Thursday, February 13, 2014

Klinik Dr. Surayahanie dibuka dengan rasminya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
13-02-2014


Selepas program masak-masak, kami sempat hadir di majlis kesyukuran sempena pembukaan rasmi klinik Mediviron milik Dr. Hanie, seorang teman blogger di Bandar Seri Putra. Sepelaung jer dari kitchen studio.


Kami sampai selepas kul 5.00pm, jadi tetamu sudah berkurangan tetapi makanan tetap ada. Mee Kari dan Meehoon Sup yang datang khas dari katerer PD sangat enak. Kebetulan memang saya tidak makan banyak di studio lalu kesempatan ini, belasah 2 mangkuk!


Mediviron adalah group klinik panel saya juga tetapi saya tak masuk sebab klinik ditutup pada petang itu kerana doktornya nak layan tetamu.

Tahniah kepada Dr.Hanie atas kemajuan ini, semoga terus suksess.

Dan, balik dari segala program di hari Sabtu saya batuk berterusan dan semalam demam. Lalu MC sehari semalam.


Saya singgah di cawangan Maju Jaya pada Selasa malam selepas balik kerja sebab badan dedar. Sebelum ini sudah 2 kali saya pergi di cawangan Ampang Point tapi saya tak berapa suka dengan doktornya yang sedikit garang, dan tak senyum langsung!

Tapi di sini, wahhh doktornya (lelaki Serani), friendly sangat. I like! (bukan pasal dia bagi MC)

Kerana saya tinggal di area ‘hotspot’, hari Jumaat mungkin kena follow-up semula untuk blood-test, dibimbangi denggi. Saya harap tidak, sebab saya dah serik kena warded 5 hari sebab denggi dulu. Seksa!

Info: doktor kata seseorang boleh diserang denggi sebanyak 4 kali dalam hidupnya (but ada 1 kes di Sarawak, sudah ada orang kena sebanyak 5 kali dalam hidupnya).

So hati-hati ya kengkawan!

Alhamdulillah, semalam dapat hujan selama 20 minit di kawasan saya.




 ~...sekali air bah sekali air berubah kata Mak Utih tetapi dia cuba meyakinkan pula bahawa HISYAM bukan mudah hendak berubah selagi di bawah pengawasan Pak Utih dan semenjak anak dara Pak Imam disebut-sebut akan bertunangan dengan orang dari kampung sebelah baruh, SERI BULAN sentiasa tersenyum mengalahkan bulan dipagar bintang kejora...~




41 comments:

  1. Tak jumpa dr adam abdullah ke kat ampang point tu. Ok je dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 2 kali dengan Dr Adam tu la. Tak suka la. Tak senyum dan sedikit garang. Sebab tu cari cawangan lain.
      Tak tau pulak Dr Adam tu mualaf.

      Delete
  2. batuk smapai termuntah2.. tp tak deman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ni pun batuk2 sampai rasa nak muntah pun ada..m

      Delete
  3. musim denggi ke sekarang...anak buah saya pun ada yangkena suspect:-) Semoga cepat baik kak azie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang musim denggi sbb cuaca kering nyamuk pun banyak. Memang tak tahan bila nyamuk banyak ni.

      Delete
  4. tau xpe..musim skunk ni..anak membe sampai 2 org kne tahan wad sbb denggi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kalu demam jer kena cepat2 check takut terkena denggi tu laa...

      Delete
  5. sungguh banyak event yang saya terlepas.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami juga singgah Musollah Ehsan menziarahi ayahanda Dato' Abdulllah then kemudian menjengah Kak Anyss di KPJ.

      Delete
  6. harap2 bukan denggi ye kak azie..
    sy pernah sembang ngan bekas pesakit denggi, kali kedua or ketiga, dia sampai koma...

    nauzubillah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan la sampai terkena lagi. Serik betul rasanya..

      Delete
  7. Alhamdulillah, che mid tak pernah kena denggi..tapi nyamuk kat umah ni skrg segar bugar dan saiz xxl belaka..we cannot live without ridsect wooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 ridsect pun tak jalan. Kami guna ubat nyamuk mat tu seawal senja dah mula pasang.

      Delete
  8. Kak...hari ni demam lagi tak? Risaunya saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Alhamdulillah harimi dah ok dah boleh masuk kerja. Terimakasih atas rasa prihatin itu..

      Delete
  9. As-salam kak Azie..

    Semoga Dr. Hanie terus berjaya dan berjaya.. Take care ya kak azie.. semoga cepat sembuh, insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn segala doa.
      Harini dah sihat cuma batuk memang takda tanda nak baik.

      Delete
  10. moga cepat sembuh ... kalau nak mc panjang gi klinik kat bukit mahkota tu .....hehehehhe

    ReplyDelete
  11. musim sakit2 sekarang ni kak... TAke Care eyhh.... ;)

    ReplyDelete
  12. musim aedes merebak....kes denggi pun naik mendadak.....take care azie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Cuaca yg kering ni memang nyamuk bermaharajalela sungguh. Geram dibuatnya!

      Delete
  13. Awek tudung oren baju ungu tu, sempat lagi posing ambil gambar eh?

    ReplyDelete
  14. sekarang memang panas semacam kan
    dekat sini belum hujan lagi
    entah bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Cuaca kemarau. Tapi mujur dah 2 petang ni ada juga hujan sejam dua. Jadi laaa...

      Delete
  15. lama tak jumpe Dr Hanie, sebelum ni selalu pi klinik dia kat Bangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh pi klinik dia di Bandar Seri Putra ni pulak...

      Delete
  16. Replies
    1. Ntah. Serani tak semestinya singh, kan? Tapi doktor tu nampak macam Indian.

      Delete
  17. salam perkenalan kak...takut jugak bila pk psl denggi ni kan..tp bgs gak ade info2 mcm ni...lps ni ade mslh, blh refer kwn2 blog jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika betul guna cara berblogging memang banyak ilmu pengetahuan yg boleh didapat dan perkongsian info berguna... Salam kenal.

      Delete
  18. Nyamuk berpesta-pestaan di Kajang Utama!

    Tak de mood nak update dan baru perasan tak ada gambar di majlis Dr Hanie sebab dah teruja dengan makanan.

    ReplyDelete
  19. kat kawasan rumah saya banyak sangt nyamuk..dah lama kawasan ni depa tak fogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat report pada majlis kerajaan tempatan, minta depa datang sembur...

      Delete
  20. takut juga kalau kena denggi. badan2 habis kena gigit nyamuk ni

    ReplyDelete
  21. orang sakit Allah sayang, tapi bukan sengaja cari penyakit yea...

    memang musim denggi kot..kat deret rumah saya baru ni dua buah rumah kena, dah asyik kena sembur dengan asap busuk tuh..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails