السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
14-11-2013
Sibuk yang ntah apa-apa (ayat berulang) lalu saya terlewat update kisah majlis kenduri doa selamat yang berlangsung di rumah rakan blogger Kakcik Seroja pada Sabtu 2 November lalu.
Macam biasa, tentulah makanan antara pic yang seronok untuk ditayang-tayang:
Cup cakes yang pelbagai rasa dan warna, sungguh menggoda tapi saya bukan penggemar kek, lalu menjadi habuan anak-anak.
And... bagi yang biasa dengan Pulut Kuning dan Sambal Tumis Bilis camtu, boleh jer teka siapa empunya menu tu. Ahaks!
Ada pie ti yang dibuat dengan penuh gigih oleh blogger Iyra Si Riben Merah yang berkampung sejak pagi.
Zoom dari dekat.
Menu lain dari katering yang ditempah tak sempat pula saya snap. Yang pasti ada kari daging yang enak, juga ayam goreng berempah. Apapun, kerana siang harinya kan saya dah pegi jalan-jalan tengok wayang dan makan di Ben’s dengan anak-anak, lalu saya hanya boleh makan kuih muih saja.
Dan ramai juga teman blogger yang turut hadir memenuhi undangan.
Blogger LF Dato’ Abdullah dan isteri Datin Aishah, berserta NSHanie, Iyra the Riben Merah... dan sapa tak kenal dengan pakcik saya yang sorang tuh? Geng kariah saya tuuu...
Sebahagian teman blogger yang hadir, bergambar bersama tuan rumah Kakcik Seroja dan suami.
Terimakasih kerana mengundang kami. Bukan saja, memenuhi undangan tapi juga menjadi suatu pertemuan para blogger yang jarang-jarang dapat berjumpa.
Sebenarnya, bukan nak makan sangat, tapi sangatlah seronok bila bertemu sekali sekala. Gurau senda pun tak terasa penatnya.
Dan saya suka, ‘pakcik’ saya yang jarang senyum tu boleh tertawa besar sampai bergegar meja! Hahahaha!
~...ketika majlis marhaban sedang berlangsung dalam irama sayu pilu bersatu irama hujan gerimis menitis atap bumbung, SERI BULAN mencari wajah tenang HISYAM yang sejak awal menjadi muram kerana terkenang seseorang yang jauh di mata tetapi pernah menjadi terlalu dekat di hati semasa mereka di Tingkatan Enam...~
Pakcik serius tu mmg suka gelak..hahahahah
ReplyDeleteFrust tk dpt dtg. Tkde rezeki..tp dpt jumpa waktu lain tu yg best
ReplyDeleteSeronoknya menjalain hubnungan suci!
ReplyDeletegeram tgk cupcake tuh . sesekali dpt berkumpul dah tentu byk cerita ...
ReplyDeleteWah..pakcik yg suka ambil gmbar tiap2 ari tu kan..bestnya.. :)
ReplyDeletedalam blog je pakcik tu serius.. ;)
ReplyDeletesaya frust tak dapat hadir.. :(
wah bagusnyerr makk., yg jauh kita dekatkan, yg dekat kita rapat rapatkann.,kannns ;-p
ReplyDeleteapa yang sedondonnya kak? baju kah? cupcakes kah? apa kah?
ReplyDeletetahniah kak cik dan family, alhamdulillah untuk kita semua.
Assalamualaikum Azie
ReplyDeletegeram tengok pie ti tu.......lain kali buat lagi yer
oh serius saya jeles! apekan daya takdek jodoh mlm tu.. nxt time insyaAllah!
ReplyDeleteseronoknya....... Blogger2 ni terer memasak.
ReplyDeleteAs-salam kak azie..
ReplyDeletewah.. meriah betul ya.. telan liur tengok pulut kuning dan sambal bilis akak tu.. teringat2 kesedapannya..
Aina pun tak dapat datang sebab masa tu tengah bersilat kat kampung.
ReplyDeleteJalan-jalan ke blog ini...1st time singgah..nice blog...
ReplyDeletep/s : jika ada yg ingin menyertai program singgah blog.. jom ke
http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/singgah-blog.html
pergh uncle buat muka muncung, hahahaha. bestnya dapat kumpul ramai2 mcm ni
ReplyDelete