السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
10-01-2013
Semalam pagi, saya ke Serdang (area kawasan institut dan pusat latihan) berjumpa beberapa orang client lama untuk urusan serah-tugas beberapa projek yang saya handle dulu. Kerana saya tidak dapat menyambung tugas dan juga menolak tawaran mereka, semua projek harus diserah.
Jika diikutkan, saya boleh saja buat tak tahu. Pandai-pandailah client tu nak buat setting semula, atau staf mereka kena design semula semua journals tu, tapi saya serahkan juga semua default/template tu untuk memudahkan mereka.
So, apa yang saya terima dari editor itu ialah, “Baiknya awak...” Ok, saya rasa lega dan puas hati.
Keluar dari kawasan itu hampir tengahari lalu singgah mencuba ikan bakar. Saya tak pasti nama area tu sebab ingat-ingat lupa. Rasanya medan selera Kg Dato Abu Bakar Baginda. Tepi jalan. Dalam area Serdang.

Saya ambil Keli Bakar (semuanya besar betul) yang didatangkan set dengan ulaman timun, peria separuh dan daun selom. Saya tambah Kerabu Mangga yang pada saya sangat enak!
Kelinya sedap.
Satu set lagi ialah sotong bakar. Sambal cecahnya manis manis pedas. Sedap walaupun pedas sampai separuh jalan balik pun tak hilang lagi.
Kalu nak cuba, memang tak rugi. Dua orang makan kosnya RM18.20 sahaja termasuk air. Ok la tu, kan?
~...acara bakar-membakar memang sentiasa menjadi kegemaran HISYAM sejak berada di kota lagi dan apabila berada di Kampung Separuh Desa, SERI BULAN seorang yang diarah dikerah memerun sabut kelapa membakar tempurung hanya untuk seekor pari..~