Monday, December 30, 2013

Sushi Tei: peminat sushi kena cuba dan rasa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
30-12-2013


Citer hari Sabtu. Plan asal kami nak pegi main bowling, tapi berkira-kira jalan akan jem dan orang akan ramai (read: para remaja) akan memenuhi pusat bowling (hajat nak pegi Times Square) lalu kami pegi makan-makan jer.

Dari rumah, pasang plan nak tengok movie. Tapi semak kat website, tiada filem sesuai dengan masa. Ok kensel.


Pavilion masih meriah dengan dekorasi Krismas walaupun dah berlalu.


Ika ajak masuk restoren sushi. Hanya saya dan dia jer yang minat sushi.





Yang hijau tu Frozen Matcha (RM10.80), IKA punya. Saya order Purple Lady (RM6.80). Dua lagi tu jus biasa, Oren Juice dan Fruit Punch (RM6.00 each). Semua sedap kecuali Ika komplen air dia kurang umph banding sama air tu di Sushi King.


Mana cukup makan sushi saja, kan? So untuk bukan peminat sushi, kami order Oyako Don (pic atas, RM13.80). Nasi dengan ayam, cendawan, telur. Beras Jepun macam beras pulut. Sedikit lembik, tawar dan kena makan dengan kicap. Saya kurang gemar, jadi kongsi dengan Chak.


Alia order Yakitori Don (RM12.80). Hampir serupa tapi nasinya nasi goreng dengan sayuran.

Oh ya, di Sushi Tei, warna piring sushi putih dan biru adalah yang paling murah (bermula dengan RM1.80) dan yang paling mahal sehingga RM6.80 iaitu piring kaler purple.

Green Tea (panas atau sejuk) RM1.00 segelas dan boleh refill percuma. Yang panas kurang sedap tapi yang sejuk sangat enak. Semua nak cuba.


Last, puan blog dengan air Purple Lady. Sesuai tak air tu dengan saya?

Macam tak kena jer. Macam tak jadi jer! Hahahaha...!






 ~...belum pernah terniat di hati SERI BULAN untuk melukakan hati HISYAM tapi bila makan tengahari itu HISYAM bagai tidak berselera, Mak Utih gelisah Pak Utih resah tapi SERI BULAN yang rasa seperti hendak marah...~




16 comments:

  1. kat rumah saya lidah melayu semuanya,terutama suami hehe

    ReplyDelete
  2. Gmbr bawah tu nk tnjuk gmbr pinggan kosong tu kan kak..ok2..sy faham.

    ReplyDelete
  3. sy jarang makan sushi...tak pandai dan tak suka...hhee

    ReplyDelete
  4. tak biase mkn sushi walaupun dah bnyk kali cuba

    ReplyDelete
  5. Ai kak? Air pun nak Purple Lady jugak ke? Hehehe.


    Kak, tukar tangan! Tukar tangan!

    ReplyDelete
  6. Tak nampak purple pon kak air tu...:)

    ReplyDelete
  7. saya tak berapa gemar makan sushi
    tekak melayu kot =)

    ReplyDelete
  8. saya pantang besor kalau orang ajak gi mensushi, kompem ikut!

    ReplyDelete
  9. tak pernah makan sushi ler...tekak Melayu...hihi

    ReplyDelete
  10. org yg x pernah cuba mmg tak leh nak telan .

    ReplyDelete
  11. Saya tak pernah jejakkan kaki di Pavilion. Dah banyak kali ajak boipren...tapi dia buat tak dengar jer... So, saya berterima kasih pada Kak Azie sebab share marveles foodies di sekitar mall di KL nie....

    ReplyDelete
  12. mcm tak pepelll jer.

    mck 4 beranak mmg suka japanese food

    ReplyDelete
  13. saya bukan peminat sangat tapi bolehler makan.. tapi suami saya langsung tak boleh.. so nak makan sushi ngan kawan2 bolehler... cantikkan pavilliontu bab deko mendeko tiap2 kali perayaanpun krismas apatah lagilerkan...

    ReplyDelete
  14. Yang risau nanti cucu akan ajak main boling dbn neneknya..maklumlaa dulu kecil kecil neneknya ajak shoping...ni kira ikut ajaran nenek laa..tak salahkang

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails