Saturday, August 13, 2011

Ramadhan: Menyusur Jalan Kenangan...

Assalamualaikum
Sabtuday
13-08-2011



SORI BERLORI
kerana agak sibuk sehingga tiada masa nak masuk meronda ke begitu banyak blog dan juga tidak sempat nak membalas begitu banyak komen yang tertera di entri-entri sebelum. Terimakasih atas kesudian...

Sepanjang 2 hari di kampung, kesempatan yang singkat tapi tetap berbaloi bila dapat juga meronda dan buat beberapa aktiviti mengejut dan tanpa dirancang.

Jalan-jalan cari durian! Macam kat KL takda durian plak. Ehhhh lain rasanya bila sendiri meronda sendiri cari.

Menjadi pembeli terakhir, kami borong semua apa yang ada. Lagipun segala belian ditaja khas oleh My Abang Long.


Rambutan pun borong gak. Ditaja oleh My Anak Menakan yang baru bertunang.


Kopek jangan tak kopek...!


Di hari seterusnya, cari Ikan Masin pulak. Nak buat stok untuk bulan posa.


Melalui jalan Tanjong Piandang (menuju ke Rumah Bonda di Sungai Baru). Dah lama aku tak tengok pekan ni. Dulu bersekolah menengah di sini. Setiap Isnin ada Pasar Pagi. Setiap Selasa ada Pasar Malam.

Tidak banyak berubah. Kedai buah dekat jambatan tu, masih ada.


Masjid Sungai Baru.

Berdekatan sekolah rendah. Dulu masa AYAH masih ada, dia merupakan AJK Masjid. Aku pun selalu jadi Setiausaha dia, tuliskan resit bayaran bagi setiap derma yang diberikan semasa nak baikpulih dan “upgrade” masjid nih... Aku masih ingat ada sorang kontraktor, yang baik sangat dengan arwah, panggey “Haji” dengan ayah, selalu datang jumpa dan bincang pasal kerja-kerja construction, nak besarkan masjid.


Pesisir laut, Kampung Nelayan Kuala Kurau.

Pergi setakat tepi jalan saja, berhampiran stesen bas berdepan dengan Balai Bomba Kuala Kurau.



Kedai pembekal ni memang popular di sini. Tepi stesen bas Kuala Kurau. Aku tak pernah pergi pun, ini pertama kali. Dulu, bila balik kampung dan tingin nak ikan masin, arwah AYAH yang datang sini dan belikan untuk kami.





Talang sebesar ini, kira-kira 4kg lebih. Sekilo RM11 sahaja. Kami juga borong ikan gelama (paberet MyBONDA). Semua hasil buruan juga ditaja oleh MyAbang Long.

Balik rumah kakak di Parit Buntar, berkilo-kilo ikan masin diagihkan kepada semua adik-beradik yang ada sebagai buah tangan stok untuk Ramadhan.

Konon nak cuba masak macam ni:

Ikan Talang Masin goreng garing dengan bawang dan cili kering. Menu masa hari kenduri.

******

Menu pilihan entri kali ini:

Sup Bebola Daging. Pada aku sedap, tapi My TOKLAKI tak berapa minat.


Gulai Ikan Talang Masin dengan Nenas. Ini menu kami berbuka hari apa ntah, aku lupa...

Sebenarnya ada lagi beberapa aktiviti, tapi tak ler penting pun, e.g. makan-makan, pekena ABC dan juga shopping baju raya anak-anak di pekan lama Parit Buntar, termasuk borong tudung fesyen terkini, sehingga dapat satu tudung free! hahahahahaha...!



~...melabuhkan kolek begitu molek tertambat di pangkalan Sungai Menghijau Lumut, bagai memberi tanda SERI BULAN bakal lama menetap di Kampung Separuh Desa, tapi tiada siapa menduga, jauh di sudut hati dia sudah berikrar akan pergi ke mana sahaja asal HISYAM sentiasa di depan mata...~











13 comments:

  1. mak aih kecur air liur..hehe

    seronoknya balik kampung..jeless!=)

    ReplyDelete
  2. wah,..meriahnya blog kak dengan gambar kali ni..
    ceria je.
    mesti lagi banyak gambar kenangan yang tersimpan di dalam kotak memori kan kak.
    :)

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Seronoknya balik kampung!...saya pun kat Kampung Cik Abang ni....

    ReplyDelete
  4. Kakak nampak ikan masin yg besar tu nampak bersih dan geramnya. Murah sungguh kan kalau 4 kilo baru 44 ringgit makan sebulan pun tak habis. Masak macam AA tunjuk (dgn nenas) kakak tetiba teringin..:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Nak mintak semangkok ikan talang dengan nenas tu...fuyoooooooo menitik ayaQ liur sampai lantai ni hu hu hu

    ReplyDelete
  6. sesekali cuba buat sambal tumis ikan masin pulak tp guna ikan talang le kak azie...

    kenangan terindah...tentulah bersama insan2 yg kita sayang!

    ReplyDelete
  7. ikan talang tu sedap jugak tu..tak pernah goreng mcm tu, kena cuba ni.

    ReplyDelete
  8. ikan talang masin goreng garing tuh nampak memang cam best jer. perghhh.... pagi2 dah mula buat mula nak pikir menu apa petang nanti. huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. Aiyoo..kak azie..sabo aje lah tengok ikan masin goreng dengan cabai kering & bawang tu..memang terbaek..nasi putih dengan lauk tu aje dah cukup buat saya tambah dua kali tau....

    sup bebola daging tu pun sama...banyak benor meatball nyer yer...

    ReplyDelete
  10. akak...

    balik PB tak calling-calling pun... kalu tak dah boleh kita berdating... isk isk...

    ReplyDelete
  11. EJA:
    Kak Azie bukan tak nak bagitau. Program sangat padat dan terikat dengan agenda keluarga. Takut juga buat janji tapi tak leh nak tunai nanti. Kak Azie ni kalu dah join dgn adik beradik selalu saja ada program mengejut.

    Next time ok... :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails