السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
04-01-2013
Kira-kira jam 2.00 pagi tadi, air kembali kering. Terputus lagi. Harap-harap bekalan yang disimpan mencukupi sehingga air masuk kembali. Kain baju kotor pun dah habis dimesin dan dijemur semalam.
Dalam rumah saya, yang masih bersekolah masih ada 3 orang. CHAK sorang saja masih sekolah rendah. Sudah Tahun Lima, tapi nampak macam budak Tahun Dua saja. Kemetot!
Tidak banyak perubahan rutin kami, kecuali untuk minggu pertama persekolahan ni, saya berada di rumah. Maklum dah jadi penganggur.
Dak AMOI balik setiap minggu. Cuma, minggu ini mungkin tak sempat sebab dia kena kerja penuh selama 2 minggu sehingga malam tanpa henti. Awal tahun memang macam tu.
Semalam, IKA tak balik rumah. Kena stayback kat tempat praktikal sampai tengah malam. Berulang kali saya call, kerja belum selesai. Kejar dateline ler tuh...! Akhirnya, sampai pagi ni, belum balik lagi.
Zaman kerja sakan-sakan ni, saya dah tempuh bertahun dulu. Dah jenoh kata orang. Kena kerja hari minggu pun selalu. Kerja sampai pagi Raya pun pernah.
Bila dah masuk umur ‘vintage’ ni saya dah malas nak layan kerja lebih masa. Seboleh-boleh saya selesaikan kerja saya dalam waktu pejabat. Ehhh... saya dah tak kerja pun sekarang!
Okeh, nak masak dulu. Jap lagi nak hantar nasi & lauk pada Chak. Dia rehat kul 10.00.
~...sejauh dan setinggi mana pun melihat burung putih itu terbang, HISYAM pernah kata burung itu akan tetap berwarna putih sampai bila-bila pun walaupun kemudian dia akan turun bertenggek di belakang kerbau yang hitam melegam itu...~
Wow.. Ibu mithali
ReplyDeleteAntar nasi n lauk untuk anak di sekolah....
Sementara sya masih belum masuk kerja semula, Kak.
Deletedari dulu lagi pekerja kat M'sia ni amnya memang berdedikasi...
ReplyDelete..dan selalu kena buli.
DeleteBes nya...sy yg masi berkerja...setiap pagi bkk ja mata te kejar2 kelam kelibut mngurus anak2 g sekolah...lps tu menempuh jln raya yg jem dan sesak d pagi hari..lps tu sy plj mngejar masa masuk opis b4 jm 8 misti da masuk opis kn...pa buli bt redho ja la kannnnn
ReplyDeleteRata-rata warga kota begitu lah. Jangan risau. Uruskan masa sebaiknya. Yang penting kena ada plan. Sediakan kelengkapan sebelum tidur, so pagi tak kelam kelibut. Kuat semangat tau!
Deleterelax2 dah eks.. beshnyer..:)
ReplyDeleteRelax sekejap dulu. Sementara jer ni.
Deletebetullah AA...zaman silih berganti..giliran mereka pulak merasa apa yang kita rasa...manis kalau kenang kembali
ReplyDeleteMasa muda kita dah jenoh dah keja sampai tak nampak matahari. Pegi keja gelap, balik keja pun dah gelap.
DeleteBestnya bila mak tak kerja, bekal makanan sampai depan sekolah di hantar.
ReplyDeleteSementara tengah rajin. Esok esok mai malas, hmmmm...
DeleteSementara ini rehatlah dulu Azie. Adik mestilah suka mak hantar bekal ke sekolah.
ReplyDeleteSementara ni, rehat dulu la.
Deletebagusnya kalau macam nih..
ReplyDeleteSalam Azie, ketinggalan ni.. sejak bila pulak Azie join kak rose jd penggangur ni? atau bercuti jer kot?
ReplyDeleteuntung Chak dapat mak yg rajin nak antar bekalan waktu rehat!
Sementara jer ni Kak Rose. InsyaAllah, ada rezeki saya sambung balik kerja saya.
DeleteHehee suhaila bawak siap2 bekal klau hantar waktu rehat susah benar nk cari dia..bkn nya dia tgu kita..aih
ReplyDeleteOk la ber cuti kejap..nnt kembali la sibuk kat opis kan :-)
Anak-anak saya kadang2 jer bawak bekal. Selalunya makan sarapan kat rumah. Rehat kena beli jika takda bekal.
Deleteacu since dah tukar unit baru nie dah tak de lagi dah stayback kat office. paling lambat pun pukul 9 malam je...syok!!!
ReplyDeleteKul 9 malam tu pun kira lewat sangat dah. Tapi takpa, selagi ada peluang kerja la puas puas dulu.
DeleteSeronoknya baca part masak pastu hantaq makanan kat chak. Makchaq masa anak kecik pernah jugak tak kerja 3 tahun, seronok sangat dapat jadi drebar, tukang masak dan tukang cuci..
ReplyDeleteSementara tengah ada masa ni, nak buat la juga. Esok-esok dah kalut kerja, payah pula.
Deletesenang hati kan anak2 dah besar.
ReplyDeleteTak juga. Bab lampin, mandikan suap makan tu memang la takda. Tapi fikir hal lain pula. Hal budak dah besar.
Deletemasa utk anak2 pula kini....
ReplyDeleteKalu boleh saya nak bercuti panjang, jalan-jalan. Tapi banyak komitment lagi nak kena jaga.
DeleteSaya rasa seronokk jer baca akak nak masak dan hantar food ke sekolah... Bestnyaaa
ReplyDeleteJom kita buat sama-sama.. :)
DeleteDuit bagi juga. Mak tetap masak jugak.
ReplyDeletemunna pun sblm kahwin rajin juga buat ot... lepas dah kahwin dan ada anak... tak kuasa dah ...lebih baik habiskan masa dgn anak2....
ReplyDelete