السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
13-07-2012
Masih hari ke-2, Bandung.
Sebelah petang.
Menuju Toko Diaz. Nama toko ini memang terkenal juga. Tapi harga boleh tahan. Kerana kasut dan handbag adalah dari jenama terkenal, wpun bukan ori, tetapi kualitinya adalah gred yang terbaik.
Barangan sebegini tidak tersenarai dalam list aku, so sementara menanti yang lain-lain meilih beg idaman hati, aku hanya merayau sekeliling, sambil diawasi oleh supir. Dia merangkap pemandu, juga boydguard kami.
Toko Diaz: 2 tingkat. Rambang mata.
Menjelang petang, kami dibawa pula oleh Mas Sudin singgah di sebuah komplex membeli-belah yang agak terkenal di sini. Dan, aku rasa kompleks ini antara kompleks yang eksklusif di sini. Paris -van-Java atau lebih senang disebut PVJ @ “Pey-Bey-Jey”. Seolah-olah Pavilion Bukit Bintang. Kebanyakan pengunjung pun nampak hebat-hebat, dan parking penuh dengan kereta besar-besar (4 wheel drive) sahaja.
Sungguh luas dan kami tak jalan habis, sebab bangunan ni memanjang macam Wangsa Walk. (di Bandung memang tiada bangunan tinggi-tinggi kerana tanahnya tanah pertanian).
Di belakang aku itu sebenarnya deretan restoren/kafe macam yang kita di lihat KL, such as Coffee Bean, J.Co, McD...
Luas dan memanjang. Jamu mata bolehlah, nak shopping memang tak baloi.
Deretan cafe di luar bangunan PVJ ini seolah-olah cafe/restoren yang ada di basement StarHill Bukit Bintang, KL. Lampu samar lebih menampakkan eksklusif. Rata-rata pengunjung adalah pelancung dan juga remaja tempatan yang bergaya mewah dan ceria.
Di kawasan luar, ada satu kolam kecil yang menempatkan buaya. Banyak juga. Tak besar, anak boya saja.
Dah malam so buaya tu pun dah penat kot. Senyap jer.
Buaya darat jer yang tak reti duk diam!
~....bila sinar matahari mencecah laman, SERI BULAN hanya ingin melihat HISYAM orang pertama di jenang pintu tetapi Mak Utih yang kelihatan seperti orang resah kerana lama berpisah...~
Kalau kakcik ke sana, mungkin kakcik pun hanya jadi pelancong yang tak tahu nak melencong apalagi nak membelibelah. :)
ReplyDelete...kat situ ada tertulis SOGO...apakah ada cawangannya di sana?
ReplyDeleteKAKCIK:
ReplyDeleteSaya hanya suka lihat dan snap gambar saja.
FARID:
Ya, memang itu SOGO. Cawangan Bandung. Carrefour pun ada di dalamnya. Kami pun masuk juga membeli barang sarapan di bilik.
Buaya? banyak sanagt sampai di situ pun diletak buaya.
ReplyDeleteHandbag cantik-cantik mesti ada yg tersangkut bawa balik M'sia ni.
sbsr sogo kt KL?
ReplyDeleteaik kenapa tak baloi? mahal ke?
ReplyDeleteazieazah
ReplyDeleteAwas.... Dalam kata tak membelibelah, biasa juga tahu-tahu banyak kena bayar banyak 'excess baggage'! Semoga sihat & seronok bercuti di Bandung tu.
Kalau kita pergi ke sana 2 tahun dari sekarang buaya2 tu dah besarlah kot.
ReplyDeleteBuaya darat makin malam semakin aktif .... ngeeee
wahh...nampak cam sogo. ari nie & esok ada members day kat sogo kl kan?
ReplyDelete