Friday, November 1, 2013

Jumpa budak lelaki kurus kering di stesen bas kala subuh buta...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
01-11-2013


Saya nak berkongsi satu kisah yang agak menarik berlaku semalam. Pagi. Subuh.

Seperti biasa saya tunggu kawan sekerja saya di area taman rumah (di simpang jalan, berdepan sekolah rendah). Biasanya memang saya awal beberapa minit dan selalu berdiri di bawah tiang lampu or depan deretan kedai yang berlampu. So far tak syak akan terjadi apa-apa sebab di situ terang, laluan kereta agak sibuk dan berdepan pula dengan masjid.

Juga berdepan dengan sekolah rendah yang semakin lama semakin meriah bila hari menjelang terang. Kadang-kadang saya duduk di kerusi batu depan sekolah (read: kerusi bus stop, yang tiada bas lalu kecuali bas sekolah).

Pagi semalam saya duduk di bus stop dan lihat seorang budak lelaki lengkap berpakaian sekolah. Pandangan biasa sebab tiap pagi memang akan ada beberapa orang murid yang datang seawal 6.30 pagi. Tetapi, tiba-tiba budak tu dengan peramahnya tegur saya, “Makcik tunggu bas ker?”

“Tidak. Makcik tunggu keta kawan. Sini memang takda bas lalu kan?”

Budak lelaki yang kurus kering, kecik (saya jangka dia mungkin darjah 2 or darjah 3, sebab dia lebih kecik dari CHAK) mungkin sangka saya tak tahu di situ tiada bas awam lalu. Dia kemudian, tiba-tiba duduk sebelah saya.

“Saya nak masuk sekolah, tapi takda kawan pula.” Ya, walaupun ada security dan lampu terang, tapi belum ramai murid yang sampai.

“Awak darjah berapa?”

“Darjah 4.” Hmmm agak kecik berbanding umur. Sambil saya memerhati beberapa kereta berhenti (parents hantar anak).

“Hari ini jamuan, makcik.” Sebab kami nampak 2,3 orang budak yang datang membawa plastik beg (makanan ler agaknya).

“Awak takda jamuan?” Saya biasalah, peramah.

“Ada. Hari ini tapi saya lupa nak bawa apa-apa. Mak saya bagi duit belanja pula.” Budak tetap budak. Cakap jujur tak reti nak bohong. Apa yang saya boleh faham, dia lupa nak kabor ke mak dia pasal jamuan, so mak dia tak masak apa-apa sebaliknya bagi duit belanja seperti biasa.

Saya kesian. “Alaa takda kedai pula yang bukak awal camni.” Maksud saya, mungkin dia boleh beli apa-apa snek. Depan kami (seberang jalan) sudah ada gerai meniaga nasi lemak dan roti canai dibuka.

“Apa yang saya boleh beli dengan 50 sen?” Seperti merungut pula dia. Saya pula yang terkejut. Ya, saya terkejut. 50 sen jer??

“Mak bagi 50 sen jer?” Dia angguk.

“Rumah kat mana? Mak keja?” Dia tunjuk ke arah depan. Means, kat belakang masjid tu jer. Dekat laa...

“Selalu bawa duit belanja sekolah berapa?”

“50 sen.” Yaa.. memang budak tak reti bohong, kecuali kita ajar berbohong.

“Tak bawak bekal?” Geleng.

“Saya beli hotdog. Hotdog 50 sen jer.”

“Sekolah ada jual nasi lemak tak?” Saya fikir, budak lelaki kena makan berat, dan banyak.

“Ada. Tapi singgit. Kadang-kadang saya beli air sirap.”

“Kenapa tak bawak bekal air suam dari rumah? Tak yah beli air kat sekolah.” Dia diam.

Saya terus terfikir. Jadi kesian. Sebab anak-anak saya memang semua bawak air suam pegi sekolah almost tiap hari.

Dalam sembang kami, dia kata mak dia tak kerja. Ada sorang abang dan dua adik. Saya bayangkan tentu emak dia masih muda. Dia tak tau ayah dia kerja apa, tapi dia kata malam-malam ayah kuar pegi kerja. Okeh... saya fikir ayah dia kerja security atau shift malam di kilang... or pejabat yang ada shift.

Saya fikir lagi. Emak dia tak kerja, rumah dekat dengan sekolah. Tak boleh masak untuk anak bawak bekal? Sekurang-kurang roti sandwic? Or nasi goreng? Anak lelaki selalunya kuat makan. Bagi la nasi goreng siram kicap dgn telor goreng pun depa belasah jer. Rehat biasanya kul 10 pagi, kompom la depa lapaq. Ohh saya tak leh bayang seorang budak lelaki yang bawak hanya 50 sen tanpa bekal air, dan cuma dapat beli seketul hotdog di sekolah? Bolehkah dia aktif, berfikir dengan baik dan tumpu dalam kelas sedang perut berbunyi dan dia tak sabar nak balik untuk makan nasik?

“Mari kita pegi beli nasi lemak kat situ.” Saya pujuk. Dia enggan. Saya tarik tangan dia.

“Jangan lah makcik. Saya malu.” Terus terang dia cakap dia malu.

“Takpa makcik belanja. Awak sarapan nasi lemak ya?”

Dia berkeras tak mahu. “Saya malu. Orang kedai tu kenal saya.” Ohhhh...

Lalu, saya pergi ke gerai tu bungkus nasi lemak biasa dan sebiji telur rebus. Saya serah pada dia dan pesan, “Awak makan ya?”

Then kawan saya pun sampai.

Saya bukan saja simpati, tapi rasa nak marah kesal pun ada. Kenapa yer emak budak tu tak masak bekal or sarapan pagi untuk anak dia sebelum pegi sekolah? Setidak-tidak roti or nasi sejuk semalam digoreng dengan ikan bilis? Or cekodok seketul dua?

Saya pun kerja. Masa selalu menjadi masalah dan isu utama. Tapi saya sentiasa cuba nak pastikan anak-anak ada makanan di rumah sepeninggalan. Setiap pagi jarang sangat la depa takda sarapan. Paling malas pun, roti krim yang saya beli pada waktu malam. Or rebus hotdog sorang 3,4 ketul. Or roti telur sorang 3,4 keping. Or biskut kering cicah milo.

Okeh.. jangan banding hidup orang lain dengan hidup kita. Memang. Saya sedar ada beza. Tapi setidak-tidaknya jika hanya boleh beri duit belanja 50 sen, pastikan anak tu makan sesuatu sebagai sarapan. Saya kesian laaa...

Sebab anak-anak saya (seingat saya) tak pernah la duit belanja cuma 50 sen. Paling sikit singgit, jika berbekal. Sebab kantin jual tak murah. Barang semakin mahal. 50 sen takda nilai dah.

Saya sempat pesan kat budak (nama apa eh, Muhammad Zafmil dia sebut), “Lain kali bawa bekal, nanti duit belanja boleh simpan dalam tabung.”

Saya harap saya tak jumpa lagi budak tu. Saya sedih. Kalu pun saya jumpa dia, biarlah dia sudah besar dan jadi orang berjaya. Tapi haruslah kami tidak mengenal, sebab dalam samar subuh, saya tak nampak muka dia dengan jelas. Begitu juga dia tentulah tak nampak saya dengan jelas juga.

Tayang-tayang:


Sup pekat, Tahu Jepun + Fish Ball + Telur. Gandingan bersama Ayam Goreng (beli di kedai). Tanpa nasi. Tetiba tak lalu nasi. Elehhh... sehari jer pun!





 ~...baru beberapa hari HISYAM tidak menjengah datang ke laman Teratak Nyatuh, Mak Utih rasa tidak sedap hati dan SERI BULAN terasa tidak sedap menjamah nasi kerana selagi tiada teman untuk dipandang direnung kala makan bersila, selagi itu SERI BULAN merasa tiada makna untuk bersungguh menanak, tiada erti untuk bersungguh membancuh kopi dan tiada maksud langsung untuk meniti denai tanpa teman pengiring kaki...~




39 comments:

  1. Kakcik tumpang sedih dan simpati.

    Mungkin keluarganya sangat miskin?
    Mungkin tiada apa2 di dapur yang boleh dimasak oleh emaknya?

