Friday, April 22, 2011

PESTA BUKU 2011: Bukan Puteri Lindungan Bulan kembali...!

Salam.
21-04-2011
Malam, gelut dan kalut.



SORI BERLORI, tidak upaya membalas komen, juga menziarah kengkawan blogger. Sibuk sejak seminggu dua ini. Bak kata kawan ‘jaaahhhhaaattt’ saya: “Sibuk buat-buat”.

Next-next-next week, insyaAllah, jika ada skit kelapangan, AA cuba merempit lagi ya.


Tadi petang, AA baru balik dari meninjau booth yang bakal menjadi tempat berdiri berjam dan bercakap tanpa henti, bermula esok. Pesta Buku Antarabangsa KL 2011, PWTC.

Lupa nak tengok no booth tadi. Booth Creative Enterprise (CESB) terletak di Dewan Tun Razak 1 (Hall 1), tetapi tidak berada di dalam dewan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Lokasi tepat: naik eskalator tepi pentas utama, sebelum masuk pintu dewan, booth CESB terletak sebelah kanan, di hujung. Dekat dengan jambatan menghala Dewan Tun Hussein Onn.

Taq pass untuk masuk sebelum waktu melawat.

So jika nak cari Kak AA, tidak perlu masuk ke dalam mana-mana dewan, kerana booth kami terletak di luar, di kawasan persekitaran sahaja.

Antara yang menarik, sangat menarik adalah kali ini CESB mengeluarkan kembali novel-novel yang pernah menjadi BEST SELLER, menjadi kegilaan suatu ketika dulu, menjadi permintaan hangat beberapa tahun sebelum ini.

Dan permintaan sekian ramai peminat setia ditunaikan tahun ini.

Apa novel itu?

Yesssssss! Bukan Puteri Lindungan Bulan


Karya Liana Afiera Malik ini memang hangat di pasaran. Ada sorang pembeli pernah frust sampai kuar air mata, sebab dah banyak kali dia datang cari tak pernah ada cetakan baru.

So kali ini, AA sendiri akan jadikan koleksi peribadi! Citer ni memang best....!

My DINDA kembar YUYIN, sampai letak sticker besar Bukan Puteri Lindungan Bulan ni kat kereta MyVi dia!

Selain dari itu, seperti AA pernah sebut, novel Nyanyian Tanjung Sepi juga jangan lupa direbut. Pasti terbuai dengan kisah seorang doktor muda lagi romantik!

Novel terbaru adalah dari novelis HASLINDA ISMAIL. Dia ini tiap tahun ada buku baru kat booth. Tahun ini bertajuk: Setulus Janji Segenggam Rindu.

Sedikit sinopsis: Mudahnya menabur janji, tetapi sukarnya untuk menepati. Harga sebuah janji tak terbilang nilainya. Tuluskah janji, jika ia bersulam pendustaan. Kerana harga sebuah janji Amizu Saffa kehilangan kasih tunang tercinta. Salahkah dirinya berusaha tanpa mengharapkan kemewahan keluarganya. Janji juga menyebabkan Amizu Saffa terpaksa melupakan cita-cita yang diimpikannya. Dalam payah, dalam jerih dia terus mengorak langkah, terus berjuang demi sebuah amanah yang disandarkan padanya. Dan demi sebuah janji Amizu Saffa terpaksa merobek luka hati insan yang disayanginya, Iskandar satu-satunya insan yang bertakta dihati. ikut hati mati, ikut rasa binasa. Manakah jalan yang harus ditujuinya, hanya kerana sebuah janji yang perlu dilunaskan. Dia tersandar sendirian di lembah sepi.....

*pic novel baru tak sempat dah nak cari. Esok jer AA snap terus kat booth!


Tahun lepas pun buku dia laris sekali, bertajuk Masihkah Ada Cinta.


Itu sahaja setakat ini, penat sangat ni, tapi masih ada lagi dokumen yang belum selesai diedit.

Wuaaaaaaaa...! surrender dah aku!

*bila terkenang diri diasak dipaksa kerana tuntutan komitment, letih yang dirasa hanya boleh diluah melalui tangisan sendiri saja....


~...HISYAM, tidakkah dikau pernah menyimpan sedikit simpati kepada SERI BULAN, selain dari rasa kasih yang baru berputik tetapi bila-bila masa boleh gugur ke pangkal pokok...~







22 comments:

  1. AA - aku antara yang pertama beli Bukan Puteri Lindungan Bulan. Cumanya sekarang tengah mencari novel 'Tempat Jatuh Lagi di kenang oleh Adibah Amin' dulu dapat hadiah novel ni sebab jadi Best Student, tapi novel tu ada orang pinjam tak pulang-pulang. Dan antara novel Melayu yang aku sayang dan suka baca ialah Jibam & Cincin Permata Biru (Genre seram)

    ReplyDelete
  2. MUNGELILI:
    silaaaa sila...



    REDRAMBUTAN:
    Novel Adibah Amin rasanya di bawah DBP atau pun mungkin keluaran Utusan. Tapi novel lama macam tu susah nak dapat sekarang.

    BADAI SEMALAM pun best, karya Khadijah Hashim, dulu jadi novel sastera Tingkatan 5 (aku dapat A1). Novel ini akan difilem tidak lama lagi, lakunan Farid Kamil.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Bukan Puteri Lindungan Bulan? Saya dapat FREE masa datang pelancaran novel tu...siap Pak Samad lagi lancarkan dan disiarkan terus ke satu radio tempatan. Pak Abdullah Hussain juga datang waktu tu...Gah gilerrrr masa tu.

    Errrr apa khabar Liana ya, nanti kirim salam kat dia ya ;)

    ReplyDelete
  4. Salam ANYSS:

    Memang novel BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN tu memang hebat.

    Tapi sepanjang Kak Azie terlibat dengan CESB, belum pernah sekali pun penulis itu muncul atau diketahui khabar beritanya...

    ReplyDelete
  5. walaweh...

    insyaallah, akan kami serang & jumpa aunty kat sana :)

    jaga diri yer...satgi jenuh sakit tekak pulak..hehe

    ReplyDelete
  6. Buku2 yg kat atas tu dah tak dijual kat kedai kut. Betul ke AA?

    ReplyDelete
  7. DATIN:
    Sakit tekak tu biasa la.
    Jaga diri ke Tganu tu. Hati-hati okeh.



    KAK SAM:
    Tak jual tu sebab tiada ulang cetak. Tapi bila dah ulang cetak, akan masuk ke kedai buku semula. InsyAllah, lepas PESTA BUKU, pasti ada kat kedai.

    ReplyDelete
  8. selamat berpesta........ mesti bestkan banyak buku....

    ReplyDelete
  9. mcm best je novel2 yg di promo kan tu..:)

    ReplyDelete
  10. masih ade lagi saye simpan buku citer puteri lindungan bulan tu...

    best citer dia tu...

    ReplyDelete
  11. Kak Zai dah baca novel puteri lindungan bulan,memang best.

    Jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak AA...
    Saya pun nak cari novel tu..'Bukan Puteri Lindungan Bulan'.......
    Yang pastinya...saya akan serbu Booth CESB di pesta buku nnati...Jumpa di sana....

    ReplyDelete
  13. alaaa...ni yang rasa nak serbu pesta buku nih....err..n'way novel kedua tu tak pernah baca lagi....nampak menarik jugak.

    ReplyDelete
  14. hebat! all de best to CESB! :)

    ReplyDelete
  15. Insyallah sabtu ni ida aka ke pesta buka yess!!...nak jumpa azie boleh tak?harap2 dapat jumpa.

    ReplyDelete
  16. dalam banyak2 buku CESB, paling terkesan di hati buku "Tangisan bulan madu" sob..sob..

    ReplyDelete
  17. ALIMAZ:
    Buku memang banyak, tapi buku orang. hehehe


    MIECYBER:
    Nanti beli buku 555 bang, ringan jerrrr.. hehehe


    AZZEY:
    Memang betul best tu.

    ReplyDelete
  18. AIN NORAINI:
    Memang betul. Buku yang pernah menjadi fenomena di CESB suatu ketika dulu.


    KAK ZAI:
    Terimakasih Kak ZAI.


    MULUTPAYAU:
    Tegur saya yer. InsyaAllah, Sabtu Ahad terakhir nanti, saya ada.

    ReplyDelete
  19. SITI MURNI:
    Serbu jangan tak serbu.


    MAKSU:
    All the best utk MAKSU juga.


    NYANYISUNYI:
    Nanti tegur saya yer.

    ReplyDelete
  20. MDT:
    Tangisan Bulan Madu tu karya Shamsiah Mohd Noor. Ada 3 siri. Sudah habis dalam pasaran pun.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails