Saturday, March 29, 2014

Satay Station: menunaikan hajat sambil melayan tekak sendiri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
29-03-2014


Balik kerja kelmarin dulu, setelah kawan pemandu saya menyebut-nyebut teringin nak makan sate, lalu saya pun ajak MyToklaki singgah di Satay Station cawangan paling hampir dengan rumah. Kampung Pandan.

Dah lama tak pergi. Dulu-dulu selalu la juga semasa rajin dok join AP.com bermesorat or kadang-kadang celebrate birthday ahli. Hmmm... sesuatu itu pasti akan jadi sedap bila kita dah lama tak jumpa tak makan.


MyToklaki berhajatkan Sate Kambing, malangnya saya rasa di mana-mana cawangan Satay Station memang takda Sate Kambing. Kalu di Sate Hj Samuri, harus ada. So saya amik extra 2 cucuk sate Hati Ayam + 5 daging + 5 ayam. Tu pun jenoh nak habis. Dan memang tak habis pun.


Tayangan sedang berlangsung.



Bagi yang belum tahu, Restoren Satay Station Kg Pandan adalah asalnya sebuah rumah tanah lot. Dan rumah di belakang itu juga menjadi tempat kita duduk makan. Pada hari biasa (ada beberapa sudut dengan meja ala Jepun dan kita akan makan bersila di lantai), ruangan itu boleh ditempah awal tetapi pada hari Sabtu dan Ahad ruang itu terbuka di mana, sapa cepat dia dapat.


Selain dari ini, Satay Station juga ada mug jenama sendiri. Tapi kerana kami tak order air panas, saya tak dapat snap mug tu.



Selain tapau untuk rakyat kat rumah, saya juga tapau untuk kawan pemandu saya yang sangat berhajat. Simpan dalam flask untuk dimakan esok siangnya di tempat kerja.


Saya snap sebab malas nak explain panjang tentang harga.


*Teruslah mendoakan kesejahteraan mereka yang terlibat dalam tragedi MH370 juga mereka yang terlibat dalam usaha mencari...



 ~...HISYAM sangat-sangat perasan bila SERI BULAN menerpa ke muka pintu sebaik mendengar dia berdehem bagai memberi isyarat rindu, tanda kasih tidak tertumpah di laman...~




12 comments:

  1. Kat kawasan sini ada satay hut. Satay yang besar secucuk RM1.60 (kot la. Dah lama tak membeli) yang kecil pun dah RM1.00 memang jenuh nak habiskan.

    Tapi saya lebih suka beli kat tempat lain yang secucuk cuma RM 0.40 sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adek lg ke sate org jual 0.40sen eh?..

      Delete
    2. Jika secucuk 40sen tu sate yg cekeding macam pasar malam jual. Yang ini besar besar dan puas makan.

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Ohhhhhh!
    Tekakku pulak digoda!

    ReplyDelete
  3. rasanya saya blh habis mkn seorang tu ... hantu satay !

    ReplyDelete
  4. Satay tu bersaiz besar. Memang puas dgn lembut dan enak. Kuah kacangnya pun sedap. Harga camtu memang mahal tapi bila dah rasa makan saya rasa itu harga yg sepadan dgn benda dan namanya...

    ReplyDelete
  5. sedapnya! dah lama tak makan satay
    emm...apa fungsi timbang di situ? kena charge kalau tak habis?

    ReplyDelete
  6. tak pernah try lagi satay yang besar2 macam tu..
    asal nak makan je mesti eemm.. nantilah.. tunggulah.. sudahnya tak pergi2 jugak.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. Mee rebusnya sedap Kak Azie...last pi masa kita ramai2 ritulah.

    ReplyDelete
  8. Adoi..lapaq satay pulak dah...gambar menikam kalbu betoi..heheh

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails