Friday, June 15, 2012

Suami Aku Ustaz...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
15-06-2012


Setiap kali aku masuk kedai buku (biasanya MPH, terdekat) aku suka bertanya-tanya pada sesiapa yang turut berada di ruangan novel. Tanya mana-mana novel yang best dan boleh dicadangkan.

Aku juga kadang-kadang suka mencadangkan apa-apa tajuk yang aku rasa best dan menarik untuk dibaca. Sekali-sekala memang jumpa dengan orang yang minat baca novel juga time tuh. So kami saling bertukar cadangan.

Biasanya yang paling banyak aku usulkan adalah novel “Awak Suka Saya Tak?” tulisan MELUR JELITA tu. Sebab novel tu memang best pun. Memang tak rugi beli, malah rasa berbaloi walaupun harganya lebih RM30.

Novel “SUAMI AKU USTAZ” ini dicadangkan oleh seorang pembaca. Dia sangat minat novel dan lagi banyak beli dari aku. Sekali beli sampai 4,5 novel (beratus RM gak tuh).


 


Memang novel ni best sebab pembaca yang cadangkan ni pun macam aku gak, suka novel yang konsep monolog. Wahhh tak rugi bila jumpa orang ‘sekepala’ walaupun kami tak pernah kenal pun. Nama pun tak sempat nak tanya.

Novel Suami Aku Ustaz ni tentang seorang remaja berusia 17 tahun (nak amik SPM) bernama Alisa yang diminta berkahwin dengan sepupu sendiri bernama Hafiz kerana dia anak tunggal dan ibubapanya akan ke Mekah menunaikan haji. Lalu untuk menjaganya yang sendirian, ibubapanya bercadang menikahkannya dengan Hafiz yang juga merupakan guru agama (ustaz) di sekolah Alisa sendiri.

 


(*kebetulan pula, pagi yang sama aku baru saja menukar nama watak dalam suatu manuskrip aku menggunakan nama Alisa)

Pernikahan mereka berlangsung juga dalam pengetahuan keluarga sahaja kerana majlis resepsi hanya akan dilangsungkan selepas Alisa selesai SPMnya.

Walaupun janggal kerana selama ini hanya bersaudara dan menganggap abang-adik, rumahtangga mereka berlangsung dengan baik dan aman-damai. Ustaz Hafiz bertindak sebagai seorang suami yang sangat cemerlang — terus membuatkan aku membayangkan watak Ustaz Hafiz ini seperti pelakun Johan Arif Asari dalam drama Bunga-Bunga Syurga tuh (TV3 setiap Jumaat).

Novel ini tidak memaparkan konflik yang rumit. Hanya kisah perkongsian hidup dan pahit manis rumahtangga yang dilalui Hafiz-Alisa kerana Alisa menyambung pelajaran walaupun sudah bergelar isteri. Hafiz menjadi seorang ustaz bukan hanya di sekolah, tetapi juga seorang lelaki pembimbing yang baik kepada isterinya sendiri.

Sapa kata seorang ustaz tidak romantik? Novel ini memaparkan Hafiz memang seorang yang romantik – aduh, bayangkan Johan Asari lagi!

Walaupun ada godaan yang tiba melanda hati Alisa sepanjang menjadi mahasiswi (kerana dia tidak bersedia memaklumkan status perkahwinannya, bimbang tidak mendapat penajaan biasiswa), tetapi akhirnya Alisa sedar andai dia menurut kata hati dan godaan seorang lelaki lain yang baik terhadapnya, sudah pasti rumahtangganya akan tergugat.

Aku suka novel ni (macam orang muda plak), kerana monolog yang mewakili diri Alisa itu sangat kelakar. Sepanjang membaca, ada sengih ada tertawa. Sapa suka novel kelakar, inilah salah satu yang disarankan.

Bayangkan seorang gadis remaja age 17 tahun, berkahwin dengan seorang lelaki matang berumur 28 tahun. Tetapi Ustaz Hafiz berjaya membentuk Alisa menjadi isteri yang muslimah lagi dibanggakan. Dan result SPM dia 9A!

Ada beberapa dialog yang aku suka nak copy paste di sini:
Hafiz: “Perempuan tak elok pakai jean.”
Alisa: “Selama ni selalu jer Lisa pakai.”
Hafiz: “Lepas ni jangan pakai lagi. Sekalipun lelaki punya. Abang tak suka tengok. Kalau pakai yang perempuan punya, ketat. Kalau pakai yang lelaki punya, dah serupa lelaki. Lagipun Lisa, apa salahnya pakai pakaian yang suami suka.”

***

Hafiz: “Solat tu kan mencegah maksiat, Lisa. Bila solat dah tak dapat mencegah maksiat, itulah jadinya. Itu pun kalau diaorang solat. Kalau tak apatah lagi. Boleh lupa yang kita ada CCTV dekat atas nun.”
Alisa (monolog): CCTV. Baru sahaja tadi aku bercakap fasal malaikat kiri kanan. Ustaz ni lagi advance, guna CCTV terus. Yalah, Allah tu kan Maha Melihat.

Antara lain yang best, bila Alisa mengandung, Ustaz Hafiz yang terkena alahan sampaikan dia letih nak bangun qiam. Dah jadi terbalik, Alisa pula yang kejutkan dia tengah malam untuk qiam.

Dan yang best lagi, novel ini banyak menceritakan tentang sejarah kemuliaan Nabi dan para sahabat serta pahlawan-pahlawan Islam pada zaman dulu. Best tau baca. Tahniah buat penulis novel ini. Dalam lembut ada tajam menikam, dalam lucu ada pengajaran yang wajar diambil.

*Novel tulisan Hannah Dhaniyah dengan harga RM22.00 terbitan KaryaSeni.




~...terus buat SERI BULAN teringat juga sewaktu makan beramai di bawah pokok cermai, HISYAM mengenyit mata seolah-olah daun tidak nampak, buah tidak jeling dan ranting tidak paling...~






13 comments:

  1. wah..sinopsis sgt menarik.kena beli ni..tq krn berkongsi ;)

    ReplyDelete
  2. nampaknya saya kena cari novel ni jugak nanti.. thanks kak atas perkongsian review yg menarik ni.. terus tertarik dibuatnya..

    ReplyDelete
  3. nak baca buku pun saya dah malas sekarang ni..huhuu..inikan pula novel..:)

    ReplyDelete
  4. Bila baca tulisan Kak Azie dan teringat Bunga-bunga Syurga teringin rasa nak beli buku tu.

    ReplyDelete
  5. dah abis baca?

    nak ngelat... apa endingnya?

    ReplyDelete
  6. salam kak, sya dah beli dah. sangattttttttt best. walaupun tak sampai separuh lagi baca. asyik duk sengih sorang2. haha

    ReplyDelete
  7. As Salam. First time masuk sini walaupun saya tau anda blogger famous. Segan nak terjah sebenarnya sebab saya blogger yang tidak setaraf.

    Anyway, baru jer habis baca novel nie. Sesuatu yang menarik dan ada pengisian dengan cara tersendiri. Romantik, tapi tidak mengkhayalkan. Ringan, tapi padat.

    Owh, saya follow yer...

    ReplyDelete
  8. salam , memang best best ! tapi saya rasa macam pernah tengok jer ... jalan cerita nya ada persamaan dengan cerita indon "pengantin remaja" , dan watak heroin die jugak nama alisa ... mungkin penulis ddapat inspirasi dari cerita tu kot

    ReplyDelete
  9. sangat sangat menarik. teringin nak membacanya

    ReplyDelete
  10. I want to ask
    What I still can buy the novel at this time,
    and how do I buy if I do not live in Malaysia ?

    ReplyDelete
  11. i need you >> http://rawrmeansaranghaeyo.blogspot.com/2013/07/i-need-you-novel-sponsorship.html

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails