Salam
Thalatha
02-08-2011
Membaca tajuk, benar. AA tidak sempat pun mengucap salam dan selamat berpuasa. Tidak mengapa, keikhlasan yang membaca dan mengomen itu sangat-sangat dihargai.
Kesibukan yang tidak dirancang. Seperti pernah menjadi tajuk entri terdahulu, "kesibukan merebut masa senggang."
AA baru balik dari kampung halaman, menjejak jalur kenangan, memijak tanah leluhur, dan jika boleh hendak melompat kembali di laman warisan.
Terlalu banyak yang hendak diceritakan, tetapi suasana kalut dan gelut biasanya membawa penceritaan yang berserabut. Tunggulah masa yang sesuai nanti.
Khabar yang ditanya, dan dibawa, adalah baik-baik sahaja, dan harap semua orang begitu juga.
Berita gembira, di hari baik bulan mulia, sungguh menceriakan, setidak-tidak di jiwa kita.
Gambar berikut terlalu banyak yang hendak dihurai. Nanti sajalah...
Thalatha
02-08-2011
Membaca tajuk, benar. AA tidak sempat pun mengucap salam dan selamat berpuasa. Tidak mengapa, keikhlasan yang membaca dan mengomen itu sangat-sangat dihargai.
Kesibukan yang tidak dirancang. Seperti pernah menjadi tajuk entri terdahulu, "kesibukan merebut masa senggang."
AA baru balik dari kampung halaman, menjejak jalur kenangan, memijak tanah leluhur, dan jika boleh hendak melompat kembali di laman warisan.
Terlalu banyak yang hendak diceritakan, tetapi suasana kalut dan gelut biasanya membawa penceritaan yang berserabut. Tunggulah masa yang sesuai nanti.
Khabar yang ditanya, dan dibawa, adalah baik-baik sahaja, dan harap semua orang begitu juga.
Berita gembira, di hari baik bulan mulia, sungguh menceriakan, setidak-tidak di jiwa kita.
Gambar berikut terlalu banyak yang hendak dihurai. Nanti sajalah...
Pic terkini, My BONDA dan Rumah BONDA.
Perasaan? Sayu yang terlalu sukar untuk ditulis...
~...ketika ingin meneduhkan cahayanya, SERI BULAN tetap berseri selagi lelaki berwajah tenang itu terus tenang menjadi pendampingnya, HISYAM tidak mungkin berpaling ke arah pohon kelapa walaupun cahaya bulan hanya terlihat di celahan daun nipah tua...~
Selamat Berpuasa AA..
ReplyDeleteCantik rumah bonda
salam ramadan!
ReplyDeleterumah bonda cantik!
ReplyDeleteselamat berpuasa makcik~~
Rindunya rumah macam ini AA. Dulu rumah embah kakak (atok) macam ini. Puasa boleh rehat bawah rumah...Best
ReplyDeleteSelamat berpuasa AA...
kg kak AA kat ne?
ReplyDelete~selamat berpuasa yer...
Salam kak Azie..
ReplyDeleteselamat menjalani ibadah puasa... tak sabar nak dengar apa yg nak dihuraikan tu..:)
Kakcik tidak ingin membayangkan rumah kakcik di kampung yang dihuni oleh orang lain! :(
ReplyDeleterumah kat kg saye pun sekali sekala jer gi jengok dan bersihkan ape yg patut...
ReplyDeleteselamat berposa kak azie...
Salam ramdhan. moga ramdhan kali ini lebih baik dr yg telah lepas..
ReplyDeleteSetiap kali ramdhan mmg rindukan kampung halaman..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSelamat berpuasa, moga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sudah.
Rumah lama kat kampung dah tak ada. My parents gantikan dgn yg baru.. Tapi kenangan tetap lekat di memory.
ReplyDeletelawa rumah mak akak...semoga mak akak sentiasa sihat dan ceria...
ReplyDeleteselamat berpuasa kak AA
ReplyDeletejangan risau2 kami memahami..
mak kak bersama rumah kak dibesarkan ya?
mmg cantik.......
ikhlas ayu katakan
bestnya dapat balik kampung.... jelezzzz sejelezzz jelezzz nyerrrr
ReplyDeleteSalam dan selamat berpuasa azie...
ReplyDeletenampak bondamu teringat sangat mak kat kampung...berpuasa penuh dari bulan Rejab lagi...
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
ReplyDeleteSemua kenangan tak boleh dipadam dan tak boleh diulang.
Semoga Allah mmepermudahkan urusan kita.
kak salam ramadhan :)
ReplyDeletesy doakan hati akak tenang....
Amin...
sudah tentu di segenap penjuru rumah itu tertulis kenangan suka duka membesar di situ..
ReplyDeleteselamat berpuasa kak azie dan keluarga
ReplyDeletebesar tersergam rumah tu, tp bila semua balik barulah meriah kan, kalau tidak sunyi dan sepilah saja...
salam Ramadhan untuk azie juga..saya pun lambat menyuarakan salam pada kawan2..moga Ramadhan kali ini kita berpeluang menggandakan amal..salam
ReplyDeletekak AA,
ReplyDeleteni rumah kat mana ni? BS ke?
Perasaan azie mungkin sama macam kak Zai tapi azie lebih beruntung sebab masih ada mak.
ReplyDeleteSlmat berpuasa kak..rmh bonda tu di mana...byk kelebihan rumah tinggi mcm ni salah satunya leh wat parking keta kat bwah tu.
ReplyDeleteselamat berpuasa AA :)
ReplyDeletesalam ramadhan kak
ReplyDeleteSelamat Berpuasa Azie....
ReplyDeleteAzie masih punya bonda kan?..beruntungnya masih ada orang yg akan mendoakan Azie setiap hari pagi dan petang..jgn lepaskan kesempatan ini utk terus berbakti pada hujung2 usianya ya Azie...
menunggu kesah balik kampung AA
ReplyDeletemmg cantek umh bonda
saya suker umh kg corak mcm tu
kenangan itu tak mungkin terpadam akan sentiasa segar di hati, bugar di jiwa...
ReplyDeletesudah pastinya sukar digambarkan perasaan kerana melihat kudratnya yang makin merudum hati kita menjadi terlalu sayu...
rumah bonda akak yang berbentuk mcm tu mmg nostalgik untuk saya. selamat berpuasa akak..
ReplyDeletesama la kita...ana pun br blk dr kg.
ReplyDeletesalam akak..selamat berpuasa..
ReplyDeleteumah bonda akak cantik..klasik...susah nak carik design umah mcm ni skrg..:)
Rumah bonda AA tu tertutup rapat.. seperti lama ditinggalkan?? Bonda tidak tinggal di situ lagi ke?
ReplyDeleteselamat berpuasa kak...
ReplyDeletemenyepi je kak?
ReplyDeletetertunggu tunggu pulak...
selamat menyambut ramadan to you and family. love, hz and honey.
ReplyDeletekakakku kak AA
ReplyDeletesinggah sini bertanya khabar, moga sihat2 sahaja ya