Wednesday, July 18, 2012

Mangga Dua Square: “Cheap thing no good, Good thing no cheap!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
17-07-2012


Malam pertama di Jakarta. Balik dari Tanah Abang, terus check in. Hotel yang telah ditempah  oleh ejen Pn Rafida untuk kami ternyata lebih selesa berbanding yang di Bandung tempohari.

Malam itu, kami membuat rancangan untuk menziarah seorang kenalan Indonesia. Dulu SURYANI ni pernah bekerja dengan salah seorang rakan trip kami selama kira-kira 2 tahun. Hubungan mesra mereka sudah seperti saudara dan kunjungan kali ini bukanlah kali pertama bagi mereka tapi pertama kali buat aku.

Jarak antara rumah Suryani di Cipinang (betul ke ejaan nih?) dan Hotel Alia (dalam daerah Jatinegara, Jakarta Timur) kira-kira 20 minit, dan Mas Sudin sekali lagi tiada masalah untuk membawa kami ke sana. Tapi sebenarnya, jem yang teruk melambatkan perjalanan dan adik Suryani terpaksa datang dengan motor memandu jalan. Jalan masuk ke kawasan setinggan (macam kampung tanah lot pun ada) agak sempit dan bersimpang-simpang. Agak suspens juga berjalan di celahan rumah orang pada malam hari begitu.

Kami terpaksa parkir van di tepi jalan luar, dan berjalan kaki untuk terus ke rumahnya. Disambut penuh mesra oleh keluarganya, terutama ibu Suryani. Rupanya, depa memang dah bersedia. Siap masak macam-macam lagi. Aduhaii.. kalu lah kami tak jadi datang.....


Kita pun tahu, orang Jawa memang sangat memuliakan tetamu. Mereka meraikan tetamu bersungguh-sungguh. Kami dijamu makan nasi yang panas, ada Kuah Lodeh — yang of course ler ada tempe — Ulaman, Ayam Panggang (macam Ayam Percik), buah-buahan...


Juga, ada Ikan Pais yang dijamu ketika masih berasap. Ohhh... nikmat.


Sebenarnya, semasa kami sampai ada beberapa orang  lelaki sedang memasak sesuatu di belakang rumah. Kuali kawah yang penuh minyak panas. Rupanya sedang menggoreng kuih. Kerana baru sampai, aku segan nak terus terpa snap gambar. Tapi bila nak balik, tengok semua proses tu dah selesai, so tiada gambar waktu kerja.

Rupanya, keluarga Suryani berniaga kuih, yang kita sebut Cakoi. Jika di tempat kita, Cakoi ada yang kosong dan berinti Red Bean, tetapi yang ini berinti Kacang Hijau. Kami juga dijamu rasa.  Memang sedap, lembut dan enak sekali.


Kami diberitahu, kuih itu semua digoreng dan disusun di rak khas untuk mula dijual pada esok pagi.


Mula-mula aku sangka nama tu adalah nama penempah, rupanya nama penjual yang akan mengambil bahagian masing-masing. Diletak di atas stall (kereta sorong) untuk dibawa berjaja sekeliling kampung.


Inilah bentuk stallnya. Kerana hari malam, cuma dapat snap satu saja, tapi sebenarnya ada lebih 10 buah stall sebegini tersusun di situ. Semua pekerja juga tidor di situ. Diberitahu ada kira-kira 20 orang. Bayangkan 20 orang pekerja dan keluarga itu tinggal bersama dalam rumah yang sederhana dengan hanya 2 bilik.

Apapun kami memang kenyang malam itu dan aku rasa gembira dapat berkenalan dengan keluarga itu. Mungkin rupa rumah atau kedudukan bukan taruhan, tetapi budi baik dan kesudian itu menambat hati.

Menyambung agenda esok harinya.

Sarapan di Hotel Alia. Sebenarnya pakej kami memang termasuk breakfast, tetapi semasa di Bandung aku langsung tidak sarapan di sana. Sarapan di bilik sahaja (sebab kami pun bawa stok Oat dan Nescafe 3-in1). Kawan-kawan yang lain komplen, sarapan di Benua Hotel masin ya amat. Hampir semua tak boleh makan kecuali minum kopi sahaja. Walaupun aku bukan lah cerewet tapi kalu dah masin sampai tak bleh makan, aku pun taknak. Syukur sarapan di Alia Hotel sangat best. Enak dan menepati selera.


Isi perut dulu sebelum agenda berkawat kaki di shopping kompleks.



Di Jakata, keretapi melintas boleh dilihat lebih kerap. Di sini, keretapi disebut ‘kereta’ manakala kereta disebut ‘mobil’. Aku sering konpius.

Tempat pertama tentulah Mangga Dua Square. Shopping time!


Ini kunjungan kali ke-2 aku, so aku tak teruja sangat nak cari apa benda pun. Jalan cuci mata bolehlah.

Kenapa dipanggil Mangga Dua? Kata Mas Sudin, “Kerana mangganya cuma dua. Tidak ada mangga yang tiga.” erk?


Di sini, barangan kulit wpun bukan ori, tapi kualitinya ada gred terbaik. Pendekata, tak rugi pun beli. Memang berbaloi-baloi!

“Cheap thing no good, Good thing no cheap!”! — ini prasa yang kawan aku ajar. Hahahaha seronok aku ulang-ulang sebut. Sebenarnya, cheap thing masih good. Kena pandai pilih, dan yang pasti lagi kena pandai tawar harga.

Lunch kami tengahari itu ialah di Restoren Bali Jimbaran, cawangan Jakarta. Agak lewat sebenarnya.



Nampak macam sikit, tapi kami order 2 set sebegitu. Rasa, bolehlah tahan. Nak kata sedap sangat, tak ler juga.


Tapi Teh Ais Lemon yang aku order ni memang sedap..! Kos keseluruhan kami RP227,00. Agak tidak berbaloi jika dikenangkan pada rasanya.

Last but not least; nak tayang hasil buruan pada hari kejadian:

Cantik tak? Hehehehe!

Ayat berulangan:
aku kerja sangat gila-gila sejak sebelum bercuti sehingga balik dari bercuti pun. Macam tak percaya jer aku boleh lalui semua keadaan ini dalam keadaan emosi dan tekanan yang sekejap ok sekejap macam tak berapa ok. Syabas dan Tahniah untuk DIRI SENDIRI!




~...HISYAM, selagi dia bernama lelaki dan selagi dia sudi, SERI BULAN tidak akan mungkin mengalah pada amarah dan balah, malah rela terus menyambung bakti di Kampung Separuh Desa walau nanti suatu hari harus pula berhadapan dengan anak dara Pak Imam yang separuh nanar sasaukan lelaki itu...~




 

17 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Di bumi ini, saya sangat tak akan lepaskan peluang untuk minum apokat dan makan buah mangga ----> nikmat ya amat. tak akanjumpa kat tempat lain ;)

    ReplyDelete
  2. salam...

    singgah awal pagi rabu...

    ReplyDelete
  3. Salam ANYSS:
    Mokyang cuma rasa 2 kali apokatnya. Memang banyak dijual dan sentiasa ada di mana-mana restoren.

    ReplyDelete
  4. Salam TIRANA ADUKA:
    Terimakasih ya. Sori Berlori, belum sempat saya membalas ziarah.

    ReplyDelete
  5. Cantik tapi kenapa bukan warna ungu? :)

    ReplyDelete
  6. Kakcik:
    Memang dah aim nakkan warna PURPLE, tapi yg design gitu takda kaler tu. Sekali ni tukar warna ler nampaknya...

    ReplyDelete
  7. BANYAKNYA KUIH....DARI JAUH NAMPAK MCM DONAT..GEBU JE NAMPAKNYA

    ReplyDelete
  8. bestnye kak AA jln2..sy plan nak ke Bandung n Jakarta hujung thn ni..insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  9. RAI:
    terimakasih. Murah sangat tu, sbb bukan original.


    MUNNA:
    Memang sedap lembut dan gebu. Cuma intinya kacang hijau saya kurang suka.

    ReplyDelete
  10. KALAM
    HATI:
    Hujung tahun musim cuti biasanya harga akan jadi mahal sedikit. Tp tak
    mengapa, tetap dikira murah banding ringgit kita. Nak jimat lagi, makan
    arrange sendiri, sbb di sana restoren banyak dan mudah jer nak dapat
    makan yg sesuai tekak kita.

    ReplyDelete
  11. salam akak...

    wow bestnye mknan tu..makan panas2 best..cntik wallet tu akak...

    ReplyDelete
  12. byk info...berguna nih nak pi sana bln10 nanti

    makneng follow sini
    jom follow makneng

    ReplyDelete
  13. CIK
    CERIA:
    ada yg sedap, ada juga yg biasa biasa saja. Nasib juga la tu.



    PINK LAVENDER:
    mana info yg rasa sesuai, silakan ambil. Mana yg tidak, abaikan saja.
    Pengalaman masing2 tak sama, kan? Terimakasih atas kunjungan.

    ReplyDelete
  14. As salam Kak AA,

    baru boleh habis bacakan entry ni... Kejap stop kejap sambung balik! hehehe... Seronok tgk tmpt org kan kak especially yg budayanya hampir sama dgn kite... Purse tu mmg cantik walaupun simple...sy pun suka jenis2 mcm tu...hik3... Susahkan nak faham bahasa dorang ni serumpun tapi xsama... yg tak bestnye tu kite lak yg terikut2 ckp atau dialect dorang tu... hehehe... kes teringat konfius dgn yg ade di Peru ni ;))

    ReplyDelete
  15. MARYA:
    Sejak
    dulu Kak Azie pun heran kenapa kita yg mesti terikut cakap depa. Kat
    sana kami belasah jer cakap Melayu dgn supir. Tapi utk tawar tawar
    harga, terpaksa juga guna supir dan bahasanya utk dpt harga baik.

    Betul memang seronok tengok tempat orang. Pengalaman best...

    ReplyDelete
  16. salam sis...

    Nie sis dah balik ke belummm...
    menyambut ramadhan disana ke..?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails