Thursday, September 30, 2010

Syawal: Korban Masa, tapi Jiwa Terkorban Jua...

Scene: Mesorat yang tak macam mesorat. Sorang duduk sambil semak email. Sorang duduk silang kaki kat kerusi yang berkaki tirus, sekali pandang seriau patah mengejut. Sorang lagi duduk senget badan separuh, macam nak cepat beredar. Aku? Berdiri, sebab kerusi kosong dah takda. Cisss!

Topik: Job urgent, projek besar yang perlu di"launch" sebelum 8 Oktober. Berkebetulan projek terakhir sebelum bersaranya Dato' D (bukan Darling). Berbincang bukan kepalang tapi barang masih di hold di ofis sana. Janji dihantar balik jam 12 tengahari, tapi 4.30 petang baru "kelih" budak runner dengan peluh (ntah air hujan) bawa barang macam orang pindah rumah. (nasib ko lah..)

Mangsa: Semestinya aku. Sudahnya aku (sebagai peneraju konon pemegang rahsia dan kod kunci segala article), bertahan dan udah macam orang berumahtangga hingga ke malam (memang malam dah ni). Menyambung rutin sepanjang minggu yang tutup plug sharp 7.00 malam, kali ini maksima masa, jam 9.00 malam, so waktu itulah aku cabut tadi. Biarkan meja bersepah, biarkan kerusi lintang pukang (bukan dia boleh lari pun...)


Pengurang tekanan: BOS sedia menanti bersama (wpun tidak sebilik dan searas) dan belanja dinner. Syukur, balik tak lapar lagi wpun My TOKLAKI tefon dia masak Nasi Lemak malam ini.

Moral cerita: Tak sempat fikir. Korang fikir sendiri, bleh?

Kesimpulan: Tak sempat nak senyum simpul.

Selingan: Sorang kawan baik, cuba dapatkan tiket (kalu boleh aku nak yang free!) untuk tonton Dato' A. Samad Said di Dewan Filharmonik KLCC, sempena Festival Seni pada 12 Okt nanti. Kalu dapat, leh pegi tengok!

Peringatan: Jangan percaya semua, kerana baca memang boleh saja.

Perancangan: Tiada buat masa ini. Lagi 5 minit, nak masuk tidor.



~...sungguh pun berat rasa di hati, tapi sebaik keretapi berhenti di simpang tiga, terpaksa jua SERI BULAN turun memula langkah ke hadapan, sedang HISYAM termangu antara mengikut atau mengundur...~




Syawal: Jemputan yang Mungkin Tidak Dijamu Jemput-Jemput....

Senarai jemputan memenuhi hujung minggu sepanjang Oktober. Ntah mana satu yang nak pegi dulu, mana satu yang terpaksa ditinggalkan...

Terbaru, ada program Perjumpaan Aidil Fitri yang dianjurkan oleh blogger SHAM OnDscene yang dulu juga merupakan penganjur Gathering Blogger di Rawang dulu.

Tarikh: 9 Ooktober 2010
Masa: 12.00 - 6.00 petang
Lokasi: Commonwealth Forest Park & Resort
Kompartment 3 Hutan Simpan Bukit Lagong
KM 23 Jalan Kuala Lumpur-Rawang
Rawang, Selangor
(Program dalam dewan)
*Tempat sama seperti gathering blogger dulu.

Jika nak lihat more photos Gathering Blogger, klik SINI dan SINI.


Info lengkap boleh baca di blog OnDscene SINI. Ada beberapa maklumat penting yang mungkin perlu kita ketahui.

Rasanya memang agak mengejut program ini sebab aku mungkin sudah berada di luar kawasan pada tarikh tersebut.



Tuesday, September 28, 2010

Hasrat yang Terpendam, Hajat yang Terendam...

Pernah tak anda berhasrat atau berniat untuk mencapai sesuatu keinginan dengan sangat tinggi? (Jangan sebut tentang nak tunaikan Haji di Mekah, itu perkara lain, ok...)

Sejak aku di sekolah menengah lagi, aku sudah ada keinginan untuk ke tempat itu di sebuah negeri di Johor. Kerana terlalu terpengaruh dengan sebuah kisah dari satu novel yang paling best (novel yang memenangi anugerah GAPENA) sehingga aku selalu merasakan berada di tempat, di kampung itu, di lereng sawah itu, di pinggiran sungai itu...

...bersama orang kampungnya, bersama orang tua di situ, bersama pakcik kedai yang berniaga air botol di pengkalan sungai...

menjadi sebahagian dari mereka yang berduyun ke kebun sayur atau menoreh getah, atau bila tiba musim durian, bersama tinggal 2,3 hari di pondok dusun menunggu durian gugur..

burrrr...! durian, gugur! ...

lalu berlari mengejar, mengopek di pangkin, makan semasa masih panas (betul, durian yang baru dikopek terasa panas), kemudian mandi di sungai...

Pic: Google

--- jauh melalut ----

Kemudian, pada awal tahun 1996, aku dapat menjejaki penulis novel tersebut (berasal dari Perak) dan kami beberapa kali berutus surat (tidak pernah menyebut soal berjumpa pun). Aku terpaksa menyamar menelefon ke sebuah publisher untuk mendapatkan maklumat penulis tersebut, sukar sekali, sehingga aku memohon budi baik seorang editor bertanyakan pada penulis itu sendiri. Dan itulah sekali pernah kubuat. Sekarang ni, para novelis sangat mudah untuk didekati melalui pelbagai cara di zaman canggih.

Yang lebih mengujakan, kini beliau menjadi pemastautin tetap di Johor sana. Aku beberapa kali ke Johor, bercuti dengan group 2 kali, selebihnya semua atas urusan, jadi tiada langsung kesempatan meninjau atau singgah di tempat-tempat yang sering berada dalam ingatan... dan kenangan.

Aku berhasrat pergi dengan penuh keselesaan, tanpa kesendatan waktu, dengan tidak dihalang masa. Dalam erti kata lain, pergi dengan tujuan yang cuma itu, tujuan untuk mencari apa yang sangat aku hasratkan dulu. Melihat dengan mata apa yang patut dilihat, mendengar sendiri apa yang patut didengar (wpun mungkin keadaan yang digambarkan sungguh jauh berbeza kini, aku pasti itu).

Hingga saat ini tiada "dateline" yang aku tetapkan untuk hasrat itu. Mungkin ketika komitmen berkurang dan keadaan selesa lagi mengizinkan.

Sangat tinggi hasrat aku untuk melaksanakan hajat ini atau kalu boleh disebut impian, inilah impian terbesar aku.

Bukan taksub, bukan fanatik tapi mungkin kerana terlalu terbuai oleh penceritaan, terumbang ambing oleh permasalahan, terlentok oleh nyanyian dan bunyi gitar...

