Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Day 4: cerita biasa yang semakin biasa kecuali Eskrim TUYUL tu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
24-07-2012


Ramadhan bagi kami sekeluarga, tidak banyak berbeza seperti tahun lalu, juga tahun-tahun sebelumnya. Resam aku, memang akan masak sendiri. Terlalu jarang kami membeli di pasar Ramadhan, kecuali jika teringin kuih yang pelik-pelik or susah nak buat. Tapi jika setakat nak buat Popia, Karipap, Buah Melaka, Cucur Udang... buat sendiri lebih puas.

Tahun ini, IKA tak dapat berpuasa sepenuhnya di rumah sebab skulah dia tak cuti. AMOI dapat berpuasa sepenuhnya di rumah, buat pertama kalinya selepas lebih 6 tahun, sebab dulu sejak Form 4 lagi dia skulah jauh dari rumah. Budak asrama.

Seminggu sebelum puasa, dia dah habis final exam dan dah angkut segala tok nenek barang balik ke rumah. So kat rumah aku ada asisstant untuk prepare urusan mudah, e.g. masak nasi, masak air, angkat kain, lipat kain...

Bab memasak, so far hanya aku jer yang pandai nak kendalikan dapur magic aku tuh. Heheheh...! petik jari jer kuar Ayam Masak Merah (lauk semalam), ketuk wancoh jer kuar Tomyam (lauk hari pertama posa) dan ketuk rinjing jer kuar Ayam Goreng Tepung — paberet CHAK yang wajib ada tiap hari.

Tiada banyak kisah menarik kami pun. Semuanya sederhana. Terawih di surau perumahan aku sangatlah meriah, seperti juga tahun-tahun sebelum. Tiap malam penuh — tunggulah minggu ke-3 nanti. Mungkin berbeza kot...

CHAK dan ALIA paling suka sebab lepas terawih ada moreh. Bleh makan macam-macam, sampaikan keropok pun ada. Budak-budak cukup suka. Bulan posa disangka orang bulan untuk diet sebab tak makan siang. Tapi aku rasa, makan banyak jugak! Harus lah baju raya aku nanti cuma muat sebelah tangan! Wuaaaa....!

Ya, baju raya aku sudah siap. Cuma sepasang. Plan 3 pasang (bersekali untuk kenduri anak buah lepas raya), tapi yang siap hanya sepasang. Lagi 2 pasang tersangkut, sebab MyManager yang menjahitnya dah patah tangan (kes ragut tu laa), so lambat ler baru siap baju aku tu.

Baju CHAK dan ALIA dah siap beli sebelum posa hari tu. Kasut pun dah beli siap-siap.

Semuanya harus berperingkat, kalu idak.... makcik botak youuuu...!

Kerana aku tak snap apa-apa gambar lagi sepanjang posa ni, so aku boh jer gambar ni:

Eskrim TUYUL, actually aiskrim batang kot... Jumpa kat Bandung ritu. Tak beli pun.


*wancoh / rinjing (bahasa Banjar) for senduk / kuali


~....SERI BULAN sering rindukan tempat-tempat makan yang bukan sedap mana, tapi seronok bergelak dengan kawan-kawan seiring dan sejalan sehingga HISYAM sendiri jadi penasaran lalu dia sedar mata wanita itu sering menjelingnya yang berdiri tegak di sebalik tiang seri kerana cemburu gagal memburu...~



19 comments:

  1. Salam Ramadan my lovely sis.

    Harap cik azie dan famili sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

    And eskrem tuyul? Hahahahah

    ReplyDelete
  2. x pernah tengok eskrim tuyul.. kat m'sia xder lagi kot... nak pinjam rincing n wanchoh boleh?..:D

    ReplyDelete
  3. wah ada pembantu tahun ni ehh.. mesti makin meriah hidangan buka ..

    ReplyDelete
  4. wah baju raya dah siap ye.

    klako plak namer eskem tu...hehe

    ReplyDelete
  5. Kakcik langsung tak buat apa2 persiapan pun untuk raya - baju pun takde!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    magicnya dapur tu hu hu hu ptg2 bolehlah panjat tangga pi tadak mangkuk ya ----> mangkuk kecik je pun...boleh la , boleh la!

    ReplyDelete
  7. Salam
    adindaku HAZREY yg jauh di mata tapi dekat di hati. Ahaks!
    Thanks, semoga HAZREY dan HONEY juga sejahtera dan sihat sepanjang
    Ramadhan ini....



    KAK IZAN:
    Nak pinjam? Wancoh saya pun patah hulunya. Rinjing saya pun dah sumbing
    telinganya. Apakata Akak beli yg baru sempena bulan posa ni? Hehehe

    ReplyDelete
  8. belum pernah nampak lah tu Tuyul tu. Apapun tahniah ya, memang macam tulah wanita kena pandai masak.Selamat berbuka hari ini ya..

    ReplyDelete
  9. ANAA:
    meriah memang meriah, time makan jer lah. Time memasak yg meriah nyer tetap lah soranggg.


    SUE:
    siapkan awal mengikut bajet awal. Nanti tak tahu ntah apa-apa plak duit menyahut. hehehe

    ReplyDelete
  10. hitam pulak kaler tuyul tu kan kak azie? ;D

    ReplyDelete
  11. KAKCIK
    SEROJA:
    ikutkan saya ni pun malas nak buat pun, tp dah lama tak buat baju, tu yg
    buat juga la krn lepas raya banyak kenduri anak buah menikah...


    ANYSS:
    Bukan tangga tu dah patah riuk masa panjat pokok kelapa kelmarin?
    hahahaha!

    ReplyDelete
  12. ETUZA:
    Pandai
    sangat tu tidak la, tp dah nama pompuan, kan. Kena la rajin juga masak
    bila dah kahwin. Nak amik maid, tak mampu la pulak. Hehehehe

    ReplyDelete
  13. As salam Azie,

    Marya dpt rs Kak Zie punya masakan sgt2 yummeh! Mesti cekap di dapur! Selamat berpuasa kak! hari ni plan nak masak menu akak yg hari pertama tu....tomyam campur! :))

    Aiskrim batang! teringat kat mak dia suka sgt aikrim batang ni perisa kacang merah... :))

    ReplyDelete
  14. GADIS BUNGA:
    Kata orang hitam tu menawan dan manis. Eskrim ni harus la manis, kan? Dan tuyul memang la hitam juga, kan? hehehe



    TIRANA ADUKA:
    Salam. Selamat bersahur. > membalas komen di pagi sementara menunggu air mendidih. hehehe...

    ReplyDelete
  15. MARYA:
    Kita masak apa pun semua anak mesti makan punya, sbb depa tak pandai masak. Hehehe

    Eskrim batang perisa kacang merah memang sedap. Popular sejak dolu-dolu lagi. Sekarang ni perasa durian, jagung dll pun ada.

    ReplyDelete
  16. salam...kesempatan diambil untuk jenguk jenguk kawan kawan lama di blog..

    ReplyDelete
  17. PANGLIMA MUDA:
    Salam. Terimaksih banyak, bang. Selamat berbuka puasa.

    ReplyDelete
  18. PANGLIMA MUDA:
    Salam. Terimaksih banyak, bang. Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails