Friday, August 19, 2011

Ramadhan 19th: Sehari Tewas, Duit Raya “burn”...!

Assalamualaikum
JumAAt
Ramadhan 19th



Sebenarnya setiap kali Ramadhan, AA sentiasa berazam untuk penuhkan sahur, tanpa sebarang hari pun terbabas.

Tapi kita hanya merancang. Sabtu lalu, mungkin kerana terlalu penat seharian di majlis Iftar AP.com, malam itu tido lena sangat kot, alarm hp yang berbunyik langsung tak dengar. Padahal hp ada 2, dan kedua-duanya di alarm. MyTOKLAKI tersedar dah jam 5.30am, dah terlewat untuk kejutkan sesiapa pun. Lalu kami bangun dapat minum sahaja. So, sudah 1 kali terbabas.

Masa kecik dulu, sahur adalah waktu paling seksa sebab tidor sangat best. Apa pun tak fikir. Bangun pi sekolah, balik makan. Rajin tak rajin pun, bila masuk Form 1 aku dah pandai masak nasi guna dapur kayu. MyBONDA handal buat kuih-kuih lama, e.g. Serimuka, Bingka Ubi, Bingka Tepung + Gula Merah, Roti Canai, Murtabak Pisang... oh rindu semua tu.

Kat KL, aku tak pernah jumpa pun orang jual Murtabak Pisang. MyBONDA kalu buat Murtabak, tak pernah sikit. Sebab kami ramai (dan bab makan pun rakus gak), so memang berkeping-keping lah dia buat Murtabak. Pisang pun tanam sendiri. Cuma aku lebih gemar Murtabak Telur, siap ada bawang dan cili. Sekarang mana nak dapat Murtabak camtuh? Buat sendiri pun tak sama. Apatah lagi yang jenih tak pandai buat, macam aku nih. Mungkin ada jual kot, mana tahu. Aku belum lagi pegi Pasar Ramadhan sehingga hari ini.


*pic: Google


Bulan posa-posa ni, selalulah kita terkenang masa kecik-kecik dulu. Aku dah pernah tulis pasal aku yang begitu gigih berposa, tengok putik jambu pun terlior. Siap kutip simpan, tapi bila time dah berbuka, putik jambu tu pun dah tak lalu lagi dah. Nafsu budak.

Macam anak kecik kat rumah ni jugak lah. Balik skulah, lembik semacam. Pastu merengek laparrrrrr... Sampai si abang yang jaga, tiap hari paksa dia tidor sejam dua. Pastu saat-saat nak berbuka, himpun segala lauk yang ada keliling pinggan macam orang tak makan seminggu. Nasi cuma sesudu, lauk menimbun. Kadang2 kuih yg manis pun susun sekali keliling pinggan nasi. Adehhh... tamak sungguh. CHAK oh CHAK.

Si ayah dah bagi syarat, kalu puasa penuh akan dapat duit raya sehari RM1. Tapi kalu ponteng walaupun sehari, semua duit raya tu burn! Hahahahaha ugutan tak bermakna langsung. Sebenarnya CHAK dah tewas, Ahad lalu. Kes sahur terbabas tu dia lak ugut tak larat dan salahkan si OMAK yang tak kejut dia. So kul 12 tengahari dia dah buka. uishhhhh.... kantoi sehari.

Kita masa kecik dulu, kalu tak posa Ayah pukul. Tapi kalu posa penuh, dapat baju raya baru, walaupun hanya dari kain fabrik yang zaman sekarang orang buat batang bantal jer!


Menu pilihan entri kali ini:

Paprik Ayam yang mendapat sambutan.


Cencaru Bakar.



~...berdedai ramai untuk terawih malam itu tiba-tiba SERI BULAN rasa tersisih, bila saja Anak Dara Pak Imam memotong barisan, menyaingi HISYAM yang dilihat tersengih macam orang nak dapat gading bertuah sedang tanduk masih tersandar di jenang pintu belum berkikir...~









30 comments:

  1. time dulu lain kak..
    suasana pun dah berbeza..
    masa kecik dulu suka rela berpuasa.
    tengok abang dan kakak puasa..
    kalau tak puasa time berbuka, tak boleh join sekali.hehe
    sekarang nak kena upah.
    tapi benda tu bagus jgk kan..
    sebagai semangat untuk anak2..

    tahun ni dah 3,4kali tak terbangun sahur.

    ReplyDelete
  2. kami pun dah terbabas gak sehari, pada minggu lepas. sedar2 jer dah jam 6am lebih. langsung la tak sempat minum ape2 pun....

    ReplyDelete
  3. setakat ini saya belum ada terbabas sahur. sebenarnya isteri yang kejutkan. cuma terpaksa buka sehari pada rabu lalu untuk makan ubat. tak tahan demam dan batuk kuat sangat. sekarang dah beransur ok, cuma batuk sahaja yang ada sikit2 sekali sekala.

    ReplyDelete
  4. Salam Azie...

    kenapa tahun ini kakcik rasa lesu sekali untuk menyambut raya ya? Rasa tiada langsung keghairahannnya. Baju anak2 pun belum beli, apalagi baju mak ayah!

    ReplyDelete
  5. SI PARA-PARA:
    Dolu masa kecik, kalu tak posa kena duduk ceruk dinding pandanggggg jer orang lain makan sedap-sedap. Padan muka, kan?



    EELOBOR:
    Kalu dah kul 6, memang apa pun tak boleh. hehehehe



    Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
    Kalu dah sampai mudarat diri, berbuka lah bang. Semoga segera sembuh.
    Memang ramai para suami, harapkan isteri yang kejut bangun sahur. Isteri dapat pahala lebih. hehehehe

    ReplyDelete
  6. KAKCIK:
    Ada masa-masa kita akan rasa sesuatu yang berbeza dari biasa.
    Mungkin Kak Cik masih terasa kehilangan itu...

    ReplyDelete
  7. kak...........
    syukur, ayu belum lagi terbabas...
    alhamdullilah... rezeki en zalie selalu makan lauk pauk panas...

    aduh!! bila kak tulis menu lama tu..
    ayu terus telan air liur.....
    rindu nya.............

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, belum lagi terbabas sahur, tapi hampir2 juga terbabas, bila tersedar pukul 5.10 pagi tadi. Semua makan dengan cepat, nasib baik ada lebihan lauk malam tadi...:)

    ReplyDelete
  9. pernah terbabas minggu pertama puasa.. nasib baik en. suami tak merajuk.. dalam masa 15 minit makan apa yang sempat sebagai alas perut..

    ReplyDelete
  10. Kakak senyum bila AA kata CHAK susun lauk dan kuih keliling pinggan. Sama betul dgn anak kakak yg kecik sekarang nie... Dah selalu kata tak habis dik jangan takut tapi tetap buat juga....

    ReplyDelete
  11. murtabak pisang tu kira sedara roti canai pisang kan?

    ReplyDelete
  12. masa terbabas sahur umur 9 tahun dulu, mak punya la rasa bersalah, siap buatkan milo suruh buka, tapi kita tak nak sampai nak bergaduh² jadinya, hahaha... drama, drama

    ReplyDelete
  13. hensemnya cencaru!

    saya dulu tak penah dapat duit kalau puasa penuh. sejak kecik saya ni kurang dimanjakan dari segi duit2 ni. kesian kat saya. wuwuwu~

    ReplyDelete
  14. kak saya masa sekolah dulu, time amik wuduk solat asar, masa kumur2 tu, saki baki air dalam mulut telan.. hihi..

    ReplyDelete
  15. malam tadi acu terbabas sahur...hehehee

    ReplyDelete
  16. sedapnya menu pilihan tu kak.. ada resepi ? hehhe

    ReplyDelete
  17. Dah terbabas sekali..kes penat punya pasal...nasib baik anak2 tak meragam nak berbuka puasa..Tapi puasa zmn kanak2 merupakan memori yg paling indah...

    ReplyDelete
  18. Alamak..tak tahanlah tengok ayam tu..fuhhh..tgk tengahri plak..Budak-budak memang kena latih dari kecik agr biasa puasa agar besar tk jd pemalas nk puasa.
    Malu jg abah tgk kadang-kdang lelaki ramai yg selamba je tk puasa..ayoooo
    Cara Terbaru Pemakaian Shawl

    ReplyDelete
  19. setakat ini aina belum lagi tak terbangun.

    1. alarm phone setiap 10 minit berbunyi dari mas kita kunci.

    2. Tiap2 hari mak akan call dari kg dan kalau tak angkat phone dia akan call rumah depan(adik) soh mai ketuk pintu..:)

    Tapi setakat ni belum lagi kena ketuk pintu.

    ReplyDelete
  20. cer perhatikan cencaru yang tunggu masa utk rentung tu.. mcm kesian pulak... hehehe

    ReplyDelete
  21. cencaru bakar....sedaaaaap!!

    my feveret!!

    ReplyDelete
  22. AYU:
    Nanti zaman 10-20 tahun akan datang, anak-anak kita lak yang akan terkenang apa yang kita pernah masak utk depa. Sayu lak, kan?



    YUS:
    Kak Azie memang standby jer nasi dan lauk masa berbuka. Panaskan saja. Jimat masa takut ada kes terlewat bangun. Tak koser nak masak yg baru, kecuali goreng ikan jer jika perlu.

    ReplyDelete
  23. AIZAMIA3:
    Adehhh.. kalu suami merajuk, letih la nak pujuk. 15 min tu, kalu makan kurma dan air panas, sempat lagi tu.



    KAK ZAKIE:
    Budak ramai gitu kan? Tamak sungguh time nak berbuka. Risau makanan yg sedap-sedap tu habis dimakan orang, siap dia susun awal-awal. heheheh



    DIANA:
    Jarang orang buat Murtabak Pisang ni. Susah nak buatnya bagi tujuan berniaga.

    ReplyDelete
  24. BUJAL X:
    Yes BUJAL. Adik beradik kaum kerabat dia jugak la.



    KUCING OREN GEMOK:
    Kalu nak lebih dramatik lagi, patutnya ajak Mak tu sekali minum Milo tuh. hahahaha



    GADISBUNGA:
    Hensem mender, kalu dah kene lumur dngan asam jawa.

    Elok tidak dimanja dgn duit, nanti bila besar, berusaha sendiri cari duit secara berdikari.

    ReplyDelete
  25. ANAA:
    Amboiiii... Kalu gitu dapat lah minum air 2x sehari yer? Zohor dan Asar. Tak elokkkk tuuuu...


    ACU:
    Kita dah dewasa, sekali tak sahur masih steady lagi.



    EFFA:
    Alahaiii... malu nak kongsi resipi. Masak main campak-campak saja tu.

    ReplyDelete
  26. MULUTPAYAU:
    Selalu begitulah, kalu dah penat sangat memang tak tersedar, kan? Bukan sengaja pun.



    ABAH KHALISHA:
    Tahan ler jugak yer.
    Betul tu, ada juga orang dewasa yang tak malu pun walaupun tak berpuasa.



    JUNAINA:
    Wahhh seronoknya ada Mak yg tolong kejut dari jauh. Kak Azie pula, sekali sekala call anak di kampus.

    ReplyDelete
  27. NM02:
    Aduhh... kalu rasa kesian dah tak bleh makan dah tu.:)



    WAHIDA:
    Memang sedap. Ratah begitu saja pun best.!

    ReplyDelete
  28. saya start puasa penuh pun umur 9 tahun..kalau tak asal balik sekolah je nak makan tengari...lembikkkk

    ReplyDelete
  29. CERITA PUTIK JAMBU , TERINGGAT MASA KEKECIK
    NAMPAK JAMBU MERAH TU SIMPAN BUAT BERBUKA, TP BILA DAH BERBUKA PANDANG PUN TIDAK HEHEHEHE....

    ReplyDelete
  30. ERI-CHAN:
    anak manja eh? bila buat muka lembik, harus ramai yg kesian, kan?



    SYA:
    Wahhh citer putik jambu ni memang buat kita tersenyum sendiri, kan? Gitulah, nafsu budak kan?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails