Wednesday, November 3, 2010

Tanggang versi Timor Leste...?

*Entri ini bukan tentang negara itu...

Masih ingat aku pernah tulis tentang maid di ofis aku bernama CINDY LAUPAR? Memang dah lama aku nak tulis tentang kisah yang ini tetapi baru kini aku teringat.

CINDY (CL) sejak balik dari ikut bos (2 orang bos) pergi bercuti ke Beijing semasa bulan posa dulu, semakin ranggi lagi bergaya. Dan seperti biasanya sebagai Maid Kelas Satu, sentiasa berpakaian moden lagi bergaya, dengan belt kilat-kilat, kasut boot yang berganti antara coklat dan hitam menawan... serta busana ketat animal-printed (kulit cheetah mana ntahh...)

Sejak baru dapat henpon canggih buatan Beijing, bertambah lagi satu tugas dia kerana harus pula melayani sekian banyak pesanan ringkas. Hahahaha...! Macam ayat orang cemburu jer kan? Oh tidakkk...

Pertengahan September, dia balik bercuti ke tanah kelahirannya yang jauh di selatan sinun, mana lagi kalu bukan Timor Leste. Aku sendiri terperanjat, rupanya dia kelahiran Timor Leste, ku sangkakan dia dari Jakarta, or Bandung or...

Selama 2 minggu balik ke kampung, yg aku dengar dia sendiri seperti tidak berapa rela nak balik, macam-macam rungutan yang kuar. Semasa dia di sana, selalu juga bila Lady Bos (yang dipanggilnya “mummy”) tefon, mengadulah dia bermacam kisah dan kepayahan keluarganya dan rungutan yang dilihat seperti orang yang tidak menyayangi kampung halaman sama sekali (tak tau la apa nama kampung dia, tak koser nak tanya).

Kebetulan semasa dia balik bercuti, banjir sedang melanda kampungnya dan penduduk kampung agak melarat. Keluarga CL tak terkecuali sehingga yang lelaki duduk di atas pokok dan yg perempuan duduk di atas bumbung rumah. Sedih kan? Aku tak leh nak bayangkan keadaan itu...

Minggu lalu, pada 27hb dia pun kembali lagi ke KL. Dari kampungnya untuk ke airport terlalu jauh, sehingga dia harus bergerak sehari awal, naik kereta sewa, bas dan esok harinya baru tiba di airport. Mengadulah dia kepada Mummy tentang susah dan lapar. So Mummy pun call Air Asia supaya nanti passenger bernama CL ini dijamu makan, dan claimnya nanti Mummy bereskan. Bertuahnyaaa...

Bila dia mula masuk kantor semula, terperanjat kami kerana sebelum ini CL berkulit cerah tiba-tiba sudah menyerlah menjadi anak gadis original lagi tulin dari Timor Leste. Katanya kerana cuaca panas walaupun banjir. Suara serak kerana air disana walaupun sudah dimasak tetap tak sedap. Malah dia langsung tak makan di rumah keluarga, kerana apa saja yang ibu dia masak langsung tak sedap...! (Rata-rata penduduk kampung dia makanan ruji adalah jagung, ubi, sayur sahaja, jarang makan nasi). Dan setiap kali waktu makan, CL akan pergi ke mana-mana restoren untuk makan Mee Suah. Hebat, kan?

Semasa ada yang gatal mulut bertanya, “Seronok tak balik kampung?”, CL dengan tidak merasa salah menjawab, “Saya tak mau balik kampung lagi.” Pigiii dahhh...!

Sejak seminggu dia kembali bertugas (cewahhhh....) dia hanya kutip sampah. No more sapu lantai, sapu tangga, no more mop, vakum or sebagainya. Hanya buat yang simple, kerana selebihnya dia terlalu risau dengan kulitnya yang sudah “tan” – yang cerah hanya gigi. Hikhikhik!

Lalu merengeklah si anak manja ini minta Mummy belikan krim, losyen atau apa juga yang boleh memutihkan kembali kulitnya. Malah dengar cerita hendak dibawa ke spa. Jangan main-main, dia dapat losyen jenama terkenal yang hanya jual di kaunter bukan di kedai runcit...!

*PIC copy dari Google, sebagai contoh.

Setiap hari, dia sentiasa bersarung lengan, kerana malu dengan mata yang melihat terutama mata kaum pria yang aku tak pasti samada mereka perasan atau tidak tentang istilah kulit.

So forum tidak rasmi selalu berbual-borak-gossip-sembang, bahawa 2 bos sudah di“rabunkan mata” dan di“lembutkan hati”. Timbul pula cerita ada kawan2 yang bertugas di pintu masuk (pegawai imegresen ler kot..) selalu jumpa “macam-macam” benda bila buat check segala bagasi foreigners esp. yang datang dari sinun... Wallahuallam.

Apa sekalipun, tentulah tiada kena mengena dengan aku, dengan kita, right? Cuma bila tidak lagi mahu pulang ke kampung kerana kedaifan dan kemiskinan – mentang-mentang di sini selalu makan di hotel, restoren besar, McD, KFC etc. etc.. – tentulah sesuatu yang sangat menyedihkan bila sanggup membuang tanah leluhur..!

Dan sungguh sadis bila dengan berani mengatakan segala yang ibu masak sangat tak sedap...! Biadap...! Tak sedar diri, tak kenang budi, tak tahu diuntung! Sumpah jadi batu baru tahu..!

Salah siapa? Cara dia dididik – how Mummy treats her – adalah antara faktor menjadikan dia seorang CINDY LAUPER yang ranggi lagi rugged tetapi lupa dia sebenarnya lebih senang sama tempe!

Pic dari Google.
Tiba-tiba pulak aku dapat jumpa pic gadis Dili (Timor-Leste) yang ada wajah hampir serupa dengan CINDY. Hampir serupa sekali. Sungguh original...!


*Sebuah kisah sadis yang buat kita geram, bukan kerana dia dari mana, tapi kerana sikap lupa diri lebih teruk dari Kacang Buncis yang sudah tidak lagi manis gebu tapi tetap nampak Buncit, seperti Kacang Panjang yang dipotong pendek pun tetap dipanggil Panjang, ibarat Kacang Tanah yang dikorek dari tanah pun tetap kulit dicampak ke tanah...




25 comments:

  1. kak azie

    bertuah sungguh si cindy dapat bos macam mummy tu..siap boleh layanan terbaik dalam flight


    nasiblah pekerja ayu balik indon..elok jer..jejak kaki kat indon..siap call semuanya selamat..

    tapikan, ini bukan kes si tanggang..ini dah macam kacang lupakan kulit...ya ampun...putih lah sangat..
    (over pulak aku)...hehehhe

    ReplyDelete
  2. salam azie..inilah contoh terbaik budak tak tahu dek untung dan tak kenang budi..bertuah mummynya mendapatnya..tenguklah nanti apa yg CL akan buat pd mummynya kalau hasratnya tak dituruti..
    orang disana kebanyakan berfiil begitu..tak kenang jasa emak bapa dan asal mereka.
    betul azie maid dari sana kena check mula2 lagi apa yg mereka bawa..macam2..kita kena hati2..

    ReplyDelete
  3. Errr... ada contact number CP tak? Bak mai sini... CP ni jenis boleh ditunggang ikut suka hati sesiapa saja kan? Kan? Kan? Bak mai nombor dia pleassseee...!

    ReplyDelete
  4. AYU > Bertuah, memang bertuah. Tapi selama mana kita hendak menumpang tuah orang?



    MAKCIK MERIAM > Memang contoh terbaik dalam kelasnya!

    ReplyDelete
  5. KHAYALKHAYAL > BRO, sudahlah youuu.. Ngada.

    ReplyDelete
  6. bagus punya majikan....mana nak dapat woooooo

    ReplyDelete
  7. itu yang ayu kata bertuah...
    sangat bertuah....

    (nada nie sila dalam keadaan tegang, agak-agak kalau mummy tu ayu???. dah lama permit dimansurkan...boleh jalan da............

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Azie..

    Nida baca kisah naik rasa naik meluat pulak dengan telatah tanggang moden tu... selalu tengok dalam tv kisah orang lupa daratan ni, tapi rupa2nya masih banyak lagi kes yg sama di luar sana.

    Dah ler tak sedar diri, syukurlah apa yg ada....

    ReplyDelete
  9. p/s: tergelak lak baca komen khayalkhayal tu..kahkahkah...

    ReplyDelete
  10. Tak keterlaluan kalau kita syak dia menggunakan ilmu penunduk, kan? ....

    ReplyDelete
  11. memang tak sedar diri...rasa perlu bg satu kejutan biar dia ingat balik asal usul

    ReplyDelete
  12. Azie...
    tak sedar kediri CL tu...
    patut bungkus dia.. pos dengan pos laju balik Timor Leste....
    tapikan azie..
    kalau you buat novel kisah di CL.. sure jadi novel yg hangat dan laku bagai pisang tandok goreng...

    ReplyDelete
  13. Azie
    Nasib baik CL bukan CS, har3.

    Apa kata you test suara dia, boleh tak dia nyanyi?? Kalau boleh, suruh lady boss berutus surat dgn OpWah yg baik hati boleh perkenalkan seseorang keseluruh donia.. (kot CL boleh jadi lebih hebat dari CL ori).

    ReplyDelete
  14. kat tempat kami pun ada sorang ala² CP (tapi tak ranggi, cuma pada cerita² dia je), kami panggil dia ic biru (=org tempatan) ;)

    ReplyDelete
  15. Ish ... konpius betul dengar cerita akak ni. Betul ker dia bibik kat opis akak. Dilayan tak serupa bibik pun, bukan main manja lagi. Suruh jer lah bos akak tu bawak dia balik umah, tak yah datang datang kerja lagi.

    Bos akak tu dah kena manderem ker dengan budak ni. Ish ...cuak jer rasa.. saya pulak yang lebih ...hehehehe

    ReplyDelete
  16. EELOBOR > Majikan tu memang bagus. Tapi bagi orang macam Kak Azie, tak pula rasa macam tu. :)


    AYU > Memang. Memang boleh jalan..


    NIDA > Adakala yang kita tak suka, tak duga itulah yang terjadi di depan mata kita.
    *Pssstttt... BRO KHAYALKHAYAL tu memang lagu tuh. Pi kat blog dia dan kenali dia..Ahaks!

    ReplyDelete
  17. KAKCIK > Tidak keterlaluan langsung. Kan Azie ada tulis secara tersirat tuh?


    ANA > Alaa... takkan selamanya dia dapat majikan macam Mummy tuh. Suatu hari nanti orang lain pulak laar.


    AKAK > Akak dah bagi saya satu idea...! Thanks.

    ReplyDelete
  18. SOM > Idea itu sedang I pertimbangkan. Bukan pasal nak hantar test nyanyi, tapi nak fikir samada I sanggup tak nak dengar sora dia... Hmmmm > garu dagu.


    KOG > Kalu IC biru, orait lagi lar, tapi kalu IC Merah tapi perasan HIJAU, nyampah pun ada.


    ACIK MLMW > Tidak lebih, cuak itu dah lama kami rasa.

    ReplyDelete
  19. Salam Azie..

    maaf ya, tumpang masuk walau tak diundang...teruja dgn tajuk you masa saya menebeng kat tingkap Mazidul...

    Ramai lagi CL kat M'sia ni, perangai penghisap darah! elok jer disumpah jadi tuala wanita....

    ReplyDelete
  20. QUEENIE > Salam kenal. Sila masuk, terimakasihhh

    Amboiiii.. garang tuh. Tapi ok gak kalu dapat disumpah jadi tuala wanita..!

    ReplyDelete
  21. sayang nye bos kak azie dgn cindy...iskh..seronok nye jadi cindy..di layan seperti tuan puteri

    ReplyDelete
  22. Salam,
    Mmmmm banyak juga jenis-jenis kacang yang ada ya...apapun, kacang tanah jugak yang terbaik. Boleh buah kuah kacang makan dengan nasi impit...yummy!

    ReplyDelete
  23. ACU > Selama mana nak jadi puteri...



    ANYSS > Kacang tanah tabur atas sos sengkuang, bestttt...!

    ReplyDelete
  24. salam azie

    hari tu datang, nak komen tapi tak berapa sihat.

    suka sangat post pasal CL ni...rasa teruja bila nampak gambar 'ori' CL tu..hehe

    ReplyDelete
  25. KAK KUJIE > Salam. dah sihat? Lama tak singgah di rumah KAK KUJIE. Adakah malware tu sudah tiada?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails