Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan: Nuzul Quran “bacalah...”

Assalamualaikum
Rabu
Ramadhan 17th


Nuzul al-Quran menjadi satu sejarah kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


********


Esok seluruh Selangor pun bercuti, but please jangan sesakkan Kuala Lumpur ok. Kesian lah kat kami orang KL nih.

Sebut pasal cuti, di tempat kerja AA, sudah keluar cerita dari mulut ke mulut tentang cuti raya. Pejabat ditutup pada hari Isnin (compulsary), tapi akan dibuka semula pada Jumaat. Ramai dok sangka ofis akan ditutup sepanjang minggu, tapi hampa. Apapun, sama jer, tutup tak tutup tetap apply cuti gak untuk beraya seminggu.

Tahun lepas, AA langsung tak amik cuti raya, so tahun ini memang nak cuti sepanjang minggu. Lagipun, kami akan beraya di Kuala Pilah, dan kemudian insyaAllah, balik ke Perak pula.


Menu pilihan entri kali ini:

Ayam Masak Merah. Kalu ikut resepi My arwah Ayah, dia buh sedikit santan dan tomato puri. Tapi aku tak guna santan pun.




~...sesuatu sedang berlaku di Kampung Separuh Desa, tetapi SERI BULAN tidak pasti apa dan kenapa, kerana HISYAM hanya membisu sejuta kata selain menggeleng kepala sehingga separuh teleng, dan Pak Utih termenung di serambi hanya berteman rokok daun tak berasap...~










12 comments:

  1. sama2 kita menghayati dan mengambil `sesuatu` yang dianugerahkan kepada kita y beragama islam..

    part jem sesak tu, mujur ayu duk kampung.. so enjoy.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Masa duk KL dulu bila Sgor cuti je KL sure sesak habis.

    Jarak rumah dgn sekolah patutnya memakan masa cuma 15 mt. Bila sngor cuti je, sampai 1 jam baru tiba rumah.. nangisss..

    ReplyDelete
  3. esok cuti yeay..tapi kena masuk KL gak kalau nak ke Mutiara damansara pun

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ini :)

    ReplyDelete
  5. mekasih kak AA atas perkongsian ni..

    alamak!kecur air liur tgk ayam masak merah tuuuu

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas prkngsian ilmu....Hari ni Mp cuti jugak..

    p/s....wah!!!! trgugat iman tgk ayam masak merah tu....

    ReplyDelete
  7. selamat bercuti azie. dah buat kue raya?

    ReplyDelete
  8. IBUNDO:
    Terimakasih Kak Pah.
    Saya tak buat kueh raya pun. Beli jer nanti. :)

    ReplyDelete
  9. sama-samalh kita menghayati dan memengertiakan apa itu Nuzul Al-Quran...

    hari ni plan nak balik awal sikit dari biasa takut jemmmm...org selangor nak gi KL nak habiskan duit bonus...:)

    ReplyDelete
  10. salam nuzul quran, kak azie.. :)

    ayam masak merah tu menggoda sunggoh tetengahari rembang nih.. huhuhuuuu

    ReplyDelete
  11. Arwah abah ate pun suka masuk kan tomato puree dlm ayam masak merah.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails