السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
05-01-2013
Walaupun saya tak pernah follow walau sekalipun siri Muzik-Muzik tu, tapi setiap kali finalnya; Malam Anugerah Juara Lagu, saya memang nak tengok. Kerana malam final, tentulah lagu-lagu yang terpilih adalah lagu yang terbaik antara yang terbaik.
Sudah tentu juga lagu-lagu yang dipilih ditapis oleh juri-juri yang terpilih juga. Lagu yang tersenarai untuk bertanding di malam final esok ialah:
- Idola ( Azlan n the Typewriter ) — saya suka vokal Azlan
- Pelangi Senja ( Stacy ) — ok jugak lagu ini tapi saya tak pilih
- Terukir di Bintang ( Yuna ) — adakah Yuna akan mengulangi kejayaan?
- Anak Kampung ( Jimmy Palikat & One Nation Emcee) — lagu yang ori lebih best, bila join group tu saya rasa tarian mereka yang akan menguasai lagu
- Ombak Rindu ( Hafiz & Adira ) — layan lentok boleh lah.
- Tanpamu ( Amir Jauhari ) — saya tak pernah dengar lagu ni.
- Lagu ( Bed Room Sentuary ) — not bad.
- Teman Pengganti ( Black & RJ ) — ramai minat lagu ni.
- Ku Akui ( Hafiz ) — susah nak menang lagu ni, tapi sapa tahu?
- Simetri ( Hazama & Amy Seach ) — saya nak tengok Amy Search jer!
- Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo ) — yesss...! I like this song!
- Patah Seribu ( Shila Amzah ) — mana tahu, kali ini Juara Lagu milik dia?
Kenapa saya suka lagu Mojo Band?
MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ terbaru daripada KRU Music. Vokalis ialah jejaka muda berambut kerinting panjang yang nampak lain dari yang lain; Aweera (bekas finalis OIAM). Yang best lagi komposer Edry juga menjadi salah seorang ahli band ini (pemain synthesizer). MOJO memperkenalkan era baru muzik rock tanah air berlandaskan irama progresif yang dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan lagenda British seperti The Beatles, Queen, dan Led Zeppelin.
MOJO bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor, sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa. (sumber Hotfm)
Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO
Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com
~...HISYAM pernah buat lawak tak maharaja dengan menyebut suatu hari jika sudah tiada siapa di sisinya lagi, hanya SERI BULAN yang akan dipanggil menemani walau mungkin usia sudah penghujung senja..~
Saya sokong patah seribu kak...
ReplyDeleteEhehe...
Nanti kita tengok yerrrr....!
DeleteSaya pun rasa lagu Patah Seribu ni ada peluang menang
DeleteKalu menang teka, belanja saya Satay Station eh? Ahaks!
DeleteAweera org Perlis he he.
ReplyDeletePerlih belah mana Kak Inda? Kaki Bukit? Batas Liku? atau belah tang Santan? hahaha macam tahu jer saya
Deleteklu kak xsyer..
ReplyDeleteharussss ayu tak tauuuuu
tq....
Alahai dak Ayu ni. Kak Azie pun, tengok iklan kat tv jer. Tak terfollow jugak pun.
Deletelyn blog...
Deleteheheee
saya suka orangnya ...rambut ala2 maggi..hafiz pon not bad...lagu2 layan jer semua.
ReplyDeleteRambut dia jarang orang nak fesyen macam tu sekarang ni, kan? Tapi cute!
DeleteSetuju :)
ReplyDeletePart hat mana yang setuju tuh?
Deleteakak tak tau rancangan ni masih ujud lagi Azie kekeke serius!
ReplyDeletejarang bukak tv3 lagi dah ni...sebenarnya semua channel pun dh jarang ada masa nak ngadap, tp afc tu jd keutamaan la kalau ada masa hehehe
Dasat Akak Q nih... Sibuk benor ya?
DeleteBtw, saya pun suka channel AFC tu. Cuma nak ikut jer tak pandai.