    Oh...

    ReplyDelete
  2. sedih sangat, saya rasa mungkin betul keluarga dia miskin, dan takde apa nak dibekalkan kpd anaknya itu..

    ReplyDelete
  3. sedihnya . erm . 50sen tu apa sangatlah yg dia boleh beli :'(
    kesiannya kat budak tu .

    ReplyDelete
  4. Sedihnya.... Semoga dia membesar menjadi anak yang berjaya. Bagi saya, as parents, kita kena buat as much as possible to provide a living kepada anak anak kita. Walaupun tak boleh bagi kemewahan, basic necessity amat amat perlu.

    ReplyDelete
  5. seingat saya masa saya sekolah dulu,mak memang slalu paksa kami dua beradik sarapan sebelum ke sekolah dan kami hanya di beri 20 sen sebagai duit belanja tapi pada ketika itu 20 sen tu sangat besar..boleh beli bermacam makanan kak....berbezanya dahulu dan sekarang ye.....

    ReplyDelete
  6. Kesiannya dia...mybe maknya sakit....x bole nak buat apa2 mungkin....atau tiada keperluan dapur...harap nasibnya baik sehingga dewasa nnti...

    ReplyDelete
  7. Ya ALLAH!!!!!kesiannya. biasanya @sekolah ada buat program makan free tau utk budak2 yg terlalu miskin. dorg akan d beri makan makanan dr kantin every morning sblm kelas mula. tapi tak tahu la mcm kes budak ni. aduhai, rasa mcm nak selidik details la mcm life family dia. btw 50sen skrg ni mmg xde nilai, mananya ckp utk bdk lelaki camtu. semoga budak ni tabah & membesar menjadi manusia berguna. amin3x

    ReplyDelete
  8. dulu sekolah rendah je shin bawak bekal.. mak bagi duit belanja seposen ato doposen.. masok sekolah menengah dah malu bawak bekal.. mak bagi Lima posen.. masok tingkatan 4 mak bagi singgit.. kalo x cukup duit biasa shin copet duit babah time dia tido.. sbb kalo mintak sure x dpt.. kena marah ada la.. selalu kena sebat ngan tali pinggang sbb kantoi copet.. hikkk bukan wat beli jajan.. tp makanan kat kantin mahal.. dan kumpul skit slit beli suar skolah sbb asyik pakai recycle abang punya huhu.. tp dah keje ni shin mmg suka bawak bekal gi keje .. dan xde copet copet lg sbb dah ada duit sendiri..

    shin rasa.. family budak tu bkn org senang.. so mak dia nk buatkan bekal pon xde apa nk di masak.. sesekali kot leh la wat kot..

    p/s : cian budak tu.. sampai teringat masa kecik shin.. pon x sesenang skrg.. #nanges #syukurAlhamdulillah

    ReplyDelete
  9. teringat saya akan anak murid yang bayar balik hutang se ringgit kat saya...hutang kena bayar kata dia.Anak kecil itu baru darjah satu.
    Masa sekolah dulu kita biasa minum air paip saja...besaq juga sampai tua...hehe.

    ReplyDelete
  10. sedih kan..bila mana ada anak2 yg pegi sekolah x bw duit atau bw pn x secukupnya..dan x bw mknn pn..dan d rmh pn mungkin mknn cukup2 mkn..sdg kn anak2 kita mkn terlebih dr cukup..ada masa nya mmbazir lagik..
    di sekolah sptt budak tu dpt bantuan mknn..RMT..bg anak2 yg dr kluarga pndptn bwh RM___..(krg pasti amaun brapa)..tp mmg pasti mn2 sekolah sediakan mknn waktu rehat utk anak2 mcm ni...ada kah sekolah tu x sedia kn RMT atau budak tu tercicir dr dpt bantuan tu..

    ReplyDelete
  11. sedih. memang sedih. tapi kesedihan saya kak azie spoil kan dengan gambar food itu.

    aduyaiii... tak jadi nak sedih.

    ReplyDelete
  12. touching jap....so realiti kehidupan yang dilaluinya....

    ReplyDelete
  13. Kalau maknya memang malas nak sediakan makanan untuk dia memang tak patut la...
    sebab biasanya mak akan sanggup tak makan, sakit/demam pun gagah bangun buat jugak demi anak...
    tapi kalau memang tak ada apa yang boleh disediakan kerana tak mampu memang sedih sangat...

    ReplyDelete
  14. mungkin dia org sgt susah dan hanya 50 sen mak dia mampu bagi setiap hari..

    ReplyDelete
  15. sedih..kesiannya..
    betul kata kak azie kenapa tak bawak air dari rumah.kita yang dah bekerja pun bawak air tiap2 ari.kesiannya dapat bayangkan budak tu tahan lapar

    ReplyDelete
  16. Kalau nak banding mak-bapak kakak dulu yg lagi miskin walau kami ke sekolah tak bawa duit tapi bekal lempeng atau nasi dgn sambal ikan bilis dan air kosong dah jadi kemestian.

    Kesiannya budak tu dah zaman sekarang mak-ayahnya masih tak celik lagi..

    ReplyDelete
  17. ehm sama rasa nak marah gakni.. tuler mak zaman sekarangni banding mak zaman dulu2...tapi 50 sen tu zaman saya gi sekolah tapi mak sediakan bekal hari2 berat punya.. air teh o...

    ReplyDelete
  18. mungkin dia mmg orang yg sangat susah,takde beras kat rumah, takde roti kat rumah..dan maknya sakit taklarat nak masak..Mungkin ..:P

    mungkin juga mak dia pemalas,stok beras melambak kat rumah,mak dia sibuk main candy crush sampai pukul 3 pagi, terlajak tido selalu...tak sempat buat apa apa utk si anak/or tak tahu memasak! hahaha

    ReplyDelete
  19. nak marah pon tak leh gak kan kak.. kita tak tahu lak situasi keluarga dia macamana. tapi memang kesian la kan.. 50 sen.. dia sendiri cakap nasik lemak kantin pon seringgit.. makan hot dog seketul, untuk setengah hari di sekolah, apalah sangat kenyangnya...

    ReplyDelete
  20. Sayu tetiba baca kisah muhammad zafmil...
    Ada juga yg masih berbelanja 50 sen dan tiada bekal...

    ReplyDelete
  21. Dulu...50sen dah cukup. Skrg mmg tak dpt apa sgt la..
    Kesal dgn mak bdk tu, tak bekalkan apa2. At least nasi, telur, kicap pun jadikla.
    Tak tau la kot beras pun takde kan...
    Kita doakn moga bdk tu membesar sbg insan berguna pd agama, negara.

    ReplyDelete
  22. teringat kat anak-anak nur pula kak...anak-anak bawa bekal setiap hari...nasi goren,g mee goreng dan sebagainya hingga dah buntu nak masak apa....belanja bagi tapi selang seli

    sedihnya baca kisah anak kecil tuh kak...susah agaknya parents dia...tapi semangat dia kuat untuk ke sekolah...

    ReplyDelete
  23. Ish...sedih pulak baca cite akak ni. Bila baca entri akak ni, sy pun terpk benda yg sama. Klu pun tak mampu, kenapa tak kenyangkan dulu perut anak sebelum ke tmpt keje? Lima posen? Dpt beli apa? Sdgkan kantin skolah ni, harga makanan dah naik. Aduhai.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong cakap kak farah. mungkin tak mampu nak beri lebih, tapi apa salahnya lebihkan sikit usaha membesarkan anak.sedih.

      Delete
  24. Azie, saya kalau bab budak2 memang emo habis, sebab tiap hari saya berurusan dgn budak2. 7 jam sehari...adoi..mcm2.mak2 pun kdg2 tk mau susah sikit.biar anak2 mkn junk food.walhal hanya sedikit effort saja to srve gd food to yr children and thus make yrself a gd mum..

    ReplyDelete
  25. w/pon tak kenal, tp saya rasa kesian pula dgn budak tu. harap2 sy tak jadi salah sorang mcm prangai mak budak tu..betul tu kak, kita yg bekerja ni, masa tu sentiasa cemburu kan kita. tp kerana anak2, tp kita cuba sedaya upaya sediakan keperluan ank2

    ReplyDelete
  26. azie..acik pun kesian..tapi mungkin jugak tak ada apa untuk mak dia masak azie..

    ReplyDelete
  27. huu.. sup pekat tu hubby teman suka sangat2..

    jemput join GA teman yea.. ada hadiah yang awesome gilerr!! heee..
    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/11/giveaway-1-year-blog-tengkubutang.html

    ReplyDelete
  28. Salam AA,

    Zaman sekarang perbedaan susah dahulu kala amat berlainan seperti kalu susah melarat pasti tiada peti es, telephone dan tv dirumah, namun sekarang susah susah pun masih ada itu semua dan hairannya ber-h.phone yang tercanggih sekali... karena dizaman sekarang kebanyakan semua lebih menitikberatkan penampilan luaran bahawa mereka dilihat mampu mempunyai itu dan ini bagi menyelindungi status hidupnya dimana makan minum tidak lagi diambil berat melainkan seorang ibu itu peka lagi prihatin demi kebaikan untuk anak-anaknya...
    Kak Ratna sekadar simpati keatas anak tersebut yang menjadi mangsa dari perlakuan ibunya... bak katanya AA, sekurang-kurangnya bekalkanlah dengan bekalan yang termampu disediakan oleh ibunya yang mengikut bajet makan & minum untuk seisi keluarga yang semestinya bijak diaturkan meskipun bekalan makanan yang disediakan tidak lah seberapa mana namun sudah Alhamdulillah karena anak-anak tidaklah nanti kelaparan sehingga syahdu bunyinya kata-kata yang diluahkan...

    Semoga AA diberkati olehNya Maha Pengasih dan Maha Pemurah dengan amal jariah/bersedekah untuk Muhammad Zafmil yang datang setulus ikhlas dari sebuah hati seorang ibu nan murni yang bersimpati keatasnya karena ngerti akan perasaan seorang anak yang serbaserbinya didalam kekurangan...

    Selamat bercuti liburan dan Salam mesra semanis madu

    ReplyDelete
  29. 50 sen sehari? Hmm di sekolah eja kemain budak2.. darjah 1 dah bawak 3 hengget... kadang tu jumpak duit tercicir kita ni annouce la.. tak dak sapa mai tuntut..

    Berbalik pada budak lelaki tu.. kalau iye pun dia org susah.. pihak sekolah mungkin terlepas pandang .. sebab mmg patut dapat rmt (rancangan makanan tambahan)...

    Harap budak tu ada iltizam nak berjaya.. bela nasib keluarga.. bukan sekadar mai sekolah makan, main kendian bunyi loceng balik rumah...


    *dah mcm sub entry plak.. :P

    ReplyDelete
  30. Kurus lagi, kering lagi,..huuh kurus basah ada ka..aahhaaperamah?

    ReplyDelete
  31. Nak resepi lehh.. heee..

    Jom join GA teman.. hadiah awesome!!!

    ReplyDelete
  32. azie. sungguh lama xminum kopi... hehe..mencari teman untuk dipandang direnung kala bersila sambil minum kopi di dangau tepi bendang... nostalgia sudah.. =)

    ReplyDelete
  33. Kita dulu2 pun susah tapi mak2 kita dulu rajin, kretif pelbagaikan hidangan untuk anak2. Entahlah susah nak cakap, kalau susah takkan beras pun tak ada kat rumah.

    ReplyDelete
  34. Moga budak tu kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan seharian..
    Mungkin mak budak tu memang tiada langsung bekalan di rumah untuk anak2 bawak bekal ke sekolah.. :(

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails