Tuesday, November 19, 2013

C dan E bergaduh, D terperangkap di tengah, rasa macam nak sepak kiri kanan....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
19-11-2013


Sejak hari pertama lagi, saya sudah dimaklumkan secara bisik-bisik tentang perang dingin antara C dan E.

C memang nampak macam garang, serius dan kuat komplen. E selamba cool. Kemudian E bagitau saya punca depa bermasam muka tak bertegur sapa tu semua berpunca dari kerja. Tiada kerjasama dan ada selisih faham. Berlarutan sudah berbulan (dan sehingga hari ini, dah berbulan-bulan-bulan lamanya).

Saya baik dengan E dan juga C. Mula-mula dulu C pun tak berapa nak tegur saya, berselisih pun dia buat tak tahu saja. Tapi saya (seperti lumrahnya orang yang mesra-alam-damai) buat selamba akan tegur dan tanya pasal kerja jika perlu. Lama-lama, bila saya buat ketegaq agaknya, dia pun semakin ok dengan saya. Siap boleh gurau senda gelak-gelak tepuk tampar lagi.

Tetapi bila kita berada di dalam keadaan dua orang tidak bertegur sapa, keadaan tu merimaskan, sebenarnya. Saya bimbang akan ada salah faham di situ. Tetapi malas lah nak fikir.

Bagi saya, ‘bergaduh’ pasal kerja, saya pun sanggup. Asal kita dapat mencapai kata sepakat untuk kualiti kerja yang baik dan menyelesaikan kerja dengan cemerlang. Tetapi berbalah sampai bermasam muka hanya kerana kerja, itu bukan sifat saya. Paling saya elak ada yang salah faham lalu melihat ‘pergaduhan’ tentang kerja dibabit kepada isu peribadi lalu semuanya bertukar mencari musuh dan benci. Bodoh!

Ada satu lagi kes yang hampir sama. Dua orang yang juga bermasam muka tidak bertegur sapa kerana pernah berbalah pasal kerja sehingga bergaduh mulut dalam bilik Manager. Tiada siapa berani nak sebut sapa salah sapa betul. Cuma soksek di belakang biasanya lebih nak menuduh kepada pihak yang diam. Pihak yang banyak bercampur dengan orang lain, lebih mesra, dilihat lebih ‘betul’ kerana dia yang lebih banyak menyebut ‘akan betulnya’ dia, lalu automatik orang melihat si diam itu memang ‘jahat’. Kesian.

Saya tak suka keadaan itu kerana ada ketika kita bagaikan disuruh menjadi juri untuk mengadili sikap seseorang, sedangkan setiap hari kita berhadapan dengan orang itu selama lebih 8 jam dan 6 hari seminggu. Lalu membuat judgment itu saya kira adalah tidak adil bagi mereka yang kita adili sebelah pihak. Kenapa mesti?

Saya lebih suka lihat, pandang, dengar. Samada korang nak bergaduh sampai tarik rambut pun, selagi tidak melibatkan saya, I better buzz off...!

Tayang-tayang:


Sarapan saya. Lontong yang enak, import dari Restoren Tahu Bakar, KD. Kuih talam nan seketul tu, dari rakan sekerja yang angkut dari rumah.



 ~...SERI BULAN terpaksa juga menulis surat walau hanya sebaris dua, lalu tetap juga diletak di bawah tempurung di hujung ampaian tempat lintasan HISYAM kala senja, demi menyampaikan situasi di mana Mak Utih semakin bersedih pilu dan Pak Utih bermuram durja dek kerana lama sekali HISYAM tidak datang menyapa, seperti dulu-dulu kala dia sering melompat tiga anak tangga bila terbau akan enak sambal nasi lemak dan juga menangkap asap wangi kopi dari dapur kayu yang masih teguh ber-abu ber-atang...~




24 comments:

  1. Apa yg Azie katakan betul. Kerja dan peribadi kalau dicampur-aduk memang rojaklah jadinya. Sendiri susah buat kerja dosa pun dapat - Rugi dua-dua (dunia & akhirat).

    ReplyDelete
  2. tu lah masalah tempat kerja ni kan.kita nk baik dgn sape pon x tahu.hehehe.xpe lah.buzz off jelah~ makan lg bagus.eh lontong tu sedap lah! hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau dah duduk tersepit nie yang susah yea....ambil kepala 2 orang tu lagakan ...boleh gitu....bikin penang ler azie....hihi

    ReplyDelete
  4. x seronok nak bekerja bila ada yg masam muka
    sbnrnya masa kita kat pejabat lebih lama dr kat rumah
    jd bila x bertegur sapa.. takde seronoknya dtg keje sbb kena ngadap muka hari2

    ReplyDelete
  5. saya pun begitu. kalau korang nak bergaduh, bergaduhlah
    kalau ianya tidak melibatkan kepentingan saya, saya rela jadi "patung" aje
    tak berbaloi bergaduh pasal benda yang ada jalan penyelesaiannya
    apa yang penting, kerjasama =)

    ReplyDelete
  6. Saya pernah bergaduh sehingga tidak bertegur sapa dengan seorang kawan, pasal kerja. Saya cuti dia delete semua drawing saya! Bila tanya dia buat muka blur dan bila ugut nak minta IT check dia tanya boleh ke IT check sapa delete. Akhirnya dia mengaku tapi sejak dari hari itu dia langsung tak nak cakap dgn saya. Masuk bilik bos mengadu itu ini, saya diam ja. Sebab diam kita akan jadi mangsa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat jahat tapi tak cukup ilmu. bila kena sergah baru terkulat-kulat. hahaha.

      Delete
  7. mmg tak syok jadi D tu kan...asik serba salah.
    akak kena jadi org tgh kot...bg mknn kat C, kata E bagi..dan sebaliknya. :D

    ReplyDelete
  8. kak, bagi sy, sgt setuju mcm staement akak ni :
    'Bagi saya, ‘bergaduh’ pasal kerja, saya pun sanggup. Asal kita dapat mencapai kata sepakat untuk kualiti kerja yang baik dan menyelesaikan kerja dengan cemerlang.'
    Matlamat adalah untuk kualiti y baik dan selesai dengan cemerlang. Yang sekitarnya ni yang kadangkala punca pergaduhan sebab 'mencucuk' mereka yang berdebat tadi.

    ReplyDelete
  9. memang kena buat camtu Kak Azie .. lantak korang la nak bergaduh .. as long as tak melibatkan kita .. kita oke je dengan sume orang, kan. Kerja tetap kerja .. tak blh la semata-mata kerana dia tak baik dgn org tu, kita terlibat sama.

    ReplyDelete
  10. salam... tarik rambut dia orang... bagi lagagakan kepalanya

    ReplyDelete
  11. dengar saja kak azie...nak masuk campur karang pulak citernya..

    ReplyDelete
  12. tak suka ... tak suka.. rasa tak selesajerkan.. padahal bukan kita yang gaduh..

    ReplyDelete
  13. Semoga mereka berdua akan berdamai.

    ReplyDelete
  14. air nescefe dlm mug Coffe Bean? Tidakkkkkk

    ReplyDelete
  15. Ambil perakam,,,lai kali ulangtayang masa minum

    ReplyDelete
  16. begadoh sapa leh siap cpt keje ngan betul xde plak ek hehe

    ReplyDelete
  17. kena balik pada agama lah . berlapang dada , insha Allah segalanya akan jadi mudah ... saling memaafkan . semua manusia buat salah aka x de yg sempurna ...

    ReplyDelete
  18. Betul tu.. tension.. bila ada keadaan macam nie.. nak tegur si c takut e terasa.. tegur e takut c terasa.. :P Salam Kenal.. :D

    ReplyDelete
  19. dari layan dua gajah tu bergaduh lagi baik kalau pelanduk pi jamah lontong. perut kenyang, hati tak susah, otak tak serabut. kan kak kan?

    ReplyDelete
  20. Saya sedang berhadapan dengan situasi 'saya sedang sentap dengan budak office' disebabkan kerja.. :(

    ReplyDelete
  21. penyelia sy betul2 tunjuk tauladan yang baik *cewah2*
    bab kerja memang gila2 bergaduh.HR dengan finance memang tak pernah sebulu.abis gaduh dalam bilik mesyuarat, gaduh plak dalam tepon..tapi lepas tu, melengang2 kangkung si penyelia finance "jom p makan" si penyelia HR amik purse dan terus berlalu sambil bergurau senda.kami anak2 buah pulak yang berkerut dahi.tadi bergaduh bagai nak rak hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails