Salam.
09-03-2011.
Pagi, sementara menunggu tugasan masuk.
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalu sudah kenal, janganlah pula ajak bercinta.
Dan kalu tak kenal juga, jangan sembarangan membuat andaian, spekulasi (macam bahasa tinggi jerrr...) juga jangan sembarangan membuat gossip (bukan selebriti pun untuk digossip).
Orang selalu sebut, dunia artis tu kecil pusing balik jumpa muka yang sama. Ada juga yang sebut, komuniti berkawan pun tak luas mana, round-round jumpa muka yang sama (wpun ada nick lebih dari satu), dunia blogging pun rasanya tidak lah sebesar mana (dalam skop seorang blogger level AA) jadi tidak mustahil bila kuar masuk sana sinun, merempit dari satu blog ke satu blog, akan jumpa kengkawan maya yang sama.
Sekali sekala mesti “terjemuh” di mana-mana, kan?
Okey, itu intro.
Lately, ada 3,4 blog yang menulis tentang mengagungkan blogger hebat (setakat hari ini aku tidak nampak nama sesiapa disebut secara terangan). Walau apapun isu dan alasannya, aku masih tidak boleh menerima soal “mengagungkan” seseorang keterlaluan.
P. Ramlee diagungkan kerana bakat seni dan kreativitinya yang sungguh unik dan hebat.
Tun Mahathir diagungkan oleh rakyat kerana kewibawaannya menjadi pemimpin negara yang membawa Malaysia lebih cemerlang.
Lalu keagungan itu menjadi sesuatu yang biasa pula kepada kita dalam konteks kita masing-masing. Ada yang memahami mengagungkan kekasih hati adalah suatu yang biasa, mengagungkan guru yang banyak berjasa pun didengar sebagai lumrah.
Lalu, kini mengagungkan beberapa blogger hebat adakah dilihat sebagai suatu yang salah?
Pendapat peribadi AA: “mengagungkan” itu suatu ayat yang agak keterlaluan untuk digunakan, tetapi memuji dan menjadikan mereka idola untuk belajar ke arah yang lebih baik, tidak bersalahan.
Siapalah kita untuk diagungkan... kita bukan Nabi.
*Macam biasa, tolong jangan puji saya!
Selingan hari ini:
Pic semalam tengahari.
Gara-gara Teringin Tahap Gaban, cari ABC sampai dapat...!
Selepas! Lega, alhamdulillah...
~...bertahan sebagai orang kepercayaan tanpa berbelah bagi, walau sering dicurigai tetap menjadi kepentingan di hati HISYAM lalu SERI BULAN yakin kata-kata puji memang tidak perlu malah kritikan dan kutukan menjadikan mereka seorang lelaki kebal dan seorang wanita kental...!~
Tiada yang lebih Agung dari Dia Yang Maha Agung. :)
ReplyDeletekak AA
ReplyDeletetu dia......dah jemu sama ku ker??
hahahah..gurau..
kakak...makan ABC tanpa askrim 20sen mana klass??
LARI!!!!!!!!
sedapnya tgk ABC tu....
ReplyDeletesaya suka abang benben~haha~
ReplyDeleteati dah maleh nak ke blog org2 popular ni
ReplyDeletebukan depa kenai pun kita sape..
kekadang tu gi gak ler nk cari kawan baru je
jom kite buat mesyuarat agung tergempar jom!
ReplyDeleteKAKCIK:
ReplyDeleteTentulah tiada yang salah sama sekali ayat itu.
AYU:
Aiskrim 20 sen tetap enak di mana saja bila-bila masa! cewahhhh!
MY LITTLE DIARY:
ReplyDeleteTengok jer dah sedap. Apa lagi yang makan ni...hehehehe
BUJAL X:
Ada baju Ben10 ker?
ATI:
ReplyDeleteBerkawan tanpa had, tidak salah pun..
GADIS BUNGA:
Jommmm...! Di mana dan bila?
Main ujan sekali, nak? :)
tu hal diorang nak agung atau apa..
ReplyDeleteyang sy pelik sekarang..selingan tu..siap ada kacang dan jagung..yang membuat orang lain terliur..
siap ada anggur tu..hmmmm
slm kak..
ReplyDeletepale penin langau lg ni.. tapi ABC itu menjadik poja'an atikuuu huhuuu
siapa?? siapa??
ReplyDeletesiapa yang terhebat tu??
meh nak terjah...
.
ngilu gigi kita bila nengok ABC itu!!!
SO WHAT's??
ReplyDeleteU nak buat dengan saya??
ReplyDeletenak pulau saya??
saya ada 2JUTA FOlLOWER tau
tengok ABC tu macam best jerk...nak cari ABC teagunglah...hahahaa...
ReplyDeleteapa pun ia tidak ada kena mengena langsung dengan mengagung-agungkan insan coz cukuplah hanya satu Agong yang ada jangan rampas kuasa...
lantak la dorang kak... yang penting... ABC tu sudah melehkan ayaq liurrr saya tau..
ReplyDeletesalam....
ReplyDeleteduit kena ada gambaq "agong" tak dak kalu tak laku...hehehehehe
DR ZILA:
ReplyDeleteAnggur tu menu mengejut. Hari tanpa nasi, konon. Cewahhhhh!
AZEEDA:
Jommmm kita pi cari ABC lagik!
DR SINGA:
ReplyDeleteGigi ngilu? Kena buat gigi baru tuuu.. hahahahah
ZEQZEQ:
What? Awak rupanyaaa...
Ya.. saya tahu awak adak 2 juta followers.
Lepas ni getah nangka yg terpalit tu jangan sepah merata ya..
JUN AINA:
ReplyDeleteABC kat Maulana Taman Mesra tu pun ok gak, cuma aisnya sedikit kasar.
NM02:
Makan ABC di tengahari plak tu, perhhhh harus cuba. :)
PAKLONG:
ReplyDeleteSalam.
Kalu saya himpun bebanyak duit syiling, laku gak kot, kan? hehehehe
YDP Agung pun tak agung tau.. :P
ReplyDeleteSaya layan semua manusia sama sahaja, sebab Allah dah kata, Iman & Takwa yg jadi beza antara kita.
Cuma Rasul SAW dan ibu bapa menjadi special, ada 'agungnya' yg tersendiri.
Kadangkala saya rimas melihat ada insan yg beria ia nak jadi glamer dgn blog...biarlah ..itu hak mereka, asalkan mereka tak ganggu saya, tak spam blog saya, sudah.
blogger di agungkah? sapa tu???
ReplyDeleteAA
ReplyDeleteKalau puji kena pada tempatnya, tak salah kan? Apa pun, pujian I mmg mahal, auwww...
DADDY:
ReplyDeletekalu ada yang berani ganggu, sila beritahu saya. Saya boleh belasah dia jadi kepek.. hehehehe
GC:
Tak pasti. Tak tahu. Semua samar samar.
SOM:
Tempat yang kena tu tempat cemana eh.. hehehe
Mahal... memang mahal.
mengagungkan mungkin keterlaluan..
ReplyDeletetapi mengagumi tu ok kut :))
nk ABC jugaaa...
abc tu yang tak tahan tuuu
ReplyDeletesiapa?? siapa??
ReplyDeletesiapa yang terhebat tu??
meh nak terjah...
kopipes komen DrSinga.
hehehe
mungkin niatnya betul cuma caranye salah..terpulang pada diri masing2 nak buat camne..
ReplyDeletebiarlah mereka dengan dunia mereka....
ReplyDeleteakak..saya paling teruja tgk abc tu..ehhehe
ReplyDelete