Tuesday, March 8, 2011

Hari Wanita Sedunia ke-100: Aku Bangga Bermula Sebagai “Nor”...

Salam.
08-03-2011.
Pagi yang dingin nyaman...

Hari ini, tarikh ini, Hari Wanita Sedunia ke-100. Selamat Hari Wanita buat semua yang wanita. Yang ala-ala wanita tak leh masuk senarai, walaupun korang tu rasa lebih cantik, lebih lembut dari wanita.

Memang ada wanita yang agak kasar, penampilan tidak gemalai, tapi naluri fitrahnya dia wanita. So dia memang wanita. Jangan cuba menolak fitrah!

Semoga kita terus menjadi wanita yang dikata bisa menggoncang dunia, bukan hanya pandai menggoncangkan dada atau menggegarkan iman kaum lelaki sahaja. Heheheheh!

Ucapan teristimewa tentulah buat My BONDA, “Terimakasih kerana melahirkan saya.” Buat My BONDA MERTUA, “Terimakasih kerana menerima saya sebagai menantu kampung seadanya.”

Juga buat saudara-saudara perempuan, kakak-kakak aku, adik-adik perempuan aku, teruslah menjadi wanita hebat sejak dulu dan selamanya. Adik beradik wanita AA semuanya adalah wanita berkerjaya, tetapi setiap peluang berkumpul sentiasa menjadi kenangan best dalam jadual kehidupan kami.

Tidak ketinggalan buat anak-anak perempuan AA (untuk pengetahuan, AA ada 4 orang anak perempuan), teruslah menjadi anak yang menjadi kebanggaan keluarga.

Meminjam kata-kata YB Datin Paduka Rosmah Mansor tadi, “Walau pun wanita berkerjaya professional, jangan sekali diabaikan tugas kita sebagai isteri dan ibu.”


Selingan hari ini (macam sesuai pulak dengan entri hari ini):

Pic: Malam tadi.

Selaku orang yang “sentiasa kena catit minit mesorat”, pen wajib dibawa. Walaupun sebenarnya lebih mudah jika ada laptop, tetapi sebenarnya AA lebih selesa tulis tangan untuk draf.

*Semua anak perempuan AA, bermula nama dengan NUR dan yang lelaki bermula dengan MUHAMMAD...



~...bila kisah cubaan JALAL menceroboh SERI BULAN di malam gelap diharap menjadi kisah rahsia sepanjang hayat, tanpa diduga si pesalah mendedah lalu SERI BULAN menyerah pasrah asal sahaja HISYAM tidak menyalah lalu mengambil keputusan untuk blah...!~






19 comments:

  1. Kakcik cuma ada empat anak lelaki yang awal namanya bermula dengan MUHAMMAD, tiada NUR - tapi kakcik juga dipanggil dengan nama NOR. :)

    ReplyDelete
  2. adik beradik perempuan sy pun semua bermula dgn Nor :)
    kami pun ada 4 beradik perempuan mcm kak azie juga :)

    ReplyDelete
  3. kak azie...
    adik beradik sy semua NOR..termasuk la yg lelaki...anak2 MUHAMMAD...suami pun MUHAMMAD...aihhh...bila la nak dapat anak NOR plak ni...

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum..
    Selamat hari wanita...bagi wanita tulen lah ya azie...

    Moga jadi wanita yang solehah.

    Anak akak 3 puteri awalan nama Nur..
    Macam azie...bercahaya, ceria...

    Tukar sandal nampak....

    ReplyDelete
  5. Selamat hari wanita buat kak azie juge..

    ReplyDelete
  6. selamat hr wanita kak azie......

    ReplyDelete
  7. salam...
    selamat hari wanita...
    @
    @
    $
    $
    $
    Yang penting..jadilah seorang wanita solehah..amin...

    ReplyDelete
  8. AA
    Selamat Hari Wanita :-)

    Nak kepoh sket voley?? You ada 4 anak pempuan, anak lelaki ada berapa? Sorang kah?

    Soklan untuk kefahaman jer, taklah kepoh sangat kot??

    ReplyDelete
  9. selamat hari wanita kak azie..

    bukankah tangan yang memegang pen itu, bakal menggegarkan dunia?hehehe

    ReplyDelete
  10. Selamat menyambot hari wanita untuk semua wanita di malaysia

    zu
    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  11. selamat hari wanita kak dan seluruh wanita di dunia nie..

    ReplyDelete
  12. selamat hari wanita.....selamat selamat

    ReplyDelete
  13. setuju tu jangan asik menggoncang je... kitorang dah tak kuat ni kang roboh plakkk

    slamat nyambut hari kewanitaan yang semakin hilang

    ReplyDelete
  14. tak perasan pun hari ini hari wanita sedunia..huhu

    Anak2 lelaki saya pun bermula dengan Muhammad, dan yg perempuan bermula dgn Nur. Ibu dia aje yg tak..huhu

    ReplyDelete
  15. Selamat hari wanita kak zie yang dihormati :) semoga terus menjadi seorang wanita yang cemerlang dalam semua perkara yang dilakukan. Terutama dalam agama, urusan mendidik anak2 dan keluarga :) Saya kagum ngan kak zie tau!!

    ReplyDelete
  16. Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia. Kasih sayang dan bakti yang dicurahkan tidak ternilai

    ReplyDelete
  17. selamat hari wanita dr noor..
    bangga gak nih hihihi

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails