Thursday, March 3, 2011

Tak Baekkk Tau, Gelakkan Orang...!

Salam.
03-03, malam Jemaat.


Tadi petang, singgah pasaraya di kawasan rumah. Ye lah, balik keja nak singgah kedai mana lagi. Pasaraya besar, dekat juga, tapi kang... nak beli sabun serbuk, terbeli sabun buku... (kadang-kadang sampai 4-5 buku), nak beli Ikan terbeli Kambing 2,3 ekor plak kang... atau plan nak capai Sos Cili terambik KOTEX kotak besar kembar dua plak kanggg... hahahahaha! – melalut ke laut ni memang syiok!

Oh ya, pasaraya TZ ni memang dah dikhabarkan akan tutup, konon ritu cukup bulan Feb. Sorang pekerja kata, tuan empunya lot tu ndak ambik balik lot tu (sewa) so pasaraya tu terpaksa tutup wpun ada lagi satu branch di sekitar Ampang.

Nampak tadi satu papan notis (macam mengejut jer tulis notis tu). Terhenti sekejap aku tadi sebab bila ulang baca, macam kelakar plak. Nampak sangat orang yang tulis tu macam marah dan bengang semacam. Ekspresi terserlah melalui tulisan, kan? Cewahhhh..!



Bleh tak baca text notis tu dengan jelas? Hehehehe... bayangkan sehari berapa ramai pelanggan masuk dan tanya... tanya... tanya... Tak larat nak jawab soklan ler tuh, makanya ada 3,4 notis sebegini di beberapa sudut tadi. Tersengih aku sendirian sambil berjalan keluar tadi.

Dah ler banyak barang dah takda, beli apa yang ada saja lah. Ikan sayur memang dah seminggu langsung takda. Pekerja pun ada yang dah berhenti. Lengang semacam.

Pasni payah gak ler nak beli groceries. Bukan takda, tapi kedai runcit Acheh... mak aiii, mehai ya amat! Awat depa joi mehai sangat pun dok laku gak ha? (kalu tak faham bahasa ni, abaikan jerrr...)

TESCO memang dekat tapi tak sehala dari tempat kerja, lecehlah.


Sudahnya, hari ini dinner kami lauk Telur Goyang jer!


Selingan malam ini:

Dah lama simpan pic ni, baru kini rasa nak tunjuk.

Dari ujibakat siri Mentor 5, TV3.

pic Mentor #1

pic Mentor #2

pic Mentor #3

Sesapa yang sempat tengok sesi ujibakat ritu, pasti tergolak tengok scene pemuda ini. Dari Hulu Langat katanya.

Dia bernyanyi dan bernyanyi dan bernyanyi sepanjang sesi daftar (macam membebel pun ada gak). Siap bagi tau kat tv, seluruh orang di Hulu Langat kata dia nyanyi sedap, dan panggey dia AWIE Wings. (hehehehehe > gelak sambil tekup mulut)

Sian gak sebab dia tak berjaya, bukan saja tak berjaya ujibakat, masuk dewan uji suara pun tak lepas.

Sebab..... IC dia kaler merah!

hikhikhikhik!

Whoops! Tak baekkkk tau gelakkan orang!



~...semasa ditawarkan menjadi tenaga pengajar sementara untuk LUDIN, SERI BULAN tergamam kerana pemuda yang bakal diajar ternyata lebih kacak dari yang dibayangkan kerana di sudut Kampung Separuh Desa pemuda itu dilihat seperti ZACK dalam drama filem AZURA...!~





40 comments:

  1. kak azie niii...heeee....kesian dia...ekekeke :D
    tp sy tak tgk mentor..tp boleh byg la camne gaya contestant tu. tp siyes la, dorg ni mcm muka tembok la pegi nyanyi dgn penuh confident wlpun suara mcm katak pgil ujan..ekekeke :D
    psl notis kedai tu...lawak la..jgn tanya kenapa! jangan!! hahahaha :P

    ReplyDelete
  2. kelakor la notis tu..
    part "jangan tanya kenapa"...paling tak bole tahan..heheh.

    ReplyDelete
  3. owh nampak sangat ada sedikit spekulasi antara mereka... tulisan tu dah cukup untuk memberi gambaran luar pada situasi sebenar..

    budak tu..hehehe kesian jugak dia..tapi entah la... sape yang tengok mesti faham kan.. nak gelak salah..nak sedih salah.. nak marah pun salah.. sebab tu la dia dapat ic merah kan...

    tapi dia tetap punyai jiwa :)

    ReplyDelete
  4. FATT:
    Kak Azie pun tak tau nak citer cemana. Tapi masa tengok gelagat dan aksi dia memang tak leh tahan nak golak bosar!



    NAJWA:
    Depa dah tak larat nak jawab soklan ler tu. Tension pun ya jugak.

