Friday, August 26, 2011

Ramadhan 26th: “Bang Berahim, tolong Bang Berahim!”

Assamualaikum
JumAAt
Ramadhan 26th



Sejak sehari dua ni, masing-masing di tempat kerja, tak sabar dah nak cuti. Kerja pun macam orang tak kerja. Mengira masa, menghitung hari. Count down bila nak start cuti. Hehehehe... termasuk ko ker Azie? Ahaks!

Dah hujung-hujung ni, sana sini orang menulis tentang mengejar ibadah bulan mulia. Terimakasih berpesan-pesan. Semoga LailatulQadar yang dinanti akan tiba walau kita tidak pernah tahu bila saatnya...

Dan,
bila dah hujung-hujung ni, mood nak masak pun dah menurun. Idea nak masak pun tinggal 5% saja. Mengong dah nak masak apa nihh..

Sorang kawan sampai sms; “Apa nak berbuka rini pun tak tau dah.” Berbuka dengan kuih raya jer... Kan selalu ada kuih raya tak jadi, terlebih hangus dek kerana terlebih api bakarnya? Okey apa...(^_^)

Itu jer nak tulis. Stucked!


Menu pilihan entri kali ini:

Nak cuba pes pakcik ni...

Kata Annie Jasmin, “Tolong Bang Berahim. Bang Berahim, tolong Bang Berahim!”

Lalu Bang Berahim pun terjun dari frame gambar, dan selamatkan si buah hati comelnya Annie Jasmine. Cobaaaaaaaann....!



Sebenarnya susah gak nak cari Pari yang baik (pada aku yang tak pandai mancing nih... pancing orang pandai lah jugak). Sebab pernah terkena, Pari kurang segar yang mudah “basi” dan berbau. Tapi kali ini alhamdulillah, Pari ini sungguh segar dan enak. Cuma resepi kalu bukan ori dari diri sendiri, kurang kena di tekak.



Omputeh ler sangat! Salad Epal Fuji (sepatutnya Epal Hijau) + Vegeroni + Crab Stick + Thousand Island. Memang paberet si tukang masak sorang saja. Orang lain langsung tak heran nak makan, tapi heran orang kampung macam Mak Tarzan boleh makan satu tepawer sensorang!



Dak AMOI dapat ini, masa majlis berbuka puasa khas untuk meraikan para Intern di tempat latihannya.





~...setiap kali melihat HISYAM menempah Baju Melayu dan Samping bercorak pucuk rebung, SERI BULAN sering mengintai warna untuk dipadan dengan kurung rayanya agar anak dara Pak Imam melihat merasa cuak tercabar lalu sering pula gadis itu mencuba terompah berkilat dengan harapan mata lelaki pujaannya akan bersilau...~








22 comments:

  1. INgatkan kak dah terkenan dengan abang berahim pendek.. hahhahahah.. TAJUK!! kuss semangat

    kak., sebenarnya pari nie banyak jenis, ada pari papan, pari putih..
    pari putih memang enak, kak boleh kenal melalui warna ikan..
    kalau warnanya hitam.. kalau gigit agak keras. kalau putih tu.. isi tebal, lembut dan manis

    ReplyDelete
  2. AYU:
    Terimakasih info AYU.
    Baru Kak Azie tahu. Rasanya yang Kak Azie tunjuk tu, Pari Putih. Isinya putih dan lembut, sedap plak tu. Tapi mahal, kan? hehehehe

    ReplyDelete
  3. Pun suka makan ikan pari..tapi selalu beli sahaja (sebab tak reti nak masaknya..huhuhu)

    ReplyDelete
  4. saya pun dah takde semangat nak pegi kerja ari nih, tapi tetap kena pegi walaupun hati dah 99% duk kat kampung

    ReplyDelete
  5. ZUREEN:
    Kalu tak reti nak Masak Asam Pedas, kasi bakar saja. Pun sedap juga.



    EELOBOR:
    99%? Kak Azie punya hati sudah terbang ke kampung 99.9%! hehehehe

    ReplyDelete
  6. Ikan pari ni kalau tak kena gayanya, hancing kan?

    Kakcik suka makanan omputeh Azie tu - len kali kongsi sama ya? :)

    ReplyDelete
  7. Memang dah tahap malas gaban dah ni. Yang bestnya stok makanan bulan puasa pun banyak yang dah habis. Punya le teruk. Rasanya petang ni tapau je kut.
    Selamat Hari Raya buat AA sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. Kak sy dah mula mengendeng balik bazar ramadhan maklumlah esok nk blk kg seminggu jadi peti es semua dah di kosongkan minta tlg makcik2 kat bazar tulah masakkan dah hujg2 nikan..hehe!!

    ReplyDelete
  9. Kakak baca tajuk AA dah senyum sebab filem ini kakak rasa entah dah berapa kali kakak tengok:)

    Al-kisah ada asam pedas guna resepi Brahim's. Tak kisahlah AA janji masih rajin memasak. Kakak beli je - org malas nie...

    ReplyDelete
  10. aina pun dah hilang mood kerja & mood masak...tp hari2 kena masak jugak tp semua jenis sambal je. hari ini smabal ikan bilis, esok sambal ayam...hari2 pun sambal...:)

    ReplyDelete
  11. bagus jugak ade bang brahim nikan..

    saye pun nak kosongkan segala benda yg ade kat dlm peti ais tu..

    selamat hari raya dari saye untuk kak azie sekeluarga...

    ReplyDelete
  12. Kak Zie yang dihormati,

    Mana entry raya ni,hehehe. Salam Lebaran kak ye. Nak wish awal takut tak sempat dah balik kampung nanti,hehe. Mohon maaf atas salah silap selama ini ye kak.

    ReplyDelete
  13. punyalah kita kat malaysia ni mewah dgn makanan, sampai tak tahu nak pilih nak makan apa! hehehehe

    ReplyDelete
  14. makanan omputih kak z tu peveret acu gak...nanti nak beraya umah kak z, jgn lupa buat makanan omputih tu ek...hehehee

    ReplyDelete
  15. SALAM,
    SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN ! PIHAK LF AKAN MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA (JIKA ADA, YG SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA)

    ReplyDelete
  16. bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

    ReplyDelete
  17. 'pak berahim' tu memang menyedapkan masakan.. akak pun suka guna

    kelazz asam pari tu...

    selamat hari raya azie, ..

    ReplyDelete
  18. ingatkan nak 'pancing' abg berahim tadi, kehkeh.



    ~kat rumah ayah saya ada sekor kambing yang dinamakan BERAHIM, sgt kiut ;)

    ReplyDelete
  19. Salam kak Azie..

    Di sini Bang Berahim tu ler peneman setia Nida dikala dah tak tahu nak masak apa..hehe

    Selamat menyambut Aidilfitri yg bakal tiba.. makan ketupat ingatlah kami di sini ye :(

    ReplyDelete
  20. kak AA, salad epal tu sedaplah...boleh saya tau macam mana nak buat?!!

    ReplyDelete
  21. ANN:
    Senang jer.
    Rebus jer pasta tu. Potong epal. Potong crab stick. Gaul semua, sejukkan dlm peti ais baru sedap. Masa nak makan, siram dgn sos salad Thousand Island. Yummy!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails