السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
20-07-2012
Agak terlewat untuk menyambung tulisan kisah catatan perjalanan Jakarta, pada 3 hari seterusnya. Dah nak masuk Ramadhan dah pun. Tapi cerita ni harus diselesaikan juga. Gambar ada banyak.
Lepas lunch di Bali Jimbaran, kami singgah solat di Masjid Agung.
Setiap pintu ada nama tersendiri.
Laluan masuk untuk wanita dan lelaki tidak berasingan. Masuk jer ikut pintu yang sama.
Selamba jer tinggal anak kat kaki lima luar, si ibu masuk bersolat. Takda orang jaga pun, and takda pun orang culik.
Berbeza di tempat kita, masjid di sini, bebas pelancung masuk tanpa menutup aurat pun. Ramai pelancung bebas masuk sehingga ke dalam mengambil gambar.
Aku tak tahu kenapa dipanggil Masjid Agung, sedangkan nama masjid ini Masjid Istiglal. Masjid ini antara masjid yang terkenal di Jakarta.
Berhadapan dengan masjid ini tersergam sebuah gereja yang besar.
****
Kami menuju ke Taman Monas, tidak jauh dari Masjid Agung. Taman Monas adalah taman riadah yang terkenal di sini. Bayangkan Tasik Titiwangsa, atau Tasik Shah Alam. Bezanya di sini tiada tasik. Ada tugu yang menjadi kebanggaan orang Indonesia. Tugu MONAS, yang ada seketul besar emas tulin di puncak menaranya. Konon pernah ada cubaan untuk mencuri ketulan emas itu.
Luas dan selesa, tapi cuaca petang itu panas. Menara juga boleh naik untuk dilawati, tapi kami dengar pengumuman bahawa masa untuk masuk beratur hampir tamat, so kami tak berhajat nak pergi. Cukup dengan berjalan santai sekeliling taman.
Kereta kuda berhias cantik menjadi tarikan pelancung untuk naik berkeliling kawasan taman. Tapi kami tak naik pun, wpun aku teringin juga. Nak snap pun cepat-cepat, sebab kuda tu kuat bau busuknya.
Luas dan selesa, tapi cuaca petang itu panas. Menara juga boleh naik untuk dilawati, tapi kami dengar pengumuman bahawa masa untuk masuk beratur hampir tamat, so kami tak berhajat nak pergi. Cukup dengan berjalan santai sekeliling taman.
Kereta kuda berhias cantik menjadi tarikan pelancung untuk naik berkeliling kawasan taman. Tapi kami tak naik pun, wpun aku teringin juga. Nak snap pun cepat-cepat, sebab kuda tu kuat bau busuknya.
Kebetulan petang Sabtu, Indonesia musim cuti sekolah. Menjadi hari libur di sini. Ramai pengunjung tempatan.
Pelbagai cenderahati. Juga ada pertunjukan percuma.
Nampak tak monyet berbaju hijau tuh. Bijak dia kutip duit dari pengunjung. Kami tengok dari jauh saja, tak berani nak dekat pun.
Pemain muzik. Ketuk gendang tanpa henti dan monyet akan menari berpusing-pusing mengikut irama.
Yang tak best tu, show pondan ni pun ada. Di sini disebut "cewek jadian". Dengan satu radio kecik di tepi telinga (muzik dangdut ler kot...) dia menari agak lucah di hadapan grup yang bersantai dan menunggu orang memberi sekeping dua rupiah. Kami cepat-cepat menjauh bila dia mendekat. Yang kesal tu, anak-anak kecil pun tengok tersengih-sengih. uishhh....
Perkhidmatan mengambil gambar dan cetak segera (digital) di hadapan Tugu Monas. Dengan hanya RP15,000 aku pun teruja nak cuba. Tapi aku minta bapak itu snap juga dengan kamera aku selain dari kamera dia. Yang aku sendiri tu tentulah aku nak simpan buat kenangan.
Dengan hanya beg kecil, dan printer sebesar kotak A4, dia dapat memberikan perkhidmatan segera. Gambar pun cantik.
Sebenarnya kami sendiri mencuba berkali-kali untuk snap gambar melompat tuh, tapi manjang tak jadi. Tak pandai nak timing, kata orang. Tu yang terpaksa gak ler bayar pada bapak tu untuk dia snap. Sekali snap jer terus jadi.
Malangnya...
yang di dalam kamera aku, tetiba corrupt! Beberapa gambar selepas diupload di pen drive, ada yang error, termasuk gambar gajah melompat tu.
So, inilah gambarnya. Ini aku snap semula dari gambar digital yang dicetak. Lihat ada tarikh di situ. 07-07.
~...SERI BULAN terkedu sendiri bila tetiba petang semalam HISYAM mengirim lagu melalui telefon canggihnya dengan lirik yang berbunyi “walau kau berdosa padaku, hanya kau seorang pujaan hatiku”...~
Wah seronoknya dia....akak pun nak pergi Bandung hujung tahun ni.
ReplyDeleteseronok bercuti hari tu ye?
ReplyDeletesya tumpang tengok gambar pun dah seronok, berwarna warni
selamat menyambut ramadhan kak zie dan keluarga semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih di berkati. Amin....
cewek jadian tu kat mesia jgn hrp buat cenggitu...buat kena baling kasut je kang
ReplyDeleteAmboiiii... jeles tengok Azie terbang! :)
ReplyDeletekak, saya sendiri tak yakin saya boleh melompat setinggi akak tu.. cayalah.. kagum saya sekejap..
ReplyDeleteSalam ramadhan buat kak azie sekeluarga.. selamat berpuasa..
ZANA:
ReplyDeletememang seronok ke Bandung berbanding shopping di Jakarta. Bandung lebih murah dan cuaca lebih nyaman...
SYA:
Nak lebih seronok lagi kalu duit banyak. Kak Azie sekadar berjalan tengok tempat orang saja...
seronok layan cerita jalan2 akak...setiap gambar ada cerita menarik dan detail pulak tu. mmg gaya penulis terbilang lah kak azie!
ReplyDeleteMUNNA:
ReplyDeleteDi Malaysia, pondan malu nak tunjuk show sembarangan tempat. Yg kami tengok tu mungkin spesis pondan terdesak.
KAKCIK:
Jom kita terbang sama-sama jommm....!
HANIS AZLA:
ReplyDeleteTakyah la kagum sangat sayang. Anggap jer tu kamera trick. Mana ada tinggi mana pun. Hehehehe
GADIS
ReplyDeleteBUNGA:
Dah jadi tabiat Kak Azie, kalu jalan camni, mesti bawak buku nota kecik
buat catitan utk sendiri. Lagipun banyak fakta yg baru kita mudah
lupa...
sabar jelah..nak jugak ambik gambar melompat tu yer ;)
ReplyDelete