السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
20-07-2012
Rasanya ini adalah entri terakhir berkaitan percutian di Bandung & Jakarta.
Malam terakhir di Jakarta, kami dinner di restoren Warung Desa. Mencari menu panas. So masing-masing order Mee Goreng, Nasi Goreng dan Kuey Teow Goreng.
Tiada gambar sebab part yang ini pun gambar error jugak.
Air yang aku order ini namanya; Air Biarkan Aku Sendiri. Pelik nama air macam lirik lagu. Pic dari kamera hp.
Pagi Ahad, pagi terakhir di Jakarta. Kerana flight kami adalah di malam hari, seharian siang adalah masa terakhir untuk menghabis percutian serta menghabiskan rupiah yang ada.
Semasa di Bandung tempohari, kami sebenarnya menambah tukaran rupiah sebagai top-up untuk berbelanja di Jakarta. Sebenarnya rugi menukar di sini, kerana murah ( RM100 = RP297,000). Dan di Bandung pusat money changer bukan seperti di tempat kita, ada kaunter atau lot kecil dalam kompleks. Di sini, tempat yang kami pergi, money changernya seperti berurusan di bank. Kami harus mengambil nombor giliran, menunggu. Isi borang, tunjuk passport (ini wajib), tunggu lagi. Kemudian nombor dipanggil dan baru diserah wang tukaran. Leceh juga.
Berbanding Bandung, di Jakarta sebenarnya tidak banyak sangat yang hendak dibeli pun. Itu pendapat aku. Aku masih merasa Jakarta tak lah menarik sangat untuk berbelanja pun - pendapat orang yang tak berada-ada - berbanding Bandung.
Selepas sarapan di Hotel Alia, kami terus check out, dengan bagasi masing-masing beranak-pinak. Ini biasa. Kami singgah di kompleks lain pula untuk melihat-lihat. Mas Sudin menurunkan mereka yang lain di Kompleks Cempaka Putih kerana masih ada yang berhasrat untuk berbelanja. Sedangkan aku membuat rancangan sendiri.
Dulu lagi, aku sudah teringin/kepingin hendak naik bajai yang banyak di kota Jakarta tu. Dulu tak berkesempatan langsung, tapi kali ini peluang yang ada tidak harus dilepaskan. Mas Sudin pula sudi hendak menemankan, dengan katanya, “kalu tidak ditemanin, nanti dibawa ke mana-mana.” Sudah tentulah aku tidak berani hendak pergi sendiri, apalagi hendak memaksa orang lain mengikut sedang mereka masih hendak menyambung shopping.
Mas Sudin bertanya-tanya harga sebuah bajai untuk berkeliling. RP100,000 untuk berpusing kota dalam masa setengah jam. Wokeh, nak habiskan sekeping RP yang terakhir. Setelah tawar-menawar akhirnya dapat harga RP60,000 (kira-kira RM17.60). Setuju! Lalu berkelilinglah aku ditemani Mas Sudin meronda sehingga ke Taman Monas. Supir tu bawak laju giler, cemas aku dibuat. Tapi best sangat, fun!
Dan kami berhenti sebentar di Taman Monas untuk bergambar (gambar-gambar ini pun corrupt juga dalam pen drive... huh!).
Setelah dihantar semula ke stesen asal, harga yang dibayar jatuh kepada RP50,000 sahaja (RM14.70). Wahh baiknya supir tuh.
Kami singgah membeli rojak kerana aku tertarik melihat cara rojak ini dibuat. Sebagai membalas budi baik, aku belanja Mas Sudin makan rojak (sebab dia sebut teringin makan betik) dan aku mencuba apa yang disebut Rojak Uleg Serut itu.
Diisi di dalam cup = RP7,000. Sedap juga, tapi pedas sangat pulak. Tak habis pun makan.
Kami kemudian duduk di kedai medan selera berhampiran membasah tekak dengan Air Apokat Bercoklat (avokado), sementara menanti yang lain selesai shopping.
Kami lunch sekali lagi di Ayam Presto. Kali ini order Ayam Bakar pula. Makan dengan tulang sekali.

Pic yang ini aku minta Mas Sudin snap dengan kamera hp. Mujur....

Semua orang sepakat untuk minum Ais Campur. Macam ABC tapi banyak bahan. Macam biasa, pasti ada apokat, isi kelapa kiub dan juga tapai ubi. Bahan lain, biasa macam di tempat kita. Kos keseluruhan 6 orang = RP217,500.
Yang sempat dirakam dek mata dan kamera - sebahagian kehidupan:
Kami dihantar sehingga ke Airport Soekarno-Hatta, Jakarta kira-kira jam 5 petang, flight jam 8.30 malam. Masa di sana macam tak mo balik, tapi bila dah tiba time nak balik, semua tak sabar-sabar! Flight lewat setengah jam, dan kami selamat tiba di LCCT, KL dan segala urusan selesai kira-kira 12.30 tengah malam.
Kenangan bersama supir @ bodyguard @ pemandu pelancung @ kawan baru. Van itu sangat selesa. Air Pop One tu nama sebuah kumpulan rap Indonesia yang terkenal kononnya, sebab tu sekali-sekala orang memandang 2 kali ke arah van kami. hehehehe (nasihat aku, jangan sekali-kali lupa bagi tips (dalam bentuk ringgit Malaysia) kepada pemandu pelancung anda, mereka sangat menghargainya.
Alhamdulillah, sepanjang di sana aku sihat walafiat sahaja. Tidak demam, tidak batuk, tidak letih (wpun keuzuran), tidak sakit kaki, tidak sakit tumit. Syukur sesangat...
Selamat menyambut Ramadhan, everyone!
~...SERI BULAN sudah lelah menggalas rindu, HISYAM sudah geram menyimpan dendam...~
tiba2 saya rindu Jakarta walau sudah 9 kali ke sana.
ReplyDeleteKAKCHIK
ReplyDeleteELLA:
Wahhh sudah berkali-kali ke sana... Mesti dah mahir tntg Jakarta. Kalu
ada yg silap tentang story Kak Azie, sori la ya. Sekadar pengalaman
sendiri je ni.
Wah sis..
ReplyDeletesronok dapat kongsi bersama cerita sis.....
tak sabar tunggu cerita yang lain....
TIRANA:
ReplyDeleteSebenarnya,
cerita catatan perjalanan yg ini dah habis. Cepat-cepat kena habiskan
sebelum masuk Ramadhan. Ada banyak lagi kisah jika diperhalusi. Sekadar
ambil secara asas sahaja tu....
wah! tahniah ya, jauh berjalan luas ilmu. Jakarta indah ke?..gambar tu menarik, hebat2
ReplyDeleteETUZA:
ReplyDeleteJika
dibandingkan dgn KL, tentulah jauh bezanya. Kerana saya juga ke
Bandung, terasa Bandung lebih baik, lebih nyaman dan lebih murah. Apapun
utk melihat negara orang dan kehidupan, percutian ini cukup
memuaskan...
salam sis..
ReplyDeletesinggah di pagi isnin
lepas sahur....
tunggu cerita sis..
bila tengok muka comel ceria akak kat sana, saya faham dah kenapa Hisyam berpesan banyak banyak kat Seri Bulan. Heheh!
ReplyDeletebuat akak teringin lak nak gi Jakarta...
ReplyDeletemacam best jugak...
Tenkiu Azie.. pandai mengadun citer terasa baca buku Lonely Planet ...
tak pernah lagi 'terbang' kesana kak azie.. entah bila la ada rezekinya.. hee...
ReplyDeleteselamat menyambut Ramadhan kak AA..
TIRANA:
ReplyDeleteTerimakasih kerana selalu menanti cerita Kak Azie yg tak seberapa ni. Kak Azie kadang2 free, kadang sibuk ntah apa-apa. Ada masa pasti menulis.
GADIS
ReplyDeleteBUNGA:
Hisyam berpesan kepada insan yang dia berkenan saja. SERI BULAN membaca
ntah perasan ntah bosan. Nanti Kak Azie risik yaaa...
AKAK:
Buku Lonely Planet tu buku apa kak? Sebenarnya, pendapat peribadi saya,
Jakarta tak lah best sangat berbanding Bandung. Baik ke Bandung saja
jika nak shopping telekung...
ANAA:
ReplyDeletenak
pegi setakat Bandung taklah mahal sangat. Asal saja rajin survey harga
tiket murah ketika AirAsia sales. Jarak masa biasanya 5,6 bulan sebelum
pergi dah boleh kumpul duit dan rancang masa cuti. Tp kadang2 anak yg
masih kecik, terpaksa tangguh dulu, kan?
OKEY TAMAT :)
ReplyDeleteseronok membaca mcm saya duk sebelah kak azie je