Khamis
Ramadhan 18th
Sejak dari Rabu lepas, sehingga Rabu rini, AA berada di floor yang bukan department sendiri. Bukan pasal takda kerja, tapi tak banyak sangat, sedangkan di floor bawah kerja menimbun dan ada staf yang ambil cuti sampai 2 minggu.
Dah macam tradisi, sepanjang tahun pasti akan ada staf yang ambil cuti panjang pada waktu tertentu atas sebab-sebab vacation sendiri. (Nak harap company? hmmmmm.....)
Kalu ujung tahun lagi lah ligat depa pegi berjalan. Ada yang sampai London. Lepas raya ada yang dah ready nak pegi Beijing. Tahun lepas sakan melancung ke Australia.
Aku? Dapat pergi Kelantan atau Johor pun dah best sangat. Dua tempat tu memang berada dalam senarai perancangan. Takpa, apa pun kita plan beraya dulu. Pastu baru ejas mana patut.
Kerana berada bukan di studio, suasana kerja sedikit berbeza. Tapi takkan nak berkira pula, kan? Yang penting dapat juga belajar cara kerja orang dalam bidang yang tak pernah aku buat pun sebelum ni. Tiada tekanan sebab sambil buat kerja boleh borak-borak dan pasang radio kuat-kuat. Layan lagu raya dan nyanyi ikut radio macam karaoke bapak aku pulak...! Best siot...
Bila berada di tempat yang jarang dijengah (management dan Bos pun jarang turun sini), sedikit sebanyak aku cuba menyerap apa yang depa rasa dan segala pengalaman depa selama bertahun-tahun berada di sini. Ada yang dah kerja lebih 26 tahun. Untung rasanya, aku dapat bekerjasama dengan dia yang tidak kedekut mengajar itu ini walaupun dia tahu aku bukan nak buat kerja tu terus, sekadar sementara dan menolong sahaja. Kemudian mendengar sedikit keluhan dan luahan hati, menyedarkan aku tentang sesuatu. Walaupun kita berada di level lain, lantai atas, itu tidak bermakna orang lain tidak memberikan sumbangan besar untuk sesebuah organisasi. Setiap orang waima Tea Lady sekalipun, tentulah ada sumbangan dan jasa masing-masing.
Memo cuti raya dah keluar tadi. Monday akan jadi compulsary. Jumaat 2nd September, dah buka semula. Rata-rata yang menyambut Aidilfitri plan nak bercuti sepanjang minggu. Aku pun sama. Tahun lepas aku langsung tak boleh cuti. Raya ke-3 aku tercongok sensorang di ofis. Kali ini tentulah nak gasak bercuti.

*******
Menu pilihan entri kali ini:
Semua yang manis-manis belaka
Semua yang manis-manis belaka
Ini pula kuih yang memang aku buat setiap kali tiba Ramadhan. Ntah kenapa, bulan lain tak pula aku teringin nak buat.
Tempat lain aku tak tau panggil nama apa. Aku buat 2 kukusan. Kebetulan ada kawan yang balik dari outstation, tempuh jalan dekat rumah, so aku soh singgah amik kuih ni buat rasa-rasa.
Aku belajar buat kuih ni masa kat sekolah. Zaman menengah dulu ada kelas Sains Rumahtangga. Cikgunya nama Cikgu Salmah dan Cikgu Zalina. Selepas bertahun-tahun tinggal pelajaran tu, lepas kahwin terfikir nak buat kuih ini. Practice makes perfect. Tak lah perfect sangat pun, tapi tetap mendapat Pujian Kelas Pertama dari rakyat seisi rumah!
~...antara Pucuk Gajus dan Putik Betik, HISYAM terpaksa menahan kelat tekak bila dipaksa Mak Utih menjamah Jeruk Maman sedang SERI BULAN bertambah makan bila dihidang Umbut Kelapa Masak Lemak Putih...~
Assalamualaikum,
ReplyDeleteWaaaaaaa saya suka kuih tu tapi tak tau nak buat mcm mana. Nampak macam senang. Nak ngendeng resipi leh?
Lagi baguih kalau dapat free 10 kelongsong hu huh uhu ----> mmg makan banyak la la la
AA kuih abok abok tu kuih orang kulaan kan? Sedapnya...kuih AA semua nampak graphic dan menyelerakan.
ReplyDeleteP/s hari tu masa kat oversea ada cuba hantar MMS, tapi tak lepas you. Sedih juga. Satu MMS USD1.00 jek...
AA
ReplyDeleteKemana juga kita berada wpun kita tak sepatut berada ditempat tu, mesti ada sesuatu yg dapat kita pelajari *nada serius nih*.
Dah buat kueh lum? Ehh, masa sekolah kita pun belajar buat abuk2 tapi tak pernah sekali pun buat. Tererlah you.. dpt pujian lagi tu mesti sedap 2 thumbs up!
Salam
ReplyDeleteDah tgk N3 bawah dan yg ni..memanglah AA ni rajin. Tahniah.
Abok2 tu mama teringin nak buat dari dulu2 lagi tapi sampai la ni tak buat..rasanya hujung minggu ni jadi kot buat..anak2 ada.Tk mengingatkan mama dgn kuih glamour ni.
Sejuk mata tengok kuih manis pagi2 ni, hehe
ReplyDeleteAda kuih abuk2 gitu rupanya, ini first time tengok. Yg saya kenal kuih abuk2 buat dari tepung, kenyal & ada kelapa di tengah..
ANYSS:
ReplyDeleteSalam. Kalu suka kena masuk kelas khas ler nampaknya. hehehehe
Senang jer buatnya sayanggg.. Kalu tengok pada pic tu, mudah jer nak faham. Buat kelonsong tu dgn daun pisang, isi berselang sagu dgn Gula Enau atau Gula Kabung. Pastu kukus. Selamat mencuba.
RED RAMBUTAN:
Kuih orang kulaan? Ntah ler. AA cuba jer.
*Nanti kalu pergi oversea, simpan pic tu. Send masa sampai kat atas sea. hehehehe
kuih tu nampak sedap.heheh...
ReplyDeleteSOM:
ReplyDeleteWalaupun kita tak pernah terfikir untuk buat/belajar, tapi tetap tak rugi untuk melihat sesuatu yang baru. *Serius gak.
Sejak kahwin, I tak pernah buat kuih raya. Malu kan?
MAMA JU:
Rajin tak rajin, dah nak makan. Buat jugaklah Mama.
Kalu anak2 ada balik, elok sangat ler buat banyak2. Biar puas makan.
DINAS:
ReplyDeleteSaya pun dulu keliru dgn nama kuih ni Cikgu. Yang nama Kuih Abuk-Abuk ada inti kelapa tu, saya panggil Kuih Gomak. Ada serbuk abuk kacang hijau kat luar dia, kan?
ERI-CHAN:
Pada Kak Azie, sedapla. hehehe
memang azie ni rajin betul ...
ReplyDeletekuih abuk2 tu dah berkurun saya tak makan. :(
CIKGU NORMAH:
ReplyDeleteRajin tak rajin, dah nak makan. :)
assalamualaikum azie,..
ReplyDeletelamanya rasa tak jengah sini, maaf ye..cbuk sendiri
dah lama tak makan kueh abuk2 ni, kat sini takde jual la... nak buat tak reti lak walaupun nampak simple sangat
Di tekak anak2, masakan mak juga yang terbaik. Syukur juga mereka pandai menghargai. :)
ReplyDeleteBest puding tu kak..balinglah ke seremban ni 5 6 ketui bolehhhh ???
ReplyDeleteazie...saya pun belajar kat sekolah buat kuih abuk2 nih..haha memang segenerasi lah kita nih..tapi skrg dah lupa la mcmana nk buat..ehh ada letak pisang masak kan?selang seli dgn gula merah n kelapa parut..memang sedap..
ReplyDeletetp sejak kawin belum pernah buat tp masa anak dara dulu rajin pulak..hehe
IBU INTAN:
ReplyDeleteSalam.
Takpa Kak. Saya faham.
Belum cuba memang rasa macam tak reti Kak. Tapi kalu dicuba, insyaAllah mudah jer tu.
KAKCIK:
Anak-anak tengah nak besar Kakcik. Bagi apa pun semua sedap belaka. Tang bab basuh pinggan, tak lak cakap sedap.
CT NOARIZAH ARIS:
ReplyDeleteBaling baling buleh sesangat. Tapi kuih ni segi tiga, takut kena bucu, luka lak dahi. Tak dapat raya nanti. Hahahaha...!
SANIAH:
Tidak sayang. Tak bubuh pisang. I guna sagu dan gula Melaka/gula Enau saja. Kelapa parut tu gaul sekali dengan sagu.
Abok-abok tu orang Jawa panggil 'iwel-iwel'. Kuih rtadisional pertama yg ckLah belajar dalam kelas Sains Rumah Tangga masa ting 1...
ReplyDeleteCKLAH:
ReplyDeleteBetul tu. Saya pun belajar masa kat skulah juga.
kuih fevret ayah saya...abuk2,tp saya pndi beli je...hehe
ReplyDelete