    ReplyDelete
  5. wah........macam2 pekara y kak azie nak kongsi..

    ayu pun kureg suka belanjer kat pasaraya y besor...

    heheheh...
    mentor? tak tengok...

    ReplyDelete
  6. SI PARA PARA:
    IC MERAH tu bukan dia dapat malam tu, tapi dia memang Pemegang IC MERAH... dia bukan Warganegara Malaysia, mana leh masuk ujibakat pun...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Hu hu hu mana ada gelak...tergolek2 jatuh longkang je ;)

    special betul papan tanda yang penuh berhemah itu

    ReplyDelete
  8. EELOBOR:
    Ehhh tahu ek nama pasaraya tu? Biasa ek meronda kawasan rumah Kak Azie??



    AYUUUU!..
    Kak Azie ni suka tengok realiti show bahagian ujibakat jer. Bila dah start pertandingan, jarang dah nak layan pun.

    ReplyDelete
  9. ANYSS:
    Amboiiii... muat ker bergolek dalam longkang. Tak penuh air ujan? hahahaha

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..
    Suka le kat notis tu. Kretip sungguh org yang membuatnya.

    ReplyDelete
  11. AA
    I tengok sekali imbas orang yg ber-IC merah tu mengalunkan suara dot3nya tapi I paling gelak terbongkang masa yg menyanyi2 tu tak tau atau tak reti sebut nama idola/mentor diorang. Tengok Ajai gelak gegar2 badan really made my day!

    ReplyDelete
  12. KAK SAM:
    Salam.
    Memang tak sangka ada orang nak tulis notis cam tu, kan? hehehehe



    SOM:
    Ehhh ya lah. Dato’ PAH pun gelak tertahan-tahan sampai gegar badan. Pastu masa dgn Rahim Maarof, sebut naka Mentor pun berterabur! Blur semacam. hahahaaha

    macam-macam gelagat!

    ReplyDelete
  13. salam...
    waaaa.lama tak makan menu kicap ngan teloq mata.....selalu menu kicap kuah minyak ikan goreng....

    ReplyDelete
  14. "Jangan tanya kenapa"

    hahaha...penyata pasaraya tu memang kelako!!hahaahaa

    ReplyDelete
  15. Salam Kak Azie..

    Tersenyum sendiri Nida tatkala membaca n3 akak ni... mengenai papan tanda tu, memang orang yang menulis sedang marah ketika itu gamaknya.. first tima baca ayat begitu..hahaha..

    Gambar brother kat bawah tu cutelah.. .. ops! Tak baik tau gelakkan orang.. (tp serius comel..haha)

    ReplyDelete
  16. kak azie.. smlm sy pun nk beli benda lain tp nampak kotex bkembar tu terbeli juga huhuhu~~

    sy tgk uji bakat mentor ni..
    kdg kesian gak
    mereka ni kdg2 terperasan atau diperasankan oleh kwn2 yg bsorak mcm suara sedap padahal sorg ngejek tp tuan punya diri x perasan uhuhu~~

    kesian~~

    ReplyDelete
  17. ati pun tak suka sgt beli
    barang basah di kedai runcit
    mahaiii na...

    paling best beli di mydin
    syokkk...murah2 tp jauh pulak
    di putrajaya

    bawang pun murah situ tau...

    ReplyDelete
  18. hahahaha..
    tang kamben yg tak tahan tu kak.



    huiyai.. memang marah betul tu..


    kat rumah ni pun banyak nau kedai Acheh. Orang kita bungkus. kengkadang saya sanggup ke econsave masa lunch kalo nak sangat memborong.

    ReplyDelete
  19. Salam PAKLONG:
    Kuah minyak ikan goreng? Amboiii lama aih tak makan camtu. Orang kg dulu2 memang makan minyak ikan buat kuah, kalu skang ni orang guna Marjerin.



    ZIE:
    Semalam tengok muka pekerja tu sorang-sorang, ketat jerrrr... hahahaha

    ReplyDelete
  20. NIDA:
    Salam.
    hehehehehe comel ek? ops!



    CIK FIZA:
    KOTEX Berkembar? Stok utk setahun kah? hahahahaha

    Tengok tak sorang peserta yang keja jaga lembu (dr Sg Besar), nak jadi protege Rahim Maarof tuh?
    Siap kuar dari bilik tu, terus ngongoi kat tepi dinding.. kahkahkah!

    ReplyDelete
  21. ATI:
    Kak Azie ni payah ler nak pegi Mydin. Kena terjah KL lak. TESCO ada, pegi hari cuti jer la.



    AZRINA:
    Ehhh kamben best woooo.
    Memang peniaga Acheh ramai berniaga di sini, dan begitu rajin. Buka kedai seawal 7 pagi. Kan dia dapat pelanggan dulu?

    ReplyDelete
  22. sy tgk gak episod mentor nie..rupanya dia jawa indon..memang la tak layak kan huhuhuhuhh

    ReplyDelete
  23. Kakak kena ketawa juga sebab ramai yg tak ada cermin atau lupa nak beli cermin. Kesian hajat nak jadi penyanyi tak tercapai.

    Macam Azie gak nak beli barang banyak yg dah tak de, nak tanya dah ada notis takut dikata tak tahu baca. Heee....

    ReplyDelete
  24. Ada kedai runcit lain ke nak gantikan tempat TZ tu?

    Kat tempat saya ni dulu pun ada sebuah kedai org kita. Boleh tahan juga laku tapi tuan bangunan kedai yg menyewakan kedai itu naikkan sewa giler2 sehingga pekedai itu rasa tak berbaloi nak teruskan. Akhirnya tutuplah kedai org kita. Skrg kami pergi Giant ngeee

    ReplyDelete
  25. Cikgu pesan, tak baik letak selipar atas kepala,elok lagi letak bibir ke, bulu dada ke. Dada bidang ke.

    ReplyDelete
  26. Lawa tulisan kat nota yang ditulis tu. Terang dan nyata, tak yah nak suluh-suluh lagi maksudnyer. Apa kata akak lak buat kedai runcit area tu lepas ni. Mesti laku ;)

    Letak lak si Amoi yang cun tu kat kashier dengan si Ika tukang layan pembeli. Fuhhh!!! mahu tak cukup plastik nak bungkus barang. Apa la yang aku melalut nih, dah kelaut dah nih ;D hehehehe

    ReplyDelete
  27. as salam kak azie..

    lama xnyinggah di sini..kebizian kak..

    bijak jugak tuan pasaraya tu tepek notis..siap ada kalimat:jgn tanya kenapa...hheehe

    saya pom ada gak tgk audition mentor tu..rmai sungguh nk jadi penyanyi ek...kelakar pom ade..bakat xseberapa pom ada..tapi beria2 nk nyanyi..

    ReplyDelete
  28. SAHROM:
    Rata-rata peserta MENTOR musim terbaru tak berapa hebat berbanding sebelum ini.

    Kelakar tengok gelagat mereka yang ada kala lupa tak berbakat pun.



    KAK ZAKIE:
    Memang tak terfikir akan ada notis macam tu... hehehe

    ReplyDelete
  29. YUNUS BADAWI:
    Memang ada juga kedai runcit lain, tapi semua tak macam pasaraya TZ ni yang ada ikan sayur.
    Balik kerja tu kadang2 terdesak gak setakat nak beli sekor dua ikan utk sekali masak..
    Kalu nak buat stok memang ke Pasar Pudu jerrr...



    ZEQZEQ:
    setuju.... Kirim salam cikgu awak,

    ReplyDelete
  30. ACIK MLMW:
    Wahhh idea menarik tu. Baru ler MAK bebudak tu jadi Mem Beso goyang kaki goyang lengan yang penuh gelang. kan kan? hahahahaha!



    MEK SARAH:
    Jom kita sambung gelakkkk....hihihihi

    ReplyDelete
  31. nak gelak kesian..tp tak gelak senak pewot menahan gelak ni...terlepasss jugak lahh..opssss....

    cita2 besarr tu....huhu

    ReplyDelete
  32. AA - budak tu masuk salah tempat lah... koh koh koh! Dia patut masuk Raja Lawak ke? koh koh koh... tak boleh tahan gelak la tengok brader ni.

    ReplyDelete
  33. OGY:
    Kan dah pesan, tak baekkk gelakkan orang.. hehehehehe


    RED RAMBUTAN:
    Masuk Raja Lawak pun tak bleh, sbb IC dia kaler MERAH.

    Lainlah kalu dia ada kebun rambutan Merah.. hahahaha

    ReplyDelete
  34. hari tu aina pun tengok jugak...si hero kat umah tu gelak guling2, pas tu yang heroin pulak ambik bantal tutup muka sambil cakap 'malunya ma, dia tak malu kat orang ke ma...?' hahahaa...opsss...jgn gelak...jgn gelak...

    ReplyDelete
  35. JUNAINA:
    Amboiii seronok nyer bergelak seisi rumah!
    tapi memang tak leh tahan nak gelak pun... hahahaha



    NURAYUNI:
    Tapi mamat tu selamba jer. Siap mengaku suara dia macam AWIE Wings tuuu!

    ReplyDelete
  36. salam

    lelaki ni skait mental la kak..pesakit sepupu kita ni

    ReplyDelete
  37. hari tu..mama ade tengok gak.. memang pecah perut.. hehehe..

    cite yg pertame tu menarikla.. hehehe..

    ReplyDelete
  38. SYIRA:
    Agaknya la. Ada ala-ala macam mental jugak la.


    MIMI JAZMAN:
    Peserta ujibakat memang selamba habis...!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails