31-03-2011.
Dah lama dah surat ni sampai kat rumah.
Pernah dah dulu AA bertanya survey tentang perkara internship ni.
Pernah dah dulu AA bertanya survey tentang perkara internship ni.
Alhamdulillah, akhirnya si AMOI berjaya mendapat peluang internship di tempat ini (PriceWaterhouse Coopers). Dan yang best, ada juga diberikan elaun. Lumayan jugak tu. Internship lebihkurang selama 6 bulan, kemudian menyambung satu lagi semester akhir.
Sebelum terlupa, Tahniah kepada semua calon SPM 2010 yang berjaya mendapat keputusan yang baik.
Di depan mata AA, sehari selepas result keluar, seorang ibu di mana anaknya (lelaki) mendapat result yang baik (2A masih dikira baik), tetapi si ibu sangat kecewa dengan result itu.
Akibatnya, sehari itu dia asyik meradang dengan staf, malah sampai tahap menengking dan mengungkit peribadi bila ada kerja yang tersilap sedikit. Sepanjang hari ada saja yang tidak kena.
Emosinya sungguh terganggu, fikirannya kacau bilau. Sedangkan katanya, si anak relax saja. Aduhhhh...
Begitulah kan? Kejayaan anak-anak menjadi perangsang dan semangat kepada ibubapa malah melebihi apa yang dirasa oleh anak itu sendiri.
Sebelum terlupa, Tahniah kepada semua calon SPM 2010 yang berjaya mendapat keputusan yang baik.
Di depan mata AA, sehari selepas result keluar, seorang ibu di mana anaknya (lelaki) mendapat result yang baik (2A masih dikira baik), tetapi si ibu sangat kecewa dengan result itu.
Akibatnya, sehari itu dia asyik meradang dengan staf, malah sampai tahap menengking dan mengungkit peribadi bila ada kerja yang tersilap sedikit. Sepanjang hari ada saja yang tidak kena.
Emosinya sungguh terganggu, fikirannya kacau bilau. Sedangkan katanya, si anak relax saja. Aduhhhh...
Begitulah kan? Kejayaan anak-anak menjadi perangsang dan semangat kepada ibubapa malah melebihi apa yang dirasa oleh anak itu sendiri.
~...kalau pun tidak boleh dipanggil pendorong semangat, sebenarnya HISYAM lebih menjurus sebagai pedati tua yang tidak berkuasa kuda tetapi dimangkin oleh minyak kelapa sawit dari ladang Pak Utih...~
Tahniah Amoi. ;o)
ReplyDeleteSebelum ni KPMG. Dua tahun kebelakangan ni PWC pulak audit kat co. saya keja ni.
Muda-muda semuanya...
betul tu kak...kejayaan anak-anak memberi kebahagiaan pada ibubapa...mestila dia sedih kalau anak dia dapat result tak seperti yang diharapkan...
ReplyDeletetapi gagal dlm exam tak bermakna gagal dalam hidup...cuma dah jadi budaya di M'sia, result mesti mau gempak,mesti masuk u baru dikira hebat. tapi bila kerja hehehee..hampeh!
pasai kes yang mcm ginilah
ReplyDeleteada anak yang sampai bunuh diri
minta dijauhkan lah...
Rindu Kak Azie..
ReplyDeleteapesal x dpt update kat blog zie ek? mcm ade dua tiga blog yg xdpt immediate update kat sane..
mak budak tu terlalu berharap kot ank dia berjaya..siapalah tak mahu anak cemerlang,kalau dah semua kemahuan pelajaran diberikan kan..
Tahniah untuk Amoi. :)
ReplyDeleteIbu itu hampir hilang akalkah? :(
Tahniah buat AMOI, seronok le maknya 6 bulan AMOI ada kat rumah.
ReplyDeleteAina kalau bab exam anak memang le kalau dapat teruk macam frust je tapi kalau kita tunjukkan sangat kekecewaan kita siapa nak bagi semangat pada anak2 untuk menghadapi hari seterusnya.
Sepatutnya sebagai ibu, carilah tempat yang terbaik dan sesuai untuk anak sambung belajar.
thniah amoi..
ReplyDeletekdg2 dlm xsengaja..ibu bapa byk memberi stress kpd anak2 deme..huhu
kadang2 mak ayah yg terlalu mengharapkan kejayaan anak ni boleh membinasakan dirinya dan anak sekali.. Sebenarnya kejayaan ibu bapa tu adalah siapa anaknya esok. bukan takat kejayaan ilmiah.. Yang penting akhiratnya...
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletenak cakap susah dan tak cakap susah...
nak komen lagiiiiii susah
Tahniah Amoi, dapat kat PWC tuh.. hebat jugak lah Amoi kann... tapi mak Amoi lagi hebat..heheh...
ReplyDeletedapat elaun yang best tuh..:)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteada je org yg sy kenal, anak dapat 4A pun masih nak marah2. tak meet depa punya expectation. ishhhh
ReplyDeleteokeh lah tu..bersyukur di bayar elaun.
ReplyDeletesaya dulu buat praktikal kat spital masa 4th & final year, sesen pun tak dibayar! ~haha...kena maki hamun dgn consultant ada lah..
si ibu kn bersyukur sbb ank dia berpeluang ke sekolah, duduk exam dan dpt result yg baik.cm ne kalu ank tu x dpt g skolah, x dpt dok exam or fail exam?
ReplyDeletejawapan: reda shj la
ish3... tak patut la mak dia ngamuk2 cenggitu.... kira bertuah apa anak dia tak gagal terus....
ReplyDeleteassalamualaikum azie.
ReplyDeleteknapa sepi je ni...
kesian anak tu... A bederet bukan penentu kejayaan dalam hidup, jalan anak tu untuk berjaya ada lagi
tahniah buat Amoi
Tahniah utk amoi..
ReplyDeletehuhu sepatutnya si ibu lebih bertenang..bersyukur dgn result yg si anak dapat walaupun kecewa sedikit..
Terima dgn redha
AZRINA:
ReplyDeleteTerimakasih.
Ada juga kawan2 AMOI yang dapat buat internship kat KPMG. Tu pun kira hebat juga tu.
ZAKIYAH:
Setuju bab budaya. Persepsi masyarakat kita memang masih lagi mahukan sederet ‘A’ utk disebut sebagai berjaya.
ATI:
ReplyDeleteTidak mustahil kes sebegitu terjadi. Harapan yg terlalu tinggi sebenarnya memerangkap anak2 utk memenuhi impian ibubapa lebih dari kemampuan mereka.
ZIE:
Terimakasih atas rasa rindu itu. Memang lately agak sibuk utk masuk ke blog2 kengkawan. Tunggu sedikit hari lagi mungkin tak sibuk.
KAKCIK:
ReplyDeleteBukan ilang akal, tetapi hilang pertimbangan sendiri.
JUN:
Kita yang ada anak2 lelaki ni memang harus bersedia mental dan emosi sebab anak2 lelaki memang lambat skit kalu bab exam ni.
Sabor jer lah.
MEK SARAH:
ReplyDeleteBetullah. Kita sebagai ibubapa kadang2 terbawa2 dengan perasaan.
YAN:
Setuju. Kena seimbang. Bila masuk bab seimbang, sebenarnya berat betul tanggungjawab itu.
PAKLONG:
ReplyDeleteDah komen pun tu kan? hehehehe
AANAS:
Terimakasih.
Dapat elaun tu rezeki...
GC:
Lupa nak bersyukur ler tu.
DADDY ZIYYAD:
ReplyDeleteKak Azie dengar, kalu buat praktikal di jabatan kerajaan, memang tiada elaun (kecuali elaun makan kot..). Tapi swasta bagi juga skit elaun. Lepas lah makan dan tambang.
ANIES & U:
Kita kena selalu bersyukur... kan?
ALIMAZ:
Betul. Bayangkan kalu yang anak bagi result G memanjang..
IBU INTAN:
ReplyDeleteSalam Kak.
Bukan sepi, saya tetap riuh macam biasa cuma lately ni terlalu banyak kerja yang saya kena uruskan. Tak sempat nak blogwalking.
Terimakasih atas ucapan.
KALAMHATI:
Terimakasih.
Bila kita bersyukur dan redha, sebenarnya itu sungguh melegakan.
tahniah amoi itu..
ReplyDeletehmmm anak anak harapan mak ayah,,harapan agama..bangsa dan negara..
sangat besar tanggungjawab mereka kalau mereka tahu..
SI PARA PARA:
ReplyDeleteTerimakasih.
Tanggungjawab kita juga tu untuk beritahu mereka, kan?
tahniah. mesti ibunya bangga kan..
ReplyDeletebetul tu kak zie.. bila seorang anak tu berjaya, sejuk hati mak ayah.. saya dulu mak ayah tak suke saya sambung belajar.. tapi sekarang dorang dah boleh terima dah.. dan saya bersyukur sebab dorang dah nampak apa yang saya nak buat untuk dorang.. Alhamdulillah
ReplyDeleteERI-CHAN:
ReplyDeletedalam apa keadaan sekalipun, kita seharusnya bangga dengan anak-anak kita.
CIK SU:
Alangkah bangga dan gembira bila kejayaan kita mendapat restu orang tua, dirai bersama dan sama-sama mendapat hasilnya...