Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan 24th: Entri Tentang Rumah Biru yang Buat Aku Terharu...

Assalamualaikum
Rabu
Ramadhan 24th



Aku membaca satu entri yang menyentuh hati semalam.

Entri yang ditulis oleh My Anak Menakan. Dia pun blogger tegar gak. Dalam famili, kami berdua saja yang aktif berblogging.

Entri terkini dia semalam, buatkan aku menangis, sebak dan teringat-ingat sampai ke dalam tidor. Apa yang dia tulis sebagai luahan hati itu, sebenarnya mengimbas kenangan... yang terlalu banyak. Tetapi semua itu berlalu sudah lama, tapi tidak mungkin terlupakan.

Aku copy & paste semuanya di sini tanpa mengubah sedikit pun. Juga boleh baca terus di blog dia DI SINI.


24 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum :)

Bersempena dengan cuti raya akan datang yang telah diluluskan sebanyak 8 hari, harini aku nak cerita pasal tempat yang selalu aku rindui waktu raya masa kecik-kecik dulu. Tempat dimana aku dilahirkan - Sungai Baru. Sungai Baru ni kat mana? Ok, Sungai Baru ni terletak di antara Tanjung Piandang & Kuala Kurau. Tak pernah dengar jugak? Hurm, korang try la Google map :p

Dah lama sangat aku tak balik sini. Sebab selalunya bila balik PB, aku mesti sibuk kat rumah MAKABAH or kt umah PIL. So, bersempena pertunangan si HUDA aritu, aku ngan AUNTIE AA saja pi melawat kawasan.

Jom layan gambar dan ceritera;


Disinilah tempat tumpah darah MAK masa melahirkan AKU & ALONG. MAK pun dilahirkan disini jugak. Maklumlah zaman dulu kan, pakai bidan kampung je. Adik-adik aku yang lain semua dilahirkan di hospital.



Kebetulan jugak TOK request nak balik tengok rumah dia. Rumah ni dah ada gelaran - TERATAK BIRU. Tapi sebab dah lama sangat tak ada orang duduk, teratak ni bukan saja biru, malah haru-biru. Dulu ARWAH TOKWAN & TOK duk sini. Mereka tinggal berdua je bila anak-anak semua dah ada keluarga sendiri. Lepas ARWAH TOKWAN meninggal, TOK pun dah tak duduk sini. Sekejap rumah anak ini, sekejap rumah anak di sinun.



Apa yang TOK jenguk tuh? Hah ni dia. Uish semak giler. Dah jadi macam stor dah. Dulu tempat ni penuh dengan pokok. Siap ada pokok pelam lagi. Tapi tak lama lepas tu TOKWAN decide utk buat ala-ala ‘open hall’ nih. Guess what, semua ni dibina sendiri oleh ARWAH TOKWAN, ABAH & PAKUDA. Inilah pengalaman pertama aku cucuk kayu bakau. Masa tu bulan Ramadhan. Memang penat giler. ABAH memang pandai bab-bab tukang nih. Kalau tgkkan alat tukang dia, dari A-Z serba-serbi lengkap. Maklumlah, dulu dia cikgu KHB.



Maka 3 generasilah kami balik haritu. AUNTIE AA yang tengah gagah nak menyeberang parit kecil utk ke rumah jiran. Jiran sebelah tu kami panggil PAKLONG WAHAB & MAKLONG MALIAH. Hidup di kawasan kampung ni, jiran sangat memainkan peranan yang penting. Seolah-olah rumahmu, rumahku jua. ACIK aku dulu, kalau mengemas bilik kat atas, siap boleh bersembang ikut tingkap je dengan anak PAKLONG ni. Rindunya saat-saat itu :(


Inilah dia titi yang perlu diseberangi. Siap ada daun pegaga tuh. Mana nak cari kat Kolompo nih. Kat Taman Botani ada kot. Hee :p


Inilah dia PAKLONG & MAKLONG. Alhamdulillah, sihat lagi mereka. Jiran yang kami dah anggap macam saudara sendiri. Yang baju pink tu adik MAK. Makcik aku la kan, tengah sibuk beramah-mesra macam wartawan. MAKLONG ingat kami wartawan nak mai temu-ramah. Mana taknya, sorang bawak beg silang, sorang lagi bawak kamera silang :))


Ni kawasan belakang rumah MAKLONG. Tersusun indah dan penuh dengan unsur alam & kehijauan. Dah nama pun kawasan kampung kan, jamban di luar ni dah mmg jadi kemestian. Ala, macam cerita Hantu Kak Limah tuh. Aku kalau balik kampung dan rasa nak terbuang air besar, mmg tunggu besok je la jawabnya. Dak pun, paksa semua orang teman sampai 2-3 orang.


Ni pulak kawasan depan. Siap ada buaian. Tengok aja gelagat Si Puteri tuh :p


Dan juga ini yang kami panggil Kubota. Ya ka camtu sebut dia? Ok berbalik kepada TERATAK BIRU.


Ni kawasan depan rumah yang selalu dijadikan parkir bila semua berkumpul pulang ke kampung halaman. Kawasan ni dulu semuanya simen, tapi sekarang dah mula ditumbuhi rumput. Aku ingat lagi pernah main air kat sini sebab masa tu rumah ni banjir. Berenang macam anak buaya, bila berdiri air paras buku lali je pun. Haha. Jakun.


Ni pulak kawasan tepi. Bersempadan parit dengan rumah MAKLANG ANA & PAKLANG AQ. Kalau baru lepas shopping barang-barang nak buat kenduri, terus je masuk tepi ni, unload barang bawak masuk dapur. Sekarang dah ada pokok kelapa sawit dah. Ok jalan terus sampai lepas pokok kelapa sawit tu then toleh kiri, akan jumpa kawasan ni;



Kat sini dulu ada pondok berbumbung zink utk simpan kayu api. Bawah pondok tu jugaklah, aku merasa mengacau dodol buat kali yang pertama seumur hidup aku. Lebih daripada 10 tahun lepas. Bukan saja kacau dodol, siap bakar lemang tuh. Aku pun dah lupa raya tahun bila, yang pastinya aku masih kanak-kanak ribena. Ok, tadi toleh kiri, sekarang toleh kanan pulak;



Kolam buatan sendiri yang menjadi tempat tadahan air hujan. Orang dulu-dulu mmg manfaatkan air hujan. ARWAH TOKWAN selalu basuh kaki kat sini sebelum masuk rumah. Boleh jugak buat basuh motor dan basuh najis-najis ayam yang dibela.



Bilik air yang ditambah lepas renovate. Dulu kat dalam ni ada bilik mandi aja. Nak buang air besar kena keluar rumah. Bila dah renovate, toilet semua dah ada kat dalam. Tak perlu nak keluar lagi. Tapi tengok aja lah rumah ni, kosong.


Ni pulak kawasan dapur. Tempat ni memang paling banyak kenangan. Macam-macam benda aku belajar kat sini.. Daripada basuh pinggan sampai la ke proses nak buat kuih lopes. Proses je yer, resipi aku dah tak ingat. Haha. Tapi itulah, TOK mmg jenis yang mementingkan kerja dapur. Cucu-cucu mmg akan dikerah masuk dapur. Anak-anak dia tak payah cerita la. Semuanya pernah guna dapur kayu arang utk masak nasi. Part tu aku tak pernah. Sbb time aku dah ada dapur gas. Hihi :)


Ni pemandangan dari tingkap depan. Memang kosong. Sepi. Lepas rumah ni kosong, PAKTAM balik duk sini. Dia lah yang cat rumah ni dengan warna yang ‘ceria’ nih. Tapi akhirnya, bila dia kahwin, dia terus pindah Penang and tak ada siapa lagi yang duk sini.


Inilah dia rumahnya. Luas, tapi sayang tak ada siapa pun yang duk sini. Dari tempat ni, kalau pandang kiri ada ni;



Parit. Dulu-dulu parit ni jernih. Masa kecik-kecik, seronok giler dapat mandi dalam tuh atau dalam bahasa kampungnya ‘berkubang’. Kat sini jugak la aku belajar macam mana nak memancing dan tahan bubu. Alamak...rindunya :[


Aku ingat lagi dulu, kitorang tgh duk jakun nak tengok TOK memancing, aku tertolak ALONG sampai jatuh dalam parit nih. Dia dah la tak reti berenang. Huhu. Seb baik TOK cekap. Basah lencun ALONG. Ampun.

Aku rindu sangat dengan kenangan dekat rumah nih. Kalau bukak puasa beramai-ramai tuh, penuh rumah kadang-kadang sampai 5-6 hidang. Paling best, bahagian atas ni kayu, itu yang lagi seronok kami sepupu-sepapat berlari-lari. Bila TOK bising dari bawah, semua senyap sekejap. Lepas tu sambung balik. Haha.

Rasanya, dah tak ada peluang lagi nak beraya kat sini. Tambah pulak sekarang ni perjumpaan selalunya buat dekat rumah MAK. Hopefully satu hari nanti, kami dapat memeriahkan balik rumah ni walaupun ianya takkan pernah sama dengan yang dulu.

* * * *


‘Toys’ masa kecik-kecik. Aku syak ni CIKTON punya. Dulu-dulu berebut nak pakai, siap ngan pakai lipstick lagi. Pehtu set rambut, cari kasut tinggi then berjalan ala-ala model. Urgh. Zaman hingusan. Haha :))



~...setiap kali berbicara dengan HISYAM di telefon genggam, SERI BULAN gemar ketawa tanpa sebab tetapi air mata yang mengalir adalah kerana keharuan bila lelaki berwajah tenang itu sangat memahami ketawa itu sebenarnya adalah untuk menggembirakan dirinya semata...~







29 comments:

  1. SALAM,
    SINGGAH ! SERONOK BERCAMPUR TERHARU MEMBACA N3 INI ! TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan kak............
    sangat sayu hati ini...
    tapi bercampur baur perasaan ini..
    sedih ada, gembira ada....

    kak.............
    walau sebesar mana pun rumah itu..namun banyak kenangan yang kak dan anak saudara kak alami...
    kalaulah diputar semula era zaman dahulu.. rasanya pasti teratak biru itu dipenuhi family kak....
    ada gaya itu.. gaya ini...


    PS: ayu doakan, 1 hari nanti akan ada ahli keluarga kak yang bakal menjaga dan menceriakan teratak BIRU.. insyallah

    ReplyDelete
  3. Catatan yang mengharukan perasaan mereka yang tahu tentang apa itu kenangan terindah.

    ReplyDelete
  4. sedihnya bila baca entry sebab.. teringat kenangan masa tinggal di kampung dengan arwah wan.. jauh dari hiruk pikuk kota.. :(

    ReplyDelete
  5. memang membuatkan sya sebak di pagi hari ni

    ReplyDelete
  6. tiba tiba terdengar Sheila majid nyanyi lagu
    'memori' ...

    ReplyDelete
  7. kenangan terindah! kenyataan memang menyakitkan tetapi itulah takdirnya. masa yang berjalan merubah segalanya, suka atau tidak kita tetap perlu menghadapi.
    apa yang mampu hanya mengutip satu-satu kenangan yang kita tinggalkan satu ketika dulu.

    apapun sekurang-kurangnya kita masih punya kampung, cam ner pulak org yg tak ada kampung. tak merasa saat2 manis berkampung...

    ReplyDelete
  8. saya pun terharu..rumah kat kg memang besaq, mcm rumah tokwan saya kat kg jugak. kalau hall tu, dari hujung ni sampai ke hujung sana, lapang..senang anak cucu balik nak makan, nak tidoq, nak main..apa depa buat dulu2, semua pikiaq untuk anak cucu masa depan..

    sayang sangat rumah besaq terpaksa ditinggalkan kosong macam tu..tapi apa nak buat, semua ada komitmen masing2 kan...

    ReplyDelete
  9. Assalam AA..acik pun memang tengah merindukan suasan ketika dikampung..sedih dan rindu sangat.

    ReplyDelete
  10. Kak...terharu baca citer ni ..sy dpt rasa apa yg akk dan penulis tulis dlm ni... mmg sedih bila rumah besar yg byk tgglkan kenangan terbiar mcm tu je...

    Bila tgk mak akk menjenguk kedalam tu pasti dia terbayangkan kenangan akk adk beradik berlari-lari dlm ruang besar tu serta sibuknya dia menguruskan rumahtangga satu masa dulu.

    Semua tu nostalgia yg tak boleh di beli dgn wang ringgit :(

    ReplyDelete
  11. memang sedih bila
    terkenang kenangan lama
    apalagi dapat melihat semuanya

    kenapa tak dibuat tempat
    berhinpun adik beradik
    sesekali taklah usang terbiar
    sayang kawasan yang aman damai
    dan rumah yg luas

    ReplyDelete
  12. Sayangnya rumah besar begitu akhirnya ditinggal tanpa jagaan. Kakak lihat tok menjengah rumahnya rasa hiba pulak. Mesti dia terkenang masa bersama arwah tokwan. Sedihnya...

    Selamat Hari Raya AA...

    ReplyDelete
  13. sedih .....
    itu sebab ..CA buat keputusan untuk tinggal di kg ... sekuarang2nya rumah lama terbela.... dan mak akan seronok ....

    ReplyDelete
  14. as;salammualaikum kak ,

    Sayunya hati bila membaca coretan nie , pasti ianya satu kenangan yang indah dan tidak akan di lupakan sampai bila2...kak zie orang perak ke..


    http://www.sinarraudah.com/2011/08/pelaburan-yang-bijak-dan-menguntungkan.html

    ReplyDelete
  15. kenangan yang hanya tinggal kenangan.. elok jugak anak menakan akak buat entri ni.. boleh la buat flash back di kala rindu ..

    ReplyDelete
  16. AA-sedih jugak, lebih kurang macam kisah rumah arwah atok dan nenek RR di kampung nun, dah lama tak jengok rumah tu, design pun lebih kurang je, nasib rumah pakcik dan saudara lain tak jauh, jadi ada yang tolong jengokkan rumah nenek tu.

    Kenangan itu terlalu indah untuk digambarkan, terlalu manis untuk dilupakan dan terlalu berharga untuk dinilaikan.

    ReplyDelete
  17. Ya Allah kak.. saya pula yang tersentuh hati membaca entri Kak Azie ni (walau dicopy paste)... kenangan lama memang mengusik jiwa

    p/s: Nida dah tepek kad Kak Azie dalam blog..:)

    ReplyDelete
  18. memori best, walaupon saya dulu duduk kampung setinggan jer, tapi feel mcm kampung btol, tp sayang rumah dah musnah, saya suka dok kampung, rumah mcm ni saya suka, kenagan kecik2

    ReplyDelete
  19. salam kenal,

    singgah baca teratak biru,..otomatik satu persatu kenangan lama terimbau

    ReplyDelete
  20. sayu nya membaca entry azie...tak nak komen lebih...speechless..

    ReplyDelete
  21. Suka tengok suasana belakang rumah maklong tu...

    ReplyDelete
  22. luasnya..buat kenduri kendara best ni

    ReplyDelete
  23. kalau yerr pun nak ambil gambo belakang umah...totop la sket pintu pejabat kecik ko tuhhhh...

    ReplyDelete
  24. kita ni mmg suka mengenang memori lama kan kak? terasa yang lama itu lebih bererti. rumah tu sudah jadi macam rumah mak saya sekarang. tinggal mak je sorang... takde dah riuh saya dan adik beradik.. :(

    ReplyDelete
  25. AuntieAA ku sayang. Tq so much for promoting this. Hiba masih terasa :(

    Anyway, kepada semua pembaca yang komen, terima kasih banyak2. Mmg terlampau banyak kenangan yang terimbas semasa menulis.

    Thanks again semua :)

    ReplyDelete
  26. Tak tahu napa tapi sangat suka entry ni kak zie :)

    ReplyDelete
  27. Tak tahu napa tapi sangat suka entry ni kak zie :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails