Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan 22nd: Kisah Seorang Ejen Tart Nenas...

Assalamualaikum
Monday
Ramadhan 22nd


Selepas citer Sabtuday kisah orang pulun sakan buat Pulut Panggang, skang citer pasal Ahad plak.

Delivery bermula.

Semua stok diambil serentak, termasuk 2 pek Snow Almond.


Nampak tak, ada beberapa pieces yang tunggang terbalik, sebab bergoyang dalam bonet.


Tapi lazimnya, AA memang order stok lebih dari permintaan atas sebab-sebab “kemalangan” macam tu. Mana-mana yang senget benget (walaupun rasanya tidak langsung terjejas), AA pastikan gantikan dengan pek yang lebih elok dan sempurna.


Mana-mana yang senget, sedikit pecah akan menjadi habuan rakyat seisi rumah.


Customer di Kota Damansara dah dapat (tak kenal pun, tapi dia order secara email saja), di Selayang pun sudah, Ampang pun dah dapat (wpun order last minit, dia dapat pek standby). Malamnya pula ke 2 rumah customer di BTHO. Kawan pejabat pun dah dapat. Esok kena hantar ke Shangri-La Hotel. Lusa di sekolah CHAK dan ofis jiran di Imbi dulu.

Hari terakhir adalah Sabtu. Dalam kepala lum ada plan apa nak beli dengan duit hasil jualan. Kawan ofis citer emas 916 naik mendadak 3 kali dalam sebulan. Terkini RM200 per gram! phiewwww........!! Baik aku beli Seliper Jepun baru!

Selesai semua ni nanti, lega lah sangat. Bleh fikir pasal nak balik kampung lak. Tak sabar dah ni..!



Semoga semua yang menerima akan berpuas hati.

Wahhhhhhh... lagu raya dah bergema di sana sini ya... Aku rindu suasana kampung!

*Berita tadi: seorang pelajar Tingkatan 6 di Tumpat, melahirkan anak lelaki dalam tandas sekolah.
Jauhilah anak-anak kita dari perkara mungkar — antara doa yang tak pernah missed di hujung solat seorang aku.



~...bersalam dengan Mak Utih dan Pak Utih di muka pintu untuk pulang ke kampung sendiri yang sebenarnya adalah kota Metropolitan Darul Salam yang serba indah lagi mewah, mata HISYAM bergenang mengenang orang di belakang dan SERI BULAN menahan sebak di balik pintu dapur agar airmata tidak berhambur...~










32 comments:

  1. agak2 kan sis, sejak kenal sis, asyik menyebut berkenaan tart nanas tersohor nie..Ayu ada peluang nak merasa tak?????

    PS: ayu lagilah sedih dgn kes budak perempuan tu..pelajar agama kan>>

    ReplyDelete
  2. sedapnye tart nenas...brp rege ni kak?

    err...yg psl bdk skolah peknen ni kan...kdg2 rasa geram tau..rasa nak tampor je muka bdk2 ni...sbb bodoh sgt gelapkan ms depan sendiri cuba benda2 camtu...tgk skrg ape dah jadi..dah terantuk baru nk terngadah...gatal sgt. tau seronok duniawi je..sy tak paham tul org muda zmn skrg...patutnya gi skolah tu cerdik la skit, tp makin teruk :(

    ReplyDelete
  3. Azie...
    Hmmm Tart yang sedapppp...
    cumanya akak dah kontrak tiap2 tahun ambil kuih raya dengan kawan baik...
    tapi jika hari biasa lepas raya akak tentu akan ambil dengan Azie...

    ReplyDelete
  4. Salam AA

    Tabiklah kat AA.memang rajin2 sangat!
    Sedihnya budak tu,mak ayah tak perasaan?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    windu tart...pas raya nanti saya order

    ReplyDelete
  6. AA,

    kalau nak order lepas raya boleh tak?kalau boleh, i nak 5 bekas.

    Pulut panggang tu nak order sekali boleh ke?

    ReplyDelete
  7. Akak pun mcm Yan jugak, nak order tart dengan pulut panggang sekali.

    ReplyDelete
  8. AYU:
    Uishhhhh... insyaAllah, kalu ada rezeki pasti ada. InsyaAllahhhh...

    *tak pasti nama sekolah, tapi sempat dengar daerah Tumpat saja.



    FATT:
    Harga sangat berbaloi... Pada Kak Azie memang sedap lah. Sebab lain dari yang lain
    Kak Azie rasa, budak perempuan tu berkawan masa kat sekolah jer tu, sebab dia duduk asrama.

    ReplyDelete
  9. AKAK:
    Terimakasih Kak, sentiasa menjadi pelanggan saya.
    Tak kisah, Akak bebas jer nak order dari siapa pun. Saya tak paksa. hehehe selera masing-masing kan.



    MAMA JU:
    Salam.
    Rajin tak rajin. Pada saya “sapa buat dia dapat”. Cuma saya tak suka buat MLM!

    ReplyDelete
  10. ANYSS:
    Salam.
    Ni pelanggan setia nih.
    InsyaAllah, nanti kena ambik stok yang baru lagi fresh umtuk Anyss.



    YAN:
    Boleh. Tart ni sepanjang tahun ada. Bila-bila pun boleh you...

    ReplyDelete
  11. ZINO:
    Alhamdulillahhhh...




    HANI:
    Amboiii.. Pulut Panggang lak? InsyaAllah ada.. ada.

    ReplyDelete
  12. Saya pun suka tart....Kalau dekat, dah order ngan AA...Susah sbnrnya nak buat tart ni..dah bnyak kali Mp cuba buat...asyik tak mnjdi jer...akhirnya cap tunjuk jer...

    ReplyDelete
  13. MULUT PAYAU:
    Susah buat pun, ada ler juga pernah buat. Saya langsung tak pernah buat youuuu....

    ReplyDelete
  14. YAN:
    nanti apa-apa, email me: azieazah_07@yahoo.com

    atau FB: azieazah

    ReplyDelete
  15. Azie...

    ada lagi lebihan tart tu tak? Abang Mus ada sebut2, kakcik kata tak order awal2, mana nak dapat. Nantilah lepas raya, order pulak dengan Azie. :)

    ReplyDelete
  16. nampaknya tahun2 mendatang beli zhulian jer lah

    ReplyDelete
  17. Maaf sebab tak g jumpa kak z aritu
    apa2 pun,acu beli ye tart tu...


    terkejut dgr berita..pelajar sekolah agama lagi tu...tapi syukur la dia tak gugur kan atau pun buang anak tu....

    ReplyDelete
  18. kak azie.. raya nk dtg umah akk la nk mkn tat tu..bleh x? kasi la alamat... ;-)

    ReplyDelete
  19. wah, duit jualan boleh membeli emas, sungguh masyuk tuh.. errmm akak sure tak nak pakai pekerja? hihi..

    ReplyDelete
  20. Alhamdullilah...mahsyuk perniagaan nya :)

    ReplyDelete
  21. Waaah.. agen tart 007 bergerak cergas.

    AA, selamat hari raya, maaf zahir n batin. Jilo jilo eh??

    ReplyDelete
  22. wahhh...tak sabar nak gi ambik tart. hujung minggu demam tak terdaya nak menjejak tart...heheheee...

    ReplyDelete
  23. harga emas makin hari makin naik... bila tengok resit beli emas dedolu.. rasa menyesal pulak tak beli banyak2. baru rm40++
    tapi, tu la.. masa tu baru nak mulakan hidup. ekonomi tak kukuh lagi...

    ReplyDelete
  24. KAKCIK:
    Nampak gaya memang tak upaya nak beri lagi. Yang extra 10 pek tu pun tak cukup.
    Lepas raya la nampaknya Kakcik.



    ACU:
    Takpa ACU. Asal saja segala serahan dapat dibuat dengan jaya dan selamat.
    *lawo nyer rumah kakak ACU tuuuu...

    ReplyDelete
  25. EELOBOR:
    Emas Zhulian? Betul, idea menarik tu. hehehehe



    KHAIRIN:
    InsyaaAllah bolehhhh... tunggu Kak Azie beraya di kampung puas-puas dulu. hehehe



    ANAA:
    Tak ler semua duit jualan tu boleh beli emas. sebesar janggut udang pun tak lepas youuuu.... Kenalah tambah duit sendiri jugak.

    ReplyDelete
  26. AMY:
    Hai..
    Baik adanya... AMY sihat?



    DADDY ZIYYAD:
    Alhamdulilahhh. Rezeki anak-anak di musim raya.



    SOM:
    Kena cergas. Nanti 007 jadi 700 plak. hehehe
    Yeahhh jilo jilo!

    ReplyDelete
  27. JUNAINA:
    Yeah... insyaAllah. Jumpa nanti. Tart yang ditempah sudah sedia.



    KAKNGAH:
    Betul tu. Zaman saya mampu skit beli duu, rega emas masa tu RM50++. Pastu saya melihat ianya naik dan naik... sampai saya dah tak mampu lagi dah. hehehe

    ReplyDelete
  28. tart nenas tu sunggu mengecurkan air liur...nampak sangat2 sedappp

    ReplyDelete
  29. MAMA MIRAKI:
    Pada saya memang sedap lah. Sebab bukan boleh dapat kat kedai sembarangan. Ianya diedar dari tangan ke tangan. Memang spesel!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails