Monday, November 11, 2013

Festival Gamelan UKM 2013: gambar yang banyak ini sebagai penghargaan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
11-11-2013


Sabtu lepas, 9 November saya memenuhi jemputan (sama seperti tahun lalu) dari seorang kakitangan UKM (yang juga rakan blogger) hadir di Festival Gamelan Malaysia UKM.

Kalu tahun lepas, kami hanya pergi bertiga, kali ini undangan diperluaskan kepada beberapa lagi rakan-rakan (terutama teman blogger) untuk hadir memeriahkan festival.


Seperti tahun lalu juga, penyertaan adalah dari universiti-universiti tempatan yang mengambil bahagian bermain muzik gamelan dengan cara masing-masing. Kreativiti mereka sangat memikat dan diserikan lagi dengan beberapa persembahan tarian yang berwarna-warni dan indah.

Bagi yang tak minat seni, mungkin tak gemar, tapi saya suka. Kebetulan kami dapat seat paling hadapan (sebaris di belakang seat VIP) lalu peluang ini sangat baik bagi saya selaku blogger yang pasti nak snap banyak-banyak....!

Dan entri ini ada banyak gambar. Semua gambar diabadikan di sini sebagai tanda penghargaan saya kepada semua mereka yang terlibat memartabatkan seni muzik tradisi budaya Melayu yang kurang diberi perhatian sebelum ini.



Persembahan pembukaan oleh kumpulan penari UKM.


Kami berada di belakang VIPs, so pic saya turut terakam meja bunga dan gelas air. Abaikan.


Persembahan gamelan dan tarian dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Universiti Islam Antarabangsa. Serba putih.


Persembahan mereka sedikit berbeza. Ada monolog (or dialog?) yang dibaca dalam dialek Jawa. Tentang sejarah bermulanya muzik gamelan. Menarik sekali pelajar ini menuturkan bahasa Jawa.

Lagu mereka yang rancak ini bertajuk Carilah Cari juga memikat hati.


Ini dendangan lagu diiring gamelan dari Kumpulan Gamelan Citra Nusantara, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Antara lagunya ialah Ikan Kekek dan lagu lama Anita Sarawak. Saya lupa tajuk tapi menarik juga lagu retro di‘gamelan’kan.

Next:
Kumpulan Gamelan Seri Bayu, Universiti Tun Hussein Onn.


Yang di atas ni, saya betul-betul tak ingat dari uni mana, sebab saya tertinggal buku aturcara. Hanya mengharap sedikit nota yang saya taip di note hp.

Next:


Kumpulan Sanggar Kirana dari Universiti Petronas. Yang menjadi kumpulan yang saya nanti-nantikan. Kumpulan yang paling mendapat tepukan ramai. Paling meriah dan kreatif. Suka tengok ahli kumpulan ini yang bermain rancak, hebat, meriah dan ceria penuh gembira. Jelas sekali depa sungguh enjoy bermain gamelan.


Gaya persembahan depa pun sangat kreatif dan mengujakan...!


Untuk info, Kumpulan Sanggar Kirana sudah menerbitkan album pertama gamelan mereka di JW Marriot pada September lalu. Hebat! Dikatakan, kumpulan ini juga sering mendapat undangan membuat persembahan.

Saya suka nak boh gambar depa banyak-banyak...!




Mendapat tepukan dan sorakan paling meriah. Kostum depa pun nampak moden tahun ini. Beberapa wajah mereka juga dapat saya kenal turut bermain tahun lepas.

Next:

Kumpulan Gema Gamelan, Universiti Tenaga Nasional (UniTen).



Persembahan penutup: lagu Muha Hayo yang dipimpin oleh... hmmm memang saya lupa terus nama insan yang memimpin persembahan terakhir ni. Sori Berlori (saya lupa nak note dalam hp)


Persembahan penutup. Gabungan semua peserta festival.





Antara teman-teman blogger yang turut memeriahkan festival.


Terimakasih kepada korang yang terlibat! Terutama kepada teman blogger ‘tuan rumah’ yang menjemput kami.

Setinggi tahniah dan syabas kepada semua peserta Festival Gamelan 2013 kerana berusaha memartabatkan muzik budaya dengan begitu cemerlang sekali. Semoga terus maju jaya dalam bidang seni ini juga bidang akademik anda.

Andai ada info yang tersilap di mana-mana, maafkan saya dan mohon untuk membetulkan sebarang kesilapan di ruang komen. Terimakasih.

Entri lain tentang gamelan ini turut ditulis oleh rakan blogger saya di SINI.



 ~...antara muzik lembut gemalai yang nampak sangat melambai, HISYAM ternyata tidak pernah tahu ada lenggok dipanggil joget kerana SERI BULAN tidak bercerita tentang muzik di kampung juga ada yang boleh melenggokkan kepala dan merampingkan pinggang tetapi apabila Mak Utih berkata, joget lambak buat orang gelak selambak dia teruja hendak menunjuk bakat sambil cuba berlagak hebat...~




15 comments:

  1. shin org johor yak tatau ckp jawa.. paham pon tak ngee.. pagik kak

    ReplyDelete
  2. Kat sekolah saya adalah pemain gamelan, lepas spm dah tak main lagi. Rindu nak main gamelan :(

    ReplyDelete
  3. saya tak minat seni, tapi saya suka dengar music gamelan. dulu masa duduk asrama kalau pasukan gamelan main, memang masing² terpukau dengar music tu.

    ReplyDelete
  4. Tengahari Sabtu Ayu ada juga ajak pi tapi si kecik kat rumah tu payah pulak nak tinggai pasai abang dia dok kampung, teringin tu ada.

    ReplyDelete
  5. Wahh memang meriah.. masa sekolah dulu memang aktif dengan tarian, gamelan.. dan sebagainya, sekrg semua dah ditinggalkan...

    ReplyDelete
  6. eh eh ehhh...
    saya nak update sesuatu..
    seperti biasa.. di sebalik tabir gaya org yg update cerita neh..

    kuikuikui~ nanti yekkk...

    ReplyDelete
  7. owh ni semua lepas majlis kenduri rumah Atuk haritu ye..

    ReplyDelete
  8. sy suka tgk usaha y semacam ni. tapi lepas graduasi, kebanyakan akan meninggalkan bidang ni terus. rasa macam budaya kita x diteruskan saat melangkah ke alam pekerjaan, kalau x berada secara langsung.


    rugi kan? & sy kagum dgn org y mahir bermain lat muzik. sy sekadar blh menari di bawah bimbingan sj.. itu pun last masa tingkatan 3 kot, eh, ada sekali masa tahun pertama di uni.

    ReplyDelete
  9. Saya suka gamelan jugak kak... mmg seronok tgk dgn gaya kreatif mereka.

    ReplyDelete
  10. semuanya menarik.. kalau dapat tengok live lagi menarik.. ;)

    ReplyDelete
  11. Dapat tengok secara live best nih..

    ReplyDelete
  12. tgk gambar jer dah tau meriah ... nak sgt dgr yg bermonolog jawa tuh sbb saya org jawa .

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails