Sunday, August 21, 2011

Ramadhan 21st: Anak Udang, Udang Jua... Mana Sama Anak Tenggiri

Assalamualaikum
Ahad
Ramadhan 21st



Selingkar kisah Jumaat ritu. Petang yang hujan, membawa ke malam. Lebat dingin nyaman. Mujur tak terbabas sahur.

AMOI balik lambat lalu dia berbuka di luar. Then MyTOKLAKI balik awal dari biasa, bersiap nak keluar berbuka dengan kawan-kawan kerja. Amboiiii... lepas sorang-sorang takda.

Last-last kami tinggal berempat. Sungguh lah tak best. Lauk memang sedap, banyak berlebih sebab 4 mulut saja yang makan. Mulut comel plak tu, kecuali mulut Emak Tarzan.

Agaknya nanti, kalu semua bebudak ni dah besar, duduk berasingan ker... haruslah tinggai si Emak Tarzan dengan TOKLAKI dia jer yang terkulat-kulat makan berdua. Kau tengok aku, aku tengok kau. Kalu rajin, U suap I, I suap U. Tapi jangan gigit jari I plak. Ahaks!

Masa tu nanti, harus masak nasi pun setengah cawan beras jer. Ikan goreng sekor kerat dua. U ambik kepala, I ambik ekor. Pastu goreng kangkung pun secekak jer. U ambik batang, I ambik daun. hahahaha!

Merapu dah si Azie pepagi buta nih...!


Menu pada hari yang tak ramai orang tuh:

Sambal Tumis Udang.

Petai tu konon nak menambat hati dan selera MyTOKLAKI. Tapi failed! Sebab tak bagitau awal-awal I pegi panjat pokok petai pagi tu.


Pembuka selera. Walau berlainan warna, berlainan selera jika hati sudah suka segalanya tetap dirasakan serasi dan SEJIWA...!




~...melihat hanya sejemput nasi luak di pinggan HISYAM, Mak Utih tahu anak angkat kesayangannya itu sedang meroyan rindukan SERI BULAN yang dibawa ke Timur Tenggara kerana ada emping perlu ditumbuk, ada cermai perlu dijeruk sedang ada hati lelaki turut terperuk...~









29 comments:

  1. mungkin itulah senario nanti bila anak2 sudah besar & duduk asing2

    ReplyDelete
  2. bila dah hujung puasa ni, kerap benar orang rumah makan di luar, banyak sangat undangan iftar di luar....

    ReplyDelete
  3. hahahahaha...
    lainkali bila sesaper nak buka puasa diluar suruh depa sign borang dulu.. takderlah maknya terkulat2 makan sorang tanpa anak dan suami....
    takpun...
    mak dia ikut sekali lah...
    :)

    ReplyDelete
  4. memahami waktu ini perasaan kak..
    ayu nie perempuan, bila dah berumahtangga...
    kasihan dgn ibu dan abah..

    kalau abah ada tugas (pemandu bas pelancong)
    sure ibu berbuka dan bersahur sorang2..
    wahhh!!!
    kasihan........

    PS: ttg hal ITU~~ betul2 serius??????????
    wah!!!!!
    daku tak sabarnya menghitung hati..
    ayu sklrg mengalu2kan tau............

    ReplyDelete
  5. EELOBOR:
    Tengk pada emak sendiri sekarang, memang senario itu berlaku di mana-mana saja.



    CIKGU NORMAH:
    Saya pula lebih gemar berbuka dgn anak-anak di rumah saja. Tak sampai hati nak tinggal, kecuali kalu berbuka di luar boleh bawa semua rakyat seisi rumah, ok gak.

    ReplyDelete
  6. AKAK:
    Kalu mak dia boleh ikut sekali, dia pun nak bagi syarat lak. Anak-anak semua kena angkut sama. Jarang orang buat berbuka rasmi ni, nak bagi kita angkut rakyat semua, kecuali kenduri di rumah-rumah. Kalu hotel, payah skit.



    AYU:
    Aduh... berbuka sorang ok lagi, tapi kalu bersahur pun sensorang, sedih nyaaaaa...

    *InsyaAllah, nanti kita calling-calling. Sama-sama doa, semoga menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  7. waktu sahur, adakalanya makan nestum..

    ReplyDelete
  8. alamak, lauk kegemaran saya nih.....meleleh air liur :p

    ReplyDelete
  9. sambal tumis petai ngan udang, feveret saya tu, kalo ada ikan goreng, ulam ckit...pergghhhh lagikk mengancam

    ReplyDelete
  10. Sedapnya udang berpetai tu...

    Kebetulan semalam saya pun mkn petai - petai rebus beli di Restoran Sri TTDI, S. Alam. Lawan petai tu dgn sambal belacan, beli kat situ jg - sedap, tapi biji cilinya melambak-berterabur-kebabor tp makan juga la smpai kembang kempis hidung theheheheee...

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Azie..

    Kalau tergigit jari pun apa salahnya... boleh tiup meniup antara satu sama lain...hehe

    p/s: air tu dah macam bendera Kedah :)

    ReplyDelete
  12. lupa pula.. ada kad raya dalam blog Nida utk akak :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    gitulah Mek dengan ayah di kampung sekarang. Dua kali setahun je rumah riuh rendah dgn anak cucu...selebihnya, hu hu hu

    PsssT: paling tidak agak lama juga alami suasana riuh rendah sebelum jadi suasana romantik Uda Dara gitu...ada orang lebih syahdu berzaman berbuka dan sahur sensorang la la la

    ReplyDelete
  14. boleh tak upload sekali gambar tengah panjat pokok petai tu?

    mesti comel....

    hehe... Hai!

    ReplyDelete
  15. Kat rumah ckLah tinggal 4 mulut juga...1 mulut lagi, mulut Eimou. Kucing yang cuma makan ikan kembung gorang gaul dengan nasi.

    ReplyDelete
  16. SALAM,
    LF MEMANG TAK BOLEH TAHAN BILA TENGOK SAMBAL TUMIS UDANG DGN PETAI. BEST ! ESOK PETANG, NAK SURUH ANAK BELIKAN KAT PASAR RAMADHAN. NAK BUAT SENDIRI, KESIAN KAT ORANG RUMAH !

    ReplyDelete
  17. penghujung remdan ni nak sahur pon dah longlai, tapi sambal petai tu memang power!

    ReplyDelete
  18. PANGLIMA MUDA:
    Makan Nestum pun sedap Bang. Berkhasiat pula tu.



    NORASHIKIN:
    ahahaha... dah agak. Mau 3 pinggan pun sanggup nih. :)

    ReplyDelete
  19. MAMASYAZA:
    Ikan goreng dengan Sambal Belacan. Perhhh... Memang dah ngam dah tuh.



    PN. LIZA:
    Mak ai... bleh tersekat tali perut kau dah biji cili bersepah camtuh. Kalu sedap, ok la puas hati.

    ReplyDelete
  20. NIDA:
    Salam.
    Amboiii... tiup meniup plak eh? Romantis orang tua, tiup pun nanti menyembur air liur jerrr.. hahahaha

    Thanks for the Kad Raya. Nanti Kak Azie pi tengok.



    ERI-CHAN:
    Pada Kak Azie memang sedaplah.



    ANYSS:
    Salam.
    Ye lah. Betul, orang tua kat kampung akhirnya tinggal berdua juga, bila anak-anak dah besar.
    Tak tau nak komen apa dah, kecuali kesian pada orang yang terpaksa berbuka dan bersahur sensorang tuh. hehehe

    ReplyDelete
  21. GEDEK!:
    Bro, sanggup ker nak tengok? hahahaha


    CKLAH:
    Sekarang kira ok lagi, 4 mulut. Lama-lama nanti jadi ler, U tengok I, I tengok U. Sedih kan?



    AMIRUL FAIZ:
    Pada saya memang best sangat dah.

    ReplyDelete
  22. LUAHFIKIRAN:
    Bagusnya, ada ingatan kesian pada orang rumah utk masak menu kegemaran. Wahhh bertuahnya dia.



    CEMOMOI:
    Betul. Dah kurang dah semangat nak sahur. Tapi kerana anak-anak, kenalah juga bangun sediakan.

    ReplyDelete
  23. dah lama tak makan petai. hubby tak suka. hehe

    ReplyDelete
  24. EFFA:
    Petai ni sekali sekala ok la. Kalu kerap sangat pun tak bagus.

    ReplyDelete
  25. Kat rumah saya makan berdua saja tapi dah biasa gitu, memang family kecik jadi tak rasa sunyi pun.

    Rindu jugak si Hisyam pada Seri Bulan naa :)

    ReplyDelete
  26. DINAS:
    Cikgu, dah biasa dengan keadaan sebegitu tentu tak terasa sangat kekok, kan?

    Hisyam tu mengada saja tu..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails