Friday, January 4, 2013

Duri by Fauziah Ashari – dari kertas menjadi kaca...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
04-01-2013



Tentu ramai yang sudah tahu, sudah tonton drama bersiri bertajuk DURI yang diadaptasi dari novel hasil karya penulis terkenal Fauziah Ashari, yang disiar di Astro Prima, setiap Isnin–Khamis.

Saya sendiri tak pernah miss lagi setiap episod, sebab jika terlepas yang petang, pasti akan tunggu siaran ulangannya pada hari yang sama, jam 9.00 malam.

Walaupun kita sedia maklum, apa yang dibaca tidak akan tepat or sama sepenuhnya dengan apa yang dilakun semula di kaca tv tetapi saya tetap melihat usaha sebegini suatu kerja yang wajar disokong. Setidak-tidaknya, hasil tulisan yang diangkat menjadi skrip dan sebuah drama (or filem) akan lebih mengiktiraf dan menghargai sesebuah hasil tulisan. Itu pendapat saya. (lupakan sebentar pasal komersil atau royalti)

Drama Duri dilakunkan oleh Shera Aiyob sebagai Sufi, Afiq Muaz (pelakun baru) sebagai Muzzafhar, Izzue Islam (dari kumpulan Fourteen) dan beberapa orang lagi. Pemegang watak antagonist Durrah ialah Marissa Yasmin, yang pada saya terlalu cantik untuk menjadi Durrah. Saya membayangkan Durrah itu berwajah garang, bengis, sedikit gempal dengan barang emas berselirat di badan dan kelihatan angkuh dengan kekayaannya sehingga sanggup merendahkah taraf suami sendiri, Btw, padan muka dia kena cerai talak tiga dan suami dia kahwin baru dengan pompuan umur 28 tahun...!



Saya dah baca novel Duri ni sebanyak 3 kali, sampai saya boleh ingat plot dia dengan jelas. Sehingga semalam, drama itu sudah melepasi klimaksnya, apabila rahsia besar yang disimpan oleh Sufi dan Muzzafhar tentang perkahwinan mereka sudah diketahui oleh Nuri. Cinta tiga segi.



Rupanya, novel ini diulangcetak dengan cover terbaru dan warna yang lain.

Selepas ini, tak sabar nak tengok bagaimana Sufi akhirnya meninggalkan juga Muzzafhar dengan rajuk yang panjang. Membawa diri sehingga anak yang dikandungnya dilahirkan tanpa pengetahuan si ayah.

Nanti kita sama-sama tengok kesudahan drama bersiri ini. Minggu hadapan akan berakhir keseluruhan novel. Episod kemuncak.

Macam biasa, membaca novel lebih dapat ‘rasa’.

Pendapat peribadi: saya hanya boleh bagi 5/10 bintang. Lakunan Syera ok, Marissa Yasmin pun ok. Izzue Islam agak slow kaku pada peringkat awal, tapi utk watak penagih dan psycho, wajar dipuji. Yang lain-lain, boleh la tahan.



~...berkali sudah HISYAM memesan, jangan terlalu mudah terasa hati apalagi hendak menunjuk rajuk kerana dia terlalu sibuk hendak menjaga lebih ramai lagi para gadis warga Kampung Separuh Desa sehingga lupa SERI BULAN semakin susah membuang rasa cemburu...~








24 comments:

  1. Replies
    1. Citer memang best. Konflik cinta tiga segi, cinta yang dipendam antara suami isteri. Tapi drama tu dilakunkan tak berapa best, kan?

      Delete
  2. novel tu mmg best tp sbb pemain drama tu kurang minat jadi tidak saya tonton drama ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...! Tapi saya tengok juga setiap episod.

      Delete
  3. Masih cuba mencari masa untuk membaca novel...berminat juga tengok novel anak dara saya yg bersusun di bilik mereka..drama melayu? Kurang berminat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pilih juga drama Melayu. Ada yang bagus, ada juga yang mengarut.

      Delete
  4. tak sempat nonton la kak Azie.., review dr seorang peminat novel tu memang power lah...

    ReplyDelete
  5. Tak sempat tonton dan belum baca...hehehehe. Pinjam buku Kak Azie, boleh? Hehehehe

    ReplyDelete
  6. Sy menunggu2 novel cinta kanibal yg difilem/disirikan dlm tv!

    ReplyDelete
  7. setahun sekali jenguk novel baru di kedai buku tak sedar ada karya sehebat duri..

    ReplyDelete
  8. CA baru tengok semalam.....nampak mcm best ... tapi tak berapa fahammm

    ReplyDelete
  9. saya ni nama je cikgu PSS ttp sejak dibangku sk mmg xminat baca novel...cuba juga jinakkn diri namun smpai skrg xberjaya...skrg ni byk kisah dlm novel dijadikan drama TV,...kalau tang tu sy rajin lak layan......ngee...

    ReplyDelete
  10. x tau pun novel duri ni wujud klu x krn drama duri itu sdri. sy pada mulanya x hirau pun drama ni sbb pelakonnya kurang dikenali. rasanya drama ini underrated sbb pilihan pelakon x top. tp tonton juga beberapa episod this week semata2 sbb ianya karya fauziah ashari. persepsi awal sy berubah... kena bg pujian juga pd pelakon baru afiq muiz tu krn berjaya bawa watak zhaf dgn mimik muka, bahasa badan dan emosi yg tergambar dgn baik walaupun dia sebenarnya tersgtlah muda compared to pelakon2 lain. thumbs up. jauh lebih baik dr lakonan pelakon top utk lain2 novel yg didramakan.

    ReplyDelete
  11. Duri tak follow dan tak pernah baca novelnya..saya rasa la
    tp saya baru habis baca novel setia hujung nyawa
    dan tak sangka dah ada drama kat tv..tp saya rasa baca novel lebih feel

    ReplyDelete
  12. maaf, tak tahu nak komen apa...sebab saya tak tgk siri nya, apatah lagi baca novel nya..

    ReplyDelete
  13. tgk promo kat tv... nampak best drama ni... tapi tak berkesempatan lagi tgk... novel pun munn tak pernah baca lagi rasanya

    ReplyDelete
  14. banyak jd trend kak azie...
    sy suka cerita ni... n kebanyakan novel y sy sangat suka diadaptasi.. kiranya, taste sy ni bagus la kann.. (PErasan!)


    pelakon baru rupanya si zhaf tu.... tapi sufi, zhaf n hazim, mmg layak dipuji pelakonnya..... bagus! sy suka bila tgk si hazim, menjadi betul gaya penagihnya tu....

    sy start separuh jalan, so skrg tiap mlm mmg menunggu la.... satu rumah!


    ReplyDelete
  15. waa.. xde astro, ptt la tak tau.. hhu.. tapi mcm best je.. cari novelnye lah nnt.. hmm.. tp smpat ke nak baca.. hehe.. delima sndiri lak..

    salam jejak n follow:
    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. saya pun tak missed tengok 'duri' ni di astro prima. macam kak azie, terlepas petang..malam wajib tengok! Tak sabar nak tunggu ending..sebab saya tak pernah baca novel tu. betul..izzue islam berjaya lakonkan watak penagih n psycho tu...naik meluat saya tengok..tergigil-gigil..terjerit-jerit..mental sungguh!

    ReplyDelete
  17. Baru habis lyn duri on9..tk pernh bc novelnya..berkobar2 nk cari

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails