Friday, August 12, 2011

Ramadhan: Cerita Sayu Sebuah Rumah BONDA...

Salam
JumAAt
12-08-2011


Menyambung kembali penulisan berkisar kisah tentang beberapa peristiwa semasa AA balik ke kampung tempohari.

Suka nak ingatkan, bukan bertujuan nak menunjuk atau membuka sesuatu cerita yang tidak wajar. Sekadar penulisan kenangan seorang anak kampung yang tidak lagi menjadi penduduk tetap kampung (tapi tetap berhasrat jika boleh nak menetap semula di kampung), lebih menjurus kepada luahan hati seorang aku. Yang penuh kenangan...

Sehari selepas selesai majlis kenduri aku membawa MyBONDA dgn ditemani My Anak Menakan, balik ke kampung. (Kenduri dan tempat kami berhimpun adalah di rumah kakak di Taman Damai, Parit Buntar).

Rasanya sudah lebih 3 tahun aku tidak lagi singgah di rumah kampung. Balik pun selama ini, hanya berkumpul di PB. Rumah BONDA sebenarnya bertukar tangan (bertukar penjaga) dan beberapa proses berlaku sehingga akhirnya yang menjadi mangsa adalah Rumah BONDA itu sendiri. Orang yang berjanji hendak duduk menyewa pun bertukar fikiran.

Terkini, seorang bisnesman menyewa dengan tujuan menjadikan Rumah BONDA sebagai tempat menyimpan barang (gudang stokis barangan textile). Seorang aku tidak pernah mengulas apa-apa, jauh sekali untuk mempertikai apa jua keputusan kerana sejak dulu aku tidak pernah meragui sebarang ketentuan atau keputusan dari seluruh ahli keluarga lain, terutama mereka yang bergelar kakak atau abang. Seorang aku sentiasa akur, segala yang diatur adalah yang terbaik dan setiap orang berusaha supaya Rumah BONDA terus kukuh tegak walaupun tiada seorang pun dari kami mampu untuk tinggal menetap di situ.

*Entri ini akan memuatkan banyak gambar, sebagai kenangan buat si penulis.



Tingkat atas seperti sudah uzur benar. Mungkin warna cat itu kelihatan ceria, tapi sebenarnya, tiada lagi keceriaan bila bercakap tentang rumah ini.




Kerana kami tiada kunci (kerana sudah diserahkan kepada penyewa), kami hanya mampu melihat dari luar. Dan aku snap dari tingkap yang terbuka.


Ruangan dapur yang luas macam court badminton. Kini sepi dan keuzuran di sana sini. Dulu kitchen kabinet tu lengkap kehijauan...


Siling yang sudah mula rosak di sana sini.


Bilik air yang besar ada 3, dengan kolam yang cantik dalam rumah. Pendekata, dulu arwah AYAH buat semuanya serba selesa.





Tangga dalam rumah menuju atas. Cat di tangga macam tak selesai saja. Ntah sapa yang mengecat tak abih...


Aku masih ingat sejarah pasal lantai tiles nih...
Dua bilik yang berhadapan tu adalah bilik solat.




Laman yang luas, dulu di sini pernah kami buat court badminton. Arwah My Abang pernah main badminton dan takraw malam-malam hari dengan kengkawan dia.

Masa kecik dulu, kami main galah panjang dengan lukis petak di atas simen guna arang dari puntung kayu api. Sebab takda kapur nak lukis. Selalu juga kami main rounders, main baling seliper...

Dulu semasa belum ada simen, sebelah kanan tu adalah port tetap untuk dirikan “balai” bila kami ada buat kenduri kahwin. Meriah laman bila ada balai dan khemah. Rumah BONDA di tepi jalan memang jelas dilihat. Di seberang jalan sana, ada jalan kampung yang boleh ke sawah orang kampung, dan kemudian terus tembus menuju ke tepi laut yang kami panggil Ban Pecah.

Ada terlalu banyak kenangan...

Sempat singgah di rumah jiran sebelah, aku ditanya, “Kenapa takda sapa nak duduk rumah mak tu?”

Susahnya nak jawab. Kami masing-masing ada kehidupan sendiri diikat pula tanggungjawab kepada ramai orang dan banyak perkara. MyBONDA sendiri tidak tinggal di situ (keseorangan pula), dengan sendirinya, rumah ini jauh tertinggal di belakang, tersisih dari agenda keluarga.

Aku pernah kata, kalu aku kaya, ada banyak duit aku pasti nak repair rumah ini, dan duduk di situ goyang kaki berehat tak perlu kerja. Sekarang ni, semua orang kena kerja.

Setiap kali mengenangkan rumah ini, aku tak tahu macamana nak huraikan perasaan. Kenangan dan segala aktiviti keluarga terhenti begitu sahaja sejak AYAH tiada.

Yang lebih menyayukan, sudah 5,6 tahun sambutan Hari Raya tidak lagi disambut di rumah itu.

Mungkinkah suatu hari nanti, sesuatu harus dilakukan dan yang dulu boleh dikembalikan semula dengan cara yang lain?


~...Teratak Nyatuh milik Pak Utih sentiasa dirasakan putih oleh HISYAM, tempat menumpang teduh si SERI BULAN sedang dia lebih selesa memilih anjung tempat bermenung walau teman setia sering airmata berladung...~







26 comments:

  1. salam....

    mesti byk kenangan rumah tu kan.luas sgt nampak rumah tu..mmg betul2 seronok kalau dpt duduk situ dgn suasana kampung =)

    ReplyDelete
  2. IZAN:
    Salam.
    Alangkah seronok jika masa yang berlalu dapat diulang semula. Aduh..

    ReplyDelete
  3. cantiknya rumah tu..
    mmg andai AA byk duit,duduklah di situ..
    Akak sendiri alhamdulillah punyai nasib yg agak baik dpt menduduki rumah yg di bina oleh arwah ayah.Mujur juga abg tak byk songeh.walau rumah akak juah dr pej tp beliau sanggup berulang..(ofis hq di KL)..jauh kan?..

    ReplyDelete
  4. btul..kalu byk $$ pasti sy akn baiki rumah tu.resign n habiskan ms @ kg.xyah pening2 dok p-k psl keje, etc

    ReplyDelete
  5. Sayu betul baca kisah rumah bonda ni.... sebak dada pepagi gini.... pecah jugak empangan air mata!

    apakah satu hari nnti rumah bonda kak rose akan jd spt ni jugak sbb x de sapa yg dapat duk kat kg.... anak2 memasing ada kehidupan sendiri.... rindunya nak balik kg!

    ReplyDelete
  6. nanti time pencen boleh la usahakan balik goyang kaki kat situ, insyaallah... nampak best sangat tu!

    ReplyDelete
  7. umah mak mertua saya pun xberpenghuni dah 1 tahun... dah la umah tu 7th generation dah...

    ReplyDelete
  8. sayu kan bila rumah tempat membesar yang penuh kenangan dengan orang2 tersayang sepi dan sunyi...usang...how i wish if i could turn the time back!

    ReplyDelete
  9. Cantiknya rumah Bonda tu...
    sayanggg tak ada sapa yg..duduk...akak memang suka rumah macam tu..

    ReplyDelete
  10. itulah tuntutan kehidupan kak azie. tanggungjawab kita bukan hanya satu...

    moga masa akan mampu merubah segalanya sekurnag-kurangnya meringatkan apa yg sarat di dada...

    ReplyDelete
  11. rumah besar dan cantik... sayangnya .... kena ada daya usaha bersama jaga dan baiki rumah tu ...dan jadikan tempat berkumpul sekeluarga ...

    CA cakap ja..... umah mertua pun terbiar mcm tu juga .... tapi tak secantik umah Bonda ..... Inisiatifnya ..... kalau ada ruang waktu suami akan balik untuk bersihkannya ... dan bila bercuti panjang ... kami peruntukkan 2 atau 3 hari di rumah tu ...

    ReplyDelete
  12. mmg sayaaangkan...tp takdir penentu sgalanya

    ReplyDelete
  13. kak, rumah bonda akak macam umah ayah saya skarang... nak buat macam mana kan, anak2 sumer ada komitmen dan alasan tersendiri.. lom ada sorang lagi yang sanggup berkorban..

    ReplyDelete
  14. salam sist,
    selagi boleh peliharalah rumah tuh..jgn jadi mcm family sy...rumah pusaka arwah yg dibina oleh moyang utk anak tunggalnya (my nenek) "dijual" (kayu,papan,isinye) oleh seorang anak yg tahp dendamnye pada ibu (nenek) sgt tinggi tanpa persetujuan adik beradik yg masih hidup..malangnya,apa yg diceritakan pada anak2nye sendiri berbeza seolah2 semua dh bersetuju...sedih sgt bila tgk apa yg ditinggalkan di tapak rumah itu sekarang nih....

    ReplyDelete
  15. sayunya baca entri kak azie ni..maybe lebih kurang sama jugak jalan cerita kita ni...boleh faham perasaan kak azie tu.

    rumah kampung tu besar..kalau lah dapat 'dihidupkan' kembali..tentu lebih bermakna kan..jadi tempat berkumpul semua ahli keluarga tiap kali kelapangan dan raya.

    ReplyDelete
  16. sayang.. rumah yang besar tak dak pulak yang nak duduk kan?

    kak, ni rumah kat mana? bagan serai? tg piandang?


    *terkonpius sekejap..

    ReplyDelete
  17. rumah yang tersimpan seribu satu kenangan..
    biarlah semuanya besemadi di situ..


    rumah tu cantik..

    ReplyDelete
  18. nasib sebuah rumah biasanya akan terumbang ambing seiring dgn perginya tuan rumah tersebut. rumah wan saya hampir jadi mcm tu, nasib baik sekarng pakcik adik mak duduk situ.

    tiada apa yang lebih membahagiakan selain bila melihat tempat berkumpul saudara mara kembali ceria.

    kak azie boleh try ajak adik2 beradik berkumpul beraya di situ...

    ReplyDelete
  19. sya yang baca terasa sayu,apa lagi keluarga yang menanggung kan?
    yang tinggal hanyalah kenagan yang tak akan luput dlm ingatan.

    ReplyDelete
  20. cantik dan besar rumah tu..sayangnya kalau tak dijaga...

    ReplyDelete
  21. salam azie..trima kasih sudi berkongsi rasa dan gambar..sedih melihat tinggalan tempat tinggal kita..tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat bermain...sabarlahh..hidup perlu diteruskan..take care..selamat meneruskan ibadah puasa

    ReplyDelete
  22. azie..rumah acik dikampung pun dah tinggal..tahun ni tahun kedua rumah tu kosong dihari raya.

    ReplyDelete
  23. Asslamualaikum...

    sayunya tengok rumah Bonda tu terbiar lesu. Rumah pusaka Ayah Bonda say apun kosong di kampung. Tapi setiap kali hari raya kami semua 9 beradik dan keluarga masing akan pulang ke rumah ni untuk menyambut hari raya walaupun ayah dan bonda dah tiada. alhamdulillah setakt ini adik beradik semua bersatu hati...tetap pulang ke rumah puasaka walaupun ayah bonda dah tiada...

    Mungkin anda boleh berbuat sesuatu..berbincang sesama adik beradik untuk memeriahkan semula rumah ini...sedihnyaaaa

    ReplyDelete
  24. Assalamu'alaikum azieazah
    Sayunya kisah Rumah Bonda tu... Pengalaman sendiri - memang tak sampai hati nak buka, berikan pada orang, atau jual rumah tinggalan orang tua. Namun kekangannya juga nyata. Baik dari segi masa, tenaga atau kos utk menyelenggara rumah sedemikian. Jika adik beradik yang telah berselerak tempat tinggalnya tak sependapat pula mengenai apa nak dibuat pada rumah tinggalan, lagilah susah jadinya. Penghabisnya, barangkali, kita akan terpaksa lebih pentingkan orang daripada rumah lama atau batu-kayunya. Selamat meneruskan ibadah puasa.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails