Saturday, August 13, 2011

Ramadhan: Tidak Berbeza Tapi Sentiasa Istimewa...

Assalamualaikum
Sabtuday
13-08-2011
*baru balik dari iftar AP.com


Sudah pun masuk minggu ke-2 Ramadhan. Terasa tahun ini masa begitu cepat berlalu. Menulis tentang Ramadhan dan iftar, tiada banyak berbeza bagi AA sekeluarga.

Seperti lazimnnya, memang setiap hari mesti memasak dan masak... dan masak. Kami memang sejak dulu tidak pernah beli lauk di luar, jarang sangat berbuka di luar kecuali acara keluarga. Malah kalu ada kuih yang mudah dibuat, pun aku cuba buat sendiri saja.

Tahun ini sama seperti tahun lepas, waktu kerja berakhir jam 5 petang, dan biasanya 5.20pm atau 5.30 petang, dah sampai rumah dan mula bersilat.

Anak-anak tak banyak karenah, apa saja yang si Emak Tarzan campak lempar dalam periuk ker, dalam belanga ker... semuanya sedap belaka. Tahun ini si AMOI merasalah berpuasa di rumah kerana dia memang berada di rumah sepanjang intership dia. IKA pula yang terpaksa berpuasa jauh di Perak.

Rutin berpuasa dan iftar kami sangat simple tetapi sentiasa rasa istimewa dengan cara kami tersendiri. Tak perlu pun nak meronda Pasar Ramadhan (PaRam). Setakat ini aku belum lagi pergi PaRam. Sekali-sekala saja MyTOKLAKI pergi bawa CHAK untuk beli kuih yang susah nak buat. Itu pun setakat RM2 atau RM5 sahaja.

Sebagai pemegang mohor besar dalam rumah, juga merangkap Tukang Masak Tetap dalam rumah, tentulah aku sentiasa kena fikir apa nak masak tiap hari. Menu apa yang disediakan untuk iftar sekeluarga.

Menu pilihan entri kali ini:

Inti popia, hasil cadangan seorang rakan. Dia guna mix vege campur udang. Tapi aku gunakan vege-chicken ball. Goreng sedikit kering, campur sebiji telur.


Rupa memang tak menarik, tapi rasa dia. Hmmm... mendapat pujian Kelas Pertama. Kali pertama buat, dapat 40 ketul lebih.


Beberapa hari kemudian, IKA balik bercuti. So aku buat lagi sekali. Baru puas makan, sebab seluruh ahli rumah dapat rasa.

*mensyukuri apa sahaja yang kita lalui dan kita terima, jauh lebih melegakan dari asyik membandingkan hidup kita dengan orang lain. Manusia tidak pernah sama, tetapi bila ada yang merasa dia lebih hebat dan lebih kaya.... jangan lupa ramai lagi orang lebih hebat dan lebih kaya dari kita.



~...HISYAM tahu setiap kali jika dipinta Mak Utih untuk mengopek kelapa barang sebiji dua, dia pasti dapat merasa Lempeng Kelapa Garing hasil buatan si SERI BULAN, tetap enak walau lebih banyak hangus dari garing, lebih banyak hirang dari belang...~







14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. mewahnye inti popiah... biasa Eja taruk sengkuang + karot je.. (kes ngelat)

    lepas ni bleh la try buh lagi ni pulak..

    *kak masak sendiri lagi best kompom sedap!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Sedang berusaha mencipta rekod tak pergi param untuk ramadhan kali ini. W/pun rasa macam penat sangat tapi nak cuba jugak. Balik kerja kul 4.30 ptg sampai umah pukul 6.00 jadi bersilat le seadanya.

    ReplyDelete
  4. saye pun selalu buat inti popia mcm tu..senangkan..yg penting anak2 suke makannye...suke makan mase panas2...

    ReplyDelete
  5. ya memang sangat pantas masa berlalu.. salam ramadhan

    ReplyDelete
  6. kak sya pun buat popia sendiri, kulitnya bikin sendiri
    tp tak secantik beli rasa lg best dari beli ;p

    ReplyDelete
  7. kalau kak nak tau..
    walau ayu masak perbagai jenis.. tetap ayu masak jam 6 petang utk sklrg..
    lain pulak menunya kan??

    popiamu itu? peeh!!!! sangat menyelerakan, nak ganti ayam...

    ReplyDelete
  8. huhuhu....popia panas2 makan dengan cicah sos. sedapppppp

    ReplyDelete
  9. Lain kali kalau nak buat popia kak Zai nak ikut cara azie lah,cepat dan senang.

    ReplyDelete
  10. assalam Azie..inti baru ni..boleh acik cuba ye..acik kalau buat popiaa..daging burger je..potong panjang..cukup untuk gulung dengan kulit popia tu dan letakan mixvege..
    memang simple sangat..

    ReplyDelete
  11. Lama Ate tak buat popia sendiri.
    Cantik gambar profile AA.

    ReplyDelete
  12. masih ada baki kulit popia dlm esbok tu.. nk cuba buat inti mix vege la pulak...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails