Monday, August 22, 2011

Ramadhan 21st: Membalut Pulut Bersalut Sayang...

Assalamualaikum
Sunday
Ramadhan 21st



Bila seseorang itu merasa yakin, insyaAllah banyak perkara akan menjadi mudah saja.

Aku sembang dengan rakan sekerja di lantai bawah, tentang banyak daun pisang berlebih lepas buat Kuih Abuk-Abuk ritu. Dia cadangkan buatlah Pulut Panggang.

Aku cakap, sejak kahwin aku tak pernah buat Pulut Panggang. Makan selalu. Sebab beli. Dia kata, cuba. Mana tahu, lama-lama mesti pandai. Dia seorang yang sangat berkeyakinan tinggi, hidup berdikari — single sehingga hari ini, tapi ada rumah 2 biji, ada keta pun 2 biji. Tidak kaya tapi selesa. Tidak mewah tapi mampu makan mewah bila rasa teragak. Aku selalu kagum dengan dia. Sederhana pada penampilan tapi di sebalik tabir dia begitu sempurna mengatur hidup walaupun tidak berkeluarga itu dilihat sebagai tidak lengkap.

Aku pun seorang yang berkeyakinan tinggi juga, tetapi ada beberapa perkara tetap juga merasa bimbang dan risau tidak keruan.

Bab masak biasanya memang aku yakin. Atas keyakinan itu — sambil cuba mengingat balik cemana MyBONDA buat masa kami masih tinggal bersama — aku tahu dan rasa boleh jer nak buat.

Operasi bermula buat Serunding dulu. Serunding Udang Kering paling popular dan enak.



Warna mungkin berbeza mengikut cara seseorang.

Masa aku bagitau MyTOKLAKI, aku nak buat Pulut Panggang, he said,

“Pandai ker U buat Pulut Panggang? Tak pernah pun U buat sebelum ni?” Soalan mencabar tuh.

Kalu orang meniaga, pulut tanak mesti tak boh santan, kan? Aku bubuh santan pekat banyak, biar enak lemak dan lazat.



Alhamdulillah, yakin jer aku buat.

Lepas berbuka, MyTOKLAKI cepat jer tanya, “Mana Pulut Panggangnya? Mai nak rasa dulu.”

Then,

“Ok, bagus. Jadi. Tapi inti tawar skit. Kurang garam.”

Betul. Inti sedap, lemak berperisa tapi sedikit tawar.



Kalu orang meniaga, halus kurus jer. Tapi aku buat gomuk-gomuk. Baru puas makan. Bayangkan pulut 1.5 kg, berapa banyak aku bleh dapat. Dekat 30 pcs besar-besar. Petang itu sebelum berbuka, aku singgah rumah sorang kawan. Bagi dia yang “mentah” belum berpanggang buat rasa-rasa. Lupa nak tanya komen dia...

Kerana aku buat banyak, separuh simpan dalam bekas bertutup, petang tadi panggang lagi. Makan panas-panas baru best.

Inti serunding pun ada banyak lagi, sebab aku buat 2 biji kelapa parut. Harus kena buat Kuih Cubadak Tanpa Badak plak pasni. Cemana eh nak buat? > garu dagu...


~...mengutus Kad Raya dalam sampul berbunga lalu diletak di bawah tempurung tepi tiang ampaian, sebenarnya memberikan satu nostalgia indah antara SERI BULAN dan HISYAM sehingga mereka bertekad suatu saat lain yang lebih indah, mereka akan saling kutuk-mengutuk mencari siapa antara mereka yang memulakan idea sebegitu...~










32 comments:

  1. ckLah tak pernah buat pulut panggang.

    Tapi dalam sajian Jawa ada juadah yg gunakan bahan yang 100% sama mcm ni, tapi cara bungkus lain sikit dan dikukus. LEMPER namanya, selalu ada masa kenduri kahwin.

    ReplyDelete
  2. CKLAH:
    Ohhh... ada menu nama LEMPER ya? Agaknya macam Pulut yg bungkus macam nasi lemak tu eh. Ada juga yang buat macam Pulut Inti, tapi cicah pedas.

    ReplyDelete
  3. kak......
    cucur badak tu..
    just keledek dan tepung sahaja..

    keledek kak rebus, boh garam tau.......
    bila dah empuk, toskan, lenyek gunakan bontot cawan plastik, lepas tu masukkan tepung, sedikit air...

    uli, kemudian, bulat2kan.......
    isi serunding...

    goreng hingga kekuningan...

    selamat mencuba ya

    ReplyDelete
  4. pulut panggang kalau kat sini, inti mesti manis dan warna inti gelap sikit..minat pulut panggang. bukan minat buat, minat makan jer..

    ReplyDelete
  5. AYU:
    Terimakasih resepi. Harus dicuba. Cumanya, nak cari keledek tu kena pegi pasar yang besar. Kalu cari kat pasaraya memang mahal. Apapun, memang harus dicuba.



    HANI:
    Inti manis pun sebenarnya sedap juga. Jadi macam Pulut Inti, kata orang Utara.

    ReplyDelete
  6. opss..
    lupa nak sambung..
    hehehheheh..

    pulut panggangmu mmg nampak nyami..
    besar2 dan inti nampak menarik....

    nie bukan omongan kosong, jujur...

    ReplyDelete
  7. AYU:
    Amboiii siap ada sambungan komen lak lagi.
    Kalu utk makan sendiri dgn keluarga, memanglah buat sungguh2 biar puas hati. Kalu orang meniaga, walaupun sedap dan bersih, tapi saiz tetap kecil. Supaya harga setara. Itu biasa.

    ReplyDelete
  8. suka giler kat pulut panggang ;)


    kalau gemuk-gemuk, inti mau lebih...
    lagi best ;)


    ~ tapi memang tak pernah try buat sendiri kak.

    ReplyDelete
  9. kita panggie pulut udang kan kak? mak saya memang master bab pulut udang, cucuq badak...kalau ada order 500 biji pun, dia kata celah gigi saja tu hehehe

    ReplyDelete
  10. resepi mak saya...kalau nak buat cucur badak, sekilo ubi keledek, 600g tepung..baru lembut, tak le keras macam org dok jual, byk tepung dari ubi.
    inti, mesti banyak serai, masak style rendang (no tumis /bawang)..yang saya igt jintan manis, serai, udang kering, cili kering, kasik blend..masuk dalam kuali, kacau dulu lepas tu baru masuk kepala parut..

    masa nak gelintey, guna minyak sebagai base kat tangan untuk elakkan melekat.

    buat tau tak..nnt publish ekkk...
    hehehehe

    ReplyDelete
  11. sempat lagi kak azie memosingkan(ayat apa tah) pulut panggangnya...:)

    kalau kat perlis cam gitu org panggil pulut udang walaupun kat dalamnya tak der udang...sebagai mana cucur badak yang tak berbadak...hehehee...

    ReplyDelete
  12. kak inilah makanan kegemaran amy, cuba cari kat kelantan ni tapi rasanya tak sama , kat sini manis sikit memang x boleh nak telan kalau rasa nak makan kena tunggu balik kampung..nak buat cik M pulak sebab makan sorang je kan..

    ReplyDelete
  13. wah~~sushi malysia! meh sikit~~

    ReplyDelete
  14. hmmmm saya pun tak pernah buat ni.... beli jew... kehkehkeh...

    ReplyDelete
  15. Susah nak cari pulut panggang yg best ...banyak yg dibeli, pulutnya keras lah..intinya tak sedap lah...

    ReplyDelete
  16. kalau yang beli tu memang kurus dan mahal.. lagi puas dan sedap kalau dibuat sendiri tapi ai tau makan je.. ;)

    ReplyDelete
  17. makkkkk ooo makkkk,
    juz wanna wish u n family SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN..!! Hahahaa

    ReplyDelete
  18. Ada kisah pasal pulut panggang ni hari jumaat hari tu yang buat saya bengang.

    saya memang plan nak buat entri tu tapi kena tunggu jumpa orang yang menjual petang ni...


    nak dengar apa dia kata...

    ReplyDelete
  19. salam..kak.

    pulut panggang salah satu kuih yg sr suka..kalau pergi pasar ramadhan, selain karipap sadin, pulut panggang ni juga yg akan dicari..:)

    ReplyDelete
  20. sy x berapa gemar mkn pulut panggang...kalau makan pun sy mkn pulut je..inti sy buang....

    ReplyDelete
  21. Mak saya suka pulut udang @ pulut panggang tu :)

    ReplyDelete
  22. pulut panggang ikhlas namanya..sebab gumuk2 kalau nak beli harussss tak jumpa.. serunding tu macam sedap je.

    haiihhh susah betul la kalau ibu mengandung tgk makanan, semua nampak sedap huhuuh

    ReplyDelete
  23. NAJWA:
    Kalu dah buat sendiri, semua nak sedap dan hebat saja. Mesti tak sama dgn orang meniaga.



    ZAKIYAH:
    Yup. Kat kampung, memang kami pun sebut Pulut Udang.
    Wahhh.. betul master tuh. Kalu 500 biji celah gigi. Hebat. Belajar la.

    Terimakasih resipi. Betul, setuju, kena banyak serai baru enak.
    Kasi masak dulu cili, baru bleh masuk kelapa parut, api perlahan kacau dgn senduk kayu, kan?

    ReplyDelete
  24. JUNAINA:
    Kalu dah kaki merapu, semua ayat dia cuba nak pesong. hehehehe
    Kalu di Perlis, Pulut Udang makan dengan Laksa Perlih. Amboiii.. first time jumpa rituh, terkojut!



    AMY:
    Di Kelantan, rata-rata menu, semuanya manis belaka. Sambal pun manis.
    Kalu nak ikut tekak sendiri, masak sendiri.

    ReplyDelete
  25. BUJAL:
    Sushi M’sia? Ohh tak pernah lak makcik dengar. Wow, belajar perkataan baru nih.
    Kalu kita berjiran, bleh saja makcik bagi banyak-banyak.



    ALIMAZ:
    Nanti kalu teringin sangat, kenalah buat sendiri, kan?

    ReplyDelete
  26. DADDY ZIYYAD:
    Betul tu. Tapi ada juga yang meniaga sedap macam makan kat rumah. Jarang.
    Buat sendiri lah doktor.



    AIZAMIA:
    Kak Azie ni kerana ‘tau makan’ saja selama nih. Pastu tak bleh jadi, mesti nak kena buat jugak.

    ReplyDelete
  27. ICE:
    Anakkkkkk ohhh anakkk menantu hantuuuuu!
    Mak rindu bangat sama kamu. Lama kamu ilang tak merempit di sini.

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin juga dari mak untuk kamu sekeluarga.!



    AZRINA:
    Mesti kes sakit hati terkena nih, kan?
    Ok, nanti buat entri tau.

    ReplyDelete
  28. CEMOMOI:
    Masa besar, tak paberet lagi ker?



    SEKAMAR RINDU:
    Salam.
    Nanti cuba try makan Pulut Panggang letak atas Laksa. Macam orang Perlis makan.



    AANIE:
    Kalu makan pulut saja, baik tanak pulut lemak saja, baru puas kan?

    ReplyDelete
  29. DINAS:
    Mak saya suka? “saya” tu suka juga tak? :)



    KAK ES:
    Masak utk family, kena ikhlas selalulah.
    Tak perlu tunggu mengandung. Yang tak mengandung (wpun gaya macam mengandung gak), semua nampak sedap gak...!

    ReplyDelete
  30. hah....dah lama la saya tak makan pulut panggang. tengok gambar rasa terliur la pulak....

    ReplyDelete
  31. rajinnya buat pulut panggang sendiri. mane tidak, kan banyak benda kene buat.

    bagussss betul~~~~

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails