOR:
    Betul, ada setengah budak memang buat muka kalu dapat duit raya singgit. Bukan main demand lagi!

    ReplyDelete
  21. Mak acu pun sama cam Bonda Kak z...asal budak dtg je dia mesti tanya...dan sama la nilai nye 20sen gak duit raya yg dia bagi dulu :)

    ReplyDelete
  22. mana duit raya untuk dakni????????????

    ReplyDelete
  23. ACU:
    Orang tua dulu dulu memang macam tu, kan? Tapi kita yang seronok tengok.



    ICE:
    Kena jumpa salam cium tangan dulu!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails