Rabu
Ramadhan 17th
Ini cerita minggu lepas. Sekitar Program Iftar AnakPerlis.com (AP.com) yang dirancang dan dilaksanakan pada Sabtu 13 Ogos lalu.
Seperti biasa, program ini sudah menjadi program setiap tahun, dan ramai sedia maklum walaupun AP.com untuk orang-orang Perlis (di KL), tapi yang sorang tu wpun bukan orang Perlis tetap diundang dan dia pun dengan muka tak malunya, mesti hadir sama... Ngeh! Ngeh! Ngeh!
Seperti biasa, program ini sudah menjadi program setiap tahun, dan ramai sedia maklum walaupun AP.com untuk orang-orang Perlis (di KL), tapi yang sorang tu wpun bukan orang Perlis tetap diundang dan dia pun dengan muka tak malunya, mesti hadir sama... Ngeh! Ngeh! Ngeh!
Lokasi kejadian tetap juga di rumah Che Mat Gebang (Dr DINON) selaku pengelola lokasi. Tiap kali ada majlis, memang inilah tempatnya. Che Mat dan isterinya Kak E ni memang baik hati. Kebetulan rumah dia luas dan lapang dengan segala perkakasan yang lengkap memudahkan sebarang acara masak memasak dan makan-makan.
Aku macam biasa datang dengan CHAK dan ALIA saja, seawal jam 3 petang. Macam biasa, bawa T-shirt dan apron untuk bersilat di dapur. Mengacau jer yang lebih. Buat keja ntah apa-apa.
Rebung dibawa khas dari Perlis. Malam sebelumnya aku datang menolong “menggubah” rebung ni. Kali pertama dulu, memang kekok sungguh bila belajar “menggubah”, tapi skang ni dah pandai skit. Dah boleh “menggubah” di tangan, tak perlu papan pemotong lagi dah. Cewahhhh...!
Kailan dan Tahu Jepun.
(Sepatutnya kena guna Baby Kailan, tapi tak jumpa, kata tuan rumah).
Aku kena belajar masak nih... Sedapppp!
(Sepatutnya kena guna Baby Kailan, tapi tak jumpa, kata tuan rumah).
Aku kena belajar masak nih... Sedapppp!
Selagi tak dihidang “Kupi Perambat”, selagi tu dok bergebang bersembang dari satu cerita ke satu cerita. Pastu pakat bergelak. Mujur aku tak jatuh kerusi dengan gebang Pak Ngah...!
Terimakasih sekali lagi, sudi mengundang AA setiap tahun.
Budi baik tuan/puan semua saya sanjung tinggi.
Budi baik tuan/puan semua saya sanjung tinggi.
~...dalam majlis yang ntah apa namanya, SERI BULAN sampai tersipu malu bila dalam kelompok ramai bersembang, ramai tidak menyangka HISYAM rupanya pandai berbuat lawak bijak sehingga Mak Utih tertawa sampai jatuh dari bendul mujur dahi tidak benjol...~
Meriahnya makanan - tengok pun nampak sedap. :)
ReplyDeleteMASYALLAH.. ukhwah terjalin.. bagus kan activity cam ni..
ReplyDeletemeriahnya...banyak makanan, seronok pula tengok.
ReplyDeleteTapi ada satu menu tu, saya tak makan rebung..huhu
bestnya....buka puasa beramai2...meriah...meriah
ReplyDeleteKakak lihat gambar-gamabr pun dah dapat bayangkan kemeriahan itu AA. Banyaknya makanan...:) Habis ke tu?
ReplyDeletewah.. ikan keli. lama tak makan ikan keli. balik kpg kali ni nak makan. tak kira. nak jugak!
ReplyDelete:))
sedihnya kak azie...jelez tersangat2 jeleznya coz tak dapat pi...waaaaa...
ReplyDeleteaina akan balas dendam di majlis hari raya nanti...:(
kalau cemni makanannya...akak ajak la saya tahun depan! hihihi~
ReplyDeletesyoknya,...gulai daging + rebung tu yang menikam kalbu...ohhh, ulam rebung rebuih cicah dengan sambal belacan pun sodap (kalau ada) hehehehehe
ReplyDeletedah lama saya follow blog akak, memang bagus la Anak Perlis (AP.com) nie sebab aktif. banyak manfaat yang boleh di perolehi selain daripada mengukuhkan ukhwah....
ReplyDeletealhamdulillah..semoga rezeki anakperlis.com dimurahkan lagi kerana menjamu orang berbuka
ReplyDeletemeriahnya...baik menu, baik suasana nya....sukaa....:) sekurang-kurangnya bulan puasa tak dijadikan alasan utk tidak beraktiviti dan berkumpul macam ni..
ReplyDeletebest ..... jumpa geng lama ...makan ramai2 ...
ReplyDeleteSeronoknya, aktiviti mengeratkan silaturrahim!
ReplyDeleteMeriahnya kak...sy dh lama mengidam gulai kawah dgn rebung madu tu bile le dpt rasa gak nyaaa???
ReplyDeleteKAKCIK:
ReplyDeleteMeriah makanan tu sebab selera pelbagai dek kerana ramainya tetamu.
YAN:
Kerana ini acara setiap tahun, kami dah bermesra macam adik beradik.
YUS:
Rebung ni ada 2 jenis. Yang besar bulat dipotong nipis, dan juga yg jenis mcm dalam gambar. Rebung Madu ni lebih lemak dan enak. Cuba la sekali.
MAMA MIRAKI:
ReplyDeleteMemang best sangat. Selain dari ahli keluarga, mereka ini juga dah macam adik beradik dah.
KAK ZAKIE:
Memang ada juga yang tak habis. Yg tak habis kami berbagi bungkus bawa balik. Tapi Gulai Rebung, Tempoyak memang licin!
EFFA:
Ohhh itu sudah mesti!
JUNAINA:
ReplyDeleteKak Azie dok tunggu jugak AINA tak muncul-muncul. Takpa, dengaq depa sembang ritu nak buat Open House Raya pada 16 Sept (cuti Hari Msia). Jangan tak mai!
GADISBUNGA:
Jommmmmmmm.....!
ZAKIYAH:
Ulam rebung memang sedap youuu...!
EELOBOR:
ReplyDeleteKak Azie kenal ramai depa ni sejak tahun 2004 lagi, sebelum wujudnya komuniti ni. Sebab hubungan kami sangat rapat dan mesra, Kak Azie ni dah dianggap macam orang Perlih juga.
SAHROM:
InsyaAllah... aminnnn..
SITI MURNI:
Wpun berpuasa, tapi tak terasa pun penat memasak sebab meriah masak beramai-ramai.
tahun depan kalau buat lagi inform awal saya nak tukar ic jadi kelahiran perlis boleh tak
ReplyDeleteCHIK ATT:
ReplyDeleteMemang best sangat. Dah macam adik beradik.
DINAS:
Mengeratkan silaturrahim. Macam adik beradik.
CT NOARIZAH:
Kena belajar masak sendiri kot... hehehe
MAMAI:
ReplyDeleteAwat plak tak buleh. Buleh sesangat. hahahaha
keli oh keli..seakan kau memanggil2 ku untuk menjamah mu...
ReplyDeletetahun depan ajak saya sekali.. geram tenngok makanan tuhhhhh...kencorrr dah nihh
ReplyDeleteKAK HANI:
ReplyDeletePanggil ajak makan sakan-sakan. :)
FADZIL:
Awak orang Perlih ker? Kalu bukan, jangan mengada.
AA - Semua makanan kat situ sedap sedap ek, Tu baju putih petak petak ketayap putih tu Dato' Ameer kan? Bini dia masih 2 lagi atau dah 3 ek? koh koh koh
ReplyDelete