Bukan itu sahaja, ingin sekali aku menjejaki tempat lahir BONDAku di Batu Pahat (Parit Sulung?) wpun tiada siapa lagi di sana, tetapi kalu dapat singgah sebentar pasti kepuasan itu tak akan tergambar dengan hanya menulis di sini...



~...pernah suatu ketika bila SERI BULAN jatuh di selut dan bangun dalam gelak-ejek tawa-nakal HISYAM, dia berdendam untuk menenggelamkan perahu di tengah malam...~



Janganlah Sombong Sangat...

Memulakan entri bukanlah tentang tajuk di atas.

Menghargai jemputan, berterimakasih sangat kepada teman blogger KAKCIK SEROJA sekeluarga yang menjemput aku dan ACU SAYANG -- tanpa ZEQZEQ -- berhariraya di rumahnya. [yaaa... komen dia di entri KAKCIK sana sungguh menggoda, kerana dia tak pernah tengok AZIE sengih perasan..!)

Kerana masa hujung minggu yang sedia dimaklumi masing-masing sibuk, malam semalam barulah berjaya hadir walaupun hujan turun sepanjang hari membawa ke malam dan jalan jem di sana sini.

Rumah KAKCIK dengan rumah aku sungguh dekat, kalu tak jem dekat jambatan Pandan Indah itu, cuma 5-10 minit saja leh sampai. Terimakasih banyak pada ACU yang menjadi peneman.

Terimakasih tidak terhingga.


Pic: Kredit to KAKCIK SEROJA

Kepenatan hari ini seolah-olah seperti kerja 2 minggu berturut tanpa henti. Sedangkan hari ini baru bermula.

Projek dalam tangan bukan satu, malah lebih. Tapi yang paling besar ini yang paling kritikal kerana menjadi tumpuan seantero orang dalam bangunan. (Mungkinkah ini masanya untuk aku membuktikan keupayaan? Atau sebagai tanda aras meyakinkan pihak tertentu apa yang dijanji semasa temuduga jelas kini bukan sekadar janji kosong?)

Aku bukan baru hari ini berada dalam keadaan terlalu fokus atau tertekan. Sudah lali tetapi kepenatan tidak dapat dielak. Apatah lagi bila mendengar kisah-kisah rentetan sepanjang depa-depa bermesyuarat dengan Dato' D (bukan Darling) dan Setiausaha Projek (di Bangi) tentang tingkah-bengek ragam-perangai-cerewet tentang isu cover tapi mendesak mok-up kena launch sebelum 1hb Oktober. Gila...!

Cabaran ini bukan rungutan, bukan kesakitan tetapi ada juga kenikmatan kerana mencabar diri sendiri.

Bidang tugas kita, hanya kita saja yang tahu di mana kepala di mana ekor. Hanya kita yang tahu apa yang terbaik apa yang patut didahulukan, tetapi jangan sampai mengenepikan pendapat orang lain.

Ada orang begitu sombong dengan tugasnya (apatah lagi bila ada kad kuasa), sering kali merasa dia ada kuasa, sering merasa orang melihat akan gerun atau tabik hormat. Sudah lapuk pendirian sebegitu, kerana orang bukan gerun tapi menyampah. Kurang-kurang harus dihormati, itu memadai sekali. (Adakah aku juga mungkin dilihat sombong dari sudut pandangan mata orang lain?)

Ada orang tak suka citer pasal tugas/kerja kerana banyak sebab antaranya malu, atau menjaga reputasi pihak2 tertentu. Ada yang sorok kerja terus kerana dia orang penting atau bidang tugasnya melibatkan keselamatan awam.

Tapi aku menyampah bila orang yang kerja sendiri tak tersiap sibuk nak tegur kerja orang, pastu tunjuk dia lebih pandai. Bukankah berbincang lebih baik? Bukankah 2 kepala lebih baik dari 1 kepala?

Itupun kalu kepala yang ada otak bukan penuh dengan rumput! Hahahaha...


*...Kekalutan yang berlaku, mengalutkan lagi pemikiran HISYAM, apatah lagi bila terpaksa bergelut melawan nyamuk dalam gelap bila curi-curi pergi berdating dengan SALWA dengan alasan menunggu durian gugur... Padan muka!~




Sunday, September 26, 2010

Syawal: Hajat di Hati Memang Ndak...

Sori Berlori, pada kengkawan yang jemput ke majlis jamuan raya@Open House masing-masing termasuk beberapa orang kawan skulah lama yang buat pada semalam dan hari ini.

LIA, di AU3 buat jemputan mengejut pagi semalam dan majlis pada tengahari, memang tak terkejar dah aku. 2 majlis di Sg Congkak pun tak terpegi.

Hari ini pun ada tapi tetap terpegi. TOKLAKI kerja dari pagi sampai tadi kul 3 lebih baru balik.
*InsyaAllah, yang malam ni harus pegi.

Aktiviti hari ini sungguh boring so masak makan, masak makan.

Semalam aku dah putar "anak-anak" CHAK yang besar-besar ni... Ada nama Betty, Kitty, Sarah...


Hari ini mandikan yang kecik-kecik plak.

Dah bersih wangi semua, dah taktau nak simpan kat mana lagi. Mata tak leh tengok semua ni semak menyepah, tapi CHAK suka susun sana susun sini. Tiap sudut ada jer...


~...HISYAM sedang bergumbira bercanda di tepian Sungai Jerneh bersama sekian ramai dayang, tapi kenapa masih mengenang SERI BULAN di daratan...?~


BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER...

Sebagai menyokong usaha blogger TERSOHOR ini, mari listkan bersama.

Syaratnya mudah, sila KLIK SINI.



*****

Plan terkini dalam kepala: Nak tonton filem muzikal MAGIKA hasil produk KRU yang aku gerenti mesti best. Apa saja dari KRU, aku tabik...!



Saturday, September 25, 2010

Syawal: Jamuan Raya Bikin Kita Buncit, kan?

Hahahaha... samada buncit kerana Nasi Himpit atau buncit kerana air sedap.

Pagi tadi Jamuan Raya di tempat kerja aku bermula waktu sarapan. Konsep potluck dan aku volunteer masak Pulut Kuning. Kerana itu jer yang aku mahir. Nasi Himpit + Lodeh dah ada orang lain booking nak masak, Meehoon pun dah ada orang nak taja, so Pulut Kuning paling mudah. Tak perlu prepare awal, masak waktu pagi jer.

Kerana staf wanita Melayu cuma 3 orang, so kami bertiga uruskan makanan, dan 3 lelaki Melayu uruskan minum (termasuk budget sekali).

Kerana yang taja makan cuma 3 orang, menunya tidaklah hebat mana, tapi cukup mengenyangkan semua orang, bersulam Air Nescafe Tarik Sendiri yang dibikin dek kaum lelaki. (Rugi lak aku tak sempat tengok/intai depa buat air) [dalam ramai staf lelaki, aku cuma ingat 2,3 orang nama saja kerana department yang berbeza dan jarang berurusan, so aku ingat muka saja...]
*Pulut Kuning tu laku sampai berebut masing-masing nak tapau the baki, dan Sambal Bilis dapat Pujian Kelas Pertama lagi. Cewahhhh!
Tapi bagi orang yang tak cerewet makan cam aku, semua memang sedap!

Walaupun kerja menimbun, tapi kerana masing-masing nampak macam nak cabut balik awal, aku pun sama la jugak.

Singgah kenduri kahwin di perumahan aku. Pergi sensorang sebab TOKLAKI dah pegi awal dengan anak-anak. Mujur jumpa Mak Mertua di situ, so tak ler macam termalu tersipu or terkumat kamit sembang dengan diri sendiri.

Sebenarnya tak lapar sangat pun, tapi kerana kepingin benar pada Acar Buah tu, haruslah makan seenaknya.

Nasi Hujan Panas kata depa. Tak terasa Hujan, tak juga rasa Panasnya.







Bukan nak snap pengantin or pelamin pun, tapi nak amik gambaq group kompang tu. Anak bujang kiter ada dalam group tuh. (Dia join mula-mula tak tanya kiter pun, tahu-tahu dok pi berlatih tiap minggu, group ni bawah pengurusan surau. Seronok dia masa mula-mula dulu dapat duit upah wpun tak banyak tapi sonok tak hengat...)

...dan semua orang kekenyangan sampai ke malam.


~...owhh, sampai sekarang sungguh pasti HISYAM tidak buncit, ok!~




Friday, September 24, 2010

Syawal: Majlis Raya Yang Aku Nanti, Tapi Aku Rasa Depa yang Menanti Aku...

Buat masa ini, memang aku masih lagi menerima keadaan kerja di hari Sabtu. Isunya bukan tak suka kerja, atau tak suka dengan company, cuma merasakan masa/rutin aku untuk Sabtu yang terpaksa dikorbankan. Cewahhh.. macam buat bisnes besar jer?

Pasal kerja takda masalah, lagipun bidang kerja yang bermain dengan dateline ni dah jadi lali dan darahdaging sejak bertahun lamanya. Kerja di hari Ahad pun pernah.

Ok, lupakanlah isu kerja hari Sabtu ni. Tak penting bagi setengah orang, tapi seboleh mungkin kalu ada peluang kat tempat lain yang tak kerja Sabtu, harus dicekup!

Esok pagi ada Majlis Raya SIM ini, tapi definitely aku tak leh pi. Bersambung pula dengan Majlis Raya AP.com sebelah petang.


Pun tak leh pi juga. Aduhhh sedih gak, sebab inilah peluang nak jumpa dengan kawan-kawan lama yang jarang-jarang dapat jumpa.


*****

Terdengar ayat "lelaki budiman" dari siri drama (Zehra) tajuk Ahmad Durrah. Lamanya tak dengar perkataan lelaki budiman tu, kan? Ada lagi ker lelaki budiman sekarang ni? Definisi lelaki budiman tu agak subjektif, tapi jika lelaki yang bertanggungjawab tapi ego besar macam gunung berapi, itu bukan budiman namanya, tapi BodyMan...hehehehehe!


~...SERI BULAN sungguh pilu lagi syahdu, bila HISYAM terus menjadi pita rakaman suara, setelah piring hitam retak berbunyi sumbang...~


**Tak dapat jengah blog kengkawan, or nak balas komen, letih sangat tadi kerja sampai senja. Nak tido awal ni...



Thursday, September 23, 2010

Pro Kontra: Tukar Minda Bukan Pinda...

Terimakasih bebanyak, pada respons yang berada di tapak entri tentang Kerja di Hari Sabtu.

eelobor said...
betul tu kak, tp kitaorng lak walau hakikat cuti ari sabtu, tp kebanyakkan kena keja gak. katanya OT tp x pernah senang nk dpt claim. redha jer lah
September 23, 2010 7:25 AM
Kalu dikira OT ok la skit, ada gak masyuknya..:)


kakcik said...
Memang rasa buang karan dan buang masa kerja hari Sabtu kan??? Setengah hari - macam tak buat apa2... :)
*Ahad ni... jadi tak???
September 23, 2010 7:42 AM
Kalu takda keja, memang sungguh boring. Tapi kalu sibuk, kena lak buat OT sampai petang.
*Ahad, tak leh nak confirm sekarang la.

fa*atip said...
suka muka! Kerja! Kerja! :P
September 23, 2010 8:30 AM
Bekerja lah kita sekuatnyaaaa...!

somuffins said...
Azie
I paham jeritan batin you berdasarkan pada pengalaman sendiri.
September 23, 2010 8:32 AM
Taknak ker menjerit sama?

mokjadeandell said...
Semua tu makcik tinggalkan 3 tahun lalu.Sekarang boleh blog 24/7.Dunia rasa macam ana yang punya.
September 23, 2010 8:39 AM
Saya teringin nak ikut macam MAKCIK.

azmiroy said...
AA.. saya faham perasaan awak kerana kerja hari sabtu juga merupakan budaya kerja syarikat kami. Dulu saya pun tidak boleh terima kerja hari sabtu, tambahan pula kerja sepenuh hari sabtu. Rakan2 di jabatan lain pada hari Jumaat dah hilang melancung ,balik kampung dan sebagainya. Kami hari Sabtu sampai kesenja masih berada dipejabat. Tapi kami lama kelamaan budaya itu saya boleh terima.

Jadi AA terimalah seadanya dan buat perbandingan dengan mereka yang teraksa kerja pada hari Ahad pula....he...
September 23, 2010 9:39 AM
Terimakasih. Saya pun pernah kerja Sabtu masa tahun-tahun 90-an dulu, malah pernah kerja sampai senja, pernah kena panggil kerja hari Ahad/public holidays. Malah pernah kerja sampai pagi raya. Bidang kerja saya memang kena jaga dateline. Tapi setelah meningkat usia (dah tua) dan setelah lebih 9 tahun kesedapan off hujung minggu, payah nak mulakan semula.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...
betul tu kak Azie..
dulu kompeni Vic pun half day sabtu..
Tapi semasa kegawatan ekonomi tahun 2008, kami telah mencadangkan supaya sabtu off day manakala 1/2 jam ditambahkan setiap hari pada hari biasa... (klu sblm ni balik kul 5, skang balik 5.30).
Kesannya, dapat jimatkan bil letrik kompeni, sebab bahagian ofis yg kerja sabtu bukanlah kerja sgt pun. Hanya memenuhi kehendak kompeni je. Membazir letrik je kalau kerja sbb pakai aircond, lampu, microwave, boiler, water heater.....
September 23, 2010 10:31 AM
Itulah yang Kak Azie dok fikir...

anyss said...
Salam,
Hanya ada 2 cara sahaja;
1. Terima: maknanya kena ubahsuai minda sendiri. Kena cari juga alasan untuk pujuk hati sendiri dan redhakan diri.
2. Tolak: maknanya, dah boleh start cari keja lain.

Kat mana-manapun kita keja, bukan 100% budaya, environment dan suasana sesuai dengan kita. Belum campur lagi perangai semua orang, boss termasuk tukang cuci...
September 23, 2010 11:25 AM
Terimakasih. Setuju 100%..! Sebenarnya MOKYANG dah pun mulakan usaha cari kerja kat tempat lain, malah dah pun hadir interview cuma lum diberikan jawapan. (Macam payah nak dapat jer, sbb bersaing ramai). MOKYANG masih menimbangkan samada bertahan atau perlu cari lain berdasarkan beberapa keadaan yang membantu.

roslaini saad said...
Jadi cikgu sekarang pun...sabtu kena datang...walaupun cuti..ada saja aktiviti dan program..
Dulu orang kata..kerja cikgu senang..sabtu pun cuti..tapi sekarang ..jabatan lain cuti, cikgu kena datang sekolah....
memang sakit hati bila cuti kena datang sekolah...
September 23, 2010 11:58 AM
Sebab tu dah ada 2,3 orang kawan Kak Azie yang kerja cikgu berenti kerja, sebaliknya cari kerja kat jabatan. So, tak pening lagi dengan karenah murid (termasuk karenah guru lain dan guru besar), dan tak perlu lagi nak buat macam2 kerja. Kata kawan Kak Azie tu, lega yang paling lega sebab Sabtu/Ahad leh gi jalan-jalan, yang paling penting, tak yah fikir pasal anak murid lagi...!

gadisBunga said...
sob sob....kite dah nak dkt 2 tahun keje sabtu. mmg buang karan. tak suke! tak suke!
September 23, 2010 1:21 PM
Tak suker pun kena buat gak, dah nama pun kerja. Huhuhuhuhu!

IXORAROXI said...
Terimakasih AA utk ucapan dan doa
September 23, 2010 2:32 PM
Sama-sama kasih.

iCe said...
kalo tak suka, gi cari keje kat tempat lain..!!! ( dulu2 salu cakap macam ni kat staff... muahahahaa )
September 23, 2010 5:05 PM
Tak suka kerja Sabtu, tapi kalu BOS manyak hensem lagi baik hati, mesti mau stay jugak maaa...!

zureen @ mama said...
Zureen pun tak suka kerja hari sabtu sbb sekerat hari jer..
September 23, 2010 6:06 PM
Kalu dapat balik kampung, kan best?


*Nak tergelak pun ada, kesian pun ada. Ramai pelajar yang beli soalan ramalan UPSR (RM1 per naskhah) dari guru mereka (subjek BM Pemahaman, Monday, dan English tadi) tapi tiada satu pun soalan ramalan itu yang kuar masa exam tadi. Padahal begitu kuat sekali keyakinan yang diberi sehingga mempengaruhi murid untuk membeli. 150 calun, kalu 50 orang yang beli? Cikgu kayo...! Cikgu kayo...!


Syawal: Kesian Sabtu, Asyik Disalahkan...

Semakin lama aku semakin merasa tertekan kerana terpaksa bekerja di hari Sabtu.

Walaupun setengah hari, tapi kerana diri dan otak sudah dilatih bertahun-tahun cuma bekerja 5 hari, sungguh seksa melakunkan diri bersedia bekerja separuh hari.

Nak cari baju (dah tentu nak kena gosok dengan tudung sekali), nak kuar rumah, kadang-kadang tu tak sibuk pun, kul 1 dah balik. Macam buang masa jerrr.. (Buang karan pun ya jugak!)

Di tempat lama dulu, 10 tahun dulu, kami pernah fight dengan management untuk dapatkan Sabtu off dengan menambah sedikit masa pada hari lain dan ternyata memang best sangat sebab ada banyak aktiviti boleh dibuat bermula petang Jumaat atau pagi Sabtu.

Contoh simple:
- boleh pegi pasar so Ahad leh rehat dan buat keja rumah yang lain
- boleh terus balik kampung sbb 2 hari off
- hadiri mesyuarat atau aktiviti sosial yang lain

Sekarang?
Aku masih tertekan sampai hilang mood nak buat aktiviti di hari Sabtu, kecuali terpaksa. Walaupun masih boleh mula sebelah petang, tapi tetap rasa terkejar. So aku banyak duduk rumah puaskan hati sendiri dan rehat.

Rutin aku jadi berterabur. Sungguh tidak suka..! Sungguh tidak suka..!


~...SERI BULAN juga tidak mengulang makan Rendang Raya kerana buluh lemang sudah menjadi kayu api buat memanggang ikan keli...~


Tuesday, September 21, 2010

Syawal: SERI BULAN Tak Goreng Telur Mata Kerbau..

Letih, sebab kerja sampai lewat senja tadi. Dah lama tak kerja OT nih.

Hilang mood nak masak, sekadar Nasi Goreng Kampung yang tetap tak pernah berbaki kerana Anak-anak Tarzan sentiasa lapar macam tak jumpa nasi seminggu.

Hilang mood nak menulis panjang lebar, sebab takda isu tepat. Banyak stori bercampur-campur, bergaul menjadi satu beban dalam batu jemala (yang batu besar juga ada duduk....).

Yang rajinnya, lately suka lak lepak kat FB. Bukan ada orang layan pun, tapi suka lak baca macam-macam info di situ.

Isu virus Malware tu ku anggap selesai, sebab takda apa-apapun, janganlah risau. Pakar IT bagitau, itu bukanlah masalah besar. Terimakasih kepada yang memberi tunjuk ajar.

*Tiba-tiba teringin nak makan Yee Mee Kungfu bersama seseorang, bukan lagi Telur Mata Kerbau...


~...Antara SERI BULAN dan Seri Menanti, yang membezakan bukan hanya ejaan dan perlakuan, tetapi juga tahap kesabaran menunggu. Entah siapa yang bakal menyambut lambaian tangan HISYAM yang pulang dari kebun pisang, tapi mengendong petai...!~


Monday, September 20, 2010

Syawal: Keliru Sampai Pening...

Terimakasih kepada sekian ramai teman blogger yang membantu dan memberikan tips/panduan untuk menangani masalah virus Malware yang kena pada blog aku yang tak seberapa ni.

Kalu nak ikutkan aku takda pasang iklan pun (kecuali yang dari Nuffnang tu), takda video, takda lagu latar, takda bling-bling, takda widget yang pelik-pelik pun, tapi leh kena.

Antara panduan ada sebut, guna Google Chrome utk trace dari mana masalah itu datang. Ya betullah, ada satu blog yang disebut sebagai host virus. Cuma peliknya, agak lama aku tak masuk blog tersebut (sebab rasanya sudah diprivatekan). Dan berbulan aku tak dapat masuk blog tu, tapi virus tu leh jangkit lak. Takpa lah, harap-harap masalah virus tu akan selesai pelan-pelan.

Walaupun bukan keutamaan dalam hidup soal berblogging nih, tapi sekurang-kurangnya dapatlah belajar sesuatu tentang dunia IT yang serba luas tanpa sempadan.

Ada perkara lain yang lagi penting yang sedang aku pertimbangkan sekarang. Dah lama pun aku dok fikir, sejak sebelum puasa lagi. Aku sedang berkira-kira untuk mencari tempat kerja baru. Dan aku sudah pun memulakan beberapa langkah awal untuk mula menukar haluan.

Sebab apa? Ada banyak sebab. Buat masa ni aku kena tumpukan tanggungjawab sebagai staf di sini. Seharian ini memang sibuk, kalut dan sendat. Ini antara sebab yang aku tak berani bercuti lama masa raya, sebab projek yang satu ini (Further Advance) baru mula dan sekarang dateline utk launch semakin hampir. Masa awal dulu, taknak kasi semua article, bila dah dekat masa, baru buat macam orang terkejut. Yang seksa tentulah aku yang macam rasa nak pasang tangan lagi empat kat belakang.

Mungkinkah aku orang yang terlalu mengharap, atau terlalu demand? Aku rasa tidak. Tetapi dalam certain keadaan, aku rasa ada pihak sengaja cuba meletakkan aku dalam keadaan bersalah, dan seboleh mungkin nak buat seolah aku sedang berbuat salah.

Biarkan. Persepsi macam tu aku tak heran sangat, tapi pendirian orang-orang yang berkuasa yang pada aku terlalu angkuh dengan pekerja membuatkan aku malas nak layan. Contoh, seorang yang sedang dilihat tidak menepati arahan atau bermasalah dengan disiplin, disebut, "Kasi warning. Buang saja. Kita cari staf baru. Bukan susah.!"

Ayat sebegitu sungguh angkuh bagi aku. Walaupun aku belum pernah berhadapan dengan keadaan itu, tapi tidak mustahil suatu hari aku mungkin terperangkap antara mengikut arahan dan mengikut pertimbangan wajar sendiri.

Melayan reaksi angkuh bukan menjadi minatku. Seboleh mungkin aku mengelak, dengan cara membawa haluan sendiri, sebab aku takda masa nak layan atau nak fikir hal macam tu.



Aku harap beberapa usaha aku kebelakangan ini akan memberikan hasil yang baik dan meletakkan aku dalam keadaan selesa lagi pasti. Melompat-lompat tempat kerja ni bukan sifatku bukan minatku. Tapi nampaknya, keadaan aku sekarang tidak banyak memuaskan hati aku.



~...bukan tidak pernah SERI BULAN ditawarkan jawatan hebat lagi lumayan tanpa syarat, tetapi enggan merasa terlalu terhutang budi baik, dipohon usah melihat jasa dibalas jasa tetapi memandang usaha pasti untuk kebaikan bersama...~



Tolong, Bantu. I need help!!

Salam pagi Senin.


Perkara: Masalah Virus

Tuan/Puan,

Seorang pembaca menghantar mesej, “Haiya, lu munya blog ala vilus maaaa....gua tatak boleh masuk, manyak mahaya ooo...itu vilus nama Malware....”

Terimakasih banyakkkk...!

So, ada sesiapa lagi yang bermasalah nak masuk my blog macam AMOI di atas? hehehehe. Sian. 

Yang lebih penting, ada sesiapa boleh tolong saya selesaikan masalah ini? Dari mana punca virus? From my PC or from gambar yang saya upload? atau dari side situ?

Sapa yang biasa, yang ada pengalaman or yang pandai dalam hal ini? Pleaseeee!

Abang HAMZAH al-LAVENDARI? EELOBOR? CEMOMOI? KAKCIK? AYIE? lagi.. lagi? yang lain?

Segala jasa baik tuan/puan saya dahulukan dengan setinggi-tinggi terimakasih.



Sekian,

yang benar,

.............................................
(Puan AZIE, pemegang blog dan pemegang amanah)



Sunday, September 19, 2010

Syawal: Masih Terbuku Rasa di Hati...

Pagi tadi baru aku berkesempatan hadir di sekolah ALIA, sedangkan program akhir sebelum UPSR bermula sejak Jumaat lagi. Sebab aku kerja, Ahad baru boleh hadir.



Malangnya, hasrat nak berbincang (sebagai AJK Tahun 6, 2010) dengan beberapa orang guru yg terlibat tidak kesampaian, kerana yang kelihatan hanya guru-guru lelaki yang belum pernah lagi aku berurusan. Seorang lagi AJK tak jadi hadir sebab demam. So aku balik agak awal.

Tak tercapai hasrat aku untuk bertanya-tanya tentang isu "menyuruh meniru/memberi jawapan dalam dewan peperiksaan". Petang Sabtu semalam aku tanya ALIA lagi, ada tak cikgu sebut pasal suruh kongsi jawapan. YES! Memang Puan ** minta murid yang tahu jawapan tolong beritahu pada yang tak tahu, nanti masa UPSR Selasa 21hb.

Sungguhlah aku bengang! Apapun alasan sekolah, aku tidak dapat menerima ini. Sungguh tak masuk akal...! Dan isu ini sudah pun kami masukkan dalam senarai agenda untuk PIBG meeting nanti. Wpun aku tidak begitu aktif dlm PIBG (kerana ramai lagi yang lebih layak), tetapi isu ini wajar disebut dan diperbincangkan. WHY?? Kenapa nak suruh anak murid meniru? Kenapa mesti berkongsi jawapan dalam dewan semasa peperiksaan sebenar??



~...SERI BULAN terpaksa memaling muka, membuang pandang bila JALIL dengan sengaja mencarut di depan murid semasa sesi belajar di sekolah Atap Rumbia, mujur HISYAM datang membuka silat...~


Saturday, September 18, 2010

Syawal: Open House, dulu dan sekarang...

Ada sesapa yang baru balik dari makan-makan dan makan-makan di Open House? Mesti seronok tu beraya sana sini situ sinun dari satu rumah ke satu rumah memenuhi undangan Open House.

Aku kerja hari Sabtu (selepas berpuluh tahun tak penah keja Sabtu), ohhh hanya Tuhan yang Tahu, betapa boring dan sungguh tidak suka. So, melatih diri untuk sesuaikan keadaan menyebabkan aku tidak pernah letakkan apa-apa program di hari Sabtu kecuali terpaksa.

So, Sabtu lepas balik keja, dok umah tak kuar lagi, sebab dah penat seminggu, dah malas dan ilang mood.

Undangan Open House pertama yang aku terima thru sms, adalah 4,5 hari dulu (sebelum Hari Msia). Undangan yang macam tak undang. Sebab terlalu ringkas, sebut ajak datang pada hari dan masa. Tanpa alamat. Kebetulan majlis jatuh pada Sabtu, so ada excuse untuk tidak menjelajah satu KL mencari majlis tanpa alamat nih...!

Well, abaikan undangan yang tanpa alamat. Kemudian undangan rasmi dari seorang blogger yang selalu aku ziarah blognya kerana dia ni pandai masak (aku rasa dia ni pengajar di UiTM lah... tak berani nak tanya..). Terimakasih HEZRIN.

Pagi tadi masa di ofis, ada 2 lagi undangan untuk esok. Dari sorang kawan/sahabat yang tiap tahun mesti buat Open House, dan tahun lepas Open House aku pun dia datang sefamili.

1 lagi undangan datang hanya dengan ayat, "Jangan lupa esok datang majlis raya rumah POLAN." Itu jer? No alamat dan yang kelakar datang dari orang lain, bukan si tuan rumah. Apa punya jenis undangan pun aku tak faham.

Minggu depan Sabtu pun ada undangan Majlis Raya untuk semua ahli SIM (Yahoo Group terbesar di Msia), di Sg Congkak. Hmmmm... majlis yang berbayar dan pada tarikh tu gaji pun lum masuk. Kalu sorang 1 kepala, kalu aku bawak anak 4 orang? Dah berapa tuh? Adehhh...

Petang tadi aku mengisi petang dengan tidor dalam ertikata untuk berehat sejak dari Raya tidak pernah mendapat rehat yang cukup. Seorang kawan tiba-tiba call, bertanya aku sudah sampai di rumah POLAN B? Nak jumpa aku.

Amboiii... bila plak si POLAN B buat Open House jemput aku? (Atau memang sekarang bleh jer terjah tanpa undangan atau tanpa bagitau?) Aku jawab sambil mata masih kelat, "Taktau lah, tak tau citer pun." Dia malu, aku pun ikut malu. hehehehehe

Tapi ramai juga yang menjemput dengan cara yang betul, siap undangan dari FACEBOOK, ada tarikh, masa dan alamat penuh. Terimakasih kepada yang mengundang. Yang lain tu, bukan tidak ikhlas, tapi cara agak tergesa dan terburu.

Aku pun faham, ada orang tak kisah kalu kita terjah jika dia ada kat rumah, tapi kita plak yang rasa serba salah. Kita sendiri pun, tengah berehat kat rumah, sakit kepala dgn kain baju menimbun, pinggan mangkuk belum berkemas, tiba-tiba jer ada orang nak datang. Musim raya, tak wajar pula hanya dihidang air kosong atau cuma Oren segelas?

Dulu-dulu, budaya Open House di kampung tiada syarat tiada protokol. Sekarang ni, haruslah dibuat temu janji, atau tunggu undangan kerana budaya sebegini lebih selesa bagi tuan rumah dan tetamu.

Apapun, terimakasih kepada sekian ramai yang sudi mengundang, mengeratkan silaturrahim, sudi melayan tamu. Bagi yang menerima undangan, wajar juga membaca beberapa tips yang disenaraikan oleh rakan blogger ANYSS dalam entrinya yang INI.

Rumah terbuka AKU? Tiada perancangan tepat buat masa ini.




~...Laman rumah Teratak Nyatuh di Kampung Separuh Desa, pernah riuh dan meriah dengan marhaban dan berzanji, tapi itu tidak mengganggu pertemuan yang sunyi lagi sepi antara HISYAM dan SERI BULAN...~





Alfatihah: perginya seorang seniman...

Bila sudah tiba masa. Pelakon veteren berusia 65 tahun, M Rajoli (nama sebenarnya, Mohd Rajoli Mohd Zain) menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Ampang pada pukul 10.45 malam (17 Sept 2010) di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allayarham mengidap kanser di kelenjar otak (lymphoma) sejak tiga tahun lalu akan dikebumikan sebelum Zuhur ini di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Pelakon ini sering membawakan watak ustaz, M. Rajoli sudah sekian lama mengalami masalah kesihatan.

Aku pun suka dengan watak-wataknya, malah baru-baru ini bulan puasa haritu, aku tonton drama dia sampai 2 kali (tahun lepas pun 2 kali gak), arahan Rashid Sibir, kisah pasal dia boleh berinteraksi dengan roh orang yang sudah mati dan mohon didoakan. Kebanyakan drama lakonannya sungguh berkesan. (Aku lebih suka dia di drama berbanding di filem)

Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aminnnn..

Salam takziah buat seluruh keluarga allayarham.




Friday, September 17, 2010

LUNA Bercerita: “Aku Memang Orang Kampung”, Cemburu Biar Berbaloi...

Kisah benar dari seorang kawan dan juga seorang saudara. Tidak perlu meramalkan apa-apa, cukup sekadar mengambil iktibar dan tauladan dari kisah ini.

Sebuah keluarga yang sederhana. Bahagia walaupun sekali sekala ada juga pertengkaran dan bertingkah pendapat sesama adik beradik. Si ayah mempunyai isteri lain menyebabkan si emak bersikap terlalu “defensive” terutama kepada anak-anak perempuan.

Bila anak-anak sudah dewasa dan berumahtangga, masing-masing berdikari dan hidup seperti juga orang lain tetapi perhatian kepada emak tidak pernah dilupa hanya kepada si ayah agak kurang kerana si ayah tinggal jauh bersama isteri lain. Hubungan yang renggang adakala membuatkan anak-anak kurang senang dengan sikap si ayah yang disifatkan terlalu berat sebelah.

Gambar sekadar hiasan.

LUNA, seorang menantu dalam keluarga tersebut wpun pada awalnya si emak tidak berkenan sehinggakan masa yang diambil LUNA untuk menjadi menantu disenangi (bukan untuk disayangi pun) adalah bertahun-tahun. Bila anak-anak dari perkahwinan LUNA membesar dan kelihatan sempurna dalam kesederhanaan dan cemerlang dalam akademik, barulah mereka diberi perhatian dan dilihat sebagai sebahagian dari keluarga.

LUNA memahami keadaan, cuba membawa diri, menyesuaikan dirinya selayaknya tetapi kerana mereka paling hampir dengan si emak, seboleh mungkin perhatian harus diutamakan.

Masa yang berlalu mengubah keadaan tetapi tidak semua dapat diubah. Masih ada rasa tidak suka, masih ada rasa pesimis dan prejudis. Yang memedihkan rasa pesimis itu sangat dangkal dari adik-adik perempuan sejak mereka masih bersekolah lagi kerana LUNA adalah seorang kakak ipar yang berasal dari kampung. “Orang Kampung” tidak sesuai jadi kakak ipar mereka — itu yang dipasang dan disetkan dalam minda LUNA sejak dulu.

Ternyata hingga kini pun begitu. Menyedari keadaan itu, LUNA terus menjadi “orang kampung” yang tidak boleh langsung mengubah jati dirinya samada adik-adik ipar memaksa sekalipun. Sementelah ibu mertua sudah menerima, LUNA terlupa akan ketidaksukaan adik-adik ipar perempuan terhadapnya kerana itu tidak lagi penting baginya.

Tetapi hari ini, lihatlah. Seorang adik ipar perempuannya (R) sangat beruntung bersuamikan “orang bandar @ orang jati KL” yang didakwanya kaya (kaya begitu subjektif bagi aku...). Kaya bagi seorang perempuan yang tidak pernah tamat sekolah, tidak bekerja tetapi bila suami ada rumah besar, ada kereta cukup baginya mengisytiharkan dirinya kaya. Syukur...

Tapi adakah kaya itu membolehkan dia melupakan keluarga? Menidakkan adikberadik lain sebagai ahli keluarga? Terutama terhadap keluarga LUNA yang sejak dulu hingga kini dan selamanya adalah “orang kampung”? Kekayaan itukah yang membenarkan dia memandang ahli keluarga dengan ekor mata atau jelingan sinis? Seperti kata LUNA, dia bukan apa-apa, jadi untuk apa diingat walaupun sebagai kakak ipar?

Raya yang baru berlalu, R tidak langsung pulang beraya malah begitu bangga beraya dengan keluarga suami. Kehendak sendiri, siapa dapat memaksa. Tidak pulang tidak menjadi salah kerana beralasan, cuma yang menjadi salah adalah menyenaraikan begitu banyak haknya terhadap rumah, terhadap keluarga tetapi lupa terlalu pendek senarai tanggungjawabnya terhadap rumah, dan ingatannya terhadap keluarga....!

Seorang lagi adik ipar perempuan, yang bertukar ganti teman, sehingga hari ini tidak pernah puas hati untuk menetapkan jodoh sebagai suami. Bukan sedikit cerita tentang rasa tidak suka, tidak sesuai, tidak sempurna, tidak ngam tentang lelaki-lelaki dalam hidupnya. Adakah diri kita terlalu sempurna sehingga melihat orang terlalu buruk dan sengkek? Tidak bolehkah belajar menerima kelemahan orang lain seadanya? Kata LUNA, sewaktu umurnya seusia adik iparnya itu, dia sudah ada 4 orang anak.

Seorang lagi adik ipar lelaki, hampir sebaya LUNA mencari-cari jodoh tetapi lupa mencari-cari bekalan dan harta secukup kadarnya untuk memiliki keluarga. Bukankah sekarang cinta saja tidak cukup? Mulut manis, janji indah tidak cukup padat mengikat seorang wanita dalam rumahtangga jika beras tidak mampu dibawa balik.

Walaupun baru-baru ini, kelihatan akrab lagi intim dengan seorang gadis cantik, NIKKI (lebih cantik bergaya berbanding LUNA), dan ada ijazah, kerjaya tetap tetapi terlalu panjang masa diambil untuk berkasih-kasihan tanpa matlamat. Sewaktu masih suka? Bila bosan menanti? Usia bertambah bagi lelaki mudah saja, tapi si gadis? Moga ada jodoh mereka...

Tetapi apalah gunanya cantik bergaya, berijazah, kerjaya hebat tetapi terlalu sombong walaupun dengan bakal keluarga mertua. Adakah untuk memikat si jejaka hanya perlu menjaga hati bakal ibu mertua tetapi dengan ahli lain, kakak-kakak ipar, abang-abang ipar tidak perlu ditegur sapa, diramahi atau disenyum sekilas?

Aku menyoal LUNA, kau sebenarnya cemburukan adik-adik iparkah? Kata LUNA, “Aku hanya kesiankan mak mertua aku. Dia terlalu melindungi, terlalu mempertahankan anak-anak perempuan, tetapi anak-anak perempuannya tidak langsung menjaga hatinya setelah masing-masing ada kehidupan.”


Moral: Cemburu biar bertempat, tapi cemburu terhadap adik beradik sendiri adalah sesuatu yang sia-sia.

Tiada ibu yang tidak mahu melindungi anak-anaknya tetapi setiap anak adakala terlupa teralpa. Bagi mereka sesuatu perkara itu mudah, tetapi hati emak melihat dari sudut yang sangat luas lagi teliti, dan sensitif itu terlalu amat biasa dirasa.

Mengambil iktibar, jangan mudah menilai seseorang dari asal usul atau keturunan, kerana kehidupan mudah saja berubah, diubah atau terubah. Jika dulu kita comot selekeh, tak mustahil suatu hari kita menjadi begitu cantik, begitu menawan... kan?

LUNA: “Sekurang-kurangnya aku puas, walaupun aku masih orang kampung, tapi aku tidak sehina seperti yang dilihat mata mereka suatu ketika dulu. Sekurang-kurangnya aku tidak dipesongkan hati untuk terus berbakti kepada emak mertuaku sepertimana kasihku kepada ibu kandungku sendiri.”





Syawal: Bila Suka Bertukar Duka, Penat pun Jadi Berganda...

16 September, sambutan Hari Malaysia, dan semua rakyat mendapat cuti umum.

Seperti yang dirancang awal, kami balik ke kampung lagi. Walaupun tidak keseluruhan perancangan dapat dilaksanakan, tapi kerja-kerja di kampung tetap harus dibuat dan disambung lagi.

3 kereta berkumpul dengan tujuan utama menanam pokok, benih pokok yang sudah dibeli di KL, dan juga menyambung kerja-kerja memasang pagar yang belum selesai.




Sekadar pemberi semangat. Santai bawah pokok manggis.


Benih pokok yang dibeli. Ada pokok rambutan gading, mangga harumanis, durian belanda dan nangka madu.




Selesai depa menebas rumput, aku tumpang mencuba meracun (guna pam yang disangkut di belakang — no pic, malu, sebab bila dah tutup kepala dan mulut, dah rupa macam “minah indon”).

Dulu masa masih di kampung, haram tak pernah sekalipun aku buat keja camni, (wpun selalu tengok arwah AYAH dok buat), tapi sekarang boleh pula aku meracun. Tidaklah susah mana pun sebab keterujaan itu yang lebih. Hanya memotong rumput guna mesin itu saja yang TOKLAKI tak bagi, sebab agak berat dan bahaya wpun aku teringin sangat nak cuba.

Yang best, kali ini Along dan Kak Long ikut serta kerana bila Kak Long ada, kami mesti dapat makan sedap-sedap sebab dia rajin dan pandai masak. Dia bawa Pulut Kuning dan Sambal Bilis, Kari Ayam, Sambal Tempoyak dari rumah. Tiba di rumah kampung hanya masak nasi dan goreng Sayur Kailan. Air Sirap dan Teh-O. Simple tapi kerana makan begitu santai di rumah kampung, tetap sedap!


Bancuh simen, untuk tapak pagar.


Pokok jambu batu yang sudah terlalu tua. Tebang kasi buang.


Buah jambu batu yang isi merah, sudah lama tak jumpa jambu macam ni. Macam masa kecik-kecik dulu, kat kampung.


Menyambung kerja-kerja merumput selepas Zohor dengan hasrat, cepat siap cepat balik. Entah di mana silapnya My TOKLAKI jatuh tergelincir. Pada awalnya, tiada siapa pun kisah, wpun IWAN nampak dan gelak-gelak bagitau si ayah jatuh tergolek.

Dia masuk sendiri ke dalam rumah dan baring. Rupanya baringnya tidak lagi dapat bergerak. Memusing pun sakit, untuk bangun duduk jauh sekali. Berjam-jam aku mengurut akhirnya 2 orang tukang urut kampung dipanggil. Seorang bekas tukang urut perempuan, kemudian Pak Dollah pula mencuba mengurut.

Kerana tiada langsung berkesan malah dia semakin mengerang sakit, ambulan terpaksa dipanggil untuk dibawa ke hospital untuk mendapatkan injection atau sekurang-kurang ubat penahan sakit. Hanya aku seorang yang dibenarkan mengikut ke hospital. Merasalah aku makan angin ke Hospital Kuala Pilah dengan ambulan. Hehehehe….!

Pemeriksaan awal oleh paramedik, tapi akhirnya terpaksa juga dibawa ke hospital.



Dan selepas diX-ray dan doktor mengesahkan tiada tulang yang patah atau tersasar, juga tiada saraf yang rosak, hanya muscle yang dikatakan meregang teruk, dengan ubat di lengan (morphine) dan injection di pinggang, menjelang 8 malam barulah doktor membenarkan keluar, dan kami bergerak balik terus ke KL.

Berganda penat di badan. Sudahlah aku juga merumput, meracun, membakar sampah sarap, menebas, membancuh simen dan memagar, terpaksa pula beberapa jam menunggu di hospital.

Nampaknya hasrat untuk balik lagi hujung minggu ini terpaksa ditunda ke minggu seterusnya kerana TOKLAKI harus berehat lebih lama sebelum perah tenaga lagi. Kebetulan minggu ini, giliran abang yang lain pula balik menyambung kerja memagar dan mendirikan stor.


**Petang tadi, Kak Long (biras) call tanya khabar tapi gelak-gelak sebab, "Kak Long tabik lar, Azah boleh meracun...!" Hakhakhakhak! Aku kan orang kampung?




~...begitu jauh perjalanan, terlalu lama masa yang berlalu SERI BULAN tidak langsung melihat kelibat HISYAM di laluan laman Teratak Nyatuh, sehingga terdetik di hati, rindu itu sudah tidak bertepi lagi...~





Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia...

SORI BERLORI, agak lewat dan sudah penghujung hari baru berkesempatan mengucapkan Hari Malaysia. (apa tema tahun ni?)

Syukur kita sebagai rakyat Malaysia yang aman damai (wpun masih ada jenayah di mana-mana) tetapi sekurang-kurangnya kita tiada perang.

Negara yang makmur, wpun masih ramai yang dikatakan miskin tegar. Negara yang jarang ditimpa bencana alam wpun sekali sekala ditimpa ribut taufan.

Negara yang bebas merdeka, wpun kadang-kadang pendapat kita jarang didengar. Negara yang murah rezeki sehinggakan begitu ramai orang asing datang berdagang, mencari rezeki wpun membawa sekali peribadi buruk dan jenayah seperti orang yang besar kepala lagi berani melawan tokey!

Sebuah tempat kita membina kehidupan sempurna, dari generasi ke generasi sehinggakan ada yang sanggup membuang generasi ke longkang dan tong sampah.

Sebuah negara yang bebas untuk kita menimba ilmu sehingga begitu banyak universiti pun masih ramai yang tidak mendapat tempat dan masih ramai yang terkandas tanpa sijil.

Sebuah persinggahan selesa untuk bercuti wpun masih ramai rakyat tempatan tetap suka berulang ke Bandung, Medan, Sydney, Haadyai, Phuket, London....etc etc.

Kita bebas belajar, bebas bekerja, bebas berjalan-jalan. Tetapi sejauh mana kebebasan itu terpelihara?

Kita rakyat Malaysia, hanya tahu berbangga sahajakah?


Selamat Hari Malaysia semua...!



Syawal: Kenapa Anak Buah Lebih Besar dari Mak Buah?

Aidilfitri hari ke-3, Ahad. Hari untuk mengemas rumah kerana semua akan bergerak balik ke KL dan rumah akan kosong semula. Jadi segala perkakas harus disimpan sempurna.

Bergerak balik secara berkonvoi juga, kami singgah di rumah Abang Long (abang sulung My TOKLAKI) di Sri Serdang. Beraya sambil lunch.

Dari sini kami berpecah dan balik ke rumah masing-masing. Aku dan famili singgah di BTHO, beraya di rumah PCP. Tapi leka sampai lupa nak snap gambar. Dia pun tak ingat jugak kot... atau dia sengaja lupa. Sebab dia lebih suka ambik gambar comot aku dari snap gambar aku waktu lawa yang tak berapa lawa tapi lebih kelihatan lawak nih. Huh!

Seronok sungguh anak-anak aku beraya kali ini. Semua sentiasa nak balik lagi ke rumah kampung di Jemapoh kerana laman yang luas, selesa dan bebas kuar masuk.

Aku sendiri pun rasa seronok dapat beraya suasana kampung setelah beberapa tahun kami beraya di bandar sahaja.

Juga seronok bertemu dan berkumpul sanak saudara, sepupu-sepupu dan kaum kerabat yang lain yang sangat jarang dapat ditemui.



Kenapa anak-anak buah aku semua tinggi-tinggi?
Atau adakah aku memang tak cukup tinggi?
Sapa yang salah makan nih?

BOY ni paling tinggi, tapi dia baru 15 tahun. Atlit sekolah yang handal, dan ramai peminat. (dia anak buah aku yang ada darah "raja", kerabat Perak).


Keluarga Abang Long.

Secara keseluruhannya, raya kali ini amat bermakna kerana selain suasana yang berbeza, ramai sekali sanak saudara yang berkumpul bersama. Yang paling seronok sudah tentulah My Mak Mertua kerana hasratnya untuk kembali berkumpul di rumah asal tercapai jua...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails