Saturday, January 5, 2013

ABON: “Ini sahaja program Astro yang saya ada...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
05-01-2013



Semasa SABON tersingkir minggu lepas dalam Maharaja Lawak Mega, Abon (Tuan Haji) berucap:

“Ada orang tanya saya kenapa saya masuk bertanding lagi walaupun sudah jadi juara. Saya jawab, inilah sahaja program Astro yang saya ada. Jangan diukur pada ramainya orang gelak. Tetapi kepada mesej yang dibawak.”

Yeahh, sangat jarang nak lihat wajah Abon di program Astro. Rasanya belum ada lagi. Mr Os tu langsung takda. Tetapi pelawak lain, kerap juga kita lihat. Kumpulan JAMBU, tak pernah menang pun, tapi ada program bersiri sendiri di Warna Astro. Lihat pelawak lain pun, kerap nampak muka di beberapa program Astro. Even Rahim (R2), Amir dan beberapa nama lagi tu pun pelawak tetap di beberapa program  di saluran Warna Astro. Padahal depa belum pernah menang apa-apapun.

Faktor? Umur atau rupa?


Begitulah senarionya dunia hiburan di negara kita. Sedih pun ada, kan?



~...sudah lama tidak menjamah Nasi Arab berberas panjang lalu semasa gotong-royong di surau, HISYAM sangat berharap dapat merasa nasi beras baru berlauk pucuk cemperai berkuah gulai ayam kampung hasil tumisan bersama SERI BULAN dan pasukan Mak Utih...~









14 comments:

  1. kalo negara orang barat makin tua makin popular and makin tggi gajinya.. lain plak di Malaysia makin tua makin dilupakan..gaji semakin skit tidak setaraf dengan gelaran biduanita atau sebagainya...hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seorang pelakun teater terkenal juga pernah jadi pengarah sendiri sebut pada saya, “lupakan saja prinsip atau gelaran kat negara kita, susah cari makan.”

      Mulanya saya tak faham, sekarang saya memahami.

      Delete
  2. Azie, sya pun dgr mlm tdi,I felt so sad.org gelak tpi apa yg nk dismpaikan Abon tu rmai tk perasan.betul Jambu ada rncgn sndiri, dlm rncngan 'spontan' ke apa ke, Abon dn Os memang tk prnah ada.mcm ada sabotaj pulak.kesian depa.pelawak lain ada.mereka trsisih slepas menang thn lpas..
    something is wrong somewhere..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa itu suatu ‘double-standard’ yang sudah lama berlaku. Bukan kepada pelawak sahaja, tetapi juga kepada segelintir pelakun (artis).

      Tetapi kerana ASTRO menjadi saluran popular (wpun berbayar), channel WARNA 132 tu khas utk pelawak, jadi ketara pula kita melihat senario sebegini.

      Saya tetap merasa, rupa dan umur itu masih menjadi isu kepada sebahagian penerbit. Mungkin??

      Delete
  3. Dunia hiburan pun agaknya tentu ada "politik"nya yang tersendiri. Semoga para artis kita yang terhalang daripada mendapat peluang pendapatan di satu-satu tempat akan menemui punca-punca rezeki di tempat lain. Mudah-mudahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politik tu yang tak tahan tu, kan? Kadang2 kita yang baca pun naik meluat. Sebab tu saya faham bila ada parents yang tak suka anak-anak depa terlibat dunia glamer nih.

      Delete
  4. Hairan jugakan...kenapa sebagai juara Osbon tiada segmen sendiri macam Jambu, Sepah, Jozan. Betul kata Temuk..dunia hiburan pun ada politik sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang penerbit ok, tapi market tu sendirinya tak begitu menyokong untuk orang2 yang ‘kurang rupa’ dan sudah berumur. Dah banyak contoh kita tengok pun.

      Delete
  5. Makchaq jarang tengok tv, tapi memang dari dulu perasan rupa dan umuq tu yang dipentingkan dalam dunia penghibur ni..
    Zaman PRamlee belum ketara.. sekarang2 ni la macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman Antara Dua Darjat? hehehe zaman moden ni, perbezaan tu dalam bentuk yang sangat ketara la pulak.

      Delete
  6. saya kira politiking berada di mana2...dlm dunia masak memasak pun apa kurangnya...ada2 jer org tgh nak hisap ringgit dari peluh kita tp akak tak rela...kekal duduk dibawah jer pun takper ler...janji tak dikulikan org yg ada kuasa dan nama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Q, biarlah orang nak layan politik tu, asal kita buat jer kerja kita. Asal kita happy dengan diri kita Kak..

      Delete
  7. osbon memang best..kalau astro buat program khas utk osbon mesti rating naik mencanak

    ReplyDelete
  8. Betul.. rasanya tak ramai yang perasan apa yg abon katakan masa tu..:(
    Kalau perasan mesti ada yg sudi amik dorang.. eemm.. takut rating jatuh..